GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Sunday 24 April 2011

Al Ghazali 9 : MEMERIKSA DIRI SENDIRI DAN MENGINGAT ALLAH

MEMERIKSA DIRI SENDIRI DAN MENGINGAT ALLAH
Ketahuilah wahai saudaraku,  dalam Al-Qur'an Allah berfirman,  lebih kurang maksudnya,
"Kami akan adakan pertimbangan yang adil pada hari berbangkit,  dan tidak ada jiwa yang dizalimi sedikit pun.   Barangsiapa yang berbuat sebesar zarah kejahatan atau kebaikan,  akan melihatnya".
Termaktub juga dalam Al-Qur'an firman yang berbunyi lebih kurang maksudnya;
"Biarlah tiap-tiap jiwa melihat apa yang dibawanya kehari perhitungan".
Khalifah Umar ada berkata,  "perhitunglah dirimu sebelum engkau diperhitungkan".
Allah berfirman lebih kurang maksudnya,
"Wahai orang-orang yang beriman,  sabarlah dan lawanlah hawa nafsumu,  dan teruskanlah perjuangan itu dengan gagah".
Wali-wali Allah sentiasa mengetahui bahawa mereka datang ke dunia ini untuk menjalankan pengembaraan keruhanian,  yang akibatnya ialah rugi atau untung yang merupai neraka atau syurga.  Sentiasalah mereka itu berwaspada terhadap kehendak-kehendak jasamaniah (badan) yang diibaratkan sebagai rakan perkongsian dalam perniagaan yang bersifat jahat dan bila-bila masa ia boleh mendatangkan kerugian kepada perniagaan itu.  Sebenarnya bijaklah orang itu iaitu orang yang mahu merenung sebentar selepas sembahyang subuh memikirkan hal dirinya dan berkata kepada jiwanya;
"Wahai jiwaku,  engkau hanya hidup sekali.  Tiap-tiap saat yang berlalu tidak akan datang lagi dan tidak akan dapat diambil kembali kerana di Hadirat Allah Subhanahuwa Taala,   bilangan nafas turun naik yang dikurniakan kepada engkau itu telah ditetapkan dan tidak boleh ditambah lagi.  Inilah perjalanan hidup dalam dunia hanya sekali,  tidak ada kali yang kedua dan seterusnya.  Oleh itu,  apa yang engkau hendak buat,  buatlah sekarang.  Anggaplah seolah-olah hidupmu telah berakhir,  dan hari ini adalah hari tambahan yang diberi kepada engkau dengan kurnia Allah Subhanahuwa Taala jua.  Alangkah ruginya membiarkan hari ini berlalu dengan sia-sia.  Tidak ada yang lebih rugi dari itu lagi."
Di hari berbangkit di akhirat kelak,  seseorang itu akan melihat semua waktu hidupnya di dunia ini tersusun seperti susunan peti harta dalam satu barisan yang panjang.
  • Pintu sebuah daripada peti itu terbuka dan kelihatanlah penuh dengan cahaya:  Ini menunjukkan waktu yang dipenuhinya dengan membuat amalan yang sholeh.  Hatinya akan berasa seronok dan bahagia sekali,  bahkan sedikit sahaja rasa bahagia itu pun sudah cukup membuat penghuni neraka lupakan api neraka yang bernyala itu.
  • Kemudian peti yang kedua terbuka,  maka terlihatlah gelap gelita di dalamnya.  Dari situ keluarlah bau busuk yang amat sangat hingga orang terpaksa menutup hidungnya:  Ini menunjukkan waktu yang dipenuhinya dengan amal maksiat dan dosa.  Maka akan dirasainya azab yang tidak terhingga bahkan sedikit saja pun dari azab itu sudah cukup menggusarkan ahli syurga.
  • Selepas itu terbuka pintu peti yang ketiga,  dan kelihatanlah kosong saja,  tidak ada gelap dan tidak ada cahaya di dalamnya:  Inilah melambangkan waktu yang dihabiskannya dengan tidak membuat amalan sholeh dan tidak juga membuat amalan maksiat dan dosa.  Ia akan merasa sesal dan tidak tentu arah seperti orang yang ada mempunyai harta yang banyak membiarkan hartanya terbuang dan lepas begitu saja dengan sia-sia.
Demikianlah seluruh waktu yang dijalannya itu akan dipamerkan kepadanya satu lepas satu.  Oleh yang demikian,  seseorang itu hendaklah berkata kepada jiwanya tiap-tiap pagi;
"Allah telah mengurniakan engkau dua puluh empat jam peti harta.  Berhati-hatilah mengawasinya supaya jangan kehilangan,  kerana engkau tidak akan boleh menanggung rasa kesal yang amat sangat jika engkau kehilangan harta itu".
Aulia Allah ada berkata,
"Walaupun sekiranya Allah mengampuni kamu,  setelah hidup disia-siakan,  kamu tidak akan mencapai pangkat orang-orang yang Sholeh dan pasti kamu akan ratapi dan tangisi kerugianmu itu.  Oleh itu jagalah lidahmu,  matamu dan tiap-tiap anggota mu yang tujuh itu kerana semua itu mungkin menjadi pintu untuk menuju ke Neraka".
Katakanlah kepada badanmu;  "Jika kamu memberontak,  sesungguhnya kamu akan kuhukum";  kerana meskipun badan itu degil,  ia boleh menerima arahan dan boleh dijinakkan dengan zuhud".  Demikianlah tujuan memeriksa atau memperhitung diri sendiri.   Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda;
"Berbahgialah orang yang beramal sekarang apa yang menguntungkannya di akhirat kelak".
Maka sekarang kita masuk pula kepada bahagian berkenaan dengan ZikiruLlah(mengenang atau mengingati Allah).  Ini ialah seseorang itu hendaklah ingat bahawa Allah Melihat dan Memerhatikam semua lakuan dan fikirannya.  Manusia hanya melihat yang zhohir sahaja,  tetapi Allah Melihat zhohir dan batinnya seseorang itu.  Orang yang percaya dengan ini sebenarnya dapatlah ia menguasai dan mendisiplinkan zhohir dan bathinnya.  Jika ia tidak percaya ini,  maka KAFIRLAH ia.  Jika ia percaya tetapi ia bertindak berlawanan dengan kepercayaan itu,  maka salah besarlah ia.
Suatu hari,  seorang Negro menemui Nabi SAW. dan berkata;  "Wahai Rasulullah!  Saya telah melakukan banyak dosa.  Adakah taubatku diterima atau tidak?".  Nabi SAW.  menjawab; "Ya".  Kemudian Negro itu berkata lagi;  "Wahai Rasulullah!  Setiap kali aku membuat dosa adakah Allah Melihatnya?".  Nabi SAW.  menjawab lagi;  "Ya"
Negro itu pun menjerit lalu mati.  Sehingga seseorang itu benar-benar percaya bahawa ia sentiasa dalam pemerhatian Allah,  maka tidaklah mungkin baginya membuat amalan yang baik-baik.
Seorang Sheikh ada seorang murid yang lebih disayanginya daripada murid-murid yang lain.  Dengan itu murid-murid yang lain itu pun berasa dengki kepada murid yang seorang itu.  Suatu hati Sheikh itu memberi tiap-tiap seorang murid itu seekor ayam dan menyuruh mereka menyembelih ayam itu di tempat yang tidak ada seseorang pun melihat ia menyembelih itu.  Maka pergilah mereka tiap-tiap seorang membawa seekor ayam ke tempat yang sunyi dan menyembelih ayam di situ.  Kemudian membawanya kembali kepada Sheikh mereka.  Semuanya membawa ayam yang telah disembelih kepada Sheikh mereka kecuali seorang iaitu murid yang  lebih disayangi oleh Sheikh itu.  Murid yang seorang ini tidak menyembelih ayam itu.  Ia berkata;  "Saya tidak menjumpai tempat yang dimaksudkan itu kerana Allah di mana-manapun Melihat".  Sheikh itu pun berkata kepada murid-murid yang lain;  "Sekarang sekelian telah lihat sendiri peringkat pemuda ini.  Dia telah mencapai ke taraf ingat sentiasa kepada Allah".
Apabila Zulaiha cuba menggoda Nabi Yusof,  ia menutup dengan kain muka sebuah berhala yang selalu disimpannya.  Nabi Yusof berkata kepadanya;
 "Wahai Zulaiha,  adakah kamu malu dengan batu?  sedangkan dengan batu engkau malu,  betapa aku tidak malu dengan Allah yang menjadikan tujuh petala langit dan bumi".
Ada seorang datang berjumpa dengan Juanid dan berkata;  "Saya tidak dapat menghindarkan mataku daripada melihat perkara-perkara yang membawa dosa.  Bagaimanakah saya hendak mengawalnya?".  Junaid menjawab; "Dengan cara ingat iaitu Allah Melihat kamu lebih jelas dan terang lagi daripada kamu melihat orang lain".
Dalam hadis ada diterangkan bahawa Allah ada berfirman seperti demikian;
"Syurga itu ialah bagi mereka yang bercadang hendak membuat sesuatu dosa,  dan kemudian mereka ingat bahawa Aku sentiasa Memandang mereka,  lalu mereka pun menahan diri mereka".
Abdullah Ibnu Dinar meriwayatkan;
"Satu ketika saya berjalan dengan Khalifah Omar berhampiran kota Mekah.  Kami bertemu dengan seorang gembala yang sedang membawa gembalaannya.  Omar berkata kepada gembala itu;  "Jualkan pada saya seekor kambing itu".  Gembala itu menjawab;  "Kambing itu bukan saya punya,  tuan saya yang mempunyainya."  Kemudian untuk mencubanya,  Omar berkata;  "Baiklah,  kamu katakanlah kepada tuanmu bahawa yang seeekor itu telah dibaham oleh serigala".  Budak gembala itu menjawab; "Tidak,  sesungguhnya tuan saya tidak tahu tetapi Allah Mengetahuinya".  Mendengar jawapan budak gembala itu,  bertitisanlah air mata Omar.  Beliau pun pergi berjumpa dengan tuan budak gembala kambing itu lalu membelinya dan membebaskannya.  Beliau berkata budak itu;  "Kerana kata-katamu itu,  engkau bebas dalam dunia dan akan bebas juga di akhirat kelak".
Ada dua darjat berkenaan Zikir Allah(mengenang Allah) ini.  Darjat pertama ialah darjat Aulia Allah.  Mereka  bertafakur dan tenggelam dalam tafakur mereka dalam mengenang Keagungan dan Kemuliaan Allah. dan tidak ada tempat langsung dalam hati mereka untuk 'gairuLlah"(selain dari Allah).  Ini adalah darjat zikir Allah yang bawah,  kerana apabila hati seseorang itu telah tetap dan anggotanya dikontrol penuh oleh hatinya hingga mereka dapat mengalwal mereka dari perkara-perkara yang halal pun,  maka tidak perlulah lagi ia sebarang alat atau penahan untuk menghalang dosa.  Maka kepada zikir Allah seperti inilah Nabi Muhammad (S.W.T) maksudkan apabila ia berkata,
"Orang yang bangun pagi-pagi dengan hanya Allah dalam hatinya,  Allah akan memeliharanya didunia dan diakhirat."
Setengah daripada mereka golongan ini sangat asyik dan tenggelam dalam mengenang dalam mengingati Allah hinggakan kalau ada orang bercakap kepada mereka tidaklah mereka dengar,  kalau orang berjalan dihadapan mereka tidaklah mereka nampak.  Mereka seolah-olah diam seperti dinding.  Seseorang Wali Allah ada berkata demikian:  "Suatu hari saya melintasi tempat ahli-ahli pemanah sedang bertanding memanah.  Tidak berapa jauh dari situ ada seoarang duduk seseorang diri.  Saya pergi kepadanya dan cuba hendak berbual dengannya.
  • Tetapi ia menjawab,  "Mengenang Allah itu labih baik dari berbual".
  • Saya bertanya,  "tidakkah kamu merasa keseorangan?"
  • "Tidak"  jawabnya, "Allah dan dua orang malaikat ada bersamaku".
  • Saya bertanya kepada beliau sambil menunjukkan kepada pemanah-pemanah itu, "Antara mereka itu,  yang manakah akan menang?"
  • Beliau menjawab,  "Yang itu,  Allah telah beri kemenangan  kepadanya."
  • Kemudian saya bertanya, "dari manakah datangnya jalan ini?"
  • Mendengar itu,  ia merenung ke langit lalu berdiri dan pergi sambil berkata,  "Oh Tuhan!  Banyak hamba-hambamu mengganggu seseorang itu dalam mengingatimu!"
Seorang wali Allah bernama Syubli satu hari pergi berjumpa seorang sufi bernama Thauri.  Beliau lihat Thauri duduk dengan berdiam diri dalam tafakkur hingga sehelai bulu romanya pun tidak bergerak.  Syubili bertanya kepada Thauri,  "Daripada siapa anda berlajar latihan bertafakkur dengan diam diri seperti itu?"  Suri menjawab,  "Daripada seekur kucing yang saya lihat menunggu di lubang tikus.  Kucing itu lebih tetap dan diam lagi daripada ini."
Ibn  Hanif meriwayatkan:
"Saya diberitahu bahawa di Bandar Thur ada seorang Syeikh dan muridnya sentiasa duduk dan tenggelam dalam zikir Allah.  Saya pergi ke situ dan saya dapati kedua orang itu duduk dengan muka mereka menghadap ke kiblat.  Saya memberi salam kepada mereka tiga kali.  Tetapi mereka tidak menjawab.  Saya berkata,  "Dengan nama Allah saya minta tuan-tuan menjawab salamku".  Pemuda itu mengangkat kepalanya dan menjawab,
"Wahai Ibn Hanif! dunia ini untuk sebentar waktu sahaja,  dan yang sebentar itupun tinggal lagi sedikit sahaja.  Anda mengganggu kami kerana meminta kami menjawab salammu itu".
Kemudian dia menundukkan kepalanya semula dan terus mendiamkan diri.  Saya rasa lapar dan dahaga pada masa itu,  tetapi dengan memandang mereka itu saya lupa pada diri saya.  Saya terus bersama mereka dan sembahyang Zohor dan Asar bersama mereka.  Saya minta mereka memberi nasihat kepada saya berkenaan kerohanian ini.  Pemuda itu menjawab,  "Wahai Ibni Hanif,  kami merasa susah;  kami tidak ada lidah yang memberi nasihat itu."  Saya terus berdiri di siti tiga hari tiga malam.  Kami tidak bercakap antara satu sama lain,  dan tidak tidur.  Kemudian saya berkata kepada diri saya sendiri,  saya akan pohon kepada Allah supaya mereka menasihati saya."  Pemuda itu mengangkat kepalanya dan berkata,
"Pergilah cari orang seperti itu,  ia akan dapat membawa Allah kepada ingatan anda dan melengkapkan rasa takut kepada hatimu,  dan ia akan memberi anda nasihat yang disampaikan secara diam tanpa sebarang cakap."
Demikianlah zikir Allah para Aulia iaitu melenyap dan menenggelamkan fikiran dan khayalan dalam Mengenang Allah.  Zikir Mengenang Allah (zikir Allah) yang kedua ialah zikirnya "golongan kanan" iaitu yang disebut dalam Quran sebagai Ashabul  Yamin.  Mereka ini tahu dan kenal bahawa Allah sangat mengetahui terhadap mereka dan mereka merasa tunduk dan tawaduk di Hadirat Allah SWT tetapi tidaklah sampai mereka melenyap dan menenggelamkan fikiran dan khayalan mereka dalam mengenang Allah sahaja sehingga tidak peduli keadaan keliling mereka.  Mereka sedar diri mereka dan sedar terhadap alam ini.  Keadaan mereka adalah seperti seorang yang terkejut kerana didapati berkeadaan bertelanjang dan cepat-cepat menutup aurat mereka.
Golongan yang lagi satu dulu adalah seperti orang yang tiba-tiba mendapati diri mereka di majlis raja yang besar lalu ia merasa tidak tentu arah dan merasa takjub.
Golongan yang mula-mula itu memeriksa terlebih dahulu apa yang memasuki hati mereka dengan rapi sekali,  kerana di hari kiamat kelak tiga soalan akan ditanya terhadap tiap-tiap lakuan.  Dan tindakan yang telah dilakukan.
  • Yang pertama:  "Kenapa kamu buat ini?"
  • Kedua:  "Dengan cara apa kamu membuat ini?";  dan
  • Ketiga:  "Untuk tujuan apa kamu melakukan ini?".
    • Yang pertama itu disoal kerana seseorang itu hendaklah bertindak dari niat dan dorongan Kutahanan dan bukan dorongan Syaitan dan hawa nafsu.
    • Jika soalan itu dijawab dengan memuaskan hati,  maka diadakan ujian kedua iaitu soalan secara mana tindakan itu dilakukan dengan bijak,  dengan cuai,  atau dengan cara tidak peduli apa.
    • Yang ketiga,  sama ada lakuan dan tindakan itu kerana Allah semata-mata atau kerana hendakkan sanjungan manusia.
Jika seseorang itu memahami makna soalan-soalan ini,  maka ia tentu berhati-hati sekali terhadap keadaan hatinya dan bagaimana ia melawan fikiran yang mungkin menimbulkan tindakannya.  Sebenarnya memilih dan menapis fikiran dan khayalan itu sangatlah susah dan rumit.  Barangsiapa yang tidak sanggup membuatnya hendaklah pergi berguru dengan orang-orang  keruhanian.  Mengaji dan berguru dengan mereka itu dapat mendatangkan cahaya ke dalam hati.  Dia hendaklah menjauhkan diri dari orang-orang alim kedunian kerena mereka ini adalah alat atau ujian syaitan.
Allah berfirman kepada Nabi Daud a.s.;
"Wahai Daud,  janganlah bertanya kepada orang Alim yang mabuk dalam cintanya kepada dunia,  keran mereka akan merampas dari kamu perasaan Cinta terhadapKu".
Nabi Muhammad SAW.  pernah bersabda;
"Allah kasih kepada orang yang tajam matanya terhadap perkara-perkara yang menimbulkan syak-wasangka dan tidak membiarkan akalnya diganggui oleh serangan hawa nafsu".
Akal dan pilihan sangat berkait rapat,  dan orang yang akalnya tidak menguasai hawa nafsu tidak akan dapat memilih yang baik dari yang jahat.
Di samping membuat pilihan dan berhati-hati sebelum bertindak,  maka seseorang itu hendaklah menghitung dan menyedari apa yang telah dilakukannya dahulu.  Tiap-tiap malam periksalah hati itu dan lihatlah apa yang telah dilakukan dan sama ada telah untung atau rugi dalam perniagaan keruhaniaan ini.  Ini adalah penting kerana hati itu ibarat rakan perniagaan yang jahat yang sentiasa hendak menipu dan mengilat.  Kadang-kadang ia menunjukkan diri jahatnya itu.  Sebaliknya topeng taat kepada Allah,  agar manusia menganggap ia telah beruntung tetapi sebenarnya ia telah rugi.
Seorang Wali Allah bernama Amiya yang berumur 60 tahun telah mengira berapa hari umurnya.  Maka didapti umurnya ialah selama 21, 600 hari semua sekali.  Beliau berakata kepada dirinya sendiri;
"Aduhai!  jika saya telah melakukan satu dosa sehari,  bagaimana saya hendak lari dari beban 21, 600 dosa?".
Beliau menjerit dan terus rebah.  Apabila orang datang hendak mengangkatkannya,  mereka telah dapati beliau telah meninggal dunia.  Tetapi malang,  kebanyakan orang telah lupa.  Mereka tidak memperhitung diri mereka sendiri.  Jika tiap-tiap satu dosa itu diibaratkan sebiji batu,  maka penuhlah sebuah rumah dengan batu itu.  Jika malaikat Kiraman Kaatibin meminta gaji kerana menulis dosa yang seseorang itu telah lakukan,  maka tentulah habis wangnya bahkan tidak cukup untuk membayar gaji mereka itu.  Orang berpuas hati membilang biji tasbih sambil berzikir nama Allah,  tetapi mereka tidak ada biji tasbih untuk mengira berapa banyak percakapan sia-sia yang telah diucapkannya.  Oleh kerana itulah, Khalifah Omar berkata;
"Timbanglah perkataan dan perbuatanmu sekarang sebelum ia dipertimbangkan di akhirat kelak".
Beliau sendiri sebelum pergi tidur malam hari memukul kakinya dengan comtar sambil berkata;  "Apa yang telah engaku buat hari ini?".
Suatu hari Thalhah sedang sembahyang di bawah pohon-pohon kurma dan terpandang olehnya seekor burung yang jinak berterbangan di situ.  Kerana memandang burung itu beliau terlupa berapa kalikah beliau sujud.  Untuk menghukum dirinya kerana kelalaian itu,  beliau pun memberi pohon-pohon khurma itu kepada orang lain.
Aulia Allah mengetahui hawa nafsu mereka itu selalu membawa kepada kesesatan.  Oleh itu mereka berhati-hati benar dan menghukum diri mereka setiap kali mereka telah terlanggar batas.
Jika seseorang itu mendapati diri mereka telah terjauh dan menyeleweng dari sifat zuhud dan disiplin diri,  maka sepatutnya beliau belajar dan meminta nasihat dari orang yang pakar dalam latihan keruhanian,  supaya hati lebih bersemangat kepada sifat zuhud,  disiplin diri dan akhlak yang suci itu.
Seorang Wali Allah pernah berkata,
"Apabila saya berasa merosot dalam disiplin diri,  saya akan melihat Muhammad bin Abu Wasi,  dan melihat beliau itu bersemagatlah hatiku sekurang-kurangnya seminggu".
Jika seseorang itu tidak dapat seseorang yang zuhud di sekitarnya,  maka eloklah mengkaji riwayat Aulia Allah.  Elok juga ia menasihat jiwanya seperti demikian;
"Wahai jiwaku!  engkau fikir diri kau cerdik pandai dan engkau marah jika disebut bodoh.  apakah engkau ini?  Engkau sediakan kain baju untuk melindungi sejuk tetapi tidak bersedia untuk kembali ke akhirat.
 Keadaanmu adalah seperti orang dalam musim sejuk berkata;
"Aku tidak pakai pakaian panas,  cukuplah aku bertawakkal kepada Allah untuk melindungi aku dari sejuk".
Dia telah lupa bahawa Allah di samping menjadikan sejuk itu ada juga memberi petunjuk kepada manusia bagaimana membuat pakaian untuk mengelakkan dari sejuk dan dingin;  dan disediakan alat dan bahan-bahan untuk membuat pakaian itu.  Ingatlah jiwa!  hukuman kepadamu di akhirat kelak bukanlah kerana Allah murka kerana tidak patuhmu;  dan janganlah berkata;
"Bagaimana pula dosaku boleh menyakiti Allah?
Adakah hawa nafsumu sendiri yang menyalakan api neraka di dalam dirimu sendiri;  seperti orang yang memakan makanan yang membawa penyakit.  adalah penyakit itu tejadi dalam badan  manusia,  dan bukan kerana doktor marah kepadanya kerana tidak mematuhi perintahnya.
"Tidak malukah kamu wahai jiwa!  kerana kamu sangat cenderung kepada dunia!!!.  Jika kamu tidak percaya dengan Syurga dan Neraka,  maka sekurang-kurangnya percayalah kepada mati yang akan merampas dari kamu semua keseronokkan kedunian dan membuat kamu merasa kepayahan berpisah dari dunia ini.  Semakin kuat perkaitanmu kepada dunia,  maka semakin pedihlah yang kamu rasai.
Apakah dunia ini bagimu?  Jika seluruh dunia ini dari Timur ke Barat kepunyaanmu dan menyembahmu,  namun itu tidaklah lama.  Akan semuanya hancur jadi abu bersama dirimu sendiri dan namamu makin lama makin dilupakan;  seperti Raja-raja yang dahulu sebelum kamu.  Setelah kamu  melihat bagaimana kecil dan kerdilnya kamu di dunia ini,  maka kenapa kamu beriya-ya benar dan bergila-gila benar menjual keseronokan dan kebahagiaan yang abadi dan memilih kebahagian yang sementara seperti menjual intan berlian yang mahal untuk mendapatkan kaca yang tidak berharga,  dan menjadikan kamu bahan ketawa orang lain?"
Indek Kimiya' As-Sa'adah

Kitab Hikam 39: NUR-NUR KURNIAAN ALLAH S.W.T

39: NUR-NUR KURNIAAN ALLAH S.W.T

DIKURNIAKAN PETUNJUK KEPADA ORANG-ORANG YANG BERJALAN KEPADA ALLAH S.W.T DENGAN NUR-NUR TAWAJJUH (MENGHADAP ALLAH S.W.T) DAN BAGI ORANG YANG TELAH SAMPAI BAGI MEREKA IALAH NUR-NUR AL-MUWAAJAHAH (MUSYAHADAH ATAU SALING BERHADAPAN ANTARA HAMBA DENGAN ALLAH S.W.T). MEREKA YANG PERTAMA ITU ADALAH UNTUK NUR-NUR, SEDANGKAN MEREKA YANG TELAH SAMPAI ADALAH NUR-NUR ITU BUAT MEREKA LANTARAN MEREKA INI ADALAH KERANA ALLAH S.W.T BUKAN KERANA SESUATU SELAIN-NYA. KATAKANLAH: “ALLAH!” KEMUDIAN BIARKAN MEREKA (ORANG RAMAI) BERMAIN-MAIN DALAM KESESATAN. Hikmat 39 ini menceritakan keadaan dua golongan yang dipanggil sebagai ahli tawajjuh dan ahli musyahadah. Ahli tawajjuh adalah orang salih yang berpegang teguh kepada syariat Allah s.w.t dan biasanya digelar ahli syariat. Orang salih atau ahli syariat melihat dirinya sebagai satu individu yang berkedudukan sebagai hamba Allah s.w.t. Dia berkewajipan melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan menjauhkan segala larangan-Nya. Dia melaksanakan amal kebaikan dengan ikhlas, tidak didorong oleh riak dan ujub, tidak berbuat sama’ah dan tidak menyombong dengan amal tersebut. Allah s.w.t memberkati amal ibadat yang demikian dan mengurniakan kepada mereka Nur Tawajjuh. Nur yang demikian membuat mereka merasa damai dan tenang serta bertambah rasa kehampiran dengan Allah s.w.t. Mereka tidak berasa berat untuk melakukan ibadat walau berapa banyak sekalipun kerana semakin banyak ibadat yang mereka lakukan semakin mereka memperolehi taqarrub (mendekat dan berhadap kepada Allah s.w.t) dan semakin mereka merasa kelazatan beribadat. Mereka bukan sahaja meninggalkan perkara yang haram tetapi juga yang mubah. Banyak daripada perkara yang halal ditinggalkan bagi menjaga agar mereka tidak terdorong mendekati yang haram, apa lagi melakukannya. Inilah sifat ahli syariat, memakai pakaian warak dan berjalan dengan Nur Tawajjuh.
 Golongan kedua ialah ahli musyahadah, biasanya dipanggil ahli hakikat. Ahli hakikat ialah orang yang mencapai hakikat syariat dan tauhid sehingga tidak melihat lagi sesuatu kecuali Allah s.w.t. Mereka menyaksikan bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri, Maha Mentadbir dan Maha Menentukan. Mereka menyaksikan sifat Allah Yang Maha Sempurna dan Kekal. Pandangan mereka hanya tertumpu kepada Allah Azza wa Jalla. Segala yang maujud tidak memberi bekas pada hati mereka, hanya Wujud Allah s.w.t yang menguasainya, terjadilah musyahadah iaitu saling berhadapan. nur-nur al-muwaajahah meleburkan hijab yang menutupi alam maujud lalu mata hati melihat kepada Yang Tersembunyi disebalik yang nyata. Hamba melihat Rahsia Tuhan yang selama ini terhijab oleh Alam al-Mulk (alam kejadian) dan Allah s.w.t menyaksikan pengabdian hamba-Nya. Terbukalah kepada si hamba rahsia Alam Malakut dan nyatalah kedudukan hamba sebagai ayat atau tanda wujud. Hamba melihat ketuhanan Allah s.w.t yang meliputi segala sesuatu dan Allah s.w.t menyaksikan pengabdian hamba-Nya meliputi ilmunya, ahwalnya dan hatinya.
 Allah s.w.t bukakan tabir hijab agar mata hati hamba-Nya dapat menyaksikan kerajaan-Nya yang meliputi yang nyata dan juga yang ghaib.
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yaqin. ( Ayat 75 : Surah al-An’aam )
Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada  Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah.  ( Ayat 88 : Surah al-Qasas )  Ada perbezaan pandangan di antara ahli syariat dan ahli hakikat. Ahli syariat berjihad membunuh musuh-musuh Allah s.w.t kerana mengharapkan keredaan-Nya, moga-moga Allah s.w.t mengurniakan kepada mereka nur-nur yang membawa mereka hampir kepada-Nya. Ahli hakikat pula ketika berjihad dan membunuh mereka melihat kepada firman Allah s.w.t:
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir). ( Ayat 17 : Surah al-Anfaal ) Orang-orang yang sampai kepada Allah s.w.t berkecimpung dalam nur-nur kerana:

Allah yang menerangi langit dan bumi. ( Ayat 35 : Surah an-Nur )
Nurullah menjadi jelas nyata pada penglihatan mata hati ahli musyahadah. Kewujudan langit dan bumi tidak menghijab mata hati mereka. Tidak mungkin terlihat langit dan  bumi jika  Nurullah tidak menerangi keduanya.
 

Tajuk 40
KANDUNGAN

Thursday 21 April 2011

Kaabah...Pusat Dunia...




Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah.

Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU..???

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan, di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya


Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Jom ramai2 pasang niat dan impian untuk pergi ke Baitullah untuk Cas Rohani kita....!!!!

Rahsia di dalam Rahsia....

Tuesday 12 April 2011

13-metos-kata-aceh-bagaimana-islamnya.

http://www.ibnuhasyim.com/2011/04/13-metos-kata-aceh-bagaimana-islamnya.html
CATATAN PERJALANAN
Di kota Kuala Simpang Temiang. Bawah, penulis dan teman-peman penulis.

MAAF kawanku Drs Rosdi Deraman, sepatutnya aku ada sama dengan hang di Sarawak hari ini. Tapi apakan daya, kita hanya merancang, tapi Allah Maha Perancang.. Menyebabkan hari ini aku berada di Kuala Simpang Temiang Aceh. Ada tugas yang perlu ku selesaikan.

Dari pekan Kuala Simpang Temiang dua malam lepas, aku menaiki beca, tiga penumpang satu beca, menuju sebuah kampung terpencil berhampiran laut, sejauh kira-kira 3 kilometer. Singgah di sebuah warung.. Kami dikerumuni puluhan pemuda-pemuda kampung, mengucapkan selamat datang.

"Pelek!" kataku. "Kok di sini semua orang cakap bahasa Malaysia? Aku rasa macam di kampung sendiri.."

"Oh.. Hampir semua kami di sini pernah tinggal lama di Malaysia. Bila dengar ada kawan dari Malaysia ziarah sini, kami datang la.. Sambut ramai-ramai, sambut tetamu.." Jawab salah seorang dari mereka.

Begitulah hebatnya budaya orang Aceh dalam menyambut tetamu, yang lebih dekat kepada cara Islam. Aku mula meneliti, dari mana asal nama Aceh? Aku gerodek-gerodek dalam internet..

Aceh adalah nama sebuah 'Bangsa' yang mendiami ujung paling utara pulau Sumatera. Terletak antara Lautan Hindi dan Selat Melaka. Sebuah bangsa yang sudah dikenal dunia antarabangsa sejak tegaknya Kerajaan Poli di Aceh Pidie. Mencapai puncak kejayaan atau zaman keemasannya pada zaman Kerajaan Aceh Darussalam, masa pemerintahan Sulthan Iskandar Muda. Berakhirnya kesulthanan Aceh pada tahun 1903, masa Sulthan Muhammad Daud Syah.

Dalam masa 42 tahun sejak 1903 hingga1945, Aceh tetap tegak dan terus berjuang mempertahankan kemerdekaannya dari tangan Belanda dan Jepun.

Mari kita lihat mengtenai metos mengenai nama Aceh ini..

Satu: Menurut H. Muhammad Said (1972), sejak abad pertama Masehi, Aceh sudah menjadi jalur perdagangan internasional. Pelabuhan Aceh menjadi salah satu tempat singgah para pelintas. Malah ada di antara mereka yang kemudian menetap di sana. Interaksi berbagai suku bangsa kemudian membuat wajah Aceh semakin majmuk.

Sepeti dikutip oleh H.M.Said catatan Thomas Braddel menyebutkan, di zaman Yunani, orang-orang Eropah mendapat rempah-rempah Timur dari saudagar Iskandariah, Bandar Mesir terbesar di pantai Laut Tengah kala itu. Tetapi, rempah-rempah tersebut bukanlah asli Iskandariah, melainkan mereka peroleh dari orang Arab Saba. Orang-orang Arab Saba mengangkut rempah-rempah tersebut dari Barygaza atau dari pantai Malabar India dan dari pelabuhan-pelabuhan lainnya. Sebelum diangkut ke negeri mereka, rempah-rempah tersebut dikumpulkan di Pelabuhan Aceh.

Dua: Raden Hoesein Djajadiningrat dalam bukunya 'Kesultanan Aceh' (Terjemahan Teuku Hamid, 1982/1983) menyebutkan bahawa berita-berita tentang Aceh sebelum abad ke-16 Masehi dan mengenai asal-usul pembentukan Kerajaan Aceh sangat bersimpang-siur dan terpencar-pencar.

Tiga: HM. Zainuddin (1961) dalam bukunya 'Tarich Aceh dan Nusantara', menyebutkan bahawa bangsa Aceh termasuk dalam rumpun bangsa Melayu, iaitu; Mantee (Bante), Lanun, Sakai Jakun, Semang (orang laut), Senui dan lain sebagainya. Yang berasal dari negeri Perak dan Pahang di tanah Semenanjung Melayu. Semua bangsa tersebut erat hubungannya dengan bangsa Phonesia dari Babylonia dan bangsa Dravida di lembah sungai Indus dan Gangga, India. Bangsa Mante di Aceh awalnya mendiami Aceh Besar, khususnya di Kampung Seumileuk, yang juga disebut Gampong Rumoh Dua Blah.

Letak kampung tersebut di atas Seulimum, antara Jantho dan Tangse. Seumileuk artinya dataran yang luas. Bangsa Mante inilah yang terus berkembang menjadi penduduk Aceh Lhee Sagoe (di Aceh Besar) yang kemudian ikut berpindah ke tempat-tempat lainnya. Sesudah tahun 400 Masehi, orang mulai menyebut ”Aceh” dengan sebutan Rami atau Ramni. Orang-orang dari Tiongkok menyebutnya lan li, lanwu li, nam wu li, dan nan poli yang nama sebenarnya menurut bahasa Aceh adalah Lam Muri. Sementara orang Melayu menyebutnya Lam Bri (Lamiri). Dalam catatan Gerini, nama Lambri adalah pengganti dari Rambri (Negeri Rama) yang terletak di Arakan (antara India Belakang dan Birma), yang merupakan perubahan dari sebutan Rama Bar atau Rama Bari.

Empat: Rouffaer, salah seorang penulis sejarah, menyatakan kata al Ramni atau al Rami diduga merupakan lafal yang salah dari kata-kata Ramana. Setelah kedatangan orang Portugis mereka lebih suka menyebut orang Aceh dengan Acehm.

Lima: Sementara orang Arab menyebutnya Asji. Penulis-penulis Perancis menyebut nama Aceh dengan Acehm, Acin, Acheh ; orang-orang Inggris menyebutnya Atcheen, Acheen, Achin. Orang-orang Belanda menyebutnya Achem, Achim, Atchin, Atchein, Atjin, Atsjiem, Atsjeh, dan Atjeh. Orang Aceh sendiri, kala itu menyebutnya Atjeh.

Enam: Informasi tentang asal-muasal nama Aceh memang banyak ragamnya. Dalam versi lain, asal-usul nama Aceh lebih banyak diceritakan dalam mythe, cerita-cerita lama, mirip dongeng. Di antaranya..

'.. dikisahkan zaman dahulu, sebuah kapal Gujarat (India) berlayar ke Aceh dan tiba di Sungai Tjidaih (baca: ceudaih yang bermakna cantik, kini disebut Krueng Aceh). Para anak buah kapal (ABK) itu pun kemudian naik ke darat menuju Kampung Pande. Namun, dalam perjalanan tiba-tiba mereka kehujanan dan berteduh di bawah sebuah pohon. Mereka memuji kerindangan pohon itu dengan sebutan, Aca, Aca, Aca, yang artinya indah, indah, indah."

Menurut Hoesein Djajadiningrat, pohon itu bernama bak si aceh-aceh di Kampung Pande (dahulu), Meunasah Kandang. Dari kata Aca itulah lahir nama Aceh.

Tujuh: Dalam versi lain diceritakan tentang perjalanan Budha ke Indo China dan kepulauan Melayu. Ketika budiman itu sampai di perairan Aceh, ia melihat cahaya aneka warna di atas sebuah gunung. Ia pun berseru “Acchera Vaata Bho” (baca: Acaram Bata Bho, alangkah indahnya). Dari kata itulah lahir nama Aceh. Yang dimaksud dengan gunung cahaya tadi adalah ujung batu putih dekat Pasai.

Lapan: Dalam cerita lain disebutkan, ada dua orang kakak beradik sedang mandi di sungai. Adik sedang hamil. Tiba-tiba hanyut sebuah rakit pohon pisang. Di atasnya tergeletak sesuatu yang bergerak-gerak. Kedua puteri itu lalu berenang dan mengambilnya. Ternyata yang bergerak itu adalah seorang bayi.

“Berikan ia padaku kerana kamu sudah mengandung dan aku belum.” Kata kakak kepada adiknya. Adiknya setuju. Maka kakaknya pun membawa pulang bayi itu ke rumahnya. Dia pun tinggal di atas balai-balai, yang di bawahnya terdapat perapian (madeueng) selama 44 hari. Macam orang yang baru lahirkan anak.

Ketika bayi itu diturunkan dari rumah, seisi kampung menjadi hairan dan mengatakan.. "Adoe nyang mume, a nyang ceh (Maksudnya, adik yang hamil, tapi kakak yang melahirkan!).

Sembilan: Mitos lainnya menceritakan..

"... pada zaman dahulu ada seorang anak raja yang sedang berlayar, dengan suatu sebab kapalnya karam. Ia terdampar ke tepi pantai, di bawah sebatang pohon yang oleh penduduk setempat dinamai pohon aceh. Nama pohon itulah yang kemudian ditabalkan menjadi nama Aceh."

Sepuluh: Talson menceritakan, pada suatu masa seorang puteri Hindu hilang, lari dari negerinya. Tetapi abangnya kemudian jumpa balik di Aceh. Ia mengatakan kepada penduduk di sana, bahawa puteri itu aji. Ertinya ”adik”. Sejak itulah puteri itu diangkat menjadi pemimpin mereka. Dan nama aji dijadikan sebagai nama daerah, yang kemudian secara berangsur-angsur berubah menjadi Aceh.

Sebelas: Mitos lainnya yang hidup di kalangan rakyat Aceh, menyebutkan istilah Aceh berasal dari sebuah kejadian.. Iaitu isteri raja yang sedang hamil, lalu melahirkan. Oleh penduduk saat itu disebut ka ceh yang artinya 'telah lahir'. Dan, dari sinilah asal kata Aceh.

Duabelas: Kisah lainnya menceritakan tentang karakter bangsa Aceh yang tidak mudah pecah. Hal ini diterjemahkan dari rangkaian kata.. 'a' yang artinya tidak, dan 'ceh' yang ertinya pecah. Jadi, kata 'aceh' bermakna tidak pecah.

Tigabelas: Di kalangan peneliti sejarah dan antropologi, asal-usul bangsa Aceh adalah dari suku Mantir (Mantee, bahasa Aceh) yang hidup di rimba raya Aceh. Suku ini mempunyai ciri-ciri dan postur tubuh yang agak kecil dibandingkan dengan orang Aceh sekarang. Diduga suku Manteu ini mempunyai kaitan dengan suku bangsa Mantera di Malaka, bahagian dari bangsa Khmer dari Hindia Belakang.

Begitu antara metos dan legenda nama Aceh negeri pertama di Asia Tenggara yang terdapat bukti-bukti kedatangan awal Islam. Islam yang menjadikan rakyat Aceh berbudaya seperti di atas sehingga mendapat jolokan 'Serambi Mekah Indonesia'. Sama juga seperti 'Serambi Mekah'Malaya' di negeri Kelantan, Malaysia.

Pada saya (Ibnu Hasyim), antara ulama terakhir yang memperjuangkan kemerdekaan beragama di Indonesia adalah Daud Beureueh di bumi Aceh. Saya kurang bersetuju dengan kenyataan..

"Aceh tetap berdiri dan terus berjuang mempertahankan kemerdekaannya dari tangan Belanda dan Jepang yang dipimpin oleh para bangsawan, hulubalang dan para pahlawan Aceh seperti Tgk Umar, Cut Nyak Dhien dan lain-lain dan juga Aceh mempunyai andil yang sangat besar dalam mempertahankan Nusantara ini dengan pengorbanan rakyat dan harta benda yang sudah tak terhitung nilainya hingga Aceh bergabung dengan Indonesia karena kedunguan dan kegoblokan Daud Beureueh yang termakan oleh janji manis dan air mata buaya Soekarno."

Mengatakan, "Aceh bergabung dengan Indonesia karena kedunguan dan kegoblokan Daud Beureueh" adalah agak keterlaluan, kerana gagasan Daud Beureueh bukan sahaja untuk pembebasan Islam dari penjajah untuk bumi Aceh sahaja, bahkan untuk pembebasan Islam di seluruh Indonesia.

Beliau menuntut hak atonomi untuk melaksanakan Islam secara syumul di Aceh yang mungkin menjadi pengkalan tempat bertolak dalam 'menasionalkan' Islam ke seluruhIndonesia. Bukan seperti 'Perjanjian Helsinki' yang tidak menyebut sepatah pun perkataan Islam dalam perjanjiannya, dan terhad untuk Aceh sahaja.

Sekian bersambung...

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Kuala Simpang Temiang, Aceh.

12 Apr 11.


Lihat sebelum ini...


E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'
E-Buku IH-16: 'Dari Surabaya ke Medan & Aceh'
E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..
E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..

Monday 11 April 2011

Kitab Hikam 38: SEBARKAN KEBAIKAN MENGIKUT KEMAMPUAN

38: SEBARKAN KEBAIKAN MENGIKUT KEMAMPUAN

HENDAKLAH BERBELANJA AKAN KEKAYAANNYA BAGI MEREKA YANG TELAH SAMPAI KEPADA ALLAH S.W.T DAN MENURUT KADAR KEMAMPUANNYA BAGI YANG SEDANG BERJALAN KEPADA ALLAH S.W.T. Hikmat 38 di atas mengemukakan ujian kepada hati sejauh mana kekuatannya beriman, berserah diri dan yakin dengan janji Allah s.w.t. Ia juga menjadi pengukur pada tahap mana seseorang yang berjalan pada jalan kerohanian itu berada. Hikmat di atas menjurus khusus kepada harta kekayaan. Harta merupakan sesuatu yang sangat diperlukan oleh manusia. Manusia memerlukan harta untuk menanggung keperluan hidupnya, bahkan ibadat-ibadat seperti haji dan zakat perlu dilakukan dengan menggunakan harta. Sedekah juga memerlukan harta. Membuat kebajikan seperti mendirikan masjid, hospital, sekolah dan lain-lain juga memerlukan harta. Oleh kerana besarnya peranan harta kepada kehidupan manusia, maka kebanyakan daripada aktiviti manusia berkisar pada soal harta atau ekonomi. Pendidikan dan kemahiran disalurkan ke arah ekonomi. Kejayaan atau kegagalan dinilai melalui faktor ekonomi. Perhatian manusia sentiasa tertuju kepada soal ekonomi atau harta dalam membuat sesuatu keputusan.
 Apabila harta sudah bertapak dalam jiwa seseorang manusia akan menjual maruah dirinya kerana harta. Orang miskin sanggup diperkudakan oleh orang kaya kerana harta. Orang kaya sanggup melakukan rasuah dan penganiayaan kerana harta. Harta menjadi raja menguasai jiwa raga manusia. Segala sesuatu dinilai dengan harta. Persahabatan harus dibeli dengan harta. Kesetiaan juga perlu dibayar dengan harta.
Hikmat di atas menarik perhatian orang yang sedang berjalan pada jalan kerohanian agar memerhatikan hatinya, bagaimanakah hubungan hatinya dengan harta. Ia menyatakan bahawa orang yang telah sampai kepada Allah s.w.t dan memperolehi makrifat-Nya tidak seharusnya menyimpan harta, hendaklah dia membelanjakan ke jalan Allah s.w.t dan yakin dengan janji Allah s.w.t tentang rezekinya. Orang yang masih dalam perjalanan pula hendaklah membelanjakan ke jalan Allah s.w.t menurut kesanggupannya. Sejarah banyak menceritakan tentang sikap hamba-hamba pilihan Allah s.w.t terhadap harta.
 Saidina Abu Bakar as-Siddik r.a menyumbangkan kesemua hartanya untuk jihad fi-sabilillah, tidak ada satu dirham pun disimpannya. Bila Rasulullah s.a.w bertanyakan kepadanya mengapakah tidak ditinggalkan sedikit buat menguruskan keperluannya, beliau r.a menjawab, “Cukuplah Allah dan Rasulullah bagiku”.
 Abdul Rahman bin Auf yang terkenal dengan kekayaannya, mencari harta bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk kegunaan menyebarkan agama Allah s.w.t. Salman al-Farisi ketika memegang jawatan amir, tidak mengambil gajinya, sebaliknya beliau menganyam daun kurma untuk dijadikan bakul dan tikar. Hasil anyamannya dijualnya dan apa yang diperolehinya dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian sebagai modal pusingan, satu bahagian buat belanja ahli rumahnya dan satu bahagian lagi disedekahkan kepada golongan miskin.
 Imam as-Syafi’e r.a sekembalinya ke Makkah dari Yaman telah dihadiahkan puluhan ribu wang emas. Sebelum memasuki kota Makkah beliau telah mendirikan sebuah khemah di luar kota. Dikumpulkan golongan fakir dan miskin dan disedekahkan kesemua wang yang diterimanya sebagai hadiah itu. Setelah kesemua wang itu habis disedekahkan baharulah beliau masuk ke kota Makkah.
Rabiatul Adawiah hanya menyimpan sehelai tikar yang usang sebagai sejadah dan sebiji kendi buat mengisi air untuk wuduknya. Beliau tidak menyimpan makanan untuk petangnya. Banyak lagi kisah aulia Allah s.w.t yang menggambarkan bahawa tidak sebesar zarah pun hati mereka terikat dengan harta. Mereka melihat pengidupan dunia ini hanyalah persinggahan sebentar, tidak perlu mengambil bekalan.
Bagi orang yang masih dalam perjuangan dan belum lagi sampai kepada Allah s.w.t, mereka tidak sanggup berbuat sebagaimana yang dilakukan oleh aulia Allah s.w.t. Sungguhpun begitu jika dibiarkan harta melekat pada hati akan membahayakan hati itu sendiri. Oleh itu biasakanlah berpisah daripada harta yang disayangi agar rohani akan menjadi lebih kuat dalam perjalanan menuju Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman:
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. ( Ayat 7 : Surah at-Talaaq ) Oleh kerana bidang ekonomi merupakan salah satu fardu kifayah yang perlu diuruskan demi kesejahteraan dan kekuatan kaum muslimin, maka Allah s.w.t memilih dari kalangan kaum muslimin orang-orang tertentu yang dipermudahkan bagi mereka mengembangkan ekonomi mereka. Allah s.w.t bukakan bagi mereka pintu-pintu rezeki. Allah s.w.t kurniakan kepada mereka rezeki yang melimpah-ruah. Mereka seolah-olah berada dalam keadaan menadah bekas dan rezeki dicurahkan ke dalam bekas mereka.
 Orang yang menyedari harta kekayaannya adalah kurniaan Allah s.w.t, maka harta kekayaan itu menjadi ujian baginya. Orang yang tidak menyedarinya pula, maka harta kekayaan itu menjadi alat istidraj yang akan menghempapnya kelak. Baik ujian mahu pun istidraj, orang yang memikul harta sebenarnya memikul beban yang sangat berat. Golongan yang menghadapi hisab yang paling halus di akhirat kelak adalah mereka yang di dunia memikul harta.
 Walaupun memikul harta merupakan beban yang berat tetapi sebahagian kaum muslimin perlu mengambil tugas tersebut sebagaimana sebahagian kaum muslimin yang mengambil bidang jihad fi-sabilillah dan mati syahid di medan perang. Dari kalangan nabi-nabi juga ada yang memikul tugas yang berhubung dengan harta, misalnya Nabi Yusuf a.s, Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Daud a.s. Al-Quran menceritakan tentang Nabi Yusuf a.s:
Dia (Yusuf) berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); kerana sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. ( Ayat 55 : Surah Yusuf ) Nabi Yusuf a.s mengetahui sifat dirinya dan kebolehan yang ada dengannya. Beliau a.s telah menjalani kehidupan yang membuatkan harta tidak sedikit pun menguasai hatinya. Beliau a.s juga mengetahui kebolehan menguruskan harta yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya. Demi kebaikan orang ramai Nabi Yusuf a.s menawarkan dirinya kepada raja untuk memegang jawatan pengurus harta kekayaan kerajaan Mesir. Raja bersetuju dengan permintaan Nabi Yusuf a.s itu dan beliau a.s membuktikan kewibawaan dan kebijaksanaan beliau a.s dalam bidang tersebut.
 Nabi Sulaiman a.s juga menguruskan kekayaan dan kekuasaan. Beliau a.s mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Allah s.w.t memanggil hamba-Nya, Sulaiman a.s, sebagai sebaik-baik hamba. Nabi Yusuf a.s dan Nabi Sulaiman a.s menguruskan kekayaan dan kekuasaan atas dasar kehambaan kepada Allah s.w.t.
Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman; ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat). ( Ayat 30 : Surah Saad ) Nabi Sulaiman a.s  bermohon kepada Allah s.w.t agar dikurniakan kepada beliau a.s kerajaan yang besar. Kedua-dua mereka, Nabi Yusuf a.s dan Nabi Sulaiman a.s, meminta untuk menguruskan bidang berkenaan. Ternyata bahawa orang yang boleh menguruskan dengan adil bidang berkenaan adalah orang yang benar-benar mengenali dirinya, mempunyai keyakinan yang teguh, hati yang bulat dan sifat kehambaan yang sebenar-benarnya kepada Allah s.w.t.
Dia (Sulaiman) berkata: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah Kurnia-Nya”. ( Ayat 35 : Surah Saad )  Sesiapa yang ditakdirkan menguruskan bidang kekayaan dan kekuasaan perlulah menjalankan amanah Allah s.w.t itu atas dasar kehambaan kepada-Nya dengan sebaik mungkin.  

Tajuk 39
KANDUNGAN

Friday 8 April 2011

Rahsia Al Fatihah.




Surah Ke 1 : 7 ayat

  1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Yang menguasai hari pembalasan.
  5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
  6. Tunjuklah kami jalan yang lurus.
  7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

KEHEBATAN AL-FATIHAH

  • RUKUN BAGI IBADAT SOLAT

Sabda Rasul: “tidak ada solat bagi orang yang tidak membacakan Al-Fatihah di dalamnya (solatnya)”. – dari Anas bin Malik r.a

  • PENYEMBUH PENYAKIT

Adbullah bin abas r.a. telah berkata, : Pada suatu hari, Husain bin Ali iaitu cucunda Rasulullah telah mengalami satu kesakitan yang menyebabkan nabi berdukacita. Lalu nabi mengambil satu bejana yang berisi air dan terus membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali”.

  • SURAH TERISTIMEWA UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W.

“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan kepadaku sebuah surah (Al-Fatihah) yang tidak diturunkanNya kepada sesiapa pun daripada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumku”. – riwayat Ibnu Abbas

  • SETARAF DENGAN DUA PERTIGA AL-QURAN

  • SURAH TERAGUNG DI ANTARA SURAH-SURAH AL-QURAN

  • SURAH YANG SECARA LANGSUNG MEMBENTUK KOMUNIKASI AGUNG ANTARA MAKHLUK DAN PENCIPTA ALAM.

  • TIADA PERSAMAAN DALAM KITAB TAURAT, INJIL, ZABUR DAN AL-QURAN.

KOD METAMATIKA AL-FATIHAH


AYAT
JUMLAH HURUF
JUMLAH NILAI HURUF
1
19
1
786
21
3
2
18
9
582
15
6
3
12
3
618
15
6
4
11
2
241
7
7
5
19
1
836
17
8
6
19
1
1073
11
2
7
44
8
6010
7
7
142
7
10146
12
3

YANG TERSURAT & TERSIRAT…

1. Al-Fatihah terdiri dari 7 ayat. Diturunkan di Mekah, sebelum Rasul berhijrah. Surah yang PERTAMA turun dengan kandungannya yang melengkapi satu surah.

2. Al-Fatihah terdiri dari 142 huruf (1+4+2=7). Dan Al-Fatihah terbina dari 21 (3X7) huruf-huruf yang berbeza-beza. Ada 7 huruf yang tiada dalam surah ini iaitu:fa , jim, shin, tha,   thaw, kha  dan zay.

3. Ayat ke 4 adalah ayat yang ditengah-tengah pada surah ini, jumlah nilai huruf pada ayat ini adalah 241 @ 2+4+1=7.

4. Ayat akhir iaitu ayat 7 memiliki jumlah nilai huruf 6010 @ 6+0+1+0=7.

5. Huruf Zay yang memiliki nilai huruf 7 tidak muncul dalam surah ini.

6. Huruf Dzal yang memiliki nilai huruf 700 muncul sebagai huruf ke 7 dalam ayat yang ke 7.

7. Huruf Aliff adalah huruf yang paling banyak muncul dalam surah ini iaitu  25 (2+5=7) kali.

8. Surah ini dimulai dengan huruf BA (nilai huruf 2) pada ayat 1dan diakhiri dengan huruf NUN (nilai huruf 50) pada ayat 7. Maka 2+50=52 @ 7.

9. Al-Fatihah merupakan Surah Pertama di dalam Al-Quran (Pembuka Kitab). ‘Bismillahirrahmanirrahim’ merupakan ayat 1 dan terbina dengan susunan 19 huruf (1+9=10 = 1 @ ayat pertama).

10. Jumlah keseluruhan huruf ada 142 manakala jumlah nilainya adalah 10146, jika dihitung kesemuanya 1+4+2+1+0+1+4+6=19 @ 1 -Surah Pertama.

11. Selain ayat 1, pada ayat 5 & 6 bilangan huruf pada ayat-ayat tersebut juga adalah 19 huruf.

12. Jumlah nilai huruf keseluruhan surah BOLEH dibahagi dengan 19 iaitu 10146÷19=534 @ 5+3+4=12 = 3.

13. Ayat 1 dalam surah ini memiliki jumlah nilai huruf 786 @ 7+8+6=21= 3.

14. Jumlah nilai huruf keseluruhan surah adalah 10146 @ 1+0+1+4+6=12=3.

15. Ayat yang ke 3 terdiri daripada 12 huruf @ 1+2=3.

16. Huruf JIM yang memiliki nilai huruf 3 dan huruf SYIIN yang memiliki nilai huruf 300 tidak muncul dalam surah ini.

17. Huruf LAM yang memiliki nilai huruf 30 muncul 22 kali dalam surah ini. Maka 30 X 22 = 660 @ 6+6+0=12 = 3.

18. Nama “Al-Fatihah” terdiri dari huruf Aliff, Lam, Fa, Aliff, Ta, Haa dan HA memiliki nilai huruf 1+30+80+1+400+8+5=525 @ 5+2+5=12 = 3.

19. Terdapat 3 fasa penceritaan dalam Surah ini yang memiliki 7 ayat. 3 ayat pertama untuk Allah, 3 ayat akhir untuk manusia dan 1 ayat (yang di tengah) untuk Allah dan manusia.  Ini dinyatakan dalam sebuah hadis Qudsi riwayat AlTabrani yang bermaksud:

“Wahai Bani Adam!…Aku telah menurunkan kepada kamu 7 ayat. 3 daripadanya untuk-KU. 3 lagi untukmu. Sedangkan 1 untuk kita bersama.

Wallahualam..sumber