GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Sunday 31 July 2011

Kesilapan KECIL..bulan ROMADHON?




Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.




8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-



ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )



Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.



إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)



Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Friday 29 July 2011

KA'ABAH Dan CROPCIRCLE.



Selamat Menyambut Romadhon 1432 Hijroh..dari saya Haji Yusof Bin Abd. Rahman.

http://mastershifoo.wordpress.com/2011/07/27/koleksi-crop-circle-kaabah/

KOLEKSI CROP-CIRCLE KAABAH

25 Julai 2011 – FORMASI CropCircle di atas muncul di Etchilhampton, dekat Devizes, Wiltshire, England.
Entah dari mana munculnya…

Banyak TEORI & CERITA tentang crop-circle ini. Ada 
yang ILMIAH, ada yang SAMPAH. Banyak kajian yang terus berjalan, namun hakikatnya masih MISTERII…

Setiap TAHUN.. selama bertahun-tahun lamanya, musim KEHADIRAN CROP ini tak surut. Jika terhenti pun mungkin kerana peralihan MUSIM iaitu ladang-ladang ditutupi salji. Masa lainnya terutama musim tanaman tumbuh subur, CROPCIRCLE ini akan muncul dalam berbagai RUPA & FORMASI.
2011 menyaksikan SEJARAH munculnya CROPCIRCLE di atas SAWAH PADI. Malah ianya berlaku diluar ‘musim’ fenomena cropcircle banyak muncul.

Pada saat HILAL Jamidil Akhir 1432H lalu (04052011), CROPCIRCLE ke 4 muncul di atas petak sawah di daerah Cikarang, Bekasi, Jawa

Barat MELAKARKAN imej SEBARIS INI. Pada saat yang sama.. PLANET-PLANET MULA BERIJTIMAK @ seminar/berhimpun sehingga PERHIMPUNAN ‘BERSIH’ ini mudah kelihatan setiap hari sepanjang bulan menjelang SUBUH di langit timur dunia.

GENAB 40 hari dari ‘kemunculan’ cropcircle ke 4 di Indonesia ini – ada ‘cerita GEMPA’ pada bumi (Christchurch dan di Sibolga, Utara Sumatera)

AMAT MENARIK untuk diperhatikan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.. beberapa SIRI CROPCIRCLE berbentuk KUBUS atau KIUB (atau seumpamanya) mula MUNCUL dengan FORMASI CORAK yang menarik. Sesuatu yang PENGKAJI BARAT TIDAK PERASAN… dari 

RATUSAN CROPCIRCLE yang muncul sejak 2009 lalu, fenomena CROPCIRCLE BERBENTUK KUBUS @ KIUB @ KAABAH ini HANYA MUNCUL DALAM BULAN-BULAN REJAB & SYAABAN… seolah ada PESAN untuk ALAM.
REJAB bulan ISRA MIKRAJ – peristiwa Isra’ bermula dari MASJIDIL HARAM (di mana KAABAH berada)

SYAABAN adalah BULAN “KIBLAT” – yakni peristiwa PERALIHAN ARAH KIBLAT kembali ke MASJIDIL HARAM iaitu KAABAH.

BENTUK KUBUS seumpama KAABAH dan ia adalah KIBLAT!!

Perhatikan hasil kajian saya ini:


Kaabah adalah KIBLAT MUSLIM. Tahun 1432H @ 2011 ini, musim CROPCIRCLE bermula dengan FORMASI MISTERI  di INDONESIA – di KAWASAN PENEMPATAN MUSLIM.. di NEGARA ISLAM yang KIBLATNYA KAABAH!

Tahun ini PERISTIWA ISTIWA ‘AZAM – masa untuk SEMAK ARAH KIBLAT tepat pada HARI NISFU SYAABAN (bulan RASUL tukar arah KIBLAT). NISFU SYAABAN adalah masa BUKU 
AKAUN AMALAN DITUKAR BARU.

SETIAP TAHUN, Istiwa ‘Azam – Matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai 5.28 petang waktu Malaysia.
TAHUN INI, 16 JULAI ADALAH BERTEPATAN DENGAN NISFU SYAABAN!! FENOMENA PENINDIHAN TARIKH SEBEGINI TERAKHIR BERLAKU kira-kira 163 TAHUN YANG LALU iaitu pada 16 JULAI 1848 bersamaan 14 SYAABAN 1264H (Nisfu Syaaban).
Kedudukan hampir sama berlaku juga pada 65 TAHUN yang lalu iaitu pada 16 JULAI 1946 bersamaan 16 SYAABAN 1365.
FENOMENA INI BAKAL BERULANG LAGI dalam tempoh 65 TAHUN AKAN DATANG iaitu pada 16 JULAI 2076 bersamaan 14
     SYAABAN 1499H (Nisfu Syaaban)!!!.

saat itu.. DI MALAYSIA.. LEBIH 80,000 rakyat BERHIMPUN & BERKUMPUL..

PERTAMA KALINYA DI MALAYSIA…

SEMUANYA TAK SABAR MENANTI MENYAKSIKAN…



BUKAN SALAH.. BUKAN MENCARI SILAP..  SEKADAR MENCARI YANG SEIMBANG.. MENCARI YING dan YANG!

RAMADHAN

KINI RAMADHAN BAKAL MENJELANG. RAMADHAN KEMBALI lagi…  Tahun lalu, TATKALA RAMADHAN MENJELMA, ada KISAH DARI ALAM. Malah ada CROPCIRCLE yang MUNCUL!! (klik gambar untuk tahu kisahnya)
 

KEBETULAN?? mungkin TIDAK!!

RAMADHAN 1432H bakal menjelang 4 HARI LAGI..
Semoga ada TRANSFORMASI UNTUK KITA..
TRANSFORMASI ‘KEMBALI KE “KIBLAT” ASAL DIRI KITA!!!
Salam Ramadhan Al Mubarrak..
Be the first to like this post.

Thursday 28 July 2011

Arab Dan Zionisme.


Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Timur Tengah hari ini? Kenapa anak-anak muda di negara negara Arab bangun melawan dan menjatuhkan ketua dan kepala negara mereka?

Para pembaca yang budiman – kita jangan tersalah baca dan tersalah tafsir. Semua ini berlaku kerana wujudnya hukum-hukum sosial dan syarat-syarat politik yang telah dan sedang memangkin berjuta juta rakyat Arab untuk bangun menunjuk perasaan dan menghumbankan kepala-kepala negara mereka.

Jangan risau dan jangan sangsi gerakan jalan raya ini juga akan sampai ke Tanah Semenajung. Sama seperti Revolusi Iran pada tahun 1979 dahulu – Revolusi Sungai Nil ini juga akan mengubah politik dunia. Revolusi ini pasti akan mempengaruhi anak-anak muda di seluruh dunia.

Bukti kenyataan diatas telah mula muncul. Apa yang sedang berlaku di Mesir dan di negara-negara Arab kini boleh ditonton dan dihayati oleh rakyat dunia. Ledakan turun ke jalan raya ini telah sampai juga ke Wisconsin di Amerika. Kini kaum buruh di Wisconsin telah menaikkan sepanduk – Kita Bersama Tunisia dan Mesir.

Sepanduk ini sedang membakar semangat ribuan buruh yang sedang berdemo minggu lalu di Wisconsin. Inilah demo yang paling besar yang pernah diadakan di Amerika. Kali terakhir demo besar seperti ini hanya berlalu di zaman Perang Vietnam pada tahun tahun 60-an. Inilah kali pertamanya kaum buruh di Amerika cuba mengadakan mogok nasional semenjak tahun 1950-an.

Mogok dan tunjuk perasaan besar ini adalah jawapan ke atas rancangan kaum pemodal yang merancang untuk melupuskan terus gerakan dan kesatuan buruh di Amerika. Dalam keadaan ekonomi gawat kaum pemodal Amerika melalui parti Republikan dan Demnokrat telah cuba untuk memecah-mecahkan kesatuan buruh. Tetapi suasana di Timur Tengah telah membakar semangat kaum buruh Amerika dan kini mogok besar sedang dirancang.

Apa sebenarnya hukum sosial dan syarat politik yang menjadikan rakyat Arab bangun serentak hingga mempengaruhi rakyat dunia?
Untuk memahaminya, kita wajib kembali kepada zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Perang ini telah melunturkan pengaruh Empayar Ottoman dan memunculkan British sebagai kuasa imperial utama. Empayar Ottoman tidak ada kekuatan untuk menjaga tanah-tanah jajahan dari Istanbul hingga ke Rabat. Banyak tanah jajahan terlepas dari kawalan Khalifah Ottoman.

Morocco jatuh ke bawah pengaruh Sepanyol, Libya ke bawah pengaruh Itali, Tunisia dan Algeria menjadi tanah jajahan Perancis dan Mesir jatuh ke tangan British. Syria dan Lebanon dipengaruhi oleh Perancis. British mewujudkan keluarga Saud pada tahun 1932 di Semenajung Arab. Iraq dan negara Teluk dipecah-pecah untuk tujuan – pecah dan perintah. British, sebagai kuasa kolonial telah mengadu domba satu negara Arab dengan yang lain.

Kolonialisme wujud hasil daripada perkembangan kapitalisma. Latar belakang kolonialisme ialah pasaran dan pemasaran. Kuasa imperialis dan kaum pemodal memerlukan bahan mentah dari negara tanah jajahan. Negara kolonial juga mahu mereka yang di jajah menjadi pembeli dan pengguna produk yang telah dibuat. Hukum dan syarat ini tidak pernah berubah.

Pada tahun 1938 - dunia Arab berubah – minyak telah ditemui di Saudi Arabia. Penemuan minyak di Saudi ini telah menjemput banyak
syarikat-syarikat minyak dari luar negara untuk mencari gali. Akhirnya minyak bukan hanya terdapat di Saudi, malah telah ditemui di Negara Teluk, Iran, Iraq, Libya, Mesir dan Aljeria. Emas hitam telah membawa kekayaan tetapi dibelakang kekayaan ini ialah bencana dan malapetaka.

Sesudah penemuan minyak, sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan bahan bakar petroleum ini sebagai bahan asas untuk mengembangkan sistem ekonomi kapitalis. Petroleum menjadi bahan yang amat strategik. Pengkaji sejarah akan mengetahui bagaimana Perang Dunia Ke Dua meletup berpunca dari perebutan bahan bakar petroleum ini.

Jerman telah dipinggir kerana kalah dalam Perang Dunia Pertama. Jerman tidak memiliki sebuah pun telaga minyak dan telah ketingalan dalam perlumbaan untuk menakluk tanah Arab. Ekonomi Jerman tidak mungkin berkembang tanpa minyak. Hitler mengambil keputusan untuk melancarkan perang.

Justeru, apabila perang pecah Hitler telah mengarahkan agar dibuat satu kereta - Volkswagen - yang tidak menggunakan air agar dapat
menyeberang padang pasir untuk merampas telaga-telaga minyak di negara-negara Arab yang dimiliki oleh British. Justeru bahan bakar petroleum inilah yang menjadi hukum dan syarat yang menjadikan suasana di Tumur Tengah terus hangat dan menggelodak semenjak 60 tahun lalu hingga ke hari ini.

Sesudah Perang Dunia Kedua tamat, kuasa imperial British telah mengalami kemerosotan ekonomi. Kuasa British kini sama seperti kuasa Ottoman dahulu. Negara-negara tanah jajahan telah menuntut kemerdekaan. India – tanah jajahan terkaya British telah merdeka tahun 1947. Di Tanah Melayu Parti Komunis Malaya telah mengangkat senjata memburu kuasa imperialis Britsih bermula pada 20 Jun 1948. Di Kenya gerakan Mau Mau pada tahun 1952 telah juga mengangkat senjata melawan British. Kuasa imperialis Bristish dipukul hebat. Keadaan British ketika itu sama seperti kuasa imperialis Amerika yang sedang di pukul oleh rakyat Iraq dan Afghanistan sekarang.

Kuasa imperial British amat licik dan berpengalaman dalam menjajah. British memiliki strategi berjangka panjang. Justeru pada tahun 1948 British telah bersekongkol dengan kuasa imperialis baru – Amerika Syarikat – untuk mendirikan apa yang dipanggil Israel - di bumi Palestin. Israel sebenarnya telah ditanamkan ke dalam dunia Arab. Tujuan penubuhan negara Israel ini adakah untuk memastikan satu pangkalan tentera yang tersusun rapi akan terus menerus wujud di Timur Tengah. Pangkalan tentera ini bertujuan untuk menjaga dan mengawal telaga minyak. Israel akan menjadi mata-mata dan soldadu kepada kuasa imperil Anglo-Amerika.

Israel telah dipersenjatai oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Hari ini Israel bukan sahaja memiliki bala tentera terbesar dan tercanggih, malah memiliki bom nuklear. Semua ini untuk memastikan negara-negara Arab pengeluar minyak tidak akan berani melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Presiden Nasser - memilik-negarakan Terusan Suez pada tahun 1956 dan Raja Feisal - menutup aliran minyak dari di eksport pada tahun 1974.

Dari strategi berjangka panjang kuasa imperial Anglo-Amerika telah menjadikan semua negara Arab ini sebagai tanah jajahan baru. Negara-negara Arab ini menjadi pelanggan untuk kuasa imperial Anglo-Amerika. Pemimpin mereka wajib dipersenjatai dan diwarwarkan sebagai pemimpin yang berkaliber. Dalam masa yang sama Israel sebagai ' hantu' akan terus menakut nakutkan negara negara Arab ini. Apabila negara Arab takut maka tidak dapat tidak, negara Arab akan membeli senjata dari Britain atau Amerika atau Perancis.

Selama 40 tahun inilah strategi yang telah dilakukan oleh kuasa imperialis. Mereka memunggah minyak dan gas dari negara Arab. Hasil duit minyak dan gas ini akan digunakan oleh negara Arab untuk membeli senjata. Senjata ini dikatakan untuk mempertahankan diri dari Israel.

Kuasa Anglo-Amerika mendukung terus negara-negara Arab ini. Amerika atau Britain tidak pernah sekali pun berani mengkritik Arab Saudi walaupun saban minggu ada kepala yang dipancung di hadapan masjid sesudah sembahyang Jumaat. Segala bentuk pencabulan hak asasi berlaku di Arab Saudi. Tetapi Amerika, Britain dan negara Eropah tidak ambil 'pot'. Pencabulan hak asasi hanya dilihat berlaku di Iran kerana Iran tidak mahu menjadi barua Amerika.

Manakala regim Mubarak adalah contoh budak suruhan Amerika yang amat setia. Amerika telah bersekongkol dengan regim Mubarak untuk menahan dan menyeksa pejuang dan para mujahid Mesir. Senjata-senjata yang dibeli ini terbukti bukan untuk melawan Israel tetapi untuk menindas rakyat sendiri. Regim-regim Arab ini menjadi lembik dan tunduk kepada semua kehendak kuasa Anglo-Amerika. Justeru bila Amerika menyerang Iraq, semuanya menganggukkan kepala tanda bersetuju. Hari ini tidak ada lagi negara Arab yang berani bersuara tentang Palestin.

Kenapa regim Arab ini tunduk dan takut? Jawapannya cukup senang. Ini kerana kesemua regim Arab ini tidak memiliki mandat dari rakyat. Dari Maghribi hingga ke Negara Telok – pemimpin, sheikh dan malikul negara negara Arab dinaikan ke atas tahta bukan kerana sokongan orang ramai tetapi kerana didukung oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Malah keluarga diraja Saudi dan Jordan sendiri diwujudkan oleh British.

Memang betul ada setengah negara, seperti Mesir, Jordan, Iraq atau Syria telah mengadakan pilihanraya – tetapi semuanya sandiwara untuk menipu orang ramai. Bayangkan 97.6 peratus menyokong Mubarak atau Basheer Al-Assad apabila pilihanraya dijalankan. Pembuangan undi kadangkala sampai ke 85 peratus. Angka-angka ini menakjubkan untuk menjadi lawak seram. Manakala warga Arab di Teluk dan di Arab Saudi langsung tidak tahu apa itu memilih perwakilan.

Apa yang jelas di sini, kontradiksi utama ialah dia ntara warga Arab dengan regim regim Arab yang telah menjadi perkakas Amerika dan Israel. Penentangan warga Arab ini juga bermakna mereka menentang Amerika dan regim zionis Israel. Amerika dan zionis Israel selama ini selesa apabila warga Arab ini tidak bersuara dan tidak berani menyuarakan tuntutan adil rakyat Palestin. Semua ini akan berubah.

Walaupun tidak dilihat satu tanda apa pun untuk menyatakan bahawa tunjuk-tunjuk perasaan ini ialah untuk Palestin. Tetapi dalam ruang lingkup yang luas, tunjuk perasaan ini bersifat anti-imperialis dan anti-zionis. Ini kerana regim yang di lawan itu semuanya barua kepada imperialisma Anglo-Amerika dan zionis Israel. Melawan Mubarak , Ben Ali, Bani Saud, Al-Makhtoum sama seperti melawan kuasa Amerika dan zionis Isreal.

Hukum dan syarat yang memangkin pejuangan ini semakin jelas apabila dunia luar dapat membaca tuntutan dan langkah-langkah yang akan diambil setelah Mubarak atau Ben Ali berundur. Kita akan lihat satu kontradisi baru akan muncul. Kuasa imperial Anglo-Amerika akan memastikan regim zionis Israel selamat. Kuasa imperial juga akan memastikan aliran minyak tidak terputus. 



Wednesday 27 July 2011

Kitab Hikam 4 dan 5: ALLAH S.W.T MENGATUR SEGALA URUSAN


  4: ALLAH S.W.T MENGATUR SEGALA URUSAN

TENANGKAN HATIMU DARI URUSAN TADBIR KERANA APA YANG DIATUR OLEH SELAIN-MU TENTANG URUSAN DIRIMU, TIDAK PERLU ENGKAU CAMPUR TANGAN.
Kita bertauhid melalui dua cara, pertama bertauhid dengan akal dan keduanya bertauhid dengan hati. Bidang akal ialah ilmu dan liputan ilmu sangat luas, bermula dari pokok kepada dahan-dahan dan seterusnya kepada ranting-ranting. Setiap ranting ada hujungnya, iaitu penyeleaiannya. Ilmu bersepakat pada perkara pokok, bertolak ansur pada cabangnya dan berselisih pada rantingnya atau penyelesaiannya. Jawapan kepada sesuatu masalah selalunya berubah-ubah menurut pendapat baharu yang ditemui. Apa yang dianggap benar pada mulanya dipersalahkan pada akhirnya. Oleh sebab sifat ilmu yang demikian orang awam yang berlarutan membahas tentang sesuatu perkara boleh mengalami kekeliruan dan kekacauan fikiran. Salah satu perkara yang mudah mengganggu fikiran ialah soal takdir atau Qadak dan Qadar. Jika persoalan ini diperbahaskan hingga kepada yang halus-halus seseorang akan menemui kebuntuan kerana ilmu tidak mampu mengadakan jawapan yang konkrit. Qadak dan Qadar diimani dengan hati. Tugas ilmu ialah membuktikan kebenaran apa yang diimani. Jika ilmu bertindak menggoyangkan keimanan maka ilmu itu harus disekat dan hati dibawa kepada tunduk dengan iman. Kalam Hikmat keempat di atas membimbing ke arah itu agar iman tidak dicampur dengan keraguan.
 Selama nafsu dan akal menjadi hijab, beriman kepada perkara ghaib dan menyerah diri secara  menyeluruh tidak akan dicapai. Qadak dan Qadar termasuk dalam perkara ghaib. Perkara ghaib disaksikan dengan mata hati atau basirah. Mata hati tidak dapat memandang jika hati dibungkus oleh hijab nafsu. Nafsu adalah kegelapan, bukan kegelapan yang zahir tetapi kegelapan dalam keghaiban. Kegelapan nafsu itu menghijab sedangkan mata hati memerlukan cahaya ghaib untuk melihat perkara ghaib. Cahaya ghaib yang menerangi alam ghaib adalah cahaya roh kerana roh adalah urusan Allah s.w.t. Cahaya atau nur hanya bersinar apabila sesuatu itu ada perkaitan dengan Allah s.w.t.

Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi. ( Ayat 35 : Surah an-Nur )
Dialah Yang Maha Tinggi darjat kebesaran-Nya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaan-Nya); Ia memberikan wahyu darihal perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya  (yang telah dipilih menjadi Rasul-Nya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan, - ( Ayat 15 : Surah al-Mu’min )
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu); apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus, - Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai yang ada di langit dan yang ada di bumi. Kepada Allah jualah kembali segala urusan. ( Ayat 52 & 53 : Surah asy-Syura )
Apabila cahaya roh berjaya menghalau kegelapan nafsu, mata hati akan menyaksikan yang ghaib. Penyaksian mata hati membawa hati beriman kepada perkara ghaib dengan sebenar-benarnya.
 Allah s.w.t telah menghamparkan jalan yang lurus kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Dia berfirman:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. ( Ayat 3 : Surah al-Maa’idah )
 Umat Islam adalah umat yang paling bertuah kerana Allah s.w.t telah menyempurnakan nikmat-Nya ke atas mereka dengan mengurniakan Islam. Allah s.w.t menjamin juga  bahawa Dia reda menerima Islam sebagai agama mereka. Jaminan Allah s.w.t itu sudah cukup bagi mereka yang menuntut keredaan Allah s.w.t untuk tidak menoleh ke kiri atau ke kanan, sebaliknya terus berjalan mengikut landasan yang telah dibina oleh Islam. Islam adalah perlembagaan yang lengkap mencakupi semua aspek kehidupan baik yang zahir mahupun yang batin. Islam telah menjelaskan apa yang mesti dibuat, apa yang mesti tidak dibuat, bagaimana mahu bertindak menghadapi sesuatu dan bagaimana jika tidak mahu melakukan apa-apa. Segala peraturan dan kod etika sudah dijelaskan dari perkara yang paling kecil hingga kepada yang paling besar. Sudah dijelaskan cara beribadat, cara berhubungan sesama manusia, cara membahagikan harta pusaka, cara mencari dan membelanjakan harta, cara makan, cara minum, cara berjalan, cara mandi, cara memasuki jamban, cara hukum qisas cara melakukan hubungan kelamin, cara menyempurnakan mayat dan semua aspek kehidupan diterangkan dengan jelas.
 Umat Islam tidak perlu bertengkar tentang penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Segala penyelesaian telah dibentangkan, hanya tegakkan iman dan rujuk kepada Islam itu sendiri nescaya segala pertanyaan akan terjawab. Begitulah besarnya nikmat yang dikurniakan kepada umat Islam. Kita perlulah menjiwai Islam untuk merasai nikmat yang dikurniakan itu.  Kewajipan kita ialah melakukan apa yang telah Allah s.w.t aturkan sementara hak mengatur atau mentadbir adalah hak Allah s.w.t yang mutlak. Jika terdapat peraturan Allah s.w.t yang tidak dipersetujui oleh nafsu kita, jangan pula melentur peraturan tersebut atau membuat peraturan baharu, sebaliknya nafsu hendaklah ditekan supaya tunduk kepada peraturan Allah s.w.t. Jika pendapat akal sesuai dengan Islam maka yakinilah akan kebenaran pendapat tersebut, dan jika penemuan akal bercanggah dengan Islam maka akuilah bahawa akal telah tersilap di dalam perkiraannya. Jangan memaksa Islam supaya tunduk kepada akal semasa yang akan berubah pada masa yang lain, tetapi tundukkan akal kepada apa yang Tuhan kata yang kebenarannya tidak akan berubah sampai bila-bila.
 Orang yang mengamalkan tuntutan Islam disertai dengan beriman kepada Qadak dan  Qadar, jiwanya akan sentiasa tenang dan damai. Putaran roda kehidupan tidak membolak-balikkan hatinya kerana dia melihat apa yang berlaku adalah menurut apa yang mesti berlaku. Dia pula mengamalkan kod yang terbaik dan dijamin oleh Allah s.w.t. Hatinya tunduk kepada hakikat bahawa Allah s.w.t yang mentadbir sementara sekalian hamba berkewajipan taat kepada-Nya, tidak perlu masuk campur dalam urusan-Nya.
 Mungkin timbul pertanyaan apakah orang Islam tidak boleh menggunakan akal fikiran, tidak boleh mentadbir kehidupannya dan tidak boleh berusaha membaiki kehidupannya? Apakah orang Islam mesti menyerah bulat-bulat kepada takdir tanpa tadbir?
 Allah s.w.t menceritakan tentang tadbir orang yang beriman:
Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka, sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (Bunyamin), kemudian ia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya  yang lebih mengetahui. (Ayat 76 : Surah Yusuf )
Dan kepunyaan-Nya jualah kapal-kapal  yang berlayar di lautan laksana gunung-ganang. (Ayat 24 : Surah ar-Rahmaan )
Nabi Yusuf a.s, dengan kepandaiannya, mengadakan muslihat untuk membawa saudaranya, Bunyamin, tinggal dengannya. Kepandaian dan muslihat yang pada zahirnya diatur oleh Nabi Yusuf a.s tetapi dengan tegas Allah s.w.t mengatakan Dia yang mengatur muslihat tersebut dengan kehendak dan kebijaksanaan-Nya. Kapal yang pada zahirnya dibina oleh manusia  tetapi dengan tegas Allah s.w.t mengatakan kapal itu adalah kepunyaan-Nya. Ayat-ayat di atas memberi pengajaran mengenai tadbir yang dilakukan oleh manusia.
Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan agar pengikut-pengikut baginda s.a.w mentadbir kehidupan mereka. Tadbir yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang tidak memutuskan hubungan dengan Allah s.w.t, tidak berganjak dari tawakal dan penyerahan kepada Tuhan yang mengatur pentadbiran dan perlaksanaan. Janganlah seseorang menyangka apabila dia menggunakan otaknya untuk berfikir maka otak itu berfungsi dengan sendiri tanpa tadbir Ilahi. Dari mana datangnya ilham yang diperolehi oleh otak itu jika tidak dari Tuhan?  Allah s.w.t yang membuat otak, membuatnya berfungsi dan Dia juga yang mendatangkan buah fikiran kepada otak itu. Tadbir yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunah. Islam hendaklah dijadikan penapis untuk mengasingkan pendapat  dan tindakan yang benar dari yang salah. Islam menegaskan bahawa sekiranya tidak kerana daya dan upaya dari Allah s.w.t, pasti tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh sesiapa pun. Oleh yang demikian seseorang mestilah menggunakan daya dan upaya yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya menurut keredaan Allah s.w.t. Seseorang hamba Allah s.w.t tidak sepatutnya melepaskan diri dari penyerahan kepada Allah Yang Maha Mengatur. Apabila apa yang diaturkannya berjaya menjadi kenyataan maka dia akui bahawa kejayaan itu adalah kerana persesuaian aturannya dengan aturan Allah s.w.t. Jika apa yang diaturkannya tidak menjadi, diakuinya bahawa aturannya wajib tunduk kepada aturan Allah s.w.t dan tidak menjadi itu juga termasuk di dalam tadbir Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang berhak untuk menentukan. Allah s.w.t Berdiri Dengan Sendiri, tidak ada sesiapa yang mampu campur tangan dalam urusan-Nya.


  5: MATA HATI YANG BUTA

KERAJINAN KAMU UNTUK MEMPEROLEHI APA YANG TELAH TERJAMIN UNTUK KAMU DI SAMPING KECUAIAN KAMU TERHADAP KEWAJIPAN YANG DIAMANATKAN MENUNJUKKAN BUTA MATA HATI.
Hikmat 5 ini merupakan lanjutan kepada Hikmat yang lalu. Imam Ibnu Athaillah menceritakan kesan daripada hijab nafsu dan hijab akal yang menutup hati daripada melihat kepada takdir yang menjadi ketentuan Allah s.w.t. Ada tiga perkara yang dikemukakan untuk direnungi:
1:  Jaminan Allah s.w.t.
2:  Kewajipan hamba
3: Mata hati yang mengenal jaminan Allah s.w.t dan kewajipan hamba.

 Penyingkapan rahsia mata hati adalah penting bagi memahami Kalam Hikmat di atas. Mata hati ialah mata bagi hati atau boleh juga dikatakan kebolehan mengenal yang dimiliki oleh hati. Kadang-kadang mata hati ini dipanggil sebagai mata dalam. Istilah ‘mata dalam’ digunakan bagi membezakan istilah ini dengan mata yang zahir, iaitu yang dimiliki oleh diri zahir. Diri zahir terbentuk daripada daging, darah, tulang, sumsum, rambut, kulit dan lain-lain.  Diri zahir ini berkebolehan untuk melihat, mendengar, mencium, merasa dan menyentuh. Diri zahir memperolehi kehidupan dari perjalanan darah ke seluruh tubuhnya dan aliran nyawa dalam bentuk wap atau gas yang keluar masuk melalui hidung dan mulut. Jika darahnya dikeringkan atau dibekukan ataupun jika aliran wap yang keluar masuk itu disekat maka diri zahir akan mengalami satu keadaan di mana sekalian bahagiannya terhenti berfungsi dan ia dinamakan mati! Diri zahir ini jika disusun dapatlah dikatakan bahawa ia terdiri daripada tubuh dan nyawa serta deria-deria yang dapat mengenal sesuatu yang zahiriah. Pusat kawalannya ialah otak yang mengawal keberkesanan deria-deria dan juga mencetuskan daya timbang atau akal fikiran.
 Diri batin juga mempunyai susunan yang sama seperti diri zahir tetapi dalam keadaan ghaib. Ia juga mempunyai tubuh yang dipanggil kalbu atau hati. Hati yang dimaksudkan bukanlah  seketul daging yang berada di dalam tubuh. Ia merupakan hati rohani atau hati seni. Ia bukan kejadian alam kasar, sebab itu ia tidak dapat dikesan oleh pancaindera zahir. Ia termasuk di dalam perkara- perkara ghaib yang diistilahkan sebagai Latifah Rabbaniah atau hal yang menjadi rahsia ketuhanan. Apabila di dalam keadaan suci bersih ia dapat mendekati Tuhan. Ia juga yang menjadi tilikan Tuhan. Hati seni ini juga memiliki nyawa yang dibahasakan sebagai roh. Roh juga termasuk di dalam golongan Latifah Rabbaniah. Ia adalah urusan Tuhan dan manusia hanya mempunyai sedikit pengetahuan mengenainya.
Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberi ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”. ( Ayat 85 : Surah Bani Israil )
 Tubuh seni  atau hati seni juga mempunyai sifat yang berkemampuan mencetuskan pemahaman dan pengetahuan. Ia dipanggil akal yang juga termasuk di dalam golongan Latifah Rabbaniah yang tidak mampu dihuraikan. Akal jenis ini berguna bagi pengajian tentang ketuhanan. Tubuh zahir mempunyai deria-deria untuk mengenal perkara zahiriah. Deria-deria tersebut dipanggil penglihatan, pendengaran, penciuman, perasaan dan penyentuhan dan alat-alat yang bersangkutan ialah mata, telinga, hidung, lidah, tangan dan lain-lain. Tubuh seni  atau diri batin juga mempunyai deria yang mengenal perkara ghaib dan deria ini dinamakan basirah atau mata hati. Ia berbeza daripada sifat melihat yang dimiliki oleh mata zahir. Mata zahir melihat perkara zahir dan mata hati syuhud atau menyaksikan kepada yang ghaib.
Apa yang ada di sekeliling kita boleh dilihat melalui dua aspek iaitu yang nyata dilihat dengan mata zahir dan yang ghaib dilihat dengan mata hati. Jika kita ambil satu buku gula, mata kasar melihat sejenis hablur berwarna keputihan. Bila diletakkan pada lidah terasalah manisnya. Ketika menikmati kemanisan itu kita seolah-olah memandang jauh kepada sesuatu yang tidak ada di hadapan mata. Kelakuan merenung jauh itu sebenarnya adalah terjemahan kepada perbuatan mata hati memandang kepada hakikat gula iaitu manis. Bagaimana rupa manis tidak dapat diceritakan tetapi mata hati yang melihat kepadanya mengenal bahawa gula adalah manis. Jika mata zahir melihat sebilah pedang, maka mata hati akan melihat pada tajamnya. Jika mata zahir melihat kepada lada, mata hati melihat kepada pedasnya. Jadi, mata zahir mengenal dan membezakan rupa yang zahir sementara mata hati mengenal dan membezakan hakikat kepada yang zahir. Mata hati yang hanya berfungsi setakat mengenal manis, tajam, pedas dan yang seumpamanya masih dianggap sebagai mata hati yang buta. Mata hati hanya dianggap celik jika ia mampu melihat urusan ketuhanan di sebalik yang nyata dan yang tidak nyata.
 Kekuatan suluhan mata hati bergantung kepada kekuatan hati itu sendiri. Semakin bersih dan suci hati bertambah teranglah mata hati. Jika ia cukup terang ia bukan sahaja mampu melihat kepada yang tersembunyi di sebalik rupa yang zahir di sekeliling kita malah ia mampu melihat atau syuhud apa yang di luar daripada dunia. Dunia adalah segala sesuatu yang berada di dalam bulatan langit yang pertama atau langit dunia atau langit rendah. Langit rendah ini merupakan sempadan dunia. Selepas langit dunia dinamakan Alam Barzakh. Meninggal dunia membawa maksud roh yang rumahnya iaitu jasad telah tidak sesuai lagi didiaminya atau dipanggil sebagai mengalami kematian, dibawa keluar dari langit dunia dan ditempatkan di dalam Alam   Barzakh.
 Fungsi mata hati ialah melihat yang hakiki. Mata hati yang mampu melihat dunia secara keseluruhan sebagai satu wujud akan mengenali apa yang hakiki tentang dunia itu. Oleh sebab penyaksian mata hati bersifat tidak dapat dinyatakan secara terang maka ia memerlukan ibarat untuk mendatangkan kefahaman. Ibarat yang biasa digunakan bagi menceritakan tentang hakikat dunia ialah: “Dunia adalah seorang perempuan yang sangat tua dan sangat hodoh. Tubuhnya kotor dan berpenyakit, menanah di sana sini dan ada bahagiannya yang sudah dimakan ulat ”. Begitulah lebih kurang perasaan orang yang melihat kepada hakikat dunia dengan mata hatinya. Bagaimana rupa hakikat yang menyebabkan timbul perasaan dan ibarat yang demikian tidak dapat dihuraikan.
 Mata hati yang lebih kuat mampu pula menyaksikan Alam Barzakh dan mengenali satu lagi hakikat yang dinamakan keabadian, iaitu sifat hari akhirat. Kematian membinasakan jasad dan kiamat membinasakan alam seluruhnya tetapi tidak membinasakan Roh yang padanya tergantung kitab amalan masing-masing. Ahli maksiat tidak dapat diselamatkan oleh kematian dan kiamat. Ahli taat yang tidak mendapat ganjaran yang setimpal di dunia tidak binasa ketaatannya oleh kematian dan kiamat. Tanggungjawab seseorang hamba akan terus dipikulnya melepasi kematian, Alam Barzakh, kiamat, Padang Mahsyar dan seterusnya menghadapi Pemerintah hari pembalasan. Tanggungjawab itu hanya gugur setelah Hakim Yang Maha Bijaksana dan Maha Adil lagi Maha Mengetahui serta Maha Perkasa menjatuhkan hukuman. Inilah hakikat yang ditemui oleh mata hati yang menyelami Alam Barzakh, bukan melihat roh orang mati di dalam kubur.
 Mata hati berfungsi mengenal perkara yang ghaib. Makrifat atau pengenalan kepada keabadian atau hari akhirat akan melahirkan kesungguhan pada menjalankan amanat Allah s.w.t iaitu mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Amanat itu akan terus dibawa oleh para hamba untuk diserahkan kembali kepada Allah s.w.t yang meletakkan amanat tersebut kepada mereka. Makrifat mata hati yang demikian melahirkan sifat takwa dan beramal salih. Apabila takwa dan amal salih menjadi sifat seorang hamba maka masuklah hamba itu ke dalam jaminan Allah s.w.t.
Dialah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya (untuk menghidupkan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah). ( Ayat 13 : Surah al-Mu’min )
Allah s.w.t berfirman dalam Hadis Qudsi:

Hamba-Ku, taatilah semua perintah-Ku, jangan membeber keperluan kamu.
Allah s.w.t sebagai Tuhan, Tuan atau Majikan tidak sekali-kali mengabaikan tanggungjawab-Nya untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya sementara hamba-hamba pula berkewajipan mentaati Tuan mereka. Rezeki telah dijamin oleh Allah s.w.t dan untuk mendapatkan rezeki tersebut seseorang hamba hanya perlu bertindak sesuai dengan makamnya. Jika dia seorang ahli asbab maka bekerjalah ke arah rezekinya dan jangan iri hati terhadap rezeki yang dikurniakan kepada orang lain. Jika dia ahli tajrid maka bertawakallah kepada Allah s.w.t dan jangan gusar jika terjadi kelewatan atau kekurangan dalam urusan rezeki. Walau dalam makam manapun seseorang hamba itu berada dia mesti melakukan kewajipan iaitu bersungguh-sungguh mentaati Allah s.w.t dengan mengerjakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Hamba yang terbuka mata hatinya akan percaya dengan yakin terhadap jaminan Allah s.w.t dan tidak mencuaikan kewajipannya. Hamba ini akan melipat-gandakan kegiatan dan kerajinannya untuk bertakwa dan beramal salih tanpa mencurigai jaminan Allah s.w.t tentang rezekinya.
 Hamba yang buta mata hatinya akan berbuat yang berlawanan iaitu dia tekun dan rajin di dalam mencari rezeki yang dijamin oleh Allah s.w.t tetapi dia mencuaikan tanggungjawab yang diamanatkan oleh Allah s.w.t. Orang ini akan menggunakan daya usaha yang banyak untuk memperolehi rezeki yang boleh didapati dengan daya usaha yang sederhana tetapi menggunakan daya usaha yang sedikit dengan harapan untuk mendapatkan sesuatu yang tidak mungkin didapati kecuali dengan daya usaha yang gigih dan perjuangan yang hebat iaitu pahala-pahala bagi amal salih.
 Mata hati melihat kepada yang hak dalam keghaiban. Nafsu yang hanya berminat dengan kebendaan yang nyata menutupi yang hak itu dan akal mengadakan hujah untuk menguatkan keraguan yang tumbuh pada nafsu. Perkara ghaib disaksikan dengan keyakinan. Jika nafsu dan akal bersepakat mengadakan keraguan, kebenaran yang ghaib akan terhijab. Orang yang mencari kebenaran tetapi gagal menundukkan nafsu dan akalnya akan berpusing-pusing di tempat yang sama. Keyakinan dan keraguan sentiasa berperang dalam jiwanya.

Tuesday 26 July 2011

AZAM RAMADHAN..syarah HIKAM siri 20


AZAM RAMADHAN ( sedutan dari syarah HIKAM siri 20)

 38 videos 
293 views 
   
Uploaded by  on Jul 21, 2011
tip2 yang di beri oleh sheikh zainul asri untuk meyambut ramadhan kali ini ,
sedutan dari dvd hikam siri yang ke 20 .
boleh lawati di http://www.facebook.com/photo.php?fbid=143289835751738&set=a.110724202341...
  •  likes, 0 dislikes