GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday 24 July 2012

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam


Ka'abah...lebih 125 tahun lalu...

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam


Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter
.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.



Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS
.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.


Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.


Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.


Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium
.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit 

Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1) Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2) Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3) Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4) Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.


Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam. -Crewfathi

Lihatlah, Baru Masuk Islam, Dirikan Masjid Dari Sabut Kelapa Untuk Solat Berjemaah


Subhanallah

Orang-orang di Republik Togo, Afrika Barat. Mereka baru saja masuk Islam, kemudian membangunkan masjid ala kadarnya dari sabut kelapa. - Dr. Muhammad al Khudairi


Ulasan GB

Demikian untuk kita renung sejenak di bulan mulia ini.

Orang yang baru menganut Islam, sanggup dengan apa jua keadaannya mendirikan sebuah "masjid"/"surau" dari sabut kelapa untuk mendirikan solat.

Sedangkan kita yang dah lama Islam, malah kebanyakannya dilahirkan sudahpun beragama Islam, masjid sebesar mahligai dengan lantai mosaic & berkarpet lagi, beratap genting berlampu gantung, pun masih ramai yang leka dan lalai mendirikan solat.

Melihat gambar di atas, tidakkah kita mahu menyedari & menginsafi:

"Maka nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan? [Ar-Rahman:13] dan firman Allah lagi

“Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang ingkar. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui.” (Al-Maidah:54) 

Saturday 21 July 2012

Sultan Muhammad Al-Fatih menawan kota Constantinople.


Sultan Muhammad Al Fatih

Petunjuk Dari al Fatih


Sebelum kita bercita-cita menjadi pengikut atau tentera al-Mahdi, kita lihat dulu tentang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menawan kota Constantinople. apakah kita mempunyai sifat-sifat tentera al-Fatih? Dimana pengikut al-Mahdi nanti pasti mempunyai amalan yang tidak kurang dari amalan tentera al-Fatih. 


Ini merupakan kandungan khutbah dari sebuah masjid di Shah Alam..


السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ  اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar  kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Khalifah Umar al Khattab pernah mengibaratkan taqwa seperti seseorang yang berjalan di atas jalan yang berduri. 

Seseorang itu akan berhati-hati untuk mengatur setiap langkah agar tidak terpijak duri. Begitulah juga kita sepatutnya berhati-hati dalam  mengatur aktiviti seharian hidup kita agar kita sentiasa mengerjakan amal soleh dan tidak melakukan perkara-perkara maksiat.  Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. 

Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau menurun. Sayidina Umar al Khattab sentiasa berpesan kepada tenteranya yang keluar berjihad “ aku mengingatkan kamu dan orang-orang bersama kamu supaya meningkatkan ketakwaan kepada Allah dalam setiap keadaan. Takut kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan dalam menghadapi musuh dan strategi terhebat dalam peperangan.”

Sidang jumat yang di rahmati Allah swt
 Sekiranya kita menyusuri sejarah kegemilangan Islam kita akan dapati ramai raja-raja yang soleh dan berjiwa rakyat seperti al Najashi di Ethopia, Khalifah Umar Abdul Aziz, Salahuddin al Ayyubi, Sultan Murad II di Turki, Aurangzeb di India dan juga beberapa sultan di alam Nusantara.  

Namun, sejarah juga memaparkan golongan bangsawan yang bersultan di mata, bertuhan di hati seperti Firaun, Namrud dan raja-raja pada abad ke-20 seperti Raja Farouk di Mesir dan Shah Iran di Iran.

Pada zaman kegemilangan Islam, raja-raja sering di dampingi oleh ulama-ulama yang ikhlas. Ulama-ulama sering memberi peringatan, nasihat dan amaran kepada raja-raja untuk melaksanakan suruhan Allah swt. 

Salah seorang raja yang sentiasa mendampingi ulama dan sering mendapatkan pandangan ulama ialah Sultan Muhammmad al Fatih, sultan yang ke-7 dalam pemerintahan khalifah Uthmaniyyah.  Sultan Muhammad al Fatih juga adalah pembuka kota Constantinople atau pun Istanbul. 

Pembukaan kota Constantinople membenarkan sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud:
“ Constantinople pasti akan ditawa. Sebaik-baik pemerintah adalah pemerintah penaklukan  tersebut dan sebaik-baik tentera adalah tentera tersebut. (Riwayat Ahmad)
Hadis yang di ucapkan oleh Rasulullah saw ketika sedang menggali parit dalam peperangan Khandak ini telah menimbulkan keinginan dan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam sebelum Muhammad al Fatih lagi. Mereka telah berusaha dan berjuang untuk menawan kota Constantinople. 

Usaha pertama telah di lancarkan pada 44Hijrah iaitu di zaman Mu’awiyah. Tetapi usaha tersebut di bawah pimpinan Yazid bin Mu’awiyah menemui kegagalan.  Seorang sahabat nabi yang bernama Abu Ayub al Ansari telah menyertai pasukan Yazid, walaupun usianya sudah menjangkau 80 tahun kerana ingin berada di dalam pasukan tentera yang terbaik. 

Beliau syahid di dalam peperangan dan berwasiat agar jasadnya di kuburkan di bawah kubu-kubu Constantinople. Apabila ditanya kenapa beliau ingin di kuburkan di situ maka beliau menjawab ”kerana aku ingin   mendengar hentakan tapak-tapak kaki kuda dari pasukan tentera yang terbaik semasa mereka membebaskan Constantinople.” 

Beberapa kempen lagi untuk menawan Constantinople di zaman Umayyah menemui kegagalan. Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah, beberapa usaha di teruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun ar Rashid. 

Ramai lagi raja-raja dan pemimpin Islam berlumba-lumba untuk menawan kota Constantinople untuk menjadi sebahagian daripada tentera terbaik. Tetapi kira-kira 800 tahun kemudian pada 1453M, Muhammad al Fatih telah membenarkan dan merealisasikan hadis Rasulullah tersebut.

Sidang jumaat yang di rahmati Allah
Apakah kehebatan Sultan Muhammad al Fatih dan tentera-tenteranya sehingga dirujuk sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera oleh Rasulullah saw? Apakah ciri-ciri dan sifat-sifat istimewa yang ada pada Muhammad al Fatih?  

Mengapa kejayaan ditakdirkan berlaku di tangan Muhammad al Fatih walaupun sudah ada percubaan yang pernah dilakukan oleh para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin? Kemunculan Muhammad al Fatih dan kejayaan menawan kota Constantinople bukan satu kebetulan. Ia di rancang dan di programkan oleh pemimpin sebelumnya lagi.

Sultan Murad II, iaitu ayah kepada Muhammad al Fatih sangat menitikberatkan didikan agama terhadap anaknya. Ayahnya telah memanggil beberapa ulama terkenal di zamannya seperti Sheikh Shamsuddin al Wali dan Sheikh Ahmad Ismail al Kurani untuk mentarbiyyah  anaknya. 

Muhammad al Fatih telah ditarbiyyah dengan jiwa jihad dan sifat tawaduk sejak kecil lagi. Ayahnya begitu perihatin dalam pembentukan keperibadian Muhammad al Fatih sehinggakan beliau memilih sendiri gadis yang hendak dijodohkan dengan anaknya. Beliau sedar bahawa seorang pemimpin yang baik mesti mempunyai isteri yang baik juga. 

Di samping ilmu agama, Muhammad al Fatih juga di ajar ilmu peperangan, pentadbiran dan pemerintahan. Beberapa kali beliau diberi latihan praktikal dengan memangku jawatan ayahnya walaupun di usia yang masih muda. 

Muhammad al Fatih juga mampu menguasai tujuh bahasa iaitu Turki, Arab, Greek, Latin, Serbia, Parsi dan Hebrew. Dengan menguasai tujuh bahasa, Muhammad al Fatih mampu mengkaji dengan lebih teliti kelemahan-kelemahan musuh-musuhnya dan dapat berkomunikasi dengan baik  dengan bangsa-bangsa tersebut.

Muhammad al Fatih sangat menjaga diri dan pegawai-pegawainya daripada melanggar hukum Allah. Oleh sebab itu, pegawai-pegawai, pentadbir dan panglima-panglima tentera beliau terdiri daripada  orang-orang-orang yang mematuhi syariat. 

Sultan Muhammad al Fatih pernah berpesan bahawa ulama adalah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jadi tidak hairanlah sekiranya Muhammad al Fatih di kelilingi oleh para ulama yang sentiasa menasihati beliau tentang permasalahan negara.

Sultan Muhammad al Fatih bukan sahaja menjaga amalan-amalan yang wajib, tetapi konsisten dalam melakukan amalan-amalan yang sunat. Peristiwa pemilihan imam solat jumaat pada hari jumaat pertama selepas kota Constantinople ditawan mendedahkan sesuatu yang menarik. 

Muhammad al Fatih dan tenteranya masuk ke Hagia Sophia, sebuah gereja yang ditukar menjadi masjid untuk mendirikan solat jumaat. 

Pada mulanya, Sultan Muhammad al Fatih mencadangkan gurunya; Sheikh Shamsuddin sebagai imam. Namun, gurunya menolak cadangan tersebut. Untuk mencari siapa yang layak, baginda telah memerintahkan seluruh pegawai dan tenteranya berdiri.

“Siapa di antara kamu yang  pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh walaupun sekali, sila duduk” kata Sultan Muhammad al Fatih. Tiada seorang pun yang duduk.

“Siapa antara kita yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak baligh walaupun sekali, sila duduk” Ada sebahagian daripada tentera yang duduk.

“Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan  solat sunnat tahajud sejak baligh walaupun satu malam, sila duduk” Kini, semua tentera duduk kecuali Sultan Muhammad al Fatih. Inilah peristiwa yang berlaku ketika pemilihan imam untuk solat jumaat yang pertama di masjid Hagia Sophia. 

Peristiwa ini menunjukkan betapa istiqamahnya  Sultan Muhammad al Fatih dalam beribadat kepada Allah swt dan terserlah bahawa baginda sendiri adalah orang yang paling layak menjadi imam.

Sidang jumaat yang di rahmati Allah
Sultan Muhammad al Fatih dan tenteranya menjadi raja dan tentera yang baik bukan kerana ketaqwaan mereka sahaja. Mereka  juga mempunyai kekuatan, kebijaksanaan dan keberanian. Untuk menembusi pertahanan kota Constantinople yang kebal di segenap penjuru perancangan yang rapi dan strategi serangan yang kreatif sangat diperlukan sesuai dengan firman Allah swt.
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّ‌بَاطِ الْخَيْلِ تُرْ‌هِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّـهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِ‌ينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّـهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿ 
٦٠
“Dan bersiap sedialah kamu dengan kekuatan dari tentera berkuda untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”  ( al Anfal:60)

Selepas menaiki takhta, Muhammad al Fatih mengkaji pelan kota Constantinople untuk mengenal pasti kelemahannya. Bentuk muka bumi, keadaan topografi, musim dan cuaca diambil kira dalam menentukan permulaan serangan dan kepungan. 

Beliau juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk diguna pakai. 

Beliau melantik jurutera yang terbaik untuk membina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak peluru seberat 300kg melebihi 1km. 

Sayidina Ali pernah berpesan bahawa “kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.” Mengambil iktibar dari pesanan ini,  Muhammad al Fatih melakukan beberapa langkah strategik  lagi dalam persediaan untuk menawan Constantinople.

Sultan Muhammad al Fatih mengambil langkah memencilkan kerajaan Rom Byzantin dengan mengikat perjanjian-perjanjian damai dengan kerajaan-kerajaan di sekitar wilayahnya seperti Serbia dan Hungary. 

Benteng-benteng pertahanan di bina di tempat-tempat yang strategik untuk mengawal laluan kapal di Selat Bosphorus sekaligus mengawal bantuan dari luar untuk kerajaan Byzantin. Langkah ini memberi  kesan yang lebih  ke atas kepungan yang akan dilancarkan kemudian.

Pada 6 April 1453 Sultan Muhammad al Fatih mengetuai pasukan tentera yang terlatih seramai 250,000 orang untuk mengepung kota Constantinople. Tentera ini terdiri dari orang-orang yang soleh, sangat menjaga solat mereka, berani dan bersedia untuk syahid. 

Muhammad al Fatih juga membawa bersama tenteranya para ulama untuk memotivasikan barisan tenteranya dengan ayat-ayat al Quran dan hadith-hadith Rasulullah yang menceritakan tentang kemuliaan orang-orang yang gugur di jalan Allah. 

Setelah segala persiapan siap diatur, Sultan Muhammad al Fatih menghantar utusan kepada Raja Rom Byzantin meminta beliau menyerah kalah. Keengganan Raja Rom mengakibatkan kota Constantinople dikepung dan serangan dimulakan.

Pope di Rom menghantar bantuan lima buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi oleh tentera Rom untuk menghalang kemaraan kapal-kapal tentera Muhammad al Fatih. 

Kapal-kapal Muhammad al Fatih tidak dapat meneruskan perjalanan menuju ke bahagian belakang benteng pertahanan kota Constantinople. Mereka di serang dengan hebat dan terpaksa berpatah balik.

 Sultan Muhammad al Fatih diberikan ilham yang luar biasa oleh Allah swt untuk mengatasi halangan rantai besi ini. Muhammad al Fatih mendapat idea untuk memindahkan kapal-kapal perangnya melalui jalan darat.  

Beliau telah memanggil tenteranya dan mengarahkan mereka membawa kapal-kapal merentasi bukit pada waktu malam dan dilucurkan ke perairan di belakang kubu pertahanan kota Constantinople. 

Pada malam tersebut penduduk Constantinople dikejutkan dengan gema takbir dan nasyid serta lagu-lagu iman yang bersahutan dari tentera Muhammad al Fatih. 

Dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa tentera Muhammad al Fatih berjaya mengangkut 70 buah kapal merentasi bukit sejauh 5km dalam satu malam sahaja. 

Apa yang berlaku ini menunjukkan kebijaksanaan sultan, kesungguhan dan kegigihan tentera-tenteranya, dan juga kehebatan mutu kejuruteraan  kerajaan   Uthmani. Kejayaan ini adalah kejayaan yang hebat dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. 

Semuanya ini adalah anugerah daripada Allah swt kepada hambanya yang bertakwa, yang mengharapkan pertolongan Allah semata-mata setelah segala perancangan, usaha dan tenaga di gembeling dan di curahkan.

Setelah pertempuran berlarutan selama 53hari, pada 29 Mei 1453M kota Constantinople jatuh ke tangan orang Islam. Di atas kemenangan dan kejayaan menawan kota Constantinople inilah Sultan Muhammad di beri gelaran al Fatih yang membawa maksud pemenang atau pembuka yang berjaya membebaskan Constantinople dari pemerintahan Rom. 

Constantinople dijadikan ibukota yang baru Empayar Uthmani. Beliau telah menukar nama Constantinople kepada Islam Bol (atau Istanbul sekarang ini)  yang bermaksud kota Islam.

Sultan Muhammad al Fatih mencapai kemenangan bukan kerana kepandaian dan kepintaran sahaja. Beliau dikurniakan kemenangan apabila tenteranya berjaya meninggalkan dosa-dosa. 

Beliau  dan tenteranya berjaya memenuhi syarat-syarat untuk mendapat pertolongan dari Allah swt. Allah swt berjanji akan memberi pertolongan kepada manusia yang bersungguh-sungguh dan beristiqamah menegakkan syariat Allah. Allah berfirman di dalam surah al Haj ayat 40:
الَّذِينَ أُخْرِ‌جُوا مِن دِيَارِ‌هِم بِغَيْرِ‌ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَ‌بُّنَا اللَّـهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّـهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ‌ فِيهَا اسْمُ اللَّـهِ كَثِيرً‌ا ۗ وَلَيَنصُرَ‌نَّ اللَّـهُ مَن يَنصُرُ‌هُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿ 
٤٠
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata “ Tuhan kami ialah Allah.” Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat ibadat dan juga masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.  Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
Sidang jumaat yang di rahmati Allah swt

Inilah dia tokoh yang seharusnya menjadi idola kepada anak muda zaman sekarang kerana Muhammad al Fatih baru berusia 25tahun ketika beliau mengetuai tentera untuk menawan Constantinople. Inilah dia tokoh yang sepatutnya berada di dalam silibus pendidikan sejarah di sekolah-sekolah di negara kita.

Sejarah telah memberitahu kita bahawa Salahuddin al Ayyubi telah membebaskan Baitul Maqdis dari tentera Kristian Rom pada 27 Rejab 1187M dan beliau berbangsa Kurdis.  

Muhammad al Fatih telah membebaskan kota Constantinople dari tentera Kristian Rom pada 29 Mei 1453M dan beliau berbangsa Turki.Tidak mustahil pada suatu hari nanti seorang pemimpin dari kalangan bangsa Melayu Islam  yang akan  membebaskan Palestin untuk kali ketiga. 

Peristiwa ini akan menjadi kenyataan sekiranya bangsa Melayu Islam mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang sama dengan tentera Muhammad al Fatih ataupun tentera Salahuddin. 

Tentera Melayu Islam yang beriman dan bertaqwa yang mendaulatkan al Quran dan sunnah di dalam kehidupan dan perjuangan mereka semata-mata untuk mencari keredhaan Allah swt. 

Salahuddin al Ayyubi menyatukan bangsa-bangsa dan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari Mesir, Iraq hingga ke negeri-negeri di Syam di bawah payung Islam sebelum memulakan langkah untuk pembebasan Baitul Maqdis. 

Muhammad al Fatih mengemaskini pentadbiran dalam negeri, menyelesaikan masalah dalaman, memeterai perjanjian dengan negara-negara sekitar sebelum melancarkan serangan ke atas Constantinople. 

Untuk mengikuti jejak langkah mereka, bangsa Melayu Islam harus bersatu dan menyelesaikan masalah dalaman  di  negeri-negeri di Nusantara serta menjadi bangsa yang di segani  sebelum bercita-cita melangkah ke peringkat antarabangsa. Kita mesti kembalikan izzah dan jatidiri bangsa Melayu dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. 

Kita perlu ingat bahawa satu masa dahulu iaitu di waktu  pemerintahan kesultanan Melayu Melaka bangsa Melayu adalah satu bangsa yang di segani dan dihormati oleh bangsa Eropah di Barat  dan Cina di Timor.  Dan tidak menjadi mustahil sejarah akan berulang kembali.