GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday 17 January 2013

Kalimah Allah Adalah Kalimah Khusus


GOD IS NOT ALLAH ! THEY ARE NOT THE SAME.

Kalimah Allah Adalah Kalimah Khusus


DUA minggu lalu saya menulis mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka. Rupa-rupanya isu ini masih belum lagi selesai sehingga ke hari ini. 

Ada yang dengan nada sinis menyuruh menutup mulut orang bukan Islam daripada menyebut kalimah mulia tersebut.

Sebenarnya mereka ini tidak memahami isu sebenar. Perkara yang perlu ditegah bukanlah kepada bukan Islam menyebut kalimah Allah tersebut tetapi menyebut kalimah mulia itu bagi merujuk kepada agama bukan Islam.

Pada minggu ini, saya merasa terpanggil untuk meneruskan tulisan saya dalam isu ini bagi menzahirkan apakah sebenarnya yang perlu dilakukan berdasarkan isu yang ditimbulkan ini.

Ada juga yang mempertikai lagu-lagu rasmi negeri juga menampilkan lirik yang menyebut kalimah Allah dan perlu juga dipinda. Ini juga merupakan pandangan yang menyongsang daripada apa yang diperkatakan.



Dalam lirik lagu rasmi kebanyakan negeri disebut kalimah Allah itu sebenarnya bagi merujuk kepada Allah yang Maha Esa. Tiada salahnya lirik tersebut walaupun ia dinyanyikan oleh orang bukan Islam. Ini adalah disebabkan Islam adalah agama bagi Persekutuan selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan di kesemua negeri di Malaysia, melainkan Sarawak, Islam juga merupakan agama negeri.

Persoalan di sini bukanlah bagi orang bukan Islam menyebut kalimah Allah tetapi polemik menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada agama bukan Islam.

Bukan juga menghalang orang bukan Islam membaca dan mengkaji al-Quran yang penuh dengan nama-nama Allah tetapi menyebut Allah dalam erti kata yang sebenar.

Adalah mustahil dengan hanya nyanyian lagu-lagu tersebut orang bukan Islam dipaksa memeluk Islam. Persoalan ini sebenarnya tidak pernah timbul dan sengaja dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu.


Penulis amat bersyukur apabila Majlis Syura PAS pada 13 Januari lepas telah membuat keputusan sebulat suara bahawa kalimah Allah adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

Oleh yang demikian, menterjemah kalimah God atau Lord daripada mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Keputusan ini juga sebenarnya menguatkan lagi saranan Sultan Selangor berkaitan dengan perkara yang sama. Penulis juga menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor yang begitu proaktif di dalam isu ini dan lantang menitahkan sedemikian bagi menjaga akidah umat Islam.

Majlis-Majlis Agama Negeri-Negeri dan para Mufti juga telah memainkan peranan aktif di dalam segala tindakan berkaitan dengan isu ini. Begitu juga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang dianggotai oleh beberapa NGO seperti Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muafakat, ISMA, Pembina dan banyak lagi.

Keputusan Majlis Syura itu juga sebenarnya menyanggah tohmahan segelintir golongan yang mengatakan isu ini dibangkitkan untuk populariti pihak tertentu. Isu ini adalah isu akidah dan umat Islam tidak kira daripada kelompok manapun perlu bersatu menanganinya bersama.

Penulis amat berharap isu ini tidak dijadikan agenda politik mana-mana pihak tetapi bersama-sama memperjuangkan isu ini agar tindakan dapat diambil sewajarnya.


Oleh : Zainul Rijal Abu Bakar



(Oleh Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 18 Jan: Mahasiswa perlu berani ke depan menyatakan pendirian dan pendapat berhubung kebobrokan sistem pendidikan negara, kata aktivis mahasiswa, KS Bawani.

Menurut beliau, mahasiswa harus berfikiran terbuka, bukan sekadar hanya pandai mengangguk.

Mahasiswa perlu bangkit dan tidak boleh takut untuk bersuara. Sistem pendidikan yang memperbudakkan mahasiswa sehingga menjadi robot yang menidakkan kebebasan untuk menyatakan pendapat perlu diubah.

“Apa yang saya lakukan tempohari bukan untuk menjadi hero atau sengaja bertindak kurang ajar. Ia lahir atas rasa kesedaran dan tanggungjawab saya untuk menyatakan pandangan selepas moderator, Sharifah Zohra (Jabeen Syed Shah Miskin) mengecam penglibatan mahasiswa dalam politik serta keperluan pendidikan percuma pada negara,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), pagi tadi.

Pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, tiga isu penting yang perlu dititikberat mahasiswa generasi kini adalah kebebasan bersuara, meneutralkan universiti dan menuntut pendidikan percuma.

“Seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara, perkara 10 menyebut seseorang rakyat bebas menyatakan pandangannya.

“Jadi suara mahasiswa perlu didengar kerana ia bukan saja terkandung dalam perlembagaan tapi ia adalah prinsip asas dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

“Pemerintah juga perlu ingat, mahasiswalah yang akan memimpin negara di masa akan datang,” katanya.

Tambah beliau, universiti harus diberikan autonomi dan terikat dengan mana-mana parti,” kata Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) itu.

“Ikatan dengan kerajaan terutamanya elit pemerintah (Umno BN) yang sering melakukan program mendoktrinasi dan membodohi pelajar akan melahirkan mahasiswa yang tidak matang fikirannya,” kata Bawani.

“Manakala pendidikan pula adalah keperluan asas untuk semua, kerana itu ia perlu diberikan percuma.

“Pendidikan bukan komoditi, maka ia tidak boleh diniagakan atau dijadikan sumber perniagaan,” tegas Bawani yang juga Pengasas Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

Turut hadir, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Wan Farel; Setiausaha Ameerah Muslimat PAS, Nurul Syuhada Shuib; wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Syukri Razab; Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan dan pimpinan mahasiswa lain.


Ini BLOG Pak Aji yg punya...yer..aper yg Pak Aji nak tulis..nak posting...itu HAK ASASI Pak Aji ...dijamin oleh PERLEMBAGAAN sebagai rakyat ...ini Malaysia demokerasi punya country ...ada taw kar...ini bukan KOMUNIS punya negara...kalo tarak suka...awak worang ...boleh BLOCK..

Friday 11 January 2013

makrifattokkenali..Mula-Mula Di Tentukan Hari Itu, Hari Jumaat


by makrifattokkenali

Alam dicipta pada hari Jumaat, kiamatpun akan berlaku pada hari Jumaat, Al-Quraan pun diturunkan pada hari Jumaat dan banyak lagi terjadi pada hari jumaat. Mati hari Jumaat juga dikatakan terlepas dari seksa kubur!.

Apakah itu hari Jumaat dan bagaimanakah, nak kita tentukan yang ianya hari Jumaat?. Muala-mula orang buat kalender, bagaimanakah nak tentukan hari itu adalah hari jumaat?. Apakah dalil atau landasannnya untuk kita katakan yang hari itu, hari Jumaat!.

Kenapa Allah jadikan hari jumaat itu hari kebesaran dan hari kemuliaan atau penghulu sekalian hari?.

Mari kita sama-sama cari jawapannya?………………….ayoh kita sama-sama jawab………………….

10 Jan jam, 1052 waktu Indonesia.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Adapun erti jumaat itu, adalah jamaah.Erti jamaah itu, adalah jamak. Erti jamak itu, adalah berkumpul!.Erti berkumpul itu, adalah dari yang banyak jadikan kepada satu. Erti satu (esa) itu, adalah Allah Taala.

Jumaat itu, ertinya berkumpul. Hari jumaat itu, ertinya hari berkumpul!

Alam terjadi pada hari jumaat (hari berkumpul), ertinya Alam ini terjadi daripada berkumpulnya zat, sifat, afaal dan asma’. Setelah berkumpul 4 sifat itu, maka terjadilah alam.

Berakhirnya alam ini juga, adalah pada hari jumaat (hari berkumpul). Setelah berkumpul zat, sifat, afaal dan asma’ (4 sifat) maka kembalilah semula alam ini kepada Allah. Setelah kembali semua yang berkumpul kepada Allah, maka itulah kiamat!

Dari yang banyak kepada yang satu dan dari yang satu kepada yang banyak. Iaitu datang dari Allah, kembali juga kepada Allah. Dari jumaat kembali kepada jumaat. Itulah kiamat!

Al-Quraan turun pada jumaat (hari berkumpul yang banyak kepada yang satu).Dari berkumpulnya titik yang satu menjadi huruf-huruf yang banyak. Manakala dari huruf yang banyak pula, kembali berkumpul menjadi satu!. 

Terjadinya Al-Quraan itu, adalah dari berkumpulnya sekalian huruf, becantumnya sekalian makna dan berhimpunnya sekalan erti, maka jadilah Al-Quraan.. Setelah berkumpul, bercantum dan berhimpunnya titik yang satu menjadi huruf yang banyak, maka terjadilah Al-quraan. Itulah erti jumaat!..


Kiamat terjadi hari jumaat, (hari berkmpul). Bermaknanya disini, berkumpulnya 4 anasir (zat, sifat, afaal dan asma’) dari diri yang banyak berkumpul semula kembali kepada Allah. Itulah jumaat!.

Kenapa orang mati hari jumaat, dikatakan lepas seksa kubur?. Orang yang lepas seksa kubur itu, adalah orang yang mati pada hari berkumpul (jumaat). Apa yang hendak dikumpul?. Yang hendak dikumpul itu, adalah semua sifat anggota 7, setelah kita kumpul semua tubuh dari angggota tujuh itu, dikembalikan semula kepada Allah. 

Bermakna itulah hari jumaat (iaitu hari berkumpul). Setelah segalanya dikumpul menjadi satu, dan diserah semula kepada Allah, maka disitu ianya telah bertukar tangan, menjadi milik Allah!. Bilamana segalanya sudah menjadi milik dan hak Allah, malaikat mana lagi yang berani untuk bertanya soalan?. Itulah ertinya mati hari jumaat itu, adalah terlepas dari seksa kubur!

Mati dalam keadaan berkumpul segala sifat (jumaat) dan setelah berkumpul (setelah jumaat)) jadi satu, maka kita serahkannya semula kepada Allah. Jika matinya kita dalam keadaan itu, itulah yang dikatakan mati dalam hari jumaat (hari berkumpul). 

Setelah dikumpul segala sifat dkembalikan kepada Allah, bermaknanya disini, diri kita ini sudah tidak ada, kerana semuanya sudah menjadi hak Allah, bilamana semuanya sudah jadi hak Allah, mana lagi diri kita, setelah diri kita tidak ada. 

Malaikat mana lagi yang hendak bertanya dan apa lagi yang hendak ditanya oleh mungkar dan nankir, kiranya semua suudah menjadi milik Allah. Bilamana segalanya sudah menjadi milik Allah, Malaikat mana lagi yang berani tanya solan kepada kita!. Itu makanya terlepas kita dari seksa kubur!.

Kubur Nabi Adam 'Alaih Salam

Hari jumaat itu, adalah hari berkumpulnya yang banyak kepada yang satu. Hari penyerahan segala sifat kepada Allah yang satu.


Untuk menukar hari-hari lain kepada hari jumaat itu, hendaklah tuan-tuan kumpulkan segla sifat-sifat yng ada dan kembalikannya kepada Allah. 

Setelah dikumpul segala yang banyak kepada yang satu dan dikembalikan kepada Allah, maka itulah hari jumaat (hari berkumpul). Tak kiralah tuan-tuan mati hari apapun samaada tuan-tuan mati hari khamis, selasa, ahad, rabu atau sabtu sekalipun, ianya tetap hari berkumppul (hari jumaat).

Sekiranya tuan-tuan berkebetulan betul-betul mati hari Friday (hari jumaat), sekiranya tuantuan tidak sempat nak kumpulkkan segala 7 angggota, kumpul sekalian nama-nama, siat–siifat, afaal-afaal dan zat untuk dikembalikan kepada Allah, bererti tuan-tun bukan mati hari jumaat (berkumpul) tetapi tuan-tuan mati hari jumaat (friday). 

Bukan mati hari jumaat berkumpul, tetapi tuan-tuan matipada hari jumaat friday!.

Sekiranya kita benar-benar pada hari berserah atau hari berkumpul, maka itulah yang dikatakan sebenar-benar jumaat!. Jumaat itu, adalah dikumpul yang banyak dikembalikan kepada yang satu!. Ingat itu…………………….amin drp hj shaari.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa? Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.


WAJIB TENGOK 'ERTI KEMERDEKAAN' - USTAZ AZHAR IDRUS | Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnyaberusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 



WAJIB tengok VIDEO ni

Popout




Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon" iaitu Kuil Sulaiman.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.


Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah Masjid)
Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Tuhan Ra
Tuhan Osiris
Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal". Apa Yang Islam DanNabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjaladalah "Master of Deception".

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Gambaran Temple of Salomon oleh pelukis

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.


Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya. Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.


Betulkan Bacaan AL FATIHAH anda...


1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu
(faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ


10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ

18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.

24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

Wallahu a'lam...

Kredit to : SOutul-MUjahid

p/s : Sila berguru lagi dengan mendapatkan musyafahah dari guru yang muktabar.

Photo: ‎1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."  2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.  3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".  4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"  5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.  6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ  7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."  8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"  9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ  10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".  11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.  12. Kesalahan sama seperti nombor 10.  13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ  14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.  15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".  16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.  17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ  18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.  19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.  20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ  21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ  22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".  23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.  24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.  25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ  26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.  27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat  Wallahu a'lam...  Kredit to : SOutul-MUjahid  p/s : Sila berguru lagi dengan mendapatkan musyafahah dari guru yang muktabar.‎


PERKASA/PEKIDA/JATI MALU BESAR!!!!!...HIMPUNAN BANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DIPERKARANGAN MASJID SHAH ALAM TERAMAT HAMBAR.... TIADA SAMBUTAN LANGSUNG DARI PARA JEMAAH MASJID!!!!!!


BIAR GAMBAR BERBICARA SEBAGAI SAKSI DAN BUKAN CAKAP SEKADAR PAKAI AIR LIUR BASI...

Lihat dengan mata kepala sendiri... bukan nak mengata atau mencaci...tetapi ini adalah realiti.

Demo haram tanpa permit dan kebenaran polis anjuran NGO mesra ketat UMNO PERKASA/PEKIDA/JATI diperkarangan Masjid Negeri Shah Alam selepas solat Jumaat sebentar tadi langsung tidak mendapat sambutan.

Para jemaah masjid kelihatan tidak mau diheret dengan polemik yang mauk dipolitikkan oleh sekumpulan NGO Melayu berjiwa totok UMNO yang berselindung atas nama Perjuangkan Kalimah Allah.

Kelihatan hanya beberapa jemaah masjid yang dipercayai anggota penganjur dan beberapa wanita yang diangkut, sama ada isteri mereka atau pun kaum kerabat yang terdekat.

Yang nyata kelihatan seorang mamat bertopi beret merah salah seorang anggota Penari Tau Punggung yang diketuai Ali Tinju yang menjadi tukang jerit terlolong terlalak.


Ini BLOG Pak Aji yg punya...yer..aper yg Pak Aji nak tulis..nak posting...itu HAK ASASI Pak Aji ...dijamin oleh PERLEMBAGAAN sebagai rakyat ...ini Malaysia demokerasi punya country ...ada taw kar...ini bukan KOMUNIS punya negara...kalo tarak suka...awak worang ...boleh BLOCK..

Tuesday 8 January 2013

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH ALI IMRAN

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH ALI IMRAN



Imam ad-Dailami dari Imam Makhul mengatakan: 

"Barangsiapa membaca surat Ali Imran pada hari Jumaat maka para malaikat memohon keampunan untuknya sampai malam hari." 

Juga Imam Ibnu Zanjawaeah dari Imam Wahab Ibn Munabih menjelaskan: 

"Barangsiapa membaca Surat al-Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya Nur cahaya diantara Arasy dan dasar bumi." 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Dalam tiga surat terdapat ismullah al-a'zham dimana kalau untuk berdoa kepada Allah maka terkabullah dan jika untuk memohon maka terpenuhilah yakni didalam: Surat al-Baqarah, permulaan surat Ali Imran dan dalam surat Thana. Demikian dalam Khawashil-Quran.

Dari sahabat Utsman bin Affan r.a. Imam ad-Darimi mengatakan dari sahabat Utsman ibn Affan r.a. yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca akhir surat al-Fatihah, ayat Kursi dan dua ayat surat Ali Imran (iaitu) (Innafi qlfissamawati...ila akhirissurati) pada malam hari, maka ia tercatat melakukan ibadah seluruh malam."

Dan siapa membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan dua ayat surah Ali Imran, dibacanya ketika sehabis sembahyang fardhu, maka tempat kembalinya adalah syurga.

DIANTARA KHASIAT-KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Khasiat Ayat 1-4 - Pendinding -Kebahagiaan dan segala hajat 
Khasiat Ayat 8 - Husnul Khatimah 
Khasiat Ayat 9 - Mengembalikan barang yang hilang 
Khasiat Ayat 7-9 - Kecerdikan luar biasa 
Khasiat Ayat 14 - Pengasih 
Khasiat Ayat 26-27 - Luas rezeki -Karamah -Segala hajat 
Khasiat Ayat 35-37 - Perlindungan kepada perempuan hamil -Pelaris 
Khasiat Ayat 73-74 - Pelaris dan meminang 
Khasiat Ayat 83 - Menghadapi binatang buas, liar dan orang zalim 
Khasiat Ayat 103-104 - Pengasih dan Pelembut Hati 
Khasiat Ayat 111-112 - Menghadapi musuh 
Khasiat Ayat 134-136 - Pelindung dari kejahatan 
Khasiat Ayat 144 - Menghentikan darah 
Khasiat Ayat 146-148 - Menghilangkan kesedihan ketika menghadapi musibah 
Khasiat Ayat 169-171 - Penerang hati dan mendapat taufiq 
Khasiat Ayat 173-174 - Menghadapi musuh -Pengasih 
Khasiat Ayat 190-194 - Teguh Iman -Qiamullail
Khasiat Ayat 200 - Isteri derhaka, anak degil, binatang liar 




MP3 SURAH ALI IMRAN OLEH SHEIKH MISHARY RASHID 



MUQADIMMAH

Surat Ali 'Imran yang terdiri dari 200 ayat ini adalah surat Madaniyyah. Dinamakan Ali 'Imran karena memuat kisah keluarga 'Imran yang di dalam kisah itu disebutkan kelahiran Nabi Isa a.s., persamaan kejadiannya dengan Nabi Adam a. s., kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebut pula kelahiran Maryam puteri 'Imran, ibu dari Nabi Isa a.s. Surat Al Baqarah dan Ali 'Imran ini dinamakan Az Zahrawaani (dua yang cemerlang), karena kedua surat ini menyingkapkan hal-hal yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa a.s., kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. dan sebagainya. 

Pokok-pokok isinya

1. Keimanan:
Dalil-dalil dan alasan-alasan yang membantah orang Nasrani yang mempertuhankan Nabi Isa a.s.; ketauhidan adalah dasar yang dibawa oleh seluruh Nabi. 

2. Hukum-hukum:
Musyawarah; bermubahalah; larangan melakukan riba. 

3. Kisah-kisah:
Kisah keluarga 'Imran; perang Badar dan Uhud dan pelajaran yang dapat diambil dari padanya. 

4. Dan lain-lain:
Golongan-golongan manusia dalam memahami ayat-ayat mutasyaabihaat; sifat-sifat Allah; sifat orang-orang yang bertakwa; Islam satu-satunya agama yang diridhai Allah; kemudharatan mengambil orang-orang kafir sebagai teman kepercayaan; pengambilan perjanjian para Nabi oleh Allah; perumpamaan-perumpamaan; peringatan-peringatan terhadap Ahli Kitab; Ka'bah adalah rumah peribadatan yang tertua dan bukti-buktinya; faedah mengingati Allah dan merenungkan ciptaanNya.