GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Monday 22 July 2013

WASILAH POKOK ( UTAMA ) DALAM TAREKAT


Bila di sebut Tariqat maka Mursyid adalah perkara yang amat mustahak. Tariqat ialah perjalanan menuju Allah Ta'ala manakala mursyid lah yang memimpinnya ke arah tujuannya itu. Kalau Tariqat di ibaratkan sebagai sampan manakala Mursyid pula di ibaratkan sebagai nakhodanya yang memimpin haluan sampan tersebut. 

Kedudukan Mursyid di dalam sesebuah jemaah tariqat tidak keterlaluan katakan adalah ibarat nyawa bagi sebuah jasad. Tidak hairanlah ada ahli sufi yang berpendapat : "Rahsianya(intipati perjalanan tariqat) itu adalah pada masya'ih bukannya pada zikir". Dan berkata Syeikh Tajaldin Naqsyabandi dan perkataan ulama-ulama sufi yang lain juga ada menyatakan senada dengannya iaitu : "Barang siapa tiada baginya syeikh(guru mursyid) maka syaitanlah syeikhnya". Perkataan di atas merujuk kepada guru kerohanian yakni yang menjalani jalan tariqat keruhanian.

Seseorang yang ingin bertariqat mungkin kurang di dedahkan atau tak tahu menahu kepentingan peranan salasilah. Sedangkan berguru tariqat yang tidak bersambung salasilahnya dengan ulama-ulama asalnya sehingga bersambung dengan Rasulullah s.a.w. hukumnya haram kerana terputus wasilah dalam menyampaikan matlamat.Sebab itu bukan mudah untuk kita berguru dengan seseorang kecuali telah di buktikan bahawa guru yang kita anggap sebagai guru itu memiliki sanad salasilah tariqat yang mutashil(bersambung) sehingga Rasulullah s.a.w. di samping kita melihat kepada faktor-faktor lain yang selari dengan adab syariat dan adab tariqat.

Apakah yang di maksudkan dengan salasilah tariqat dan mengapa salasilah tariqat itu penting ? 

Seseorang yang di anggap mursyid ialah seseorang yang telah berguru sebelumnya dengan gurunya terdahulu dan sehinggalah bersusun sampailah kepada tabi'in kepada sahabat dan akhirnya bertemu kepada Rasulullah s.a.w. dan mestilah di dokumenkan dalam bentuk bertulis dan di sahkan oleh gurunya yang terdahulu dengan ‘memberi izin' bagi menjalankan atau menyebarkan tariqat tersebut serta mahsyur sanadnya mengikut adab tariqat. 

Salsilah ini penting kerana beberapa sebab iaitu :

i. bagi menentukan seseorang murid menerima keberkatan (kesan ruhaniah) atau limpahan ruhani yang bersambung dengan syeikhnya itu terus bersambung sehinggalah persambungannya itu benar-benar dari puncanya yang sebenar dan teratasnya iaitu Rasulullah s.a.w. Sekiranya salasilahnya terputus atau tiada memiliki sanad salasilah yang sah maka bagaimana seseorang itu dapat menerima limpahan keberkatan imdad bir ruhaniah dari segala masya'ih yang terdahulu sehingga Rasulullah s.a.w yang dengannya menyampaikan kita kepada jazbah fillah(tarikan kepada Allah iaini zuk fana'fillah dan baqo'billah).

ii. Bagi yang terputus wasilah ruhaniahnya maka terputuslah apa yang di panggil rabithah mursyid(pertalian mursyid).Jika tiada baginya rabithah mursyid maka tiada terpelihara perjalanannya itu daripada tercedera terhadap gangguan musuh-musuh batin seperti iblis, syaitan jin dan segala perkara yang membahayakan perjalanan ruhaninya khususnya dalam meniti perjalanan di alam malakut.Sebab itu kita dengar bahaya-bahaya penipuan di alam ruhani yang sering kita dengar seperti membesarkan diri mengakui diri sudah capai ke martabat wali,martabat sultanul auliya, sudah dapat tahap yang tinggi dan suka menggelar diri , taa'sub , sudah pandai menilik dan di katanya sudah dapat kasyaf , pandai mengubat kerana sudah disangkanya dapat maunah dan akhirnya melalutlah kepada gila dan sebagainya. 

Sedangkan rukun bagi seseorang mursyid atau khalifah itu ialah sangat merendahkan diri (tawadhu') bagaimana pula dia nak mengaku dirinya lebih atau macam-macam lagi.Satu perkara lagi sifat orang yang terputus sanadnya iaitu suka kondem orang lain yang nyata kondemnya itu tidak jujur dan terlalu taasub dengan amalannya saja kononnya amalannya yang sah , betul dan orang lain itu semuanya tak betul kalau betul pun tak sempurna macam dia punya. Sebenarnya 2 perkara ini selalu dilakukan bagi orang yang lalai dalam zikrullah atau memang sudah ada cacat dalam perjalanannya. 

iii. Sebagai bukti atau hujjah yang sah bahawa seseorang itu mendapat izin dari syeikhnya yang terdahulu bagi menyebarkan ajaran tariqatnya itu kerana sanad salsilah yang mahsyur dan mutashil dengan Rasulullah s.a.w. itu seumpama otoriti yang sangat berwibawa tanpa dapat di pertikaikan lagi dari sudut keizinan dan kelayakannya dalam memimpin murid.Dan inilah adab yang amat penting dalam tariqat. 

iv. Salsilah juga adalah suatu keesahan yang menyatakan bahawa tiada berlaku perubahan atau pindaan atau saduran dari hal penyampaian ilmu Tariqat itu sendiri dan lazimnya salasilah ini di kepilkan bersama ajaran-ajaran,adab-adab serta segala keterangan maqam-maqam zikir tariqat yang di rekod bersama dari turun temurun supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan atau di ciplak dari mana-mana ajaran yang bertentangan dengan asal . 

Pesanan Ulama sufi yang muktabar dalam kepentingan mengetahui salsilah tariqat .

1. Kata Syeikh Amin Kurdi dalam kitabnya Dhiya'ul Iman : 

"Ketahuilah bahawa seorang murid di jalan Allah yang mahu bertaubat dan menghilangkan sifat kelalaiannya wajiblah ia mencari seorang syeikh yang ada di zamannya. Iaitu seorang yang sempurna suluknya(perjalanannya) syariat dan haqiqat mengikut Al Qura'an dan Al Hadis juga sentiasa berpandukan para Ulama hingga sampai ke maqam ar-rijalul kamal. 

Syeikh itu telah sampai kepada keredhaan Allah dan suluknya juga adalah di bawah pimpinan seorang mursyid yang mempunyai persambungan salasilah hingga ke nabi s.a.w. Ia juga mestilah telah mendapat izin dari syeikhnya untuk menyampaikan ajarannya kepada orang lain. Ia juga mempunyai ilmu dan makrifah yang benar dan bukan jahil dan bukan kerana di dorong oleh keinginan nafsu dirinya.

Oleh yang demikian syeikh yang arif yang mempunyai persambungan salasilah itu adalah merupakan wasilah kepada Allah bagi seseorang murid itu. Syeikh itulah juga merupakan pintu menuju kepada Allah yang akan di lalui oleh murid itu. Sesiapa yang tiada mempunyai syeikh yang memimpin dan mengasuhnya maka syeikhnya adalah syaitan". 

2. Katanya lagi : 

" Tidaklah boleh seseorang itu membuat bai'ah dan memimpin para murid kecuali setelah ia mendapat tarbiyah dan ke izinan mursyidnya seperti yang di tegaskan oleh para masya'ih. Orang yang berbuat kerja demikian itu padahal ia bukan ahlinya yang sebenar , akan lebih banyak merosakkan dari memberi kebaikan. Ianya akan menanggung dosa sebesar dosa seorang perompak kerana ia telah memisahkan murid dari syeikh yang arif sebenarnya". 

3. Berkata Syeikh Amin Al Kurdi dalam kitab Dhiya'ul Iman fi Thariqah Ar Rahman pada membicarakan kepentingan salsilah iaitu: 

"Adalah sangat wajar bagi para murid di jalan Allah itu untuk mengetahui salasilah para syeikh mereka itu hingga sampai kepada nabi Muhammad s.a.w. Bila kedudukan syeikh mereka jelas dan benar ada persambungan salasilah hingga kepada nabi s.a.w. 

Maka jika para murid itu mahu mendapatkan pertolongan limpahan ruhaniah dari syeikh mereka itu mereka akan berhasil apa yang dimaksudkan . Orang yang salasilahnya tidak bersambung hingga kepada nabi s.a.w. maka orang itu adalah terputus dari limpahan ruhaniah tersebut. Oleh itu orang itu bukanlah menjadi waris bagi Rasulullah s.a.w. dan TIDAK boleh di ambil bai'ah dan ijazah daripadanya". 

4. Kata Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni di dalam kitab Madarijus Salikin :

"Hai para murid ! Semoga Allah memberikan keredhaan Nya kepada kami dan kamu. Sesungguhnya orang yang tidak mengetahui bapanya dan datuknya di dalam jalan ini (ilmu Tariqat) ,maka ia adalah buta. Mungkin jua orang yang tersebut di nasabkan(di binkan) kepada orang lain yang bukan bapa sebenarnya. (jika begitu) maka bermakna ia termasuk ke dalam apa yang di sabdakan oleh nabi s.a.w. : ‘Allah melaknat orang yang dinasabkan kepada orang lain yang bukan bapanya yang sebenar". 

Maksud bapa dan datuknya ialah para guru-guru yang terdahulu (para masya'ih) kerana guru mursyid kita ialah bapa ruhani manakala guru kepada guru kita adalah datuk ruhani kepada kita sehingga lah seterusnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. iaitu sumber segala ruhani yakni benih sekelian alam dan induk rahmat Allah Ta'ala dengannya melimpah sekelian rahmat Allah atas setiap kejadian. 

5. Kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dalam kitabnya Sirrul Asrar : 

"Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata : Sahabat r.a. adalah ahli jazbah(ahli tarikan batin) kerana kekuatannya menemani nabi s.a.w. Tarikan batin tersebut menyebar kepada syeikh-syeikh tariqat dan bercabang lagi pada salasilah yang banyak sehingga semakin melemah dan terputus pada kebanyakkan umat, yang tinggal adalah orang-orang yang meniru-niru sebagai syeikh tanpa makna kedalaman dan tersebarlah kepada ahli-ahli bid'ah". Ini menunjukkan ‘karan' atau jazbah fillah akan turun kepada kita melalui susur jalur salasilah tariqat. 

6. Kata Syeikh Abdul Qadir Al - Jilani lagi : 

"Bagaimana cara menentukan Tasawuf yang benar ? Caranya dengan dua macam : (Pertama) lahiriahnya(Kedua) Batinnya.Lahiriahnya memegang teguh pada aturan syariat dalam perintah mahupun larangan.Batinnya mengikuti jalur suluk dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang di ikuti adalah nabi s.a.w. dan nabi s.a.w. merupakan perantara antara dia dengan Allah.

Dan antara dia dengan nabi adalah ruh ruhani Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai jismani pada tempatnya dan ruhani pada tempatnya, sebab syaitan tidak akan menjelma menjadi nabi dan itu merupakan isyarat pada orang - orang salikin agar perjalanan mereka tidak dalam keadaan buta. Pada fasal ini terdapat tanda-tanda yang sangat halus untuk membezakan mana golongan yang benar dan yang salah , yang tidak dapat di temukan kecuali oleh ahlinya". 

Maksud di atas ialah bagi menentukan tasawuf yang benar ialah zahirnya mengikut syariat dan batinnya mengikut jalur suluk (yakni perjalanan yang berantai salasilah sehingga berakhir kepada nabi s.a.w.) supaya hingga jelas hati murid mempertemukan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi sebagai washitah(perantara) yang menyampaikan kepada Allah iaini makrifat terhadap Allah dengan sebenarnya.Kerana jika terputus salasilah bererti terputuslah wasilah dan akibatnya akan kelirulah perjalanannya dan payahlah seseorang itu membezakan dapatan ruhaniah yang haq dengan yang batil kerana perkara ini amat lah halus lagi sukar.

Jangan di kata cahaya itu lah diri dan jangan disangka bayang itulah sebenar.Jangan dikata zauk itulah muktamad kerana syaitan masih boleh memberikan rasa zauk dan segala pembukaan yang palsu ! Maka berlindunglah kita kepada Allah dari segala tipudaya makhlukNya.

Maka tiada yang mengetahuinya melainkan ahlinya yang berjalan mereka itu mengikut akan mengikut orang yang mengikut akan nabi s.a.w. pada zahir (syariat)dan batinnya(rabithah ruhaniah yakni tariqat yang menyampaikan haqiqat).Bak kata perpatah : Jauhari jua yang mengenal manikam. 

KESIMPULAN

Justru itu hendaklah kita fahami bilamana di katakana ‘Tariqat' maka disana ada di dalamnya beberapa perkara yang tidak terpisah ibarat ‘irama dan lagunya' iaitu :

1. Mursyid berkait dengan 


2. salsilah dan keizinan berkait dengan 


3. rabithah ruhaniah(pertalian) berkait dengan 


4. adab-adab berkait dengan 


5. zikir dan maqam-maqamnya berkait dengan 


6. muraqabah dan musyahadah terhadapNya 

Kesemuanya ini adalah wasilah pokok dalam Tariqat dan keenam-enam inilah di panggil ‘Tariqat'. Ke enam-enam perkara di atas juga ada yang di zahirkan dan di dokumentasikan dan ada yang di batinkan yakni tidak di nyatakan atau tidak di dokumentasikan khusus yang berkait dengan dapatan atau penemuan ruhaniah yang menjadi adab supaya tidak dinyatakan. 

Namun perkara seperti salasilah dan ke izinan adalah perkara yang wajib di nyatakan supaya di ketahui akan nasab ruhaniahnya dan supaya tidak kita di anggap anak yang tiada bernasab seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni r.h dan yang lebih di takuti kita menyeleweng dari usul dan kaedah kaum sufi secara tidak kita sedari. 

Tidak ada keringanan dalam perkara salasilah ini , jangan pula ada pihak yang berkata salasilah ini tak penting yang pentingnya ialah haqiqatnya atau makrifatnya. Jika ada pihak yang berkata begitu , terus segera tinggalkan orang itu kerana orang itu telah mengajar suatu pemahaman yang tidak betul yakni menyalahi usul mengikut kaum sufi. Kerana bagaimana buah itu lahir tanpa pokok dan benihnya ? 

Sebab itu kata Ulama sufi : "Barangsiapa menyalahi ushul maka diharamkan dia daripada wushul(sampai kepada makrifat Allah Ta'ala dengan makrifat sebenarnya)". Iaini barang siapa menyalahi perkara-perkara yang telah di sepakati oleh kaum sufi maka terlerai dia daripada jalan mereka.Bersama kita berlindung dengan Allah Ta'ala daripada bahaya-bahaya ini dan tipudaya makhlukNya. 


KENALI JASAD, JIWA, RUH DAN HATI ANDA


Pada umumnya orang hanya mengetahui manusia itu hanya terdiri dari jasad dan ruh. Mereka tidak memahami sesungguhnya manusia terdiri dari tiga unsur , iaitu:

Jasad, Jiwa dan Ruh.

Ini dapat dibuktikan dalam firman Allah Taala surah Shaad (38:71-73) yang bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: SesungguhnyaAku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadianya, maka Ku tiupkan kepadanya Ruh Ku. Maka hendaklah kamu tunduk bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat itu bersujud semuannya.

Pada ayat yang lain pula, Allah menjelaskan tentang penciptaan jiwa (nafs). Surah Asy Syams (91:7-10) . Firmanya yang bermaksud:

Dan demi nafs (jiwa) serta penyempurnaannya, maka Allah ilhamkan kepada nafs itu jalan ketaqwaaan dan kefasikannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikannya dan sesungguhnnya rugi lah orang yang mengotorinya.

Selain itu, Allah juga berfirman dalam Al Quran tentang proses kejadian jasad (jisim). Surah Al Mukminun (23:12-14):

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati dari tanah, Kemudian jadilahlah saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang, lalu tulang-tulang ini Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk berbentuk lain, maka maha suci Allah. Pencipta yang paling baik.

Jasad

Jasad atau jisim adalah angggota tubuh manusia terdiri dari mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan lalain. Ia dijadikan dari tanah liat yang termasuk dalam derejat paling rendah. Keadaannya dan sifatnya dapat mecium, meraba, melihat. Dari jasad ini timbullah kecenderungan dan keinginan yang disebut Syahwat. Ini dijelaskan dalam Al Quran Surat Ali Imran, yang bermaksud:

Dijadikan indah pada pandangan manusia , merasa kecintaan apa-apa yang dingininya (syahwat) iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang bertimbun dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatan ternakan dan sawah ladang, Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat sebaik-baik kembali.

Jiwa (Nafs)

Kebanyakan orang mengaitkannya dengan diri manusia atau jiwa. Padahal ianya berkaitan dengan derejat atau kedudukan manusia yang paling rendah dan yang paling tinggi. Jiwa ini memiliki dua jalan iaitu:

1 Menuju hawa nafsu (nafs sebagai hawa nafsu)

2 Menuju hakikat manusia (nafs sebagai diri manusia)

Hawa nafsu. Hawa nafsu lebih cenderung kepada sifat-sifat tercela, yang menyesatkan dan menjauhkan dari Allah. Sebagaimana Allah Taala berfirman surah (Shaad :26) yang bermaksud:

..... dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah

Kaitan hati dan hawa nafsu.

Hati memainkan peranan yang sangat penting dalam diri manusia ia menjadi sasaran utama kepada Syaitan. Syaitan sedaya upaya menutupi hati manusia dari menerima Nur llahi. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

Jikalau tidak kerana syaitan-syaitan itu menutupi hati anak Adam, pasti mereka boleh milihat kerajaan langit Allah

Cara syaitan menutupi hati manusia itu dengan cara –cara tertentu iaitu dengan menghidupkan hawa nafsu tercela dan yangmembawa ke arah maksiat. Semuanya sudah tersedia berada adalam diri manusia, ianya dikenali dengan nafsu ammarah bissu, nafsu sawiyah dan nafsu lawammah..

Para ahli tasawwuf mengatakan bahawa syaitan (anak iblis) memasuki hati manusia melalui sembilan lubang anggota manusia iaitu dua lubang mata, dua lubang hidung, kedua lubang kemaluan dan lubang mulut. Buta manusia bukan buta biji matanya tetapi buta hatinya sebagaimana bukti yang dijelaskan dalam Firman Allah dalam surah (Al Hajj :46) bermaksud:

Kerana sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.

Mereka juga mengatakan yang membutakan hati ialah kejahilan atau tidak memahami tentang hakikat perintah Allah SWT. Kejahilan yang tidak segera diubati akan menjadi semakin bertimbun. Allah SWT berfirman dalam surah (Al Baqarah:2-9) yang bermaksud:

Tolong periksa sendiri..ayat ini..saya cuba cari..tak jumpa..

Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka yang menipu diri sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya.

Demikian bahayanya penyakit hati yang dihembuskan syaitan melalui hawa nafsu manusia. Sehingga Rasulullah pernah berpesan setelah kembali dari perang Badar. Beliau bersabda :

Musuhmu yang terbesar adalah nafsumu yang berada di antara kedua lambungmu (Riwayat Al-Baihaki)

Jihad yang paling utama adalah jihad seseorang untuk dirinya dan hawa nafsunya.(Riwayat Abnu An-Najari)

Diri Manusia

Nafs atau jiwa sebagai diri manusia adalah suatu yang paling berharga kerana ia berkaitan dengan nilai hidup manusia dan nafs yang diberi rahmat dan redha oleh Allah. Sebagaimana firmannya dalam surah (Al-Fajr : 27-30 ) yang bermaksud:

Hai jiwa yang tenang (Nafsu Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, masuklah ke dalam syurgaKu.

Dan lagi dalam surah (Yusuf: 53) yang bermaksud:

Dan aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh ke arah kejahatan, kecuali nafsu yang beri rahmat oleh Tuhanku.

Berkaitan dengan sabda Rasulullah yang berbunyi:

Barang siapa yang mengenal dirinya , maka ia mengenal Tuhannya.

Hadis ini menyatakan syarat untuk mengenal Allah adalah mengenal diri. Diri atau nafs di sini adalah nafs mutmainnah iaitu nafsu yang tidak terpengaruh oleh goncangan hawa nafsu dan syahwat.

Setiap manusia mempunyai nafs yang berbeza. Ada nafs yang menuju jalan cahaya ada nafs yang menuju jalan kegelapan.

Bagi nafs yang menuju kegelapan atau nafs tercela yang tidak sempurna ketenangannya terutama ketika lupa kepada Allah disebut nafsu lawammah. Firman Allah Taala dalam surah

(Al Qiyammah:2) yang bermaksud:

Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat tercela (nafsu lawammah)

Nafsu ini hanya dapat dikenali dan disaksikan dengan kemampuan tertentu manusia iaitu dengan pancaran batin. Sebagaimana firman Allah dalam surah (Al-Araaf:26) yang bermaksud:

Pakaian taqwa yang menjaga mu dari kejahatan itu adalah yang paling baik.

Ruh

Ruh mempunyai dua arah pengertian iaitu :

a. Sebagai nyawa

b. Sebagai suatu yang halus dari menusia (pemberi cahaya kepada jiwa)

Ruh sebagai nyawa kepada jasad atau tubuh . Ia ibarat sebuah lampu yang menerangi ruang. Ruh adalah lampu, ruang adalah sebagai tubuh. Jika lampu menyala maka ruangan menajdi terang. Jadi tubuh kita ini boleh hidup kerana ada ruh (nyawa)

Manakala dalam pengertian yang kedua, Ruh sebagai sesuatu yang merasa, mengerti dan mengetahui. Hal ini sangat berhubung dengan hati yang halus atau hati ruhaniyyah yang disebut sebagai Latifah 

Rabaniyyah (hati erti kedua)

Dalam Al-Quran kata ruh disebut dengan sebutan Ruhul Amin, Ruhul Awwal dan Ruhul Qudsiyah.

Ruhul Amin yang bermaksud adalah malaikat Jibrail. Firman Allah dalam surah (Asy-Syu’ araa:192-193) yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, Dia dibawa oleh Ar Ruh Al –Amin (Jibrail)

Ruhul Awwal yang bermaksud nyawa atau sukma bagi tubuh manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah (As-Sajdah:9) yang bermaksud:

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan kedalam tubuhnya ruh Nya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati , tetapi kamu sedikit sekali bersyukur

Ruh Qudsiyah yang bermaksud ruh yang datang dari Allah (bukan Jibrail), tetapi yang menjdi penunjuk dan pengkhabar gembira bagi orang-orang beriman. Ini adalah ruh yang disucikan dihadirat Allah. Ia bercahaya apabila nafsu mutmainnah telah sempurna.

Hati

Hati merupakan raja bagi seluruh diri manusia dan tubuh. Perilaku dan perangai seseorang merupakan cerminan hatinya. Dari hati inilah pintu dan jalan yang dapat menghubungkan manusia dengan Allah. Dengan demikian untuk mengenal diri harus dimulai dengan mengenal hati sendiri.

Hati mempunyai dua pengertian:

3 Hati jasmani iaitu sepotong daging yang terletak di dada sebelah kiri, hati jenis ini haiwan pun memilinya.

4 Hati Ruhaniyyah iaitu sesuatu yang halus. Hati yang merasa, mengerti, mengetahui, dierpinta dituntut. Dinalai juga dengan Latifah Rabaniyyah.

Hati Ruhaniyyah inilah merupakan tempat iman dan tempat mengenal diri . Sebagaimana firma Allah dalam surah (Ar-Ra’d:28) yang bermaksud:

Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tanang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Hadis qudsi yang bermaksud:

Tidak akan cukup menaggung untuk Ku bumi dan langitKU tetapi cukup bagiKu hanyalah hati (qalb) hambaKu yang nukamin (Riwayat Ad Darimi)

Nafsu Mutmainnah

Bila hati manusia jauh dari goncangan yang disebabkan bisikan syaitan, hawa nafsu dan syahwat , maka ia disebut nafs Mutmainnah, Apabila ia tunduk dan redha kepada Allah sepenuhnya, maka ia disebut nafs mardhiyyah (nafs yang redha)

Namun jika manusia membiarkan hatinya berada dalam pengaruh hawa nafsu dan syahwat, maka ia akan menjadi orang yang tersesat, lama kelamaan tergelicir dan dimurkai Allah, Sebagaimana Firman Allah dalam surah (Jaastsiyah:23) yang bermaksud:

Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu Nya dan Allah telah mengunci mata pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat. Maka mengapa kamu tidak mengambil iktibarnya.

Ingat hawa nafsu dan syahwat bukan dibunuh atau dihilangkan, tetapi dikawal oleh nafsu mutmainnah. Di mana ada saatnya hawa nafsu ini perlu dikeluarkan. Sebagaimana firma Allah dalam surah (An Nazi’at:40-41) yang bermaksud:

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan manahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.

Nah, jika hati kita telah diselubungi oleh nafsu mutmainnah, maka nafsu mutmainnah inmi menajdfi imam (penunjuk) bagi selruh tubuh dan dirinya, sseeunggunya nafsu mutmainnah inilah disebit-sebut sebagai jati diri manusia (hakikat dari manusia). Allah berfirma dalam surah (Al Araaf:172) yang bermaksud:

Dan Ingatlah, ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman : ”Bukakankan Aku ini Tuhanmu”, mereka menjawab :”Bahkan engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi”. Kami lakukan demikaian agar di hari akhirat kelak kamu tidak mengatakan: sesunggunya kami adalah oran-orang lalai terhadap keesaaaan Mu.

Jika hati yang sakit, maka lupa terhadap perjanjian kita dengan Allah yang pernah diucapkan seperti dalam surah Al Araaf ayat 172 di atas.

Tapi di antara sekian banyak manusia, ada yang yang berjaya menyihatkan kembali jiwanya (nafsu mutmainnah). Apabila jiwa kita telah hidup, bercahaya, sihat kembali, maka jiwa ini akan dapat melihat kerajaan langit Allah. 

Dalam hal ini bila Ruhul Qudsiyah telah menyala dan bersinar , maka jadilah hatinya rumah Allah , orang-orang yang berjaya ini disebut Ahli Al- Bait. Sebagiamana firman Allah dalam surah (Ali Imran:164) yang bermaksud:

Sesunggunya Allah telah memeberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihakan jiwa mereka dan mengajarakan mereka al kitab dan al hikmah. Dan sesungguhnya sebelum itu, mereka adalagh benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

Lagi, sabda Rasulullah yang bermaksud:

Hati oarmg-orang beriman adalah Baitullah (Rumah Allah)

Jadi, Ruhul qudsiyah adalah kenyataan Allah dalam diri manusia. Allah Taala adalah sumber cahaya langit dan bumi dan ruhul qudsiyah adalah sunber cahaya yang ada dalam hati yang digambarkan sebagai pelita, Sebagaimana firmanNya dalam surah (An Nuur:35) yang bermaksud:

...Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya adalah seperti sebuah lubang yang tak tertimbus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita ini di dalam kaca dan kaca ini seakan-akan bintang yang memantulkan cahaya seperti mutiara.

Dicatat oleh Wan Adeli di 7:21 PTG

13 ulasan:


Assalamualaikum Tuan, ada satu lagi aspek yang Tuan tidak sebut iaitu Nyawa. Mungkin Tuan boleh huraikan hubungan Nyawa dan Ruh. Siapa dulu yang nyata pada manusia, Nyawa atau Ruh? Dan siapa dulu yang balik Nyawa atau Ruh? Apa hakikat Nyawa dan apa hakikat Ruh? Apakah rahasia pada Nyawa dan apa pula rahasia pada Ruh? Harap Tuan dapat kupaskan dalam tulisan-tulisan Tuan yang sangat padat dengan ilmu dan nur. Saya bersyukur bertemu web Tuan ini. T kasih. Wasalam.




nyawa itu dekat kepada haqiqat muhammad, alias haqiqat diri manusia.

dan RUH itu merupakan urusan TUHAN mu yang maha mulia. Ruh lah yang mengantarkan kita kepada pengenalan kepada tuhan.

dengan urutan yang lebih mudah, adalah : jasad, Nafs, NYAWA , Ruh dan ALLAH.

posisi nyawa itu di tengah2. laksana meteran listrik di sebuah rumah. apabila condong kepada Nafsu, maka ia akan di penuhi oleh Hawa Nafsu.

jika ia, menundukkan Nafsunya, maka ia akan di liputi Cahaya Allah, yaitu RUH ALLAH itu sendiri.

mohon maaf jika salah menguraikan. namun demikianlah yang saya rasakan.

Mabadi 10 Ilmu Tasawuf

Mabadi 10 Ilmu Tasauf

Tiap-tiap ilmu mempunyai sepuluh [10] Mabadi yang menjadi tunjang bagi tujuan ilmu itu. Bagi mereka yang hendak masuk belajar mana-mana ilmu sayugianya dipelajari dan mengetahui Mabadi !0 supaya menjadi teguh keyakinan dan tetap pegangannya terutamanya Ilmu Tasauf kerana setengah golongan membilangkan Ilmu Tasauf ini khurafat yang bidaah yang tidak ada Warid daripada Nabi SAW.

Terpulanglah kepada mereka sendiri dan bagi kita memadai menyemak dan membaca kitab-kitab agama(Kitab Tua) terutama Al-quran dan hadis Nabawi serta Asar(bekas peninggalan)sahabat dan perjalanan ulama-ulama yang muktabar. Maka saya tuliskan di sini petikan daripada karangan-karangan ulama tasauf yang dimaksudkan itu:

1.Had (Takrif)Ilmu yang diketahui daripadanya Ahwal nafsu pada kebaikan dan kejahatannya dan kaifiat(cara-cara) membersihkan daripada segala Aib-aib dan penyakit daripada sifat Mazmumah dan najis yang Ma'nawi(syirik khafi) dan menyatakan kaifiat-kaifiat Suluk dan berjalan kepada Allah.
2.Maudu' (Tempat Hantaran)Al-Zat Al-'Aliyyah(Zat Allah) kerana dibahaskan daripada 'itibar makrifat dengan dalil dan burhan atau dengan syuhud dan 'iyan dan Al-Nufus Wal-Qalbu Wal-Arwah kerana dibahas akan dia membersih dan mensucikan.
3.Wadhi' (orang menghantar)Nabi SAW.mengajarkan dia oleh Allah Taala dengan Wahyu dan Ilham. Maka awal-awla orang mendhohirkannya dan mengatakannya Sayyidina Ali Karramallahi Wajhu kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Hasan Basri dan ibunya Umi Khairah Maula' bagi Umi Salamah, isteri Rasulullah dan bapanya Mauli bagi Zaid bin Zabit kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Habibil 'Ajami RA. kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Abu Sulaiman Daud Al-Thoi RA. yang wafat pada tahun 120Hijrah; kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Abu Mahfuz Ma'ruf bin Tiruz Al-Kharkhi RA.; kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Abu Hassan Sirri RA. yang wafat pada tahun 251 Hijrah dan menzhohirkan pemberitahuan hakikat oleh Sheikh Abul Qasim Al-Junaid Al-Bagdadi yang wafat pada tahun 297 Hijrah. Sheikh Junaid inilah menjadi orang yang pertama yang Ijtihad dalam Ilmu Tasauf di mana beliaulah Imam kita kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah.
4.Ismuhu (Namanya)Tasauf dan ilmu Qalbu dan Ilmu Batin dan Ilmu Laduni, dan Ilmu Mukashafah dan Ilmu Asror dan Ilmu Maknun dan Ilmu Hakikat dan Ilmu Zauqi dan Ilmu Wujdan dan beberapa nama yang lain daripada yang tersebut itu.
5.Istimdat (Petikan)Daripada Al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW. dan daripada Ilham Sholihin dan Fatuhat (Penemuan dan pembukaan)'Ariffin.
6.HukumWajib 'Aini atas tiap-tiap mukallaf mempelajarinya seperti Wajib 'Aini mempelajari barang yang membaikkan zhohir(syariat/fekah) mereka itu.
7.Masail (Masaalah)Bicara yang bergantung dengan Musyahadah akan Hak Taala dan yang bergantung dengan segala Maqam dan Hal-Ahwal bagi segala Arifin dan Sholihin daripada beberapa Adab dan amalan mereka itu.
8.FaedahSampai kepada makrifat yang sebenar (hakikat makrifat)
9.Nisbah Bagi Seluruh ('Ilam)IlmuBahwa Ilmu ini asal titik 'Ilam dan ilmu yang lain daripanya adalah cawangannya. Bermula nisbahnya bagi batin seperti nisbah fekah kepada zhohir. Ianya metahkiqkan bagi Ilmu Usul dan mengheningkan Ilmu Fekah.
10KelebihannyaSemulia-mulia ilmu yang dibangsakan kepada agama kerana ia jumlah daripada pati Ilmu Tauhid.
Sila rujuk Kitab Manhalul-Shofi Fi Bayani Rumuuzi Ahli Sufi untuk penjelasan sepenuhnya.
Tajuk Seterusnya[[Penerimaan Agama]]
Kembali ke Index Mengenal diri Mengenal Allah
Penulisan ini adalah sebagai panduan umum. Sebaiknya untuk mendapat penjelasan lanjut eloklah dirujuk kepada Guru-guru yang Ahli dalam Ilmu ini terutamanya Ilmu Usuluddin dan Ilmu Tahqiq [Martabat Tujuh]
Semoga Allah memberi taufiq dan hidayahnya

Ringkasan Martabat Tujuh

Ringkasan Martabat Tujuh

Peringatan dari Suluk

Perbincangan tajuk ini adalah meliputi Ilmu Tahqiq yang menjadi puncak atau pati kepada Ilmu Usuluddin(Sifat 20, Ilmu Kalam,Ilmu Tauhid dsb). Kepada anda yang menghadapi masalah untuk memahaminya; sebaiknya mengadaplah guru-guru yang Alim dalam bidang ilmu ini(Usuluddin) . Anda mesti mengenali dan menguasai Ilmu Usuluddin terlebih dahalu sebelum boleh berkenalan dengan Ilmu Takqiq ini. Jika tidak, anda akan bermasaalah, dan menemui masalah. Perbincangan tajuk ini Suluk paparkan hanya untuk ahli-ahlinya yang telah 'clear' ilmunya dengan;
  • Sifat-sifat yang Wajib, yang Mustahil, Yang Harus bagi Allah
  • Sifat Sifat Ketuhanan dan makna Ketuhanan
  • Perbezaan makna Allah dan makna Ketuhanan
  • Hakikat Ketuhanan
  • Kenal Sifat Istigna' dan Iftikor Allah dan perkara-perkara yang melazimi kedua-duanya.
  • Boleh membezakan Itiqad Jabariah, Muktazilah, Qadairiah dan Ahli Sunnah Wal-Jammah(Imam Abu Hassan Ass'ari dan Imam Maturidhi)
  • Boleh memahami pembahagian sifat-sifat Allah kepada Nafsiah, Salbiah, Maani dan Maknuwiyah.
  • Menguasai Sifat-sifat Allah yang berada dalam Martabat Zat, Martabat Sifat, dan Martabat Asma.
  • Tahu apa yang dinafikan dan diisbatkan dalam kalimah Syahadah.
  • Faham dan jelas mengenai takluk-takluk semua sifat Maani.
  • Perbezaam makna dan maksud antara 'Itiqad dan Syuhud.
  • Dan yang lain-lainnya berkaitan dengan pengajian Ilmu Usuluddin.
Jika tidak, abaikan dulu Martabat Tujuh ini dan alihkan usaha anda untuk menguasai Ilmu Usuluddin dahulu. Jika semua sudah 'clear' bagi anda silalah ikuti perbincangan di bawah.

Setengah daripada jalan mengenal Allah Taala itu ialah dengan mengetahui perjalanan Martabat Tujuh kerana adalah ia setengah daripada kaedah yang boleh menyampaikan kepada makrifat Allah Taala. Dengan ianya juga dapat mengetahui asal usul kejadian diri kita dan mengetahui Martabat Musyahadah yang dinamakan Syuhuudul Kashrah Fil Wahdah.

Martabat Pertama Ahdiah

Martabat Ahdiah yang dinamakan Martabat La Ta'Yun(martabat yang tiada nyata Hakikat Muhammadiah) dan dinamakn juga Zat Al-Mutlak atau Zat Al-Bakhat iaitu memandang dengan hati akan semata-mata Wujud Zat Allah Taala dengan tiada iktibar SifatNya dan AsmaNya dan AfaalNya dengan sekira-kira ghaib segala Alam dan dirinya(hamba) dengan memandang Allah Taala; tiada ingat dalam hatinya' hanya Allah Taala jua.

Dan martabat ini adalah Martabat Sifat Nafsiah(istilah Ilmu Usuluddin) kerana martabat Zat pada ulama Tahqiq daripada Ahli Tasauf. Dan tiada sampai kepada darjah martabat ini melainkan sentiasa berbimbang dengan zikir Allah kerana martabat ini Martabat Wahdatul-Wujud(Wujud yang Esa). Kata Sidi Mustaffa Al-Bakri Rahimallahi Taala;

"Ketahuilah olehmu bahawasanya jalan yang terlebih hampir makrifat kepada Allah Taala itu ialah Zikrullah; bahawasanya ahli zikir itu Ahli Allah dan dialah orang yang tertentu hampir dan kedudukan yang hampir dan martabat mereka itu ialah mertabat yang dipercayai Allah Taala rahsiaNya dan mencapai mereka itu dengan sebab yang demikian itu akan martabat orang-orang dahulu iaitu mereka yang dapat petunjuk dan jauh daripada jalan murka dan sesat".

Martabat Kedua Wahdah

Martabat Wahdah yang dinamakan dia martabat Ta'Yun Awal (Nyata Yang Pertama) dan dinamakan juga Syu'un Zaatiah ertinya pekerjaan Zat dan dinamakan juga Hakikat Muhammadiah dan Syuhuudul Wahdah Fil Kasrah.

Dan martabat ini adalah keadaan Sifat Maani yang tujuh kerana Sifat Maani itu martabat sifat. Martbat ini adalah ibarat daripada Ilmu Allah Taala dengan ZatNya dan segala SifatNya dan segala yang maujud atas jalan Ijmal iaitu tiada boleh dibezakan setengah dengan setengahnya dan takluk dalam martabat ini takluk Suluhi(Istilah Ilmu Usuluddin).

Martabat Ketiga Wahdiah

Martabat Wahdiah yang dinamakan dia Martabat Ta'yun Saani ertinya nyata yang kedua dan dinamakan juga A'Yan Sabitah dan Hakikat Insaaniah.

Dan dalam ini takluk Ilmu dan Iradat adalah Takluk Tanjizi Qadim dan
Taklum Iradat adalah Taklum Suluhi Qadim.

Adapun martabat ini keadaan Sifat Maknuwiyah kerana Sifat Maknuwiyah adalah martabat Asma dan adalah martabat ini ibarat daripada ilmu Allah Taala dengan ZatNya dan sifatnya dan segala makhluk atas jalan perceraian dan perbezaan setengah dengan setengahnya.

Maka tiga martabat {Ahdiah, Wahdah dan Wahdiah}ini Qadim lagi Azali kerana ia martabat yang dibangsakan kepada Ketuhanan. Adapun sekelian makhluk wujud di dalam Ilmu |Allah jua belum zhohir kepada Wujud Khoriji.

Martabat Keempat Alam Arwah

Martabat Alam Arwah yang dinamakan dia Nur Muhammad SAW. iaitu ibarat daripada keadaan suatu yang seni yang semata-mata belum menerima susunan dan belum boleh dibezakan.

Martabat Kelima Alam Mishal

Martabat Alam Mishal ini ibarat daripada suatu daripada suatu yang seni yang tiada menerima susunan dan tak boleh menceraikan setengah dengan setengahnya dan tiada menerima belah bahagi.

Martabat Keenam Alam Ijsam

Martabat Alam Ijsam ibarat daripada suatu yang bersusun daripada api, angin, air, tanah dan menerima bercerai setengah dengan setengahnya seperti segala jisim-jisim.


Martabat Ketujuh Alam Jamik
Martabat Al-Jamik dan dinamakan dia Martabat Insan.

Peringatan

Adapun martabat yang pertama yakni Martabat Ahdiah ialah Martabat Al-Zhuhur iaitu martabat semata-mata wujud Zat Allah Taala; belum zhohir kenyataan Zat Allah Taala kepada yang lain, hanya semata-mata Wujud Zat Allah Taala jua dan dinamakan dia juga Martabat Qhaibil Mutlak kerana wujud Allah Taala pada martabat ini qhaib daripada akal dan pancaindera.

Dan enam martabat lagi dinamakannya Martbat Al-Zhohir seperti Martabat Wahdah, dhohir Hakikat Muhammad yang dinamakannya Ta'yun Awal dan Martabat Wahdiah zhohir Hakikat Insaniah yang dinamakannya Ta'yun Awal. Dan tiga martabat ini adalah ialah martabat yang Wajib lagi Qadim.

Empat martabat yang kemudian iaitu Martabat Alam Arwah dan Martabat Alam Mithal dan Martabat Alam Ijsam dan Martabat Alam Insan maka sekeliannya itu Martabat Mumkin yang Hadis atau Makhluk(sesuatu yang baru yang menerima ada atau tiada). Mumkin yang Hadis(baru/suatu lain daripada Allah) ini wujud dalam tiga tempat iaitu;

1.Wujud dalam Martabat Ta'Yun Awal yakni Martabat Wahdah iaitu sabit dalam Ilmu Allah Taala atas jalan Ijamal yang dinamakan Wujud dalam martabat ini Wujud Suluhi dan Wujud Taqdiiri atau Syu'un Zaatiah seperti firman Allah dalam Surah Al-Rahman;29 yang bermaksud;
    "Bermula Allah Taala pada tiap-tiap waktu Ia dalam memperbuat perbuatan"
iaitu Wujud Alam dalam martabat ini Wujud Taqdir dalam Ilmu Allah belum wujud pada Khoriji.
2. Wujud dalam Martbat Ta'Yun Thani yakni Martabat Wahdiah iaitu Wujud Taqdiiri yang sabit dalam Ilmu Allah Taala yang Tafsiili yang dinamakan wujud alam ini Wujud Suluhi atau A'Yan Sabitah iaitu sabit Taqdir segala Alam di dalam ilmu Allah Taala dengan perceraian dan perbezaan setengah akan setengahnya tetapi belum zohir wujudnya pada Khoriji.

3.. Wujud pada Khorij yakni pada dhohir dinamakan dia Wujud Tanjizi dan A'Yan Khorijah dan Mumkin atau makhluk atau Alam Hadis seperti firman Allah dalam Hadis Qudsi yang bermaksud;
    "Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi; maka Aku suka bahawa Aku dikenali oleh hambaKu; maka Aku jadikan makhluk maka mengenal ia akan Aku."
Adapun Alam yang Maujud pada Khorij itu empat alam iaitu;

1. Alam Arwah dinamakan dia Nur Muhammad SAW. seperti sabda Nabi SAW. yang bermaksud"Permulaan yang dijadikan oleh Allah Taala Nurku daripada 
NurNya(Allah)". Inilah asal kejadian ruh makhluk.

2. Alam Mithal iaitu ibarat daripada perceraian ruh yang tersebut itu kerana asal Ruh itu satu jua. Maka apabila berbilang beberapa rupa yang berbeza dinamakan dia Alam Mithal. Ahli Tasauf buat contoh Alam Arwah seperti laut dan Alam Mithal itu seperti ombak yang di dalam laut itu. Maka ombak itu berbeza-beza pada rupanya dan pada asal dan hakikatnya satu jua iaitu laut. Demikianlah segala hakikat Ruh tiada berbilang-bilang ia, hanya berbilang-bilang rupa Alam Mithal jua.

Adapun Alam Arwah dan Alam Mithal tidak didapatkan dia dengan pancaindera yang lima yang zhohir ini melainkan didapatkannya dengan Nur Iman yang dipertaruhkan dalam hati hamba yang dikasihi kerana Alam Arwah dan Alam Mithal itu Nur. Maka tiada didapatkan Nur melainkan dengan Nur. Dinamakan Alam Arwah dan alam Mithal ini Alam Malakut dan Alam Qhaib. Dan dengan martabat ini dapat mengenal martabat yang tiga terdahulu yang Qadim itu. Apabila dapat mengenal tiga martabat yang Qadim ini, nescaya dapat mengenal Allat Taala dengan sebenar-benar pengenalan.

3. Alam Ijsam dinamakan dia Alam Mulki dan Alam Syahadah dan iaitu yang didapat dengan pancaindera lima yang zhohir.

4. Alam Insan iaitu manusia yang elok kejadiannya seperti firman Allah yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami jadikan akan manusia itu seelok-elok kejadian" dan juga manusia adalah semulia-mulia makhluk Tuhan seperti firmanNya yang bermaksud, "Demi sesungguhnya Kami mempermuliakan anak cucu Adam." Maka inilah dinamakan Insanul Kamil yang setengahnya sampai kepada Maqam Ambiya' dan setengahnya kepada Maqam Aulia' dan lain-lain lagi.

Tajuk Seterusnya ['Itiqad Yang Bidaah]
Kembali Ke Index Mengenal Diri Mengenal Allah
Sebarang kesamaran dan kemusykilan, silah rujuk kepada guru yang ahli dalam ilmu ini
Semoga Allah memberi taufiq dan hidayahnya

Thursday 18 July 2013

MANUSIA KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN, KEPADA ASAL USUL / PERMULAAN MEREKA

4: MANUSIA KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN, KEPADA ASAL USUL / PERMULAAN MEREKA



TAK TAHU NAK CAKAP APA.. .....SEBAK!

LIKE Mazeer Mohamad UNTUK LEBIH KECERIAAN! ♥


Length: 12:16

Like · · Share · 36 minutes ago · 

Manusia dipandang daripada dua sudut; wujud lahiriah dan wujud rohani. Dalam segi kewujudan lahiriah keadaan kebanyakan manusia adalah berlebih kurang sahaja di antara satu sama lain. Oleh yang demikian peraturan kemanusiaan yang umum boleh digunakan untuk sekalian manusia bagi urusan lahiriah mereka. Dalam sudut kewujudan rohani yang tersembunyi di sebalik wujud lahiriah, setiap manusia adalah berbeza. Jadi, peraturan yang khusus mengenai diri masing-masing diperlukan.

Manusia boleh kembali kepada asalnya dengan mengikuti peraturan umum, dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Dia mestilah mengambil peraturan agama yang jelas dan mematuhinya. Dengan demikian dia boleh maju ke hadapan. Dia boleh meningkat dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi sehingga dia sampai dan memasuki jalan atau peringkat kerohanian, masuk ke daerah makrifat. Peringkat ini sangat tinggi dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w, “Ada suasana yang semua dan segala-galanya berkumpul di sana dan ia adalah makrifat yang murni”.

Untuk sampai ke peringkat tersebut Perlulah dibuang kepura-puraan dan kepalsuan yang melakukan kebaikan kerana menunjuk-nunjuk. Kemudian dia perlu menetapkan tiga matlamat. Tiga matlamat tersebut sebenarnya adalah tiga jenis syurga. Yang pertama dinamakan Ma’wa – syurga tempat kediaman yang aman. Ia adalah syurga duniawi. Kedua, Na’im – taman keredaan Allah dan kurniaan-Nya kepada makhluk-Nya. Ia adalah syurga di dalam alam malaikat. Ketiga dinamakan Firdaus – syurga alam tinggi. Ia adalah syurga pada alam kesatuan akal asbab, rumah kediaman bagi roh-roh, medan bagi nama-nama dan sifat-sifat. 

Kesemua ini adalah balasan yang baik, keelokan Allah yang manusia berjasad akan nikmati dalam usahanya sepanjang tiga peringkat ilmu pengetahuan yang berturut-turut; usaha mematuhi peraturan syariat; usaha menghapuskan yang berbilang-bilang pada dirinya, melawan penyebab yang menimbulkan suasana berbilang-bilang itu, iaitu ego diri sendiri, bagi mencapai peringkat penyatuan dan kehampiran dengan Pencipta; akhirnya usaha untuk mencapai makrifat, di mana dia mengenali Tuhannya. Peringkat pertama dinamakan syariat, kedua tarekat dan ketiga makrifat.

Nabi Muhammad s.a.w menyimpulkan keadaan-keadaan tersebut dengan sabda baginda s.a.w, “Ada suasana di mana semua dan segala-galanya dikumpulkan dan ia adalah hikmah kebijaksanaan (makrifat)”. Baginda s.a.w juga bersabda, “Dengannya seseorang mengetahui kebenaran (hakikat), yang berkumpul di dalamnya sebab-sebab dan semua kebaikan. Kemudian seseorang itu mesti bertindak atas kebenaran (hakikat) tersebut. Dia juga perlu mengenali kepalsuan dan bertindak ke atasnya dengan meninggalkan segala yang demikian”.

Baginda s.a.w mendoakan, “Ya Allah, tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya”. Orang yang kenal dirinya dan menentang keinginannya yang salah dengan segala kekuatannya akan sampai kepada mengenali Tuhannya dan akan menjadi taat kepada kehendak-Nya.

Semua ini adalah peraturan umum yang mengenai diri zahir manusia. Kemudian ada pula aspek diri rohani atau diri batin manusia yang merupakan insan yang tulen, suci bersih dan murni. Maksud dan tujuan diri ini hanya satu iaitu kehampiran secara keseluruhan kepada Allah s.w.t. Satu cara sahaja untuk mencapai suasana yang demikian, iaitu pengetahuan tentang yang sebenarnya (hakikat). Di dalam daerah wujud penyatuan mutlak, pengetahuan ini dinamakan kesatuan atau keesaan.

Matlamat pada jalan tersebut harus diperolehi di dalam kehidupan ini. Di dalam suasana itu tiada beza di antara tidur dengan jaga kerana di dalam tidur roh berkesempatan membebaskan dirinya untuk kembali kepada asalnya, alam arwah, dan dari sana kembali semula ke sini dengan membawa berita-berita dari alam ghaib. Fenomena ini dinamakan mimpi. Dalam keadaan mimpi ia berlaku secara sebahagian-bahagian. Ia juga boleh berlaku secara menyeluruh seperti israk dan mikraj Rasulullah s.a.w. Allah berfirman:

“Allah memegang jiwa-jiwa ketika matinya dan yang tidak mati, dalam tidurnya, lalu Dia tahan yang dihukumkan mati atasnya dan Dia lepaskan yang lain”. (Surah Zumaar, ayat 42).

Nabi s.a.w bersabda, “Tidur orang alim lebih baik daripada ibadat orang jahil”. Orang alim adalah orang yang telah memperolehi pengetahuan tentang hakikat atau yang sebenar, yang tidak berhuruf, tidak bersuara. Pengetahuan demikian diperolehi dengan terus menerus berzikir nama keesaan Yang Maha Suci dengan lidah rahsia. Orang alim adalah orang yang zat dirinya ditukarkan kepada cahaya suci oleh cahaya keesaan. Allah berfirman melalui rasul-Nya:

“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya. Pengetahuan batin tentang hakikat roh adalah rahsia kepada rahsia-rahsia-Ku. Aku campakkan ke dalam hati hamba-hamba-Ku yang baik-baik dan tiada siapa tahu Keadaannya melainkan Aku.”

“Aku adalah sebagaimana hamba-Ku mengenali Daku. Bila dia mencari-Ku dan ingat kepada-Ku, Aku besertanya. Jika dia mencari-Ku di dalam, Aku mendapatkannya dengan Zat-Ku. Jika dia ingat dan menyebut-Ku di dalam jemaah yang baik, Aku ingat dan menyebutnya di dalam jemaah yang lebih baik”.

Segala yang dikatakan di sini jika berhasrat mencapainya perlulah melakukan tafakur – cara mendapatkaan pengetahuan yang demikian jarang digunakan oleh orang ramai. Nabi s.a.w bersabda, “Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadat”. “Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat”. “Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat”.

Nilai sesuatu amalan itu tersembunyi di dalam hakikat kepada yang sebenarnya. Perbuatan bertafakur di sini nampaknya mempunyai nilai yang berbeza.

Sesiapa merenungi sesuatu perkara dan mencari penyebabnya dia akan mendapati setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian sendiri dan dia juga mendapati setiap satu itu menjadi penyebab kepada berbagai-bagai perkara lain. Renungan begini bernilai satu tahun ibadat.

Sesiapa merenungi kepada pengabdiannya dan mencari penyebab dan alasan dan dia dapat mengetahui yang demikian, renungannya bernilai lebih daripada tujuh puluh tahun ibadat.

Sesiapa merenungkan hikmah kebijaksanaan Ilahi dan bidang makrifat dengan segala kesungguhannya untuk mengenal Allah Yang Maha Tinggi, renungannya bernilai lebih daripada seribu tahun ibadat kerana ini adalah ilmu pengetahuan yang sebenarnya.

Pengetahuan yang sebenarnya adalah suasana keesaan. 

Orang arif yang menyintai menyatu dengan yang dicintainya. Daripada alam kebendaan terbang dengan sayap kerohanian meninggi hingga kepada puncak pencapaian. Bagi ahli ibadat berjalan di dalam syurga, sementara orang arif terbang kepada kedudukan berhampiran dengan Tuhannya.

Para pencinta mempunyai mata pada hati mereka

mereka memandang sementara yang lain terpejam

sayap yang mereka miliki tanpa daging tanpa darah

mereka terbang ke arah malaikat Tuhan jualah yang dicari!

Penerbangan ini terjadi di dalam alam kerohanian orang arif. Para arifbillah mendapat penghormatan dipanggil insan sejati, menjadi kekasih Allah, sahabat-Nya yang akrab, pengantin-Nya. Bayazid al-Bustami berkata, “Para Pemegang makrifat adalah pengantin Allah Yang Maha Tinggi”.

Hanya pemilik-pemilik ‘pengantin yang pengasih’ mengenali mereka dengan dekat dan secara mesra.. Orang-orang arif yang menjadi sahabat akrab Allah, walaupun sangat cantik, tetapi ditutupi oleh keadaan luaran yang sangat sederhana, seperti manusia biasa. Allah berfirman melalui rasul-Nya:

“Para sahabat-Ku tersembunyi di bawah kubah-Ku. Tiada yang mengenali mereka kecuali Aku”.

Kubah yang di bawahnya Allah sembunyikan sahabat-sahabat akrab-Nya adalah keadaan mereka yang tidak terkenal, rupa yang biasa sahaja, sederhana dalam segala hal. Bila melihat kepada pengantin yang ditutupi oleh tabir perkahwinan, apakah yang dapat dilihat kecuali tabir itu?

Yahya bin Muadh al-Razi berkata, “Para kekasih Allah adalah air wangi Allah di dalam dunia. Tetapi hanya orang-orang yang beriman yang benar dan jujur sahaja dapat menciumnya”. Mereka mencium keharuman baunya lalu mereka mengikuti bau itu. Keharuman itu mengwujudkan kerinduan terhadap Allah dalam hati mereka. Masing-masing dengan cara tersendiri mempercepatkan langkahnya, menambahkan usaha dan ketaatannya. 

Darjah kerinduannya, keinginannya dan kelajuan perjalanannya bergantung kepada berapa ringan beban yang dibawanya, sejauh mana dia telah melepaskan diri kebendaan dan keduniaannya. Semakin banyak seseorang itu menanggalkan pakaian dunia yang kasar ini semakin dia merasakan kehangatan.

Penciptanya dan semakin hampirlah kepada permukaan akan muncul diri rohaninya. Kehampiran dengan yang sebenar (hakikat) bergantung kepada sejauh mana seseorang itu melepaskan kebendaan dan keduniaan yang menipu daya.

Penanggalan aspek yang berbilang-bilang pada diri membawa seseorang hampir dengan satu-satunya kebenaran. Orang yang akrab dengan Allah adalah orang yang telah membawa dirinya kepada keadaan kekosongan. Hanya selepas itu baharulah dia dapat melihat kewujudan yang sebenarnya (hakikat). Tidak ada lagi kehendak pada dirinya untuk dia membuat sebarang pilihan. 

Tiada lagi ‘aku’ yang tinggal, kecuali kewujudan satu-satunya iaitu yang sebenarnya (hakikat). Walaupun berbagai-bagai kekeramatan yang muncul melalui dirinya sebagai membuktikan kedudukannya, dia tidak ada kena mengena dengan semua itu. Di dalam suasananya tidak ada pembukaan terhadap rahsia-rahsia kerana membuka rahsia Ilahi adalah kekufuran.

Di dalam buku yang bertajuk “Mirsad” ada dituliskan, ‘Semua orang yang kekeramatan zahir melalui mereka adalah ditutup daripadanya dan tidak memperdulikan keadaan tersebut. Bagi mereka masa kekeramatan muncul melalui mereka dianggap sebagai masa perempuan keluar darah haid. 

Wali-wali yang hampir dengan Allah perlu mengembara sekurang-kurangnya seribu peringkat, yang pertamanya ialah pintu kekeramatan. Hanya mereka yang dapat melepasi pintu ini tanpa dicederakan akan meningkat kepada peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Jika mereka leka mereka tidak akan sampai ke mana-mana. 
Tajuk 5
KANDUNGAN

Saturday 13 July 2013

SIAPA YANG BERDIRI SENDIRI? (Qiamuhu Binafsih)


SIAPA YANG BERDIRI SENDIRI? (Qiamuhu Binafsih) July 3, 2013

Filed under: Uncategorized — makrifattokkenali @ 10:53 pm 
SIAPA YANG BERDIRI SENDIRI?


(Qiamuhu Binafsih)

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah skalian. Ramai dikalangan kita yang tidak tahu untuk mentafsir makna, erti atau mentafsir istilah perkataan sifat dua puloh “Kiamuhu Binafsih” (berdiri Allah dengan sendiri)!.
Ramai yang mentafsir “kiamuhu binafsih” (berdirinya Allah itu dengan sendiri). Iaitu dengan pengertian Allah itu, tidak perlu kepada pembantu, tidak perlu kepada penasihat dan tidak perlu kepada pekerja sokongan. Allah itu bekerja, bertindak dan pelaksana dengan sendiri, tanpa pembantu, tanpa penasihat dan tanpa pekerja sokongan. Inilah ilmu (ilmu syariaat atau ilmu feqah) yang selalu diperdengarkan kepada kita.

Adapun menurut kefahaman, suluhan, kaca mata dan menurut sudut pandang ilmu makrifat, erti, makna, tafsiran atau istilah kepada perkataan “Allah berdiri sendiri” itu, adalah seperti berikut;

1)    Allah bersendirian
2)    Allah berkeseorangan
3)    Tidak ada yang lain selain Allah (tidak ada orang lain)
4)    Allah itu Esa
5)     La Maujud Bil Haqqi Ilallah (Tidak ada yang dijadikan ini, melainkan Allah)



Kiamuhu Binafsih itu, bererti, bermakna dan bermaksud bahawa Allah itu, tidak perlu kepada yang lain selain diriNya sendiri. Allah sahaja yang wujud (ada), ujud (mengadakan) dan yang maujud (yang diadakan). Sebagaimana sifat nafsiah wujud (ada), Allah sahaja yang bersifat ada. Selain daripada sifat Allah, bererti dan bermakna “tidak ada”.

Benarlah sebagaimana sifat wujud (ada), yanng ada hanya Alllah. Ertinya disini, Allah itu bersendirian (sendiri). Seumpama tuan datang kerumah saya secara berkeseorang, lalu saya bertanya kepada tuan, “tuan datang berapa oarang?”. Lalu tuan menjawab “saya datang sendiri”. Perkataan”sendiri” disitu menunjukkan, mengambarkan dan menceritakan berkeseorangan!.

Begitu juga Allah, Allah itu adalah tunggal, Esa dan bersendirian. Bilamana bersendirian (sendiri), maka Dialah yang meyembah Dia, Dialah yanng menyatakan Dia, Dialah yang menilik Dia, Dialah yang memandang Dia, Dialah yang mengenal Dia dan Dialah seDia-Dianya Dia…………………………………………………….

Bolehkan kita berdiri sendiri?. Setahu saya, yang bersifat berdiri sendiri itu, adalah Allah s.w.t. Sifat “kiamuhu binafsih” (Allah berdiri dengan sendiri). Berdiri sendiri itu, adalah sifat Allah, bukan sifat  aku, bukan sifat kita, bukan sifat saya dan bukan sifat kamu!.  Jadi, cuba jawab pertanyaan saya, jika semuanya bukan, bukan bukan aku, bukan saya, bukan kami dan bukan kamu, siapakah yang mendirikan kaki kita?. Bolehkah kita berdiri sendiri?. Jika sekiranya kita tidak boleh berdiri sendiri, siapakah yang mendirikan kaki kita?.

Bilamana Allah yang mendirikan kita dan Allah yang menjadikan kaki kita berdiri, jika segalanya Dia, mana bahagian kita?. Kemana perginya hak kita dan ke mana perginya kepunyaan kita?. Mana yang dikatakan diri kita, mana kaki, tangan, mulut dan mata kita, jika segalanya milik Allah?. Mana kita, cuba jawab?. Bolehkah barang milik orang, kita mengaku milik kita?. Tanah orang punya atau rumah orang punya, bolehkah kita mengaku harta milik kita?. Cuba jawab.

Disini memang benarlah bahawa Allah itu berdiri sendiri (berkeseorangan, Esa, satu atau tungggal). Allah itu, adalah Allah. Allah yang awal mula, Allah yang  akhir, Allah yang zahir dan Allah yang batin. Yang tidak ada wujud yang lain selain Allah……………………………………….



Cuba tuan-tuan terlebih dahulu tanya atau ajukan persoalan ini kepada diri tuan-tuan sendiri. Sekiranya tuan-tuan ingin beroleh kefahaman dalam mempelajari ilmu makrifat (ilmu ketuhanan), tuan-tuan hendaklah ikut serta patuh kepada perintah guru atau cikgu. Sekarang, anggap saya sebagai cikgu, saya mahu tuan-tuan benar-benar tanya diri sendiri dan jawab pertanyaan di atas!.

Siapa yang membolehkan kaki tuan-tuan berdiri untuk bersembahyang?. Adakah berdirinya kaki tuan-tuan itu, atas dasar kehendak, kuasa, kudrat atau iradat tuan-tuan sendiri?.

Tidakkah berdirinya kaki tuan-tuan itu, adalah di atas dasar kuasa dan kudrat Allah!. Tidakkah kuasaNya yang mendirikan kedua-dua belah kaki tuan-tuan semasa tuan-tuan berdiri untuk mengerjakan sembahyang?. Sekiranya yang mendirikan kaki kita, semasa kita berdiri itu, adalah Allah, mana yang dikatakan kuasa atau kudrat kita.  Sila jawab, siapa yang sebenar-benar berdiri?. Apa masih ada lagi kaki kita?. Apa masih ada lagi daya upaya, apa masih ada lagi  kudrat atau iradat kita?. Cuba jawab!……………………..