GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday, 28 August 2012

MANUSIA BIASA, MANUSIA LUAR BIASA, MANUSIA PUAKA


by S.H.ALATTAS

Hujan Pagi masih belum berhenti walaupun sudah pukul 10, 6hb Ogos 2012. Untung hujan pagi tidak seperti“ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari” apa ruginya kita melihat keuntungan dalam setiap kerugian. Tuhan suruh kita berfikir positif, di sebalik kesusahan ada kesenangan(Al-Quran). 

Dalam peribahasa Melayu yang lainnya panas setahun, hujan sehari pula menggambarkan ‘tabiat’ orang kita yang cepat melupakan budi baik orang kerana kesilapan yang kecil, Sultan Mahmud yang melupakan jasa besar Megat Terawis kepada bangsa dan tanahair akibat termakan fitnah, isteri Laksamana Bentan dibelah perutnya kerana derhaka pada Sultan mengidam seulas nangka, akhirnya sultan matinya dijulang. Hutang nyawa dibalas nyawa, kerana melakukan sesuatu yang melampaui batas percaya pada kuncu yang berperangai hasad dengki.

Melayu suka berkias, pukul anak yang tak berdosa kerana nak menyindir menantu. ‘Bodoh punya kerja’. Apa salah guna body language kalau takut berterus terang? Konon nak jaga hati orang, pirah! Sebenarnya penakut. Tun Musa Hitam kata Melayu mesti ‘kurang ajar’, takut apa nak kurang ajar terhadap mereka yang melakukan kejahatan, biadap, angkuh dan tak menghormati undang-undang? 

Berapa kerat manusia yang faham bahasa puisi oleh para ahli sufi atau seperti tulisan yang berlapis-lapis, berbunga-bunga ketika bahasa hari ini bahasa sms. Tahu takpa… Apa salah cakap “lu sudah lebihlah, Bro”. Dia nak sakit hati, nak murka dia punya pasallah, daripada kita hidup dalam stress. Life is short, why make it shorter? Masa terlalu berharga, kita tak ada masa hendak memahami apa yang tersirat baru nak terbongkar rahsia yang tersembunyi di mana mereka para intelek dan mereka di peringkat metafizik pun berkerut dahi. Itulah bahasa saya sejak menulis buku politik semasa. Ramai yang rasa “syok” bila membaca.

Orang luar biasa dia tak hairan dengan hujanyang turun dari langit, kerana dia boleh pindahkan hujan ke tempat lain. Kenapa tak percaya ke? “Ini kecil punya hallah”. Tanya Dr.Azizan Osman. Hujan, ribut, angin taufan, itu sunatullah. Para malaikat dengar cakap insan yang ada hubungan terus menerus dengan Tuhan,jika Allah yang berkata. Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak Allah. Allah suruh hujan pindah ke tempat lain dengan kun faya kun. Bukan perlu jadi bomoh hujan. Pelik baca yasin setiap malam Jumaat, bertahun-tahun cakapnya tak ‘masin’. Mana cakap nak ‘masin’, perangai macam jutawan ‘tahi hidung masin’,bakhil perangai yang dimusuhi Allah. Lagu budak-budak “Rain, rain go away…All the children want to play. Come again another day.” Doa anak-anak yang masih suci juga didengar oleh Allah, begitu juga doa mereka yang teraniaya. Yakin dengan kekuasaan Tuhan. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ingat doa mereka yang di peringkat haqqul yakin, mudah dimakbulkan. Miracle happens to those who believe in them. Anda macam mana? Kenal ke Tuhan yang anda hendak minta dariNya? Tuhan kurniakan ‘mukjizat’ pada para nabi,‘karamah’ pada awlia, ‘bakat’ pada manusia luar biasa.

Penat berfikir tentang falsafah ‘hujan’ dan erti “kemerdekaan” serta nasib bangsa Melayu yang telah kehilangan Persekutuan ‘Tanah Melayu’, hilang prinsip, hilang maruah kerana tak berani melakukan‘kelainan’, takut apa orang lain kata, sedangkan ada peribahasa Melayu yang positif, yang membakar semangat. Jangan ‘hangat-hangat tahi ayam’, jangan seperti Mat Jenin, jangan takut apa orang nak kata.Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah. 

Siapa kata Melayu tak ada peribahasa yang positif untuk mereka yang mahu jadi manusia luar biasa. Hendak cari ilmu menghidupkan ‘semangat’, datang ke University of Life. Akibat ‘hati kecil’macam hati ayam, “chicken” kata orang Amerika, akhirnya hidup seperti ayam mati di tepi kepok, itik mati di tepi kolam. Hidup di negeri kaya raya, berada di dalam keadaan miskin tegar akibat “Melayu mudah lupa”, kata Tun Mahathir. 

Lupa pada Tuhan yang menjadikannya bila mereka sanggup memisahkan Melayu dengan Islam. Untung ada Dr.Azizan Osman yang sanggup mengajar orang kita bagaimana menjadi kaya dan berjaya, guru yang ada sentuhanAura Pengamal Tarikat Naqsyabandiyah, sanad dari Sheikh Nazim. Baca buku kami “Rahsia Menjadi Kaya dan Berjaya Dunia dan Akhirat” Dah baca belum? Tunggu apa lagi, gigi sudah tumbuh, masakan menunggu susu ibu. Itulah payahnya bila hasad dengki makan diri, iri hati dengan bangsa sendiri.

Isu Melayu satu hal yang sangat ‘sensitif’, yang mana kita boleh dituduh menanamkan bibit-bibit perkauman di bawah ‘Akta Hasutan’. Kalau kita tak bangkitkan semangat ‘orang Melayu’ yang mudah kecewa, mudah putus asa, sikap yang dimurkai Tuhan, siapa lagi? Baru setengah abad merdeka, Ramai Melayu yang sudah tak ada apa-apa sekadar berhibur di malam hari menyambut ‘Hari Kemerdekaan’. Merdeka, merdeka, merdekamacam burung kakak tua ‘sampai tualah’ Bro leka berhibur, kekal sebagai manusia biasa-biasa yang kehilangan hak istimewanya. Kita kini berada dalam 1 Malaysia. Ketuanan Melayu itu apa bendanya? Jika masih di peringkat bebal bangang? Merdekakah kita?

“Untuk menyebut asal usul negara ini adalah Tanah Melayu juga dianggap perkauman sedangkan kenyataan itu ada dalam sejarah negara yang bakal dijadikan mata pelajaran wajib tidak lama lagi”.

Tun Dr Mahathir Mohamad


Utusan Malaysia


7 Januari 2011



Saya menjenguk di kamar sebelah melalui pintu dari dalam kamar kami, di mana putra-putra Alattas masih tidur lena. Apakah mereka tahu erti kemerdekaan yang sebenarnya? Siapa yang akan menceritakan pada mereka erti “kemerdekaan” roh, jiwa dan minda untuk menjadi manusia istimewa. ‘Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’dengan mereka yang bergelar VVIP? Apakah kita harus menunggu sehingga mereka dewasa baru kita hendak kenalkan anak-anak kita jalan ‘tarikat’ yang menjadi ikutan kita? 

Jalan menuju makrifat Yang Maha Esa? Sedangkan dua ratus tahun sesudah wafat Rasulullah, anak di umur begini sudah tak asing dengan ilmu hakikat dan makrifat berjalan atas air, tak dimakan api seperti Nabi Ibrahim a.s bersemuka Namrud atau hidup dalam lautan macam ikan seperti nabi Yunus a.s dalam perut ikan paus hanya dengan do’a. 

La illaha illa anta subhanaka inni kuntum minaz zalimin. "Bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."Atau seperti Isa a.s yang boleh mencelikkan orang buta, menghidupkan orang yang dah mati, yang diwariskan kepada Sheikh Abdul Qadir Jailani? Kata Nabi Isa a.s “yang buta boleh dicelikkan, yang mati boleh dihidupkan”, yang tak dapat dia pulihkan itu ialah penyakit ‘bodoh’. Anak muda macam ini yang tidak akan tunduk, sujud dan sembah sesiapa melainkan Allah.

Apakah kerana di umur sedemikian mereka belum boleh berfikir dan berhubung terus dengan Khaliqnya? Sedangkan Sheikh Abdul Qadir Jailani semasa dalam perut ibunya sudah boleh memberitahu si ibu ada pencuri hendak menceroboh rumah. Imam Shafie hafaz Quran di umur 8 tahun, Fatimah Maksumi adik kepada Imam Reza, di umur 11 tahun boleh menjawab soalan yang dikemukakan untuk ayahandanya, Imam Musa Al-Qazim. 

Saidina Ali bin Abi Talib memilih Islam akhirnya menjadi sahabat dan menantu Rasulullah s.a.w ketika masih anak-anak lagi, wajahnya dimuliakan Allah kerana dia adalah seorang kaum Quraish yang tak pernah menyembah berhala dengan membaca tiga kali surah Ikhlas, mendapat Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Rasulullah s.a.w. 

Apakah ‘tarikat’ yang anda ambil sanadnya bersambung menuju kepada saidina Ali bin Abi Talib r.a pintu ilmu dan Rasulullah s.a.w gedungnya ilmu terus kepada Allah subhana wa taala, seperti hubungan lampu letrik ke pencawang, akhirnya ke penjana elektrik yang mempunyai high voltage? Apakah anda mahu mendapatkan cahaya yang dicari oleh manusia yang mencari ‘kesempurnaan’ untuk sampai ke makam tertinggi?

Ilmu suatu yang luas. Membuat kopi pun satu ilmu, mengkaji cakrawala pun satu ilmu. Bukan hanya ilmu sains dan matematik, malah ilmu kemasyarakatan pun banyak diceritakan dalam Al-Quran. Hanya kita yang membaca dengan bahasa Arab, tanpa melihat maksudnya yang tertuliskan jadi macam burung kakak tua.

"Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”

(Al-Jumu’ah: 10)

Kamal Arif “Habibi” dan Ali Reza yang lahir di era millennium sudah tonton filem The Avatar, The Avenger, Batman, Superman, Spiderman yang menggambarkan kehebatan watak manusia yang dimiliki oleh para awlia Allah tapi tidak diketahui oleh peminat filem Hollywood akibat mereka tak kenal siapa Rijalul Ghaib, tak baca sejarah ‘manakib’ para awlia Allah yang memiliki keajaiban yang luar biasa. Pahlawan yang tak ada tandingannya.

Ilmu dan ibadah semestinya seiring Mencari ilmu itu satu ibadah. Menggunakan ilmuuntuk jalan kebaikan juga satu ibadah. Begitu juga jika kita sibuk mencari kekayaan. Kaya dengan ilmu dan kaya tanpa ilmuadalah dua perkara yang berbeza. Kaya dengan beribadah dan kaya tanpa beribadah juga dua perkara yang berbeza.

Kekayaan yang disertakan dengan ilmu akan akhirnya berkembang dan memberi pulangan yang sangat banyak. Dengan system pengurusan yang efektif, implementasi ilmu dalam penyelidikan akan diteruskan dan seterusnya berkembang menjadi satu perniagaan yang sangat besar yang akan menjadikan kita manusia luar biasa. 

Maka akan bertambah kayalah individu ini jika kekayaan yang dinikmatinya diseliputi dengan ilmu yang ada pada dirinya, tidak dipisahkan dengan ilmu hakikat, tarikat dan makrifat. Tidak kiralah dalam apa bentuk perniagaan atau industry, sama ada ianya berbentuk kesejahteraan untuk dunia mahupun akhirat. 

Samakah persepsi negara merdeka cara Parti Perikatandi bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj, Presiden UMNO kedua Parti Melayu berbaju British yang mendapat kemerdekaan dari ‘dulang emas’ dengan Pahlawan Melayu yang mahukan merdeka yang dikehendaki oleh penentang penjajah atau mereka yang telah memerdekakan diri dari ikatan keduniaan? 

Tahukah anda rahsia mereka yang mempunyai ilmu batin, ilmu ghaib yang dimiliki oleh Tokku Paloh, Syed Mohd Alidrus di Kuala Terengganu yang boleh mengalahkan armada British tanpa sebarang senjata melainkan dengan ‘karamah’ miraclelebih hebat dari Avatar jika difilemkan.Itulah ruginya tak baca buku mengenai karamah para wali Allah dan kitab kisah anbiya. Leka tengok bola, otak bubuh di kaki.

Politik tak boleh dipisahkan dengan agama seperti ‘syariat’ tak boleh dipisahkan dengan ‘hakikat’. Laut dengan pantai, langit dengan bumi, Melayu dengan Islam jika dipisahkan, hilang integrity, hilang akhlak, hilang iman. Penat ke? Berhenti membaca, relax sebentar. 

Kalau perlu nak minum teh tarik atau kopi, silakan. Apa nak kata jika asap perlu keluar masuk ikut hidung satu amalan yang penting, lu tanggung sendirilah Bro. Mari kita bertafakur. Ingat pesan orang tua-tua dulu, di mana bumi dipijak, langit itulah yang dijunjung. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Itulah patriotisme, nasionalisme bagi orang Islam yang beriman dan cintakan negara, hubbul watan minal iman. Jeritan “merdeka, merdeka, merdeka” disambut “Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar” baru ada kelainan di malam kemerdekaan.

Kenapa bumi Melayu tempat tumpah darahmu yang kau pijak, roh dan jasad milik Tuhanmu yang kau sembah. Tapi kau sanggup jadi orang yang munafik? Dengan kuasa yang diamanahkan sanggup melakukan sesuatu yang melampaui batas kadar yang sepatutnya, lupa Tuhan yang memudahkan bagi kita tanpa tumpah darah dan peperangan. Lupakah kita siapa yang ciptakan kita dari setitis air yang hina, kemudian lahir dalam keadaan serba lemah. 

Namun, bila diberi tenaga dan kekuatan, diberi kuasa dan akal fikiran kita lupakan perjanjian? Perjanjian yang saya maksudkan ketika di alam azali sudah termaktub, janji kepada Tuhan “tiada lain yang layak disembah melainkanNya.” Namun bila kita di alam yang ini, batas yang ditetap kita langkaui?Apakah kerana kau dikelilingi oleh ulama Snouck yang membenarkan kamu tunduk dan sujud atas kehendaknafsu shaitaniyah maka ada di antara kamu yang berperangai macam manusia firaun yang menyebabkan Melayu akhirnya hilang di dunia?

Saya tahu ramai yang mengata dan mengutuk dan tidak membenarkan para pengikut dan barua mereka baca buku saya. Orang tua tulis pun, tulis merapu. Yang anda baca ini buku siapa? Sorry la Bro. Awak makan cili, mesti rasa pedas. Yang saya sampaikan ini, amaran dari Tuhan. Apakah anda tak takut kemurkaan Tuhan ke?

Sebagai orang ‘Melayu Islam’biarpun Habibi yang dilahirkan pada 16 Ogos 2000, yang juga bulan kemerdekaan bagi Indonesia, Singapura dan Malaysia tapi dia masih belum ‘merdeka’,dia masih menjadi amanah tanggungjawab kedua ibu bapa, begitu juga dengan Ali murid Sekolah Islam Adni, yang bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar selain bahasa Arab dan Mandarin, yang pantas hati dan rohnya Islam. 

Dengan perantaraan tiga bahasa, inshaAllah mereka akan menjadi manusia “glokal” seperti amanah Najib satu waktu dulu. Oleh sebab dia Melayu, ibunya mahu dia menduduki sijil UPSR. Dia ‘Melayu Islam’ seperti juga ‘India Islam’ atau ‘Cina Islam’, dia mestilah menjadi Melayu yang luar dalamnya Islam, saya memang mahu anak saya menuntut ilmu sampai negeri Cina. Ibu putera saya ini, tok neneknya dari Guangzhou.

Melayu mesti bangga dengan bahasa ibundanya yang diiktiraf sebagai salah satu bahasa lingua francakelima di dunia, seperti bangganya Cina yang bercakap bahasa Mandarin, biarpun dia sudah jadi warganegara Malaysia. Apakah kerana cintakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia,ianya dianggap bersifat rasis perkauman? Salahkah kita masih terus menanam semangat Melayu berjiwa Islam dalam diri mereka atau kita sekadar bangga anak Melayu bersongkok, berbaju Melayu di pagi raya? Raja kita Melayu, Perdana Menteri pun Melayu, Ketua Polis dan tentera, Ketua Hakim juga Melayu, tapi ramai yang letih jadi Melayu. Akhirnya kita akan jadi seperti Melayu di Cape Town South Africa, Melayu di Sri Lanka, dan Singapura budaya Melayunya entah hilang ke mana bila menjadi rakyat minoriti.

“GAPENA telah dibina sebagai sebuah organisasi intelektual, sesuai dengan bendera persuratan dan masyarakat penulis yang dikibarkannya. Dengan itu kita bersenjatakan pemikiran, rasionaliti dan ilmu pengetahuan. Memang Kerajaan dan segala pihak yang lain juga melaungkan yang ilmu pengetahuan dan rasionalitilah yang patut menjadi asas utama dalam pembangunan negara moden. Demikianlah kita berazam untuk ikut melanjutkan pembinaan negara Malaysia yang moden dan gagah itu, bayangan akan pencapaian itu telah pun sangat ketara ketika ini sendiri, iaitu tatkala kita menyambut Ulangtahun ke-50 Kemerdekaan ini.”


Ketua Satu GAPENA

Warta GAPENA

Mei 2007

Bukan susah nak menghapuskan satu bangsa Melayu, terutama bangsa Melayu yang dikaitkan dengan Islam. Hilang Islam, hilanglah bangsa itu. Memperjuangkan Melayu bukanlah sifat ‘assobiyah’kerana Melayu mesti Islam dalamannya, syariat dan akidahnya selain bahasa. Ahli ilmu menyebut bahasa jiwa bangsa.Bahasa jugalah yang menayangkan pandangan alam sesebuah bangsa. 

Melalui karya-karya para ahli sufi, bahasa Melayu telah dipergunakan untuk mempersembahkan rahsia diri-diri yang berbangsa insan kamil, kaum yang selayaknya digelar “bangsawan” kerana segala keindahan yang direnung jiwa terakam kekal dalam tulisan mereka. Kita beri nama perbendaharaan kata, kerana apa yang ditutur tiada lain dari intan dan permata, nilaiannya lebih dari harta. Apa yang dituturkan oleh mereka adalah panduan, pedoman yang dapat dijadikan sandaran. Melalui bahasa percakapan dan dari loghat, kita mengenal asal usul negeri atau bangsa seseorang. 

Tanpa bahasa Arab sebagai bahasa syurga dan Al-Quran sebagai bahasa Tuhan. Nabi Muhammad s.a.w berbangsa Arab dari kaum Quraish bani Hashim, Tuhan pilih sebagai kekasih dan penghulu segala anbiya. Melalui bahasa persuratan pula, kita boleh mengenal tinggi atau rendahnya ilmu di dada orang itu. Ulama apa namanya, jika Al-Quran di mulut, tak hidup dalam dada? 

Tak kenal, maka tak cinta! Bahasa menunjukkan bangsa.Akhlak Islam menunjukkan siapa Melayu sebenarnya. Bagaimana jika anak raja tak tahu berbahasa Melayu? Tak tahu adat dan budaya serta sejarah Melayu, apa lagi isi Al-Quran. Apakah dia masih Melayu? Islam adalah the complete way of life.Masih boleh taatkah perintah raja yang tak taat pada perintah Allah dan Rasulullah s.a.w? Lu fikirlah Bro.

Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur'an itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi kabar gembira dengan Al-Qur'an itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang.

(Maryam: 97)

Melalui bahasa Arab yang sebenar, kita dapat memahami bahasa Quran. Dan melalui ilmu Quran yang disampaikan oleh Jibril kepada kekasih Allah, Muhammad kita akhirnya mampu memerdekakan roh, minda, dan jasad anak bangsa dari penjajah-penjajah era ‘neocolonialisme’.

Jika kemerdekaan itu sekadar penjajah Inggeris pulang ke England tapi kakitangannya masih menjadi amalan mereka yang berkuasa dengan kaedah ‘pecah dan perintah’, kita masih terikat dengan undang-undang civilsanggup melepaskan undang-undang Allah yang terkandung di dalam Al-Quran sedangkan kita miliki ribuan graduan Melayu yang ada scroll dari Al-Azhar dan lain-lain universiti di Arab Saudi dalam bidang fekah, bahasa Arab, sirah dan usuluddin serta mereka yang mempunyai Dr.Falsafah tapi sanadnya dari mahaguru ‘Islam orientalis’ 

yang pakar mengenai Islam, tapi hati dan jiwanya memusuhi Islam. Beranikah kita menulis semula sejarah Islam yang sebenarnya? Sampai bila Berhala Putih di U.K masih menjadi tempat rujukan sebelum keputusan dibuat mengenai Islam? Apa erti kemerdekaanjika Islam hanya pada songkok dan baju Melayu atau berjubah berkopiah, berserban, bermisai dan berjanggut dan berkahwin empat kononnya mengikut ‘sunnah’nabi. Lu fikirlah Bro…

Sunnah yang sebenarnya bermaksud “a way of life”, satu jalan tradisi yang dilalui oleh para anbiya dan awlia zaman berzaman. Pernah baca buku saya Sunnah Nabi Muhammad Vs. Sunnah Mahathir Muhammadyang hampir diharamkan tapi terlepas macam itu saja, dan saya dilabelkan sebagai Pak Habib itu “lain” dia tak makan saman. Suka hati dia aje nak tulis, apakah ini bererti saya manusia luar biasa kerana saya suka menentang arus? 

Apakah jalan tradisi umat Islam, jalan siratulmustaqim yang terkandung dalam ayat tujuh, surah al-Fatihah “wahai Tuhan, tunjukkanlah aku jalan kebenaran, jalan hakiki yang hak” yang menjadi kewajiban setiap muslimin dan muslimat untuk melaluinya? Bila kita ikut, kita dianggap “lain”? Sunnah kahwin empat, orang perempuan tak boleh ikut, fakir miskin yang tak mampu sara diri pun tak boleh ikut. Yang mampu pun, hendak kahwin satu lagi, teringin tapi takut biarpun bini dah menopous. 

Bukan takut bini, bini yang tak takut laki. Mungkin dah termakan ‘cirit berandang’. Sunnah bermisai berjanggut pun orang perempuan dan kanak-kanak juga tak boleh nak ikut. Bagaimana dengan ‘sunnah’ bersikap amanah, mencari ilmu, makan dan minum yang halal sepertimana akhlak Rasulullah s.a.w yang berpandu wahyu Ilahi. Ramai yang pandai cakap berceramah hebat, tapi ‘double standard’. Cakap lain, fikir lain, buat lain. Islam ke atau munafik?

Sunnah siapa yang kita ikut? Bila ada kuasa sanggup melakukan rasuah berjemaah, menipu, memperdaya, salahguna kuasa, lupa tanggungjawab selaku ulil amri lupa tanggungjawab sebagai ‘ketua’ lupa tanggungjawab sebagai ulama pewaris nabi, nafsu ingat duit, pangkat dan kedudukan sanggup memutuskan silaturrahim, jiran tak lagi menghormati hak jiran tetangga dan manusia lain, tak mencintai bangsa dan tanahair. 

Allah berfirman di dalam Al-Quran, gunung-ganang, langit dan bumi bila diberi amanah semua tak sanggup menerimanya. Tapi ‘insan’ mengambil ringan amanah Ilahi ini, oleh itulah manusia digelar zalim danjahil! Lupakah kita akan kisah bani Israel yang meminta hidangan makanan dari langit, lalu Allah berkata bahawa seandainya mereka zalim sesudah itu, maka akan diazab dengan azab yang diberi pada kaum-kaum yang lain! 

Para ulil amri yang menyalahguna kuasa pemberian Allah sementara rakyat disuruh taat padanya, itulah yang zalim dan jahil! Sekiranya mereka tahu akan hakikat pembalasan, bahawa tiada satu pun yang luput dalam ingatan Tuhan, pasti lari mereka dari kuasa ibarat hutang ‘ah long’ yang nikmatnya sekejap, penyesalannya berpanjangan. Politik punya pasal, buang kawan, buang saudara sesama Islam, tak sanggup berkorban harta benda dan jiwa raga untuk memperjuangkan kemerdekaan rohani, minda dan jasad. Apakah penyakit kronik ini tak ada ubat?

Kita berada dalam era di mana ilmu kerohanian dicari oleh manusia yang ada segala-galanya tapi masih merasakan kekosongan, setiap hari menghadapi stress akibat dada kosong dari pengisian hakikat, tarikat dan makrifat. Jangan sampai sejengkal lagi nyawa diambil malaikat maut baru hendak bertaubat, baru teringat Tuhan, to late Bro. Berpuluh million ringgit yang anda miliki, malaikat maut tak boleh dirasuah. Sampai bila kita mesti jadi ‘orang biasa-biasa’ yang matanya macam mata ‘ikan kering’, telinganya macam ‘kuali’, bisu seperti lidah shaitan tak berani berkata benar, takut mengamalkan amar ma’ruf nahi mungkar. Kita ini manusia yang dijadikan dari sifat Rahman, kenapa angkuh dan sombong sangat? Sedangkan sifat Qahhar danJabbar milik Allah, kita mana boleh pakai.


Christian Snouck Hurgronje 

Bila lagi nak berhenti melakukan maksiat terhadap Allah secara terus terang? Mudah termakan dengan tipu helah setan manusia, manusia puaka seperti Snouck Hurgronje,orientalis dari Belanda yang berjaya merosakkan umat Islam di Acheh kerana penyamarannya sebagai ‘ulama Islam’? Acheh dulu terkenal sebagai ‘serambi Mekah’. Akhirnya mereka berbunuhan sesama Islam hingga Tuhan turunkan tsunamisebagai ingatan dan pelajaran. 

Dunia ini sudah berada di penghujung, bila lagi mahu mempelajari ilmu yang dimiliki oleh arifbillah yang dulunya disebut “ilmu batin”. Sultan di zaman Hamzah Fansuri dan Nurruddin Al-Raniri menuntut ilmu kerohanian. Akibat rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin yang sanggup merampas kuasa “day light robbery” sekehendak hati, dan ulama orientalis seperti Snouck yang duduk disamping pemerintah membisu seribu bahasa. 

Maka kita perlu hidupkan semula Islam yang sudah mati dengan ilmu tasauf. Pelik Datuk Hassan Ali tumpukan hanya kepada yang “murtad” saja, bagaimana dengan yang munafik? Mereka yang menjadi duri dalam daging dan musuh dalam selimut, dan macam-macam lagi kurafat akibat tempias ‘Islam liberal’ yang menjadi amalan para VVIP.

Kata Syed Naquib, ilmu itu adalah ‘ketibaan makna’ pada jiwa, sekaligus ‘keberhasilan jiwa’ menanggapi makna melalui keluhuran amalan dan keikhlasan jiwa, diikuti pula dengan usaha untuk mengenal Tuhan, bersandarkan ilmu yang benar, sang murid akan bertatih, berjalan sementara Allah s.w.t akan menyingkaphijabNya yang 70,000 satu persatu sehingga kenallah hamba itu akan Rabnya, dan bila kenal pula akan berlebihanlah rasa cinta dan kasih. 

Acheh pernah terkenal sebagai ‘serambi Mekah’ bila munculnya Hamzah Fansuri, Shamsudin Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel, tokoh Melayu yang sehebat Ibnu Arabi. Ilmu batindikenali juga sebagai “the inner knowledge”, yang terdapat dalam kitab Melayu lama yang mula muncul semula hari ini. 

Sambil memandang ke Selat Melaka, tiba-tiba saya teringat kepada keramat Pulau Besar, Sheikh Ismail Sultan Al-Ariffinbillah. Biarpun jasad awlia Allah ini sudah berada di dalam kubur namun dengan zat Allah yang kekal hidup, wali Allah ini masih boleh menyalurkanrezeki pada siapa yang menziarahinya, memberkati doa dan hajat mereka yang ‘bertawasul’, dengan izin Allah nazarnya terkabul. 

Inilah manusia ‘luar biasa’, ilmu yang ada dalam dirinya boleh meresap ke jiwa orang yang yakin kepada Allah yang Maha Kuasa yang hidup dalam diri setiap manusia. Mari kita bacakan Al-Fatehahuntuk Sheikh Ismail Sultanul Ariffin dan Sheikh Abdul Qadir Jailani dan para awlia Allah sebelum kita meneruskan apa yang sedang kita buat. Jangan baca saja“Fatihah”ummul Quran, ‘ibu Al-Quran’ tapi tak tahu maknanya. Bila baca Al-Fatihah, hayatilah seluruh maknanya yang bermula dengan Bismillahirohmanirohim. 

Rugi jadi pengikut yang tak berilmu, sampai bila mahu jadi blind followers kepada ulama seperti Snouck. Apa saja yang kita buat, syirik, bidaah, kafir. Sesuatu tamadun itu dikenal melalui siapa yang dijadikannya sebagai ikutan, kalau Sparta ingin menghasilkan panglima perang yang kuat, maka hari ini Malaysia yang mengimport falsafahnya dari barat kerana kemiskinan idea dan kehampaan berfikir menjadikan orang berkuasa sebagai ikutan, selain dari selebriti dan bintang hiburan, pelawak, dan pemain bola. Awliya dan ilmuan tidak lagi dijadikan ikutan, malah nabi pun dilupakan.

“Maka jika aku mencintainya, Aku akan menjadi telinganya untuk mendengar, matanya untuk melihat, tangannya untuk memegang dan kakinya untuk berjalan”

(Hadis Qudsi)

Apakah kita tak mampu melihat dengan MataNya, mendengar dengan TelingaNya, berjalan selangkah sampai seribu batu jaraknya, seribu tahun jadi sesaat lamanya? Itulah anugerah Allah kepada awliaNya dan manusia istimewa, bukan manusia puaka. Ilmu tasauf boleh membantu jiwa mereka untuk dapat memberikan kemerdekaan yang sebenarnya dan menjadi semulia-mulia manusia, insanul kamil. Maka carilah. Cari, kau akan menjumpai. Minta permintaanmu, Allah akan perkenankan.

Tuhan telah memberikan kemerdekaan kepada manusia sejak Adam dan Hawa masih berada di dalam syurganya lagi. Tuhan tak peduli sama ada kamu nak jadi komunis, kapitalis, sosialis, ateis, atau liberalis. Tuhan izinkan Snouck merosakkan orang Islam yang tak beriman. Suka hati kamulah tepuk dada tanya selera, sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah. Itulah kemerdekaan pertama yang Tuhan berikan pada manusia, membebaskan setan untuk menggoda manusia.

Apa untungnya membaca dan berfikir. Berfikir dan membaca, ibarat kita ada parang dan kita perlu mengasahnya. Sudah tajam, kita cuba menebas dan menebang. Kita kini berada di bulan Ramadan, bulan berkat turunnya Al-Quran dan dalam bulan Ogos in, sambil menyambut kemerdekaan 31 Ogos, kita juga akan sambut Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos di mana hari kita menyambut kemerdekaan sebenarnya setelah kita berjaya membebaskan diri dari cengkaman nafsu haiwaniyah.

Akibat muflis ilmu ketuhanan dan ‘hakikat insan’ kita takut mati sedangkan akhir tujuan hidup mahu menyatukan diri dengan Tuhan sedangkan hidup di dunia ini hanya sementara. Kenapa hendak menongkat langit? “Halia ini tanam-tanaman, ke barat juga condongnya, dunia ini pinjaman-pinjaman, akhirat juga akan sungguhnya”

Fahamkah ayat ‘Wahdatul Ujud’ ilmu yang dibawa oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin dan Ibnu Arabi? Kenapa orang tasauf berpesan “cakap siang, pandang pandang. Tak boleh sebarangan, terutama di kalangan orang syariat, nanti kita akan difitnah sebagai sesat, gila, kafir”. Beranikah anda menempuh ujian dan cabaran yang dilalui oleh mereka yang mendalami ilmu tasauf? Hendak tahu manisnya gula, masinnya garam kenalah rasa. Siapa kalau bukan ahli tasauf dan orang sufi, Ilmuwan ulama, pewaris nabi dan guru ‘murshid’ yang perlu dicari. Seek and you shall find, ask and you shall be given.

Baca, jangan tak baca. Apa jadi pada Firaun yang tunduk pada Ego, merasa dirinya Tuhan? Pada kaum Nabi Nuh, Tuhan sudah beri amaran, akibat ego? Begitu juga kaum Nabi Lut, siapa kata Tuhan tak pandai murka? 

Itulah susahnya kita lebih takut‘Tuankau’, takut sultan murka, takut dilabel durhakapada manusia, tapi tidak takut melanggar perintah Yang Maha Kuasa, tak buat apa yang disuruh, lakukan apa yang ditegah, ikut arahan shaitan. Akhirnya, kita menyembah selain Allah. Tanpa kita sedari, kita telah menduakan Allah, ada pula ‘Tuhan Manusia’ (Firaun) dalam satu masa, manusia puaka namanya.

Monday, 20 August 2012

Selawat..kepada Nabi Muhammad SAW


Selawat


‘Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).

Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

Mengucap Salam Kepada Nabi

Salam pula bererti damai, sejahtera, aman sentosa dan selamat. Jadi ketika seseorang muslim membaca selawat untuk Nabi, bermaksud ia mendoakan Baginda SAW semoga tetap damai, sejahtera, aman sentosa dan selalu mendapatkan keselamatan.

a. Allah SWT memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi SAW.

Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya ‘.”

b. Mengucap salam kepada Nabi SAW, lebih utama daripada memerdekakan budak.

Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak”. Nabi SAW., Bersabda: “Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa walaupun sebesar atom dan biji sawi.”

c. Sesiapa yang membaca salam untuk Nabi 100 kali setiap hari, akan dikabulkan oleh Allah 100 hajat. 30 diberikan di dunia dan 70 diberikan di akhirat.

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”

Keutamaan dan Kebesaran Selawat

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah SAW.

Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”

Hukum berselawat

Hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib ketika:
1. Mengerjakan solat.
2. Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3. Membaca Tasyahud kedua / tahiyyat akhir.
4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Arahan Membaca Selawat

Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu lebih utama.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).” (Surah Al-Ahzab: 56).

Nota; (1) Berselawat ertinya: kalau dari Allah bererti memberi rahmat: dari malaikat bererti meminta keampunan dan kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan: Allahuma shalli ala Muhammad. (2) dengan mengucapkan perkataan seperti: Assalamu’alaika ayyuhan nabi ertinya: semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi.

Membaca Selawat

Lafaznya selawat ke atas Nabi SAW, cukup mudah, tidak mengambil masa yang panjang. Sebagai tanda kasihnya Allah kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.

1. Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi. Orang yang membaca selawat untuk Nabi hendaklah disertai dengan niat dan rasa cinta kepada Nabi dengan tujuan untuk memuliakan dan menghormati Baginda.

Dalam penjelasan hadis (akhbar al-hadis) disebutkan bahawa apabila seseorang membaca selawat tidak disertai dengan niat dan perasaan hormat kepada Nabi, maka timbangannya tidak lebih, hanya berat sekadar sehelai bulu sayap.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sahnya amal itu tergantung niatnya”.

Ada tiga perkara yang timbangannya tidak lebih berat dari pada selembar bulu sayap, iaitu:

1.Solat yang tidak disertai dengan tunduk dan khusyuk.


2.Zikir dengan tidak sedar. Allah SWT tidak akan menerima amal orang yang hatinya tidak sedar.

3.Membaca Selawat untuk Nabi Muhammad SAW tidak disertai dengan niat dan rasa hormat.


Rasulullah SAW bersabda: “Dan kalau kamu membaca selawat, maka bacalah dengan penuh penghormatan untuk ku.”

2. Membaca selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ra. berkata: “Sesiapa cinta kepada Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. 

Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca selawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”

Cara Membaca Selawat

Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:

1. Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,

2. Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.


Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!
Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/selawat/

Manusia...KONSEP EMPAT UNSUR


KONSEP EMPAT UNSUR


بسم الله الرحمن الرحيم

Konsep empat unsur yang dibincangkan di sini adalah berdasarkan Perubatan Ibnu Sina atau Perubatan Unani, ia juga dibincangkan secara jelas dalam falsafah Yunani dan falsafah Islam.

Unsur atau arkan (أركان) merupakan struktur paling kecil di alam dunia ini. Ia tidak boleh dibahagikan atau dipecahkan lagi kepada bahagian atau juzuk yang lebih kecil. Walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa partikel elemen(elementary particle) seperti kuark, lepton dan boson merupakan struktur yang paling kecil, saya merasakan bahawa partikel-partikel tersebut akan berjaya dipecahkan kepada struktur yang lebih kecil.

Saintis terdahulu menyatakan bahawa atom merupakan struktur terkecil, namun hari ini perkara tersebut terbukti salah, menyatakan partikel elemen sebagai struktur paling kecil merupakan satu kesimpulan yang agak melulu.

Sains moden belum menemui arkan, boleh jadi terdapat berpuluh-puluh atau beratus-ratus peringkat lagi selepas partikel elemen sebelum saintis berjaya menemui arkan atau unsur ini, atau mungkin juga unsur ini akan terus menjadi misteri dan tidak ditemui oleh sesiapapun, hanya mampu dibincangkan secara konsep tanpa dibuktikan secara empirik.




JENIS UNSUR

Terdapat empat jenis unsur yang menjadi asas bagi segala struktur lain yang lebih besar, penggabungan dan kepelbagaian jumlah keempat-empat unsur ini menghasilkan pelbagai struktur yang lebih besar dan saling berbeza. Empat unsur tersebut ialah unsur tanah, air, angin dan api.

1. Unsur tanah merupakan unsur yang berada di tengah-tengah atau bulatan pertama. Ia bersifat sejuk    dan kering.

2. Unsur air merupakan unsur yang berada pada bulatan kedua iaitu di antara unsur bumi dan angin. Ia bersifat sejuk dan basah.

3. Unsur angin merupakan unsur yang berada pada bulatan ketiga iaitu di antara unsur air dan api. Ia bersifat panas dan basah.

4.Unsur api merupakan unsur yang berada pada bulatan keempat iaitu selepas unsur angin. Ia bersifat panas dan kering.

Setiap unsur ini mempunyai kedudukannya yang tersendiri pada bulatannya yang dikenali juga dengan nama falak atau orbit, sebarang perubahan kedudukannya yang disebabkan oleh tenaga daripada luar akan menyebabkan unsur itu kembali ke tempat asalnya menurut susunan berat bagi setiap unsur. Susunan berat bagi unsur-unsur mengikut tertib paling ringan dimulakan dengan unsur api, kemudian unsur angin, unsur air dan akhirnya unsur tanah sebagai unsur paling berat.


Unsur Kelima

     Selain daripada empat unsur yang telah disebutkan, terdapat konsep unsur yang kelima, iaitu satu unsur yang sangat seimbang dan tidak mengalami perubahan atau kemusnahan. Disebabkan keseimbangannya itu, ia tidak diambil kira secara khusus dalam Perubatan Unani, sebaliknya ia dikaitkan dengan alam atau makhluq lain yang bersifat mulia dan tinggi (ajram ‘alawiyyah / أجرام علوية). Unsur kelima ini lebih dikenali sebagai “aeter” (aether). Ia sering dikaitkan dengan kesempurnaan, roh dan semangat.

Dalam Perubatan Ayurveda (Ayurvedic Medicine), terdapat juga konsep lima unsur. Unsurnya adalah sama seperti unsur dalam Perubatan Unani dan ditambah dengan unsur akasha (aeter) sebagai unsur yang kelima. Dalam Fizik Partikel, sifat keseimbangan ini sering dikaitkan dengan boson Higgs yang dikenali juga sebagai Partikel Tuhan (God Particle),boson ini dikatakan seimbang dan tiada caj atau neutral, walau bagaimanapun boson ini belum berjaya dibuktikan.

Suatu masa dahulu, misteri unsur kelima ini pernah juga dikaitkan dengan tenaga “orgon” (orgone energy). Sistem Perubatan Cina Tradisional (Traditional Chinese Medicine) juga menggunakan konsep lima unsur, tetapi ada sedikit perbezaan dengan konsep lima unsur dalam Perubatan Unani atau Ayurveda.




SIFAT UNSUR

     Seperti yang telah dijelaskan, setiap unsur mempunyai dua sifat. Dua sifat yang ada pada unsur dinamakan sebagai “kualiti primer”, iaitu panas, sejuk, kering dan basah. Sifat panas dan sejuk dikenali juga sebagai sifat aktif, makala sifat kering dan basah dikenali juga sebagai  sifat pasif. Hal ini adalah kerana sifat aktif menghasilkan sifat pasif, sifat panas menghasilkan sifat kering, manakala sifat sejuk menghasilkan sifat basah. Jadi sifat panas dan sejuk merupakan sifat yang paling utama dan paling memberi kesan kepada tubuh.

Apabila unsur bergabung dan menghasilkan struktur baru yang lebih besar, maka struktur baru itu akan mempunyai sifatnya yang tersendiri. Namun sifat struktur baru itu bergantung kepada sifat unsur-unsur yang membentuk struktur baru itu. Sifat struktur baru yang lebih besar ini dinamakan sebagai “mizaj” (مزاج).

Kepelbagaian bilangan unsur dalam membentuk struktur baru yang lebih besar menghasilkan kepelbagaian jenis mizaj, terdapat sembilan jenis mizaj yang boleh terhasil iaitu;

1. Seimbang
2. Panas
3. Sejuk
4. Kering
5. Basah
6. Panas Dan Kering
7. Panas Dan Basah
8. Sejuk Dan Kering
9. Sejuk Dan Basah

Keseimbangan mizaj bukanlah bererti wujud satu sifat baru yang dinamakan “seimbang” tanpa mempunyai sifat panas, sejuk, basah atau kering. Tetapi ia bermaksud keseimbangan antara keempat-empat sifat tersebut. Walau bagaimanapun, menurut Aristotel, unsur kelima iaitu aeter mempunyai mizaj “seimbang” tanpa mempunyai salah satu sifat yang empat.

Keseimbangan mizaj bagi manusia dari sudut perubatan tidak semestinya bermaksud keseimbangan mutlak antara keempat-empat sifat tersebut, bahkan keseimbangan mizaj bagi manusia secara umum ialah panas dan basah. Kerana itulah dikatakan bahawa penduduk di kawasan khatulistiwa yang mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun sebagai golongan yang paling seimbang mizajnya jika dibandingkan dengan penduduk-penduduk di kawasan lain.

Selain faktor kawasan dan cuaca, keseimbangan seseorang individu juga ditentukan oleh jantina, pekerjaan, bangsa, umur, akhlaq dan pelbagai perkara lain. Oleh itu, perawat perlu peka dengan semua aspek diri pesakit agar perawat tersebut dapat memberikan rawatan yang sesuai menurut keadaan dan keperluan semasa.

     Menurut Imam Az-Zahabi dalam kitabnya At-Tibb An-Nabawi, beliau menyatakan bahawa mizaj yang paling seimbang dalam kalangan haiwan ialah manusia (haiwan natiq / speaking animal). Mizaj yang paling seimbang dalam kalangan manusia ialah para mukmin, kemudian para nabi, kemudian para rasul, kemudian para rasul Ulul ‘Azmi yang lima, kemudian Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W, Baginda memiliki sebaik-baik mizaj tubuh kerana mizaj tubuh dipengaruhi oleh akhlaq seseorang itu. Jadi, Baginda yang memiliki sebaik-baik akhlaq, maka selayaknya Baginda jugalah yang mempunyai sebaik-baik mizaj dalam kalangan makhluq-makhluq Allah.


Surah Nau’iyyah

Selain daripada sifat-sifat ini, gabungan pelbagai unsur juga boleh menghasilkan karakter (‘aradh) jenis lain iaitu “surah nau’iyyah” (صورة نوعية)Surah nau’iyyah ialah bentuk susunan unsur. Analoginya adalah seperti penyusunan ketulan-ketulan bata dengan cara yang berbeza. Perbezaan bentuk susunan ini mungkin melibatkan sama ada gabungan unsur-unsur yang berbeza dari sudut jenis dan bilangan dengan bentuk susunan yang juga berbeza, atau mungkin juga melibatkan gabungan unsur-unsur yang sama dari sudut jenis dan bilangan, tetapi dengan bentuk susunan yang berbeza.

Analogi bagi surah nau’iyyah yang melibatkan unsur yang sama jenis dan juga bilangan tetapi berbeza bentuk susunan ialah seperti dengan menggunakan 100 000 ketul bata, seseorang tukang rumah boleh menghasilkan 1000 jenis bentuk rumah yang berbeza melalui perbezaan cara susunan bata. Konsep surah nau’iyyah jenis ini juga wujud dalam kimia moden dan dinamakan sebagai “isomerisme”, iaitu gabungan atom yang sama jenis dan bilangan, tetapi dengan bentuk susunan yang berbeza.

Perbezaan bentuk susunan unsur atau atom, sama ada yang sama jenis dan bilangan, atau yang berbeza jenis dan bilangan, memainkan peranan yang sangat penting dalam ilmu perubatan khususnya dalam bidang farmakologi, farmakognosi dan herbologi, kerana setiap perbezaan bentuk susunan memberikan kesan yang berbeza kepada tubuh.



KAITAN ARKAN DAN MIZAJ DENGAN BEBERAPA PERKARA

Dalam Perubatan Unani, kefahaman mengenai keempat-empat unsur ini memainkan peranan yang sangat penting dalam merawat, kerana konsep struktur yang paling kecil pada masa dahulu bergantung sepenuhnya pada konsep arkan ini. Setelah muncul ilmu sains moden khususnya ilmu kimia, maka peranan konsep unsur semakin kurang mendapat perhatian, sebaliknya proses merawat banyak bergantung pada konsep kimia, khususnya berkaitan struktur kimia ubat-ubatan.

Walaubagaimanapun, konsep unsur masih relevan untuk digunapakai kerana banyak persamaan konsep ini dengan beberapa konsep sains moden. Antaranya ialah konsep panas-sejuk dan basah-kering.

Sifat panas boleh kita gantikan dengan konsep tenaga (energy)atau caj negatif manakala sifat sejuk boleh digantikan dengan konsep daya (force)atau caj positif. Basah dan kering pula merujuk kepada konsep kepadatan, ketumpatan atau tekanan, sifat basah mewakili ketumpatan (dense), sifat kering mewakili kelonggaran (loose).

     Konsep empat unsur menepati konsep keadaan jirim (states of matter) iaitu keadaan pepejal mewakili unsur tanah, keadaan cecair mewakili unsur air, keadaan gas mewakili unsur angin dan keadaan plasma mewakili unsur api.



      Konsep empat unsur juga menepati konsep keperluan tubuh manusia iaitu haba dan sinaran UV mewakili unsur api, oksigen mewakili unsur angin, air minuman mewakili unsur air dan nutrien mewakili unsur tanah.

Wallahu'alam.

KOMPONEN MANUSIA



بسم الله الرحمن الرحيم

     Manusia terdiri daripada beberapa komponen. Komponen disebut juga sebagai struktur, manakala kajian berkaitan struktur dinamakan morfologi. Dalam pandangan sekular dan material, morfologi manusia hanya melibatkan komponen manusia yang bersifat material iaitu jasadnya. Jadi, urusan hidup manusia hanya tertumpu untuk memenuhi keperluan komponen material iaitu makanan dan minuman, maka manusia belajar untuk mencari kerja dan dengan pekerjaannya itu dia mendapat duit untuk membeli makanan dan minuman untuk dirinya atau keluarganya. Kehidupan yang sebegini tidak ubah bagai haiwan yang belajar memburu kemudian memburu dan makan hasil buruannya itu.

     Hakikat komponen manusia adalah melangkaui batasan material, bahkan komponen material manusia iaitu jasadnya boleh dianggap sebagai komponen yang kurang penting kerana ia memiliki komponen lain yang jauh lebih penting, mulia dan tinggi daripada jasadnya. Komponen yang mulia dan tinggi itu ialah roh. Jadi, manusia yang normal mempunyai dua komponen iaitu roh dan jasad.

      Roh merupakan hakikat manusia dan itulah bentuk asal manusia iaitu ketika ia berada di alam roh. Alam dunia merupakan alam yang rendah dan lemah. Roh manusia yang mulia itu  tidak sesuai untuk berada secara langsung di alam dunia yang rendah ini, maka manusia dibaluti dan disarungkan dengan pakaian jasad yang lebih sesuai dengan alam dunia, kerana itulah jasad yang rendah ini boleh mengalami kelemahan dan kemusnahan, sedangkan roh manusia tetap dengan keadaannya walaupun seseorang itu sudah tua. Tidak pelik apabila ada yang mengatakan orang tua lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara berbanding orang muda kerana orang tua melakukan sesuatu dengan semangat rohnya yang bersifat kuat, sedangkan orang muda melakukan sesuatu dengan tenaga jasadnya yang bersifat lemah.

Roh

     Roh manusia diberikan tiga kekuatan melalui akal dan nafsunya. Kekuatan pertama iaitu kekuatan "aqliyyah" terhasil daripada akalnya, kekuatan kedua iaitu kekuatan "ghadabiyyah" terhasil daripada nafsunya, dan kekuatan yang ketiga iaitu kekuatan "syahwaniyyah" juga terhasil daripada nafsunya. Inilah tiga kekuatan yang membantu roh dalam melakukan sesuatu perkara.




Tiga Kekuatan Roh

     Kekuatan aqliyyah membuatkan seseorang manusia itu boleh menerima sesuatu maklumat dalam bentuk sentuhan, bau, rasa, cahaya dan bunyi. Kesemua maklumat ini secara umumnya boleh disebut sebagai ilmu yang mana dengannya manusia mempelajari pelbagai perkara. Kekuatan aqliyyah juga membuatkan seseorang manusia itu boleh berfikir, membuat pertimbangan dan memproses maklumat, begitulah juga dengan kemampuan mengingat sesuatu perkara. Peranan kekuatan ini yang terakhir ialah membuatkan seseorang itu dapat memutuskan sesuatu perkara lalu melakukan perkara tersebut, iaitu setelah ia berfikir  dan memproses maklumat dengan baik. Orang yang mempunyai kekuatan aqliyyah yang tinggi merupakan seorang yang kuat berfikir, rasional dan dapat membuat pertimbangan serta kesimpulan dengan baik.

     Kekuatan ghadabiyyah membuatkan seseorang itu boleh melakukan gerakan-gerakan tertentu menurut kehendaknya setelah ia berfikir atau mungkin juga ia melakukan sesuatu tanpa berfikir dengan baik. Kekuatan ini juga membuatkan seseorang itu dapat mempertahankan dirinya daripada musuh atau sesuatu yang tidak ia  kehendaki. Orang yang mempunyai kekuatan ghadabiyyah yang tinggi merupakan seorang yang pemarah, kuat, tegas, aktif, mesra dan ego.

     Kekuatan syahwaniyyah membuatkan seseorang itu mempunyai keinginan untuk makan dan minum. Selain itu, kekuatan ini juga membuatkan seseorang itu mempunyai rasa suka kepada jantina yang berlawanan serta keinginan untuk melakukan persetubuhan. Orang yang mempunyai kekuatan syahwaniyyah yang tinggi merupakan seorang yang tamak, penyayang, pasif dan pendiam.

     Setiap kekuatan ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri, namun semua itu bukanlah hakiki kerana setiap sifat tersebut diperlukan oleh manusia dalam keseimbangan. Apabila Islam dihina, maka sifat marah mesti ada. Apabila melakukan kebaikan, maka sifat tamak perlu ada. Apa yang penting ialah kita pandai menggunakan kekuatan-kekuatan ini pada masa yang sesuai dengan kadar yang diperlukan.

Jasad

     Adapun berkaitan komponen manusia yang kedua iaitu jasad, maka ia dibincang secara lanjut dalam bidang biologi atau perubatan. Walau bagaimanapun, pembahagian komponen jasad tidak banyak bezanya dengan komponen roh, bahkan jasad juga mempunyai bahagian aqliyyah, ghadabiyyah dan syahwaniyyah. Inilah dia komponen-komponen manusia iaitu roh dan jasad, kedua-duanya perlu diberi perhatian dan diberikan makanan yang secukupnya.

Wallahu'alam.