“Innalillah Wa inna ilai-i rajiun.”
Jatuh hujungnya Asal Mu Allah Balik Mu semula Allah.
Oleh itu disini dua aspek utama diperkatakan;
1. Asal Kejadian Manusia yang dinyatakan melalui penjelasan pada Martabat Tujuh
Atau Martabat Alam Insan.
2. Balik Mu semula Allah iaitu memperkatakan persiapan untuk menyarah atau
mengembalikan Diri rahsia yang di kandung oleh jasad sebagaimana asalnya suci
bersih.
Diri Empunya Diri mentajallikan dirinya dari satu martabat ke satu martabat
atau dari satu alam ke satu satu alam.Dalam kita memperkatakan alam atau
Martabat Tujuh atau Martabat Alam Insan yang dikenali juga Martabat tujuh,
terkandung ia di dalam Surah Al-Ikhlas di dalam Al Quran iaitu dalam menyatakan
tentang kewujudan Allah yang menjadi diri rahsia kepada manusia itu sendiri dan
memperkatakan pada proses pengujudan Allah untuk diterima oleh manusia sebagai
diri rahsianya.
Proses pemindahan atau Tajalli Zat Allah S.W.T bermula dari Alam
Qaibbul-Quyyub, terbentuk diri zahir dan diri batin manusia ketika ianya mulai
bernafas di dalam kandungan ibu kemudiannya zahir ke dunia iaitu kerana pada
martabat Qaibbul-Guyyub adalah merupakan martabat manusia yang paling tingggi,
suci dan inilah martabat yang benar-benar di redhai oleh Allah S.W.T.
Diri manusia pada martabat “Insannul-Kamil” adalah sebatang diri yang suci
mutlak pada zahir dan batin,tiada cacat celanya dengan Allah S.W.T. iaitu Tuan
Empunya Rahsia. Lantaran itu Rasul Allah S.A.W pernah menegaskan dalam
sabdanya;
“bahawa kelahiran seseorang kanak-kanak itu dalam keadaan yang suci, tetapi
yang mencorakkannya menjadi kotor adalah ibubapanya”
Jadi ibubapalah yang mencorakkan sehingga kanak-kanak kotor termasuk
masyarakatnya, bangsanya dan juga negaranya bersekali dengan manusia itu
sendiri hanyut mengikut gelombang godaan hidupnya di dunia ini.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab seorang manusia yang ingin kembali menuju
jalan kesucian dan makrifat kepada Tuhannya, selayaknyalah dia mengembalikan
dirinya kesuatu tahap yang dikenali “Kamilul-Kamil” atau di namakan tahap
Martabat Alam Insan.
Dalam merkatakan tingkatan atau martabat pentajallian Allah Tuan Yang Empunya
Diri yang menjadi rahsia manusia ianya melalui tujuh tingkatan.Tingkatan
tersebut secara umumnya seperti di bawah.
1. Ahadah -Alam Lahut -Martabat Zat
2. Wahdah-Alam Jabarut - Martabat Sifat
3. Wahdiah-Alam Wahdiah - Martabat Asma
4. Alam Roh-Alam Malakut -Martabat Afaal
5. Alam Misal - Alam Bapa
6. Alam Ijsan- Alam Ibu
7. Alam Insan - Alam Nyata
AL-IKHLAS
1. MARTABAT TUJUH
1.1 ALAM AHDAH
Pada memperkatakan Alam Qaibull-Quyyub iaitu pada martabat Ahdah di mana belum
ada sifat, belum ada ada asma’,belum ada afaal dan belum ada apa-apa lagi iaitu
pada Martabat LA TAKYIN, Zat UlHaki telas menegaskan untuk memperkenalkan
DiriNya dan untuk diberi tanggungjawab ini kepada manusia dan di tajallikanNya DiriNya
dari satu peringkat ke peringkat sampai zahirnya manusia berbadan rohani dan
jasmani.
Adapun Martabat Ahdah ini terkandung ia di dalam Al-Ikhlas pada ayat pertama
iaitu{QulhuwallahuAhad), iaitu Sa pada Zat semata-mata dan inilah dinamakan
Martabat Zat. Pada martabat ini diri Empunya Diri (Zat Ulhaki)Tuhan RabbulJalal
adalah dengan dia semata-mata iaitu di namakan juga Diri Sendiri. Tidak ada
permulaan dan tiada akhirnya iaitu Wujud Hakiki Lagi Khodim
Pada masa ini tida sifat,tida Asma dan tida Afa’al dan tiada apa-apa pun
kecuali Zat Mutlak semata-mata maka berdirilah Zat itu dengan Dia semata-mata
dai dalam keadaan ini dinamakan AINUL KAFFUR dan diri zat dinamakan Ahdah jua
atau di namakan KUNNAH ZAT.
1.2 ALAM WADAH
Alam Wahdah merupakan peringkat kedua dalam proses pentajalliannya diri Empunya
Diri telah mentajallikan diri ke suatu martabat sifat iaitu “La Tak Yin Sani” -
sabit nyata yang pertama atau disebut juga martabat noktah mutlak iaitu ada
permulaannyan.
Martabat ini di namakan martabat noktah mutlak atau dipanggil juga Sifat
Muhammadiah. Juga pada menyatakan martabat ini dinamakan martabat ini Martabat
Wahdah yang terkandung ia pada ayat “Allahus Shomad” iaitu tempatnya Zat Allah
tiada terselindung sedikit pun meliputi 7 petala langit dan 7 bumi.
Pada peringkat ini Zat Allah Taala mulai bersifat. SifatNya itu adalah sifat
batin jauh dari Nyata dan boleh di umpamakan sepohon pokok besar yang subur
yang masih di dalam dalam biji , tetapi ia telah wujud,tdadak nyata, tetapi
nyata sebab itulah ia di namakan Sabit Nyata Pertama martabat La Takyin Awwal
iaitu keadaan nyata tetapi tidak nyata(wujud pada Allah) tetapi tidak zahir
Maka pada peringkat ini tuan Empunya Diri tidak lagi Beras’ma dan di peringkat
ini terkumpul Zat Mutlak dan Sifat Batin. Maka di saat ini tidaklah berbau,
belum ada rasa, belum nyata di dalam nyata iaitu di dalam keadaan apa yang di
kenali ROH-ADDHAFI.Pada peringkat ni sebenarnya pada Hakiki Sifat.(Kesempurnaan
Sifat) Zat Al Haq yang di tajallikannya itu telah sempurna cukup lengkap
segala-gala. Ianya terhimpunan dan tersembunyi di samping telah zahir pada
hakikinya.
1.3 ALAM WAHDIAH
Pada peringkat ketiga setelah tajalli akan dirinya pada peringkat “La takyin
Awal”, maka Empunya Diri kepada Diri rahsia manusia ini, mentajallikan pula
diriNya ke satu martabat As’ma yak ini pada martabat segala Nama dan dinamakan
martabat (Muhammad Munfasal) iaitu keadaan terhimpun lagi bercerai - cerai atau
di namakan “Hakikat Insan.”
Martabat ini terkandung ia didalam “Lam yalidd” iaitu Sifat Khodim lagi Baqa,
tatkala menilik wujud Allah. Pada martabat ini keadaan tubuh diri rahsia pada
masa ini telah terhimpun pada hakikinya Zat, Sifat Batin dan Asma Batin. Apa
yang dikatakan berhimpun lagi bercerai-cerai kerana pada peringkat ini sudah
dapat di tentukan bangsa masing - masing tetapi pada masa ini ianya belum zahir
lagi di dalam Ilmu Allah Iaitu dalam keadaan “Ainul Sabithaah”.
Ertinya sesuatu
keadaan yang tetap dalam rahsia Allah, belum terzahir, malah untuk mencium
baunya pun belum dapat lagi. Dinamakan juga martabat ini wujud Ardhofi dan
martabat wujud Am kerana wujud di dalam sekelian bangsa dan wujudnya
bersandarkan Zat Allah Dan Ilmu Allah.
Pada peringkat ini juga telah terbentuk diri rahsia Allah dalam hakiki dalam
batin iaitu bolehlah dikatakan juga roh di dalam roh iaitu pada menyatakan
Nyata tetapi Tetap Tidak Nyata.
1.4 ALAM ROH
Pada peringkat ke empat di dalam Empunya Diri, Dia menyatakan, mengolahkan
diriNya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang dinamaka roh. Jadi pada
peringkat ini dinamakan Martabat Roh pada Alam Roh.Tubuh ini merupakan tubuh
batin hakiki manusia dimana batin ini sudah nyata Zatnya, Sifatnya dan
Afa’alnya.Ianya menjadi sempurna, cukup lengkap seluruh anggota - anggota
batinnya, tida cacat, tiada cela dan keadaan ini dinamakan (Alam Khorijah)
iaitu Nyata lagi zahir pada hakiki daripada Ilmu Allah.
Tubuh ini dinamakan ia
“Jisim Latiff” iaitu satu batang tubuh yang liut lagi halus. Ianya tidak akan
mengalami cacat cela dan tidak mengalami suka, duka, sakit, menangis,asyik dan
hancur binasa dan inilah yang dinamakan “KholidTullah.”
Pada martabat ini terkandung ia di dalam “Walam Yalidd”. Dan berdirilah ia
dengan diri tajalli Allah dan hiduplah ia buat selama-lamanya. Inilah yang
dinamakan keadaan Tubuh Hakikat Insan yang mempunyai awal tiada kesudahannya,
dialah yang sebenarnyanya dinamakan Diri Nyata Hakiki Rahsia Allah dalam Diri
Manusia.
1.5 ALAM MISAL
Alam Misal adalah peringkat ke lima dalam proses pentajallian Empunya Diri
dalam menyatakan rahsia diriNya untuk di tanggung oleh manusia. Untuk
menyatakan dirinya Allah S.W.T., terus menyatakan diriNya melalui diri
rahsiaNya dengan lebih nyata dengan membawa diri rahsiaNya untuk di kandung
pula oleh bapa iaitu dinamakan Alam Misal.
Untuk menjelaskan lagi Alam Misal ini adalah dimana unsur rohani iaitu diri
rahsia Allah belum bercamtum dengan badan kebendaan. Alam misal jenis ini
berada di Alam Malakut. Ia merupakan peralihan daripada alam Arwah (alam Roh)
menuju ke alam Nasut maka itu dinamakan ia Alam Misal di mana proses peryataan
ini ,pengujudan Allah pada martabat ini belum zahir, tetapi Nyata dalam tidak
Nyata.
Diri rahsia Allah pada martabat Wujud Allah ini mulai di tajallikan kepada ubun
- ubun bapa, iaitu permidahan dari alam roh ke alam Bapa (misal).
Alam Misal ini terkandung ia di dalam “Walam yakullahu” dalam surah Al-Ikhlas
iaitu dalam keadaan tidak boleh di bagaikan. Dan seterusnya menjadi “DI”,
“Wadi”, “Mani” yang kemudiannya di salurkan ke satu tempat yang bersekutu di
antara diri rahsia batin (roh) dengan diri kasar Hakiki di dalam tempat yang
dinamakan rahim ibu.Maka terbentuklah apa yang di katakan “Maknikam” ketika
berlakunya bersetubuhan diantara laki-laki dengan perempuan (Ibu dan Bapa)
Perlu diingat tubuh rahsia pada masa ini tetap hidup sebagaimana awalnya tetapi
di dalam keadaan rupa yang elok dan tidak binasa dan belum lagi zahir. Dan ia
tetap hidup tidak mengenal ia akan mati.
1.6 ALAM IJSAM
Pada peringkat ke enam, selepas sahaja rahsia diri Allah pada Alam Misal yang
di kandung oleh bapa , maka berpindah pula diri rahsia ini melalui “Mani” Bapa
ke dalam Rahim Ibu dan inilah dinamakan Alam Ijsam.
Pada martabat ini dinamakan ia pada martabat “InssanulKamil” iaitu batang diri
rahsia Allah telahpun diKamilkan dengan kata diri manusia, dan akhirnya ia
menjadi “KamilulKamil”. Iaitu menjadi satu pada zahirnya kedua-dua badan rohani
dan jasmani. dan kemudian lahirlah seoarang insan melalui faraj ibu dan
sesungguhnya martabat kanak - kanak yang baru dilahirkan itu adalah yang paling
suci yang dinamakan “InnsanulKamil”. Pada martabat ini terkandung ia di dalam
“Kuffuan” iaitu bersekutu dalam keadaan “KamilulKamil dan nyawa pun di masukkan
dalam tubuh manusia.
Selepas cukup tempuhnya dan ketkanya maka diri rahsia Allah yang menjadi
“KamilulKamil” itu di lahirkan dari perut ibunya, maka di saat ini sampailah ia
Martabat Alam Insan.
1.7 ALAM INSAN
Pada alam ke tujuh iaitu alam Insan ini terkandung ia di dalam “Ahad” iaitu sa
(satu). Di dalam keadaan ini, maka berkumpullah seluruh proses pengujudan dan
peryataan diri rahsia Allah S.W.T. di dalam tubuh badan Insan yang mulai
bernafas dan di lahirkan ke Alam Maya yang Fana ini. Maka pada alam Insan ini
dapatlah di katakan satu alam yang mengumpul seluruh proses pentajallian diri
rahsia Allah dan pengumpulan seluruh alam-alam yang di tempuhi dari satu
peringkat ke satu peringkat dan dari satu martbat ke satu martabat.
Oleh kerana ia merupakan satu perkumpulan seluruh alam - alam lain, maka mulai
alam maya yang fana ini, bermulalah tugas manusia untuk menggembalikan balik
diri rahsia Allah itu kepada Tuan Empunya Diri dan proses penyerahan kembali
rahsia Allah ini hendaklah bermulah dari alam Maya ini lantaran itu persiapan
untuk balik kembali asalnya mula kembali mu semula hendaklah disegerakan tanpa
berlengah - lengah lagi.
2. TUJUAN MARTABAT ALAM INSAN
1. Ada pun tujuan utama pengkajian dan keyakinan Martabat Alam Insan ini;
2. “bertujuan memahami dan memegang satu keyakinan Mutlak bahawa diri kita ini
sebenar - benarnya bukanlah diri kita, tetapi kembalikan semula asalnya Tuhan.”
3. Dengan kata lain untuk memperpanjangkan kajian, kita juga dapat mengetahui
pada hakikatnya dari mana asal mula diri kita sebenarnya hinggalah kita zahir
di alam maya ini.
4. Dalam pada itu dapat pula kita mengetahui pada hakikatnya kemana diri kita
harus kembali dan:
5. Apakah tujuan sebenar diri kita di zahirkan.
3. Dalam memperkatakan Martabat Alam Insan
Dengan memahami Martabat Alam Insan ini , maka sudah pastilah kita dapat
mengetahui bahawa diri kita ini adalah SifatNya Allah Taala semata-mata. Diri
sifat yang di tajallikan bagi menyatakan SifatNya Sendiri yakni pada Alam
saghir dan Alam Kabir.Dan Allah Taala Memuji DiriNya dengan Asma’Nya Sendiri
dan Allah Taala menguji DiriNya Sendiri dengan Afa’alNya Sendiri.
Dalam memeperkatakan Martabat Alam Insan kita memperkatakan diri kita sendiri.
Diri kita daripada Sifat Tuhan yang berasal daripada Qaibull-Quyyub (Martabat
Ahdah) iaitu pada martabat Zat hinggalah zahir kita bersifat dengan sifat
bangsa Muhammad. Oleh yang demikian wujud atau zahirnya kita ini bukan
sekali-kali diri kita, tetapi sebenarnyadiri kita ini adalah penyata kepada
diri Tuhan semesta alam semata-mata.
Seperti FirmanNya:
‘INNALILLA WAINNA ILAII RAJIUN’
Yang bermaksud; “Sesungguhnya diri mu itu Allah (Tuhan Asal Diri Mu) dan
hendaklah kamu pulang menjadi Tuhan kembali”.
Setelah mengetahui dan memahami secara jelas lagi terang bahawa asal kita ini
adalah Tuhan pada Martabat ahdah dan NyataNya kita sebagai SifatNya pada
Martabat Alam Insan dan pada Alam Insan inilah kita memulakan langkah untuk
mensucikan sifat diri kita ini pada martabat Sifat kepada Martabat Tuhan
kembali iaitu asal mula diri kita sendiri atau Martabat Zat.
SEsungguhnya Allah S.W.T diri kita pada Martabat Ahdah menyatakan diriNya
dengan SifatNya Sendiri dan memuji SifatNya Sendiri dengan AsmaNya Sendiri
serta menguji SifatNya dengan afa’alNya Sendiri. Sesungguhnya tiada sesuatu
sebenarnya pada diri kita kecuali diri Sifat Allah,Tuhan semesta semata - mata.
**********************@@@@******************************************
4. PROSES MENGEMBALIKAN DIRI
Dalam proses menyucikan diri dan mengembalikan rahsia kepada Tuan Empunya
Rahsia, maka manusia itu semestinya mempertingkatkan kesuciannya sampai ke
peringkat asal kejadian rahsia Allah Taala.
Manusia ini sebenarnya mesti menerokai dan melalui daripada Alam Insan pada
nafsu amarah ke Martabat Zat iaitu nafsu Kamaliah iaitu makam “Izzatul-Ahdah”.
Lantaran itulah tugas manusia semestinya mengenal hakikat diri ini lalu balik
untuk mengembalikan amanah Allah S.W.T. tersebut sebagaimana mula proses
penerimaan amanahnya pada peringkat awalnya.
Sesunggunya Allah dalam mengenalkan diriNya melalui lidah dan hati manusia,maka
Dia telah mentajallikan DiriNya menjadi rahsia kepada diri manusia. Sebagaimana
diperkatakan dalam hadis Qudsi;
“AL INSANUL SIRRUHU WA ANA SIRRUHU”
Maksudnya; “Manusia itu adalah rahsiaKu dan aku adalah rahsia manusia itu
sendiri”
Next
Posted in Hakikat | No Comments »
Tarekat
Februari 1st, 2007 by I Made Yanuarta
Tarekat berasal dari bahasa Arab thariqah, jamaknya tharaiq, yang berarti: (1)
jalan atau petunjuk jalan atau cara, (2) Metode, system (al-uslub), (3) mazhab,
aliran, haluan (al-mazhab), (4) keadaan (al-halah), (5) tiang tempat berteduh,
tongkat, payung (‘amud al-mizalah).
Menurut Al-Jurjani ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali (740-816 M), tarekat ialah metode
khusus yang dipakai oleh salik (para penempuh jalan) menuju Allah Ta’ala
melalui tahapan-tahapan/maqamat.
Dengan demikian tarekat memiliki dua pengertian, pertama ia berarti metode
pemberian bimbingan spiritual kepada individu dalam mengarahkan kehidupannya
menuju kedekatan diri dengan Tuhan. Kedua, tarekat sebagai persaudaraan kaum
sufi (sufi brotherhood) yang ditandai dengan adannya lembaga formal seperti
zawiyah, ribath, atau khanaqah.
Bila ditinjau dari sisi lain tarekat itu mempunyai tiga sistem, yaitu: sistem
kerahasiaan, sistem kekerabatan (persaudaraan) dan sistem hirarki seperti
khalifah tawajjuh atau khalifah suluk, syekh atau mursyid, wali atau qutub.
Kedudukan guru tarekat diperkokoh dengan ajaran wasilah dan silsilah. Keyakinan
berwasilah dengan guru dipererat dengan kepercayaan karamah, barakah atau
syafa’ah atau limpahan pertolongan dari guru.
Pengertian diatas menunjukkan Tarekat sebagai cabang atau aliran dalam paham
tasawuf. Pengertian itu dapat ditemukan pada Tarekat Qadiriyah, Tarekat
Naksibandiyah, Tarekat Rifa’iah, Tarekat Samaniyah dll.
Untuk di Indonesia ada
juga yang menggunakan kata tarekat sebagai sebutan atau nama paham mistik yang
dianutnya, dan tidak ada hubungannya secara langsung dengan paham tasawuf yang
semula atau dengan tarekat besar dan kenamaan. Misalnya Tarekat Sulaiman Gayam
(Bogor), Tarekat Khalawatiah Yusuf (Suawesi Selatan) boleh dikatakan hanya
meminjam sebutannya saja.
Kedudukan Tarekat dalam Empat Tingkatan Spiritual
Bagan Empat Tingkatan Spiritual Umum dalam Islam, syariat, tariqah atau
tarekat, hakikat. Tingkatan keempat, ma’rifat, tingkatan yang ‘tak terlihat’,
sebenarnya adalah inti dari wilayah hakikat, sebagai esensi dari kempat
tingkatan spiritual tersebut
No comments:
Post a Comment