Sumbangan Ilham Dan Nukilan Ilmu Hj Shaari Tentang Zat Allah.
Tuan-taun dan puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Semoga Allah melindungi, merahmati dan memberkati ilmu kita. Ketahuilah oleh mu, duhai saudara-saudara seagama ku!. Bahawa sebenar-benar Allah itu, tidak ada zat!.
Dikatakan Allah itu ada zat (zat Allah) itu, hanyalah sekadar mempermudahkan faham. Terutama dperingkat pengajian toriqat (jalan).
Yang mempunyai zat itu, adalah sifat makhluk!. Mana mungkin sifat Allah besamaan dengan sifat makhluk. Seumpama zat bagi gula itu, adalah manis dan manakala zat bagi makhluk itu, adalah roh!. Jika gula zatnya manis dan zat bagi manusia itu roh, mana pula yang dikatakan zat Allah?. Zat Allah itu apa?………………..Sedangkan Allah itu, Allah lah, mana ada boleh diumpamakan Allah itu, dengan perumpamaan yang lain. Allah itu Allah!.
Tak perlu kita kias, tak perlu kepada perumpamaan, ibarat atau dalil-dalilkan Allah dengan seumpama. Allah tidak dikeranakan dengan satu kerana, kerana Allah itu, adalah Allah!. Mana mungkin untuk mepercayai Allah itu, kena pakai dalil-dalil lagi. Allah itu adalah Allah!.
Orang yang masih bedalil-dalil, berkias-kias, berumpama dan sebagainya untuk menyatakan Allah itu, adalah orang yang belum mengenal Allah. Itu adalah pringkat orang yang masih teraba-raba, meaba-raba, masih mencari-cari dan masih belum dapat menyatakan Allah. Sedangkan Allah itu lebih terang dan lebih nyata dari cahaya matahari, kenapa masih kita meraba-raba mencari Allah?. Bermaknanya orang itu, adalah orang yang tidak mengenal Allah, walaupun Allah sudah didepan mata.
Kita selalu membahasakan yang Allah itu, ada zat. Sebenar-benar Allah itu, tidak ada zat. Allah itu, adalah Allah. Tidak ada lain selain Allah!. Wujudnya Allah yang mutlak itu, adalah wujud yang tanpa zat, tanpa bentuk, tanpa sifat, tanpa batas dan tanpa berhingga.
Namun Allah membayangi, Allah memperlihat, Allah memperzahir, membuka dan Allah mempertontonkan diriNya, melalui berbagai-bagai rupa sifat makhlukNya, dengan tanpa sedikitpun mengurangi, mengubah, mencacatkan keagungan, kebesaran dan kesempurnaan Esa diriNya!. Walaupun penzahirannya Allah itu, dalam berbagai sais, bentuk, rupa dan berbagai variasi, namun tidak sedikitpun mengubah sifat Esanya.
Untuk mempermudahkan faham, saya pernah terdengar arwah ayahda saya mengatakan bahawa, (Allah itu Esa pada zatnya tetapi berbilang pada sifatnya). Maksud zat Allah itu, adalah bagi menyatakan sifatNya yang kadim!. Sedangkan pada hakikat sebenar, Allah itu tidak ada zat, Sebutan zat itu, hanya sekadar bagi mempermudahkan faham. Itu makanya apa yang kita nampak itu, adalah sifat-sifat Allah yang berbilang-bilang. Sebagaimana berbilang-bilangnya warna-warna pelangi.
Matahari memperlihatkan sifat keperbagaian warna-warna pelangi itu, adalah bertujuan untuk memperlihatkan sifat matahari itu sendiri!.
Allah zahirkan sifat-sifatNya itu, adalah bertujuan untuk memperkenal dan memperzahirkan yang dirinya itu adalah Allah. Allah memperzahir dan memperlihatkan sifatNya dengan terang dan nyata kepada kita dan kepada sesiapa yang mahu melihatnya!. Kenapa masih tidak melihat?………………………………………..
Walaupun sifatnya berbilang-bilang namun tidak mengubah sifat keEsanNya!. Itu bahasa pengajian untuk mempermudahkan faham.
Pakaian Allah yang bermacam-macam jenis, berbilang-bilang dan berbagai-baga ragam warna itu, tidak mengubah sedikitpun dirinya yanng kadim lagi Esa!. Dengan menukar sifat warna pakaianNya, tidak sedikitpun mengubah Allah kepada yang lain selain Allah! Allah itu, adalah Allah. Itulah Allah yang dahulu dan Allah itulah juga yang terkemudian, walaupun pertukaran warna-warna pakaianNya berbagai-bagai bentuk dan ragam!.
Berbilang-bilang warna pakaian Allah itu, seumpama berbagai-bagai jenis warna-warna pelangi. Sngguhpun warna pelangi itu, berbagai-bagai, namun mentari tetapi satu!. Dengan bebagai-bagai ragam warna pelangi, tidak sedikitpun mengubah bentuk asal matahari!.
Begitu juga Allah, dengan berbagai-bagai anutan agama, bebagai kepecayaan, pegangan, keyakinan, beerbagai perangai dan berbagai-bagai rupa bentuk makhluk, namun Allah tetap Esa dan kadim. Tidak sedikitpun mengurangi Allah dari sifatnya yang asal!.
Sunguhpun aspek rupa bentuk fizikal makhluk iu berbagai-bagai rupa bentuk, namun tidak sedikitpun mengurangi keEsaan Allah. Allah tidak ada bandingannya dan Allah itu, adalah Allah yang tidak bersifat, tidak berafaal, tidak bernama dan tidak berzat!.
Allah itu, tidak sedikitpun bersamaan dengan sifat makhluk!. Allah tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim. Allah tidak seumpama dengan seumpama yang kita umpama dan yang kita gambar-gambarkan melalui ilmu akal. Maha suci Allah dari pengertian sifat-sifat tersebut!. Wujud sifat-sifat alam (warna-warna kehidupan makhluk) yang zahir ini, tidak sedikitpun mengurangi sifat Allah yang batin.
Jika dahulu (awal) Ianya bersifat Allah, yang terkemudian juga semestinya bersifat Allah. Jika batin Ianya bersifat Allah, yang terzahir inipun juga hendaklah bersifat Allah. Awal, akhir, zahir dan batin itu, adalah sifatnya Allah. Bilamana awal, akhir, zahir dan batin bersifat Allah, inginlah saya ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan yang arif sekalian,, bilakah masanya Allah bertukar kepada bersifat makhluk manusia?.
Bilamana yang awal itu bersifat dengan siifat Allah, sudah pasti yang akhirpun juga mestilah bersifat Allah. Bilamana yang batin bersifat dengan siifat Allah, sudah pasti yang zahir juga pastinya bersifat dengan sifat Allah. Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan yang arif sekalian. Bilamana awal, akhir, zahir dan batin itu bersifat Allah, bila masakah pula adanya diantara awal dan akhir itu, ditenggah-tegah itu adanya sifat manusia (makhlk)!. Bilamana awal dan akhir itu Allah, tidak ada ruang untuk makhluk berada diruangan tenggah-tengah itu, adanya makhluk atau adanya kita!. Tidak ada diantara celah-celah awal dan dicelah-celah akhir atau ditenah-tengah itu adanya kita!.
Masalahnya sekarang, ada dikalangan kita yang berani, memasuk, mewujud dan mengadakan ujud dirinya ditengah-tengah sifat Alah. Wujudnya sifat diri kita telah disifati dengan wujudnya Allah itu, adalah syirik (menduakan Allah). Wujudnya Allah telah disifati dengan wujud selain Allah itu, adalah syirik!.
Hanya Allah yang wujud. Selain dari Allah itu, adalah bersifat tidak ujud (ada), tidak wujud (mengadakan), dan tidak maujud (diadakan). Allah tidak berkongsi dan Allah tidak disepakati dengan selain Allah. Dengan wujud dan kehadiran berbagai bentuk sifat makhluk itu, sebenarnya hanyalah satu hayyalan, tanggapan, unggkapan dan gambaran yang diada-adakan oleh makhluk yang bernama akal!.
Perumpamaan yang diungkapkan oleh akal itu, adalah ungkapan liar dari hayalan akal yang mencemburui sifat Allah. Segala ungkapan akal itu, tidak terlepas dari wujud hakiki Allah swt itu sendiri.
Wujudnya Allah itu, adalah wujud yang hakiki (wujud yang sebenar-benar wujud). Adapun wujud sakalian sifat makhuk itu, adalah wujud yang merupakan ungkapan yang diperungkapkan oleh bahasa nahu atau yangn merupakan istilah.
Bagaimana Untuk Menyatakan Yang Allah itu, Benar-Benar Esa Yang Tidak Berhuruf Dan Tidak Bersuara, Tidak Berjirim Dan Tidak Berjisima Atau Bersalahan Dengan Sifat Yang Baharu?
Ramai yang hanya tahu sebut perkataan “mengesakan Allah”. Ramai dikalangan kita yang hanya sekadar tahu sebut sahaja. Sebenar-benar Esanya Allah itu, nak kita nyatakan dalam bentuk apa, apakah cukup hanya sekadar melalui penzahiran suara bibir?.
Untuk menyatakan yang Allah itu benar-benar Esa, hendaklah terlebih dahulu kita “tumbangkan” diri zahir dan tumbangkan juga diri yang batin. Diri zahir itu, adalah diri yang berbentuk sifat, afaal dan nama. Manakala tumbangkan diri yang batin itu pula, adalah bermaksud tumbangkan roh, kerana roh itulah yang dikatakan diri kita yang sebenar-benar diri.
Bilamana kita berjaya tumbangkan diri yang batin iaitu roh, bermakna kita dengan secara tak langsung atau secara dengan sendirinya kita telah berjaya menumbangakan diri yang zahir dan batin.
Sebagaimana maksud hari raya korban itu, adalah bermaksud untuk memperkhabarkan kepada kita, bagaimana cara penyerahan anggota zahir, Manakala pengertian hari raya korban itu pula, adalah bermaksud memperkhabarkan kepada kita, tahap penyerahan hakiki, sehingga sampai kepada peringkat nyawa (diri batin).
Itu sebab hari raya korban itu, dikatakan hari peyembelihan nyawa. Pada simboliknya peristiwa hari raya korban itu, adalah adalah bagi mengajar kepada kita, bagaimana cara untuk menyerahkan diri sehingga sampai kepada tahap roh (nyawa).
Pada pengertian simboliknya, kita tumbangkan lembu atau kerbau, iaitu dengan menumbangkan lembu yang bernyawa. Maksud lembu atau kerbau yang bernyawa itu, adalah merujuk kepada nyawa kita!. Bermaksud penyerahan diri kita kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap nyawa.
Setelah sampai kepada tahap nyawa, maka tamat dan selesailah sudah tahap segala penyerah diri kepada Allah. Itulah yang dikatakana mati sebelum mati!.
Setelah kita mati, saya mahu tanya kepada tuan-tuan, apakah mulut kita masih boleh lagi berkata-kata. Setelah kita mati, anggota bibir mulut kita, sudah tidak boleh berkata-kata. Bermaknanhya disini, setelah mulut tidak lagi boleh berkata-kata, itulah tandanya Allah itu tidak bersuara!. “Itulah tandanya Allah tidak bersuara”.
Setelah kita mati, apakah lagi mulut kita masih boleh berkata-kata. Setelah kita mati, anggota tangan kita, sudah tidak boleh menulis huruf. Bermaknanya disini, setelah tangan tidak lagi boleh menulis, itulah tandanya Allah itu tidak berhuruf!. “Itulah tandanya Allah tidak berhuruf”.
Selagi diri kita masih lagi berdalilkan mulut dan berdalilkan tangan atau selagi belum mati sebelum mati dan berserah kepada Allah. Bermaknanya disini, selama itu juga Allah yang kita sanggka Esa itu, sesungguhnya masih belum cuckup Esa. Setelah kita mati, seluruh angota kita tidak boleh lagi berkata jirim atau jisim. Barulah Allah itu dikatakan benar-benar Esa!.
Setelah kita mati dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah walaupun dikala masih hidup dan bernyawa, itulah yangdikatakan mati sebelum mati. Setelah diri kita mati, maka yang hidup itu barulah bersifat Allah!.
Wujud Allah itu, adalah wujud yang dalam berkeadaan mutlak. Adanya Allah itu, adalah ada yang seada-adanya Allah, tanpa berkongsi wujud dengan selain Allah!. Wujudnya Allah itu, tidak berkongsi sifat, tidak berkongsi asma, tidak berkongsi afaal, tidak berkongsi zat dan tiidak berkongsi rasa dengan kita!.
Wujudnya Allah Taala itu, tidak boleh ditanggap oleh lintasan akal walau sekalipun sebesar zarah. Tidak juga Allah itu, boleh dibayangkan oleh khayalan akal. Allah itu, wujudnya tidak tertanggkap oleh pancaindera. Allah tidak dapat dianalogi dengan lojiknya akal. Jika masih ada lojik akal, bermakna kita belum mati. Bilamana belum mati, mustahil Allah dapat di kenal dengan tidak berhuruf dan bersuara!.
Kesemua yang ada ini, adalah bersifat baharu (muhadas), adapun yang baharu itu, hanya dapat tertangkap kepada yang baharu sahaja. Baranng siapa berhaja untuk mengenal Allah denganselai Allah, itu adalah pekerjaan yang sia-sia dan menghabiskan masa.
Allah tidak dapat tertangkap atau terhenti hanya dengan perkara zikir bibir mulut dan tidak terhenti dengan zikir yang membilang-bilang buah tasbih menggunakan tangan!. Ingat itu……………………………..
No comments:
Post a Comment