GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday, 25 December 2012

Sajak..MELAYU DAN QURAN..by Mokhtar Petah



SAJAK


MELAYU DAN QURAN

 
Quran dan Melayu,
Melayu dan Quran,
Quran ajar Melayu,
Melayu nyanyikan Quran,
Ramai Melayu buta Quran.

 
Dr Siddiq Fadhil Islam & Melayu

Quran lengkap segala,
Dari ibdah dan undang - undang,
Melayu nyanyi Quran,
Beriman pada Quran,
Melayu tolak banyak hukum Quran.

 

Melayu dan Quran,
Ramai yang baca, menyanyi,
Minta brkat dan azimat,
Laksana baca buku kelasik,
Sebab itu ramai Melayu fasik.

 

Melayu dan Quran,
Quran dan Melayu,
Bangsa darat dan laut,
Tidak akan berpadu,
Selagi Quran dibiar di kepala tiang.

 

Ada Melayu Islam,
Islamnya, hanya pusaka,
Islamnya, jadi dua muka,
Ismlamnya, jadi dia derhaka,
Islam bentuk Melayu bertakwa.

 

Bukit Genting, Pahang ......... Mokhtar Petah

Sunday, 23 December 2012

SYUHADA Syria Berbau KASTURI Selepas Beberapa Hari DIKEBUMI




DARA'A – Allah memuliakan para mujahid yang gugur di medan jihad sejak di dunia lagi sebelum mendapat kemuliaan di akhirat. Antara karamah yang sering dialami oleh para syuhada adalah keluarnya bau minyak wangi yang sangat harum dari jasad mereka meskipun sudah meninggal dunia dalam tempoh masa yang lama.


Sebuah laman web berita Islam Asy-Syam melaporkan penduduk kampung Tariq Sad, di Balad, Dara'a telah menggali semula kubur dua penduduk yang syahid, Anas Musalimah dan Walid 'Ayash. Kedua-dua mereka adalah mangsa korban yang gugur ketika pengeboman oleh tentera rejim Syria di kampung itu. Kerana serangan pengeboman yang hebat, segala tindakan menjadi terbatas menyebabkan kedua-dua syahid ini dikuburkan secara darurat di halaman rumah seorang penduduk kampung.

Setelah serangan pengeboman agak reda, beberapa hari kemudian penduduk kampung telah menggali semula kubur ini dengan tujuan untuk memindahkan kedua-dua syahid ini ke tanah perkuburan awam pada hari Khamis (20/12/2012). Pada saat kedua-dua jenazah diangkat,bau minyak wangi  menusuk ke hidung penduduk kampung dan wartawan yang mengikuti proses penggalian semula kubur itu.


Popout



"Para syuhada' ini masih hidup dan suci dalam kubur mereka. Bau minyak kasturi terbau sangat harum dari jenazah mereka," lapor seorang wartawan laman web Asy-Syam yang membuat liputan langsung proses penggalian semula kubur kedua syahid tersebut. 



"Kubur itu mengeluarkan bau minyak wangi yang sangat harum. Seakan-akan kedua-duanya baru gugur beberapa minit yang lalu." ulas wartawan tersebut.



"Allahu akbar, kemuliaan hanyalah milik Allah," ucapan penduduk kampung yang sangat terharu di atas kejadian tersebut. Jasad kedua-dua syahid itu juga masih baik dan kemas seakan-akan belum meninggal dunia.


Melalak melolong lah  bagai kena polong  pemimpin Umporno terutamanya Timbalannya, Si muka sembab dan otak lembam  apabila tiada wakil kaum Melayu di dalam CEC Parti DAP. Hujah beliau, ini menunjukkan DAP parti perkauman. 

Betapa cerdiknya Si Lembam  ini  membuat tafsiran sedemikian yang menyebabkan ramai yang bertanya ada berapa orang kaum India atau Cina berada di dalam MT Umporno, kecuali jika ada pun 'separuh india' atau Kutty.

Masalahnya tidak kira berapa orang Cina atau Melayu berada di saf kepimpinan sesebuah parti asalkan mereka bersih dari rasuah. Bagaimana dengan saf utama yang berada di dalam Umporno berbanding dengan DAP? Jauh langit dari bumi. Saf kepimpinan DAP lebih terbukti bersih dari saf Melayu di dalam Umporno.

Ketua Pemuda Umporno pernah terlibat di dalam politik wang sewaktu pemilihan di dalam parti mereka tetapi sekadar diberi amaran, melainkan si Isa Doraemon sahaja yang digantung. Ali Ketam dari Melaka pun terbabit dengan rasuah politik wang tetapi masih menjadi bos di Melaka. 

Ketua Wanita? Hah...Kak Ijat lagi dahsyat, sehinggakan satu dunia tahu kisah keluarga Kak Ijat bela lembu dalam kondo. Inilah di antara beberapa contoh saf yang ada di dalam Umporno. Itu belum diambil cerita Khir anak Toyol yang pernah berhajat mahu menjadi Ketua Pemuda Umporno.

Apa pula kisah pemimpin di dalam DAP yang melakukan perbuatan seperti yang tokoh-tokoh Umporno telah lakukan. Jawapannya, tiada. Ertinya, walaupun Cina tetapi mereka bersih dari Melayu yang berada di saf kepimpinan Umporno sekarang.

Hujah Si Lembam hanya sebagai hujah bodoh. Hujah yang menunjukkan betapa takutnya beliau dan parti sekutu Apco itu kepada DAP. Mereka tahu, kekuatan DAP banyak membantu kekuatan PR. Hakikatnya, jika ada pun wakil Melayu di dalam DAP, Si Lembam tetap akan memburukkan DAP juga tetapi hujahnya berbeza.

Yang pastinya beliau  akan berhujah pula bahawa masih ada orang-orang Melayu yang sanggup menjadi pemimpin di dalam parti "Komunis DAP". Hujah DAP itu komunis sudah sinonim dengan ahli-ahli Umporno. Tidak mengapa, asalkan 'Komunis' ini tidak membunuh umat-umat Islam di Memali. "Komunis" ini tidak rampas tanah rezab Melayu. "Komunis" ini juga tidak hina Raja-Raja Melayu.

Rakyat sekarang melihat Umporno sudah kekeringan idea untuk menyerang PR. Apa lagi yang boleh dilakukan oleh Umporno untuk menunjukkan parti mereka masih kuat dan gagah, sedangkan Presiden mereka terkenal dengan gelaran "Roti Canai Kosong tanpa telor"?

Akhirnya, mereka terpaksa kembali kepada cara komunis yang sebenar iaitu lakukan keganasan dan baling batu dan cat kepada musuh mereka. Itu baru real punya kerja Komunis!!

Friday, 21 December 2012

Menara...Tempat Nabi Isa Akan Turun


by GeloraHatiMuda

Dalam entri bertajuk Tiga negara diperintah dajjal telah bergabung yang disiarkan pada 19.12.2012, gua telah menjanjikan kisah turunnya nabi Isa. Seperti yang dijanjikan dengan izin Allah gua berjaya merangkumkan kisah turunnya nabi Isa dari pelbagai sumber. Alhamdulillah!

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat. 

Bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafirpun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. 

Lalu Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang derajat mereka di Syurga. “ 

Menara Nabi Isa iaitu menara yang dimaksudkan 



Masjid Jami' Damsyik atau Masjid Umayyad atau Masjid Umawi yang menempatkan menara Nabi Isa 

Ibnu Katsir berkata, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, iaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab ada mengatakan baginda turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. 

Oleh kerana di Damsyiq tidak ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana baginda turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada baginda, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.” 

Kemudian baginda menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahawa Nabi Isa berkata, “Sebahagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah SWT untuk umat ini.” 

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa, mafhumnya: 

“Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.” 

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam (Syria), bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.” 

Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu. 

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: 

“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. 

Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. 

Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. 

Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.” 

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. 

Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir. 

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam. 

Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal:

“Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” 

Rasulullah s.a.w menjawab, mafhumnya: 

“Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu). 

“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi. 

“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.  
”Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu. 

“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. 

Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.” 

Kata Rasulullah s.a.w lagi, mafhumnya: 

“Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.” 

Mendengar yang demikian ada yang bertanya: 

“Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?” 

Rasulullah s.a.w menjawab yang mafhumnya: 

“Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.” 

Rasulullah s.a.w berkata, mafhumnya: 

“Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya. 

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. 

Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah. 

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.” 

Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. 

Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: 

“Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.” 

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat. 

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: 

“Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.” 

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w, mafhumnya: 

“Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. 

Tetapi beliau hanya menjawab:

“Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.” 

Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: 

“Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.” 

“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: 

“Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). 

Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.” 

Kata Nabi Isa lagi: 

“Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru. 

Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.” 

Tambah beliau lagi: 

“Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. 

Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.” 

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan Haji dan Umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa a.s dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.” 

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. 

Maksudnya kata beliau Nabi Isa a.s diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A’lam. 

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. 

Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa a.s nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa a.s merupakan kuburan yang keempat.- Wallahu'aklam.. -- Suntingan daripada pelbagai sumber internet termasuk blog Jalan Ke Syurga

..............................................

Dengan itu sahlah bahawa Syria juga penting dalam sudut agama Islam. Bantuan kepada ASWJ Syria patut dihulur sebagaimana pemberian bantuan ke Palestine. Semoga artikel ini membuka hati tuan-tuan untuk turut menderma kepada ASWJ Syria. In Syaa Allah.

Kerajaan Negeri Selangor akan merangka perbincangan segera bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membenarkan semua masjid di Selangor membuka tabung ‘Kemanusiaan Rakyat Syria’ sebagai usaha meringankan bebanan umat Islam Syria. Perbincangan ini akan diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

Monday, 10 December 2012