Adapun makna robitah atau cara menambat hati seorang murid Tariqat kepada syeikh (Guru Mursyid)nya ialah sepertimana yang di terangkan oleh Syeikh Daud Al Fathani di dalam kitab Dhiyaul Murid pada menyatakan adab berzikir yang keempat belas iaitu :
“ Bahawa mengkhayalkan (membayangkan di dalam hati atau pemikiran) rupa syeikhnya pada antara dua matanya. Maka iaitu terlebih sangat muakkad bagi memberi bekas.
Maka di hadirkan rupa syeikhnya pada hatinya , dan menuntut penolong daripadanya.
Dan di lihat bahawasanya ia penolong daripada penolong nabi kita . Dan hati nabi s.a.w. selama-lamanya berhadap kepada hadhrat Tuhannya.
Maka apabila di kerjakan yang demikian itu maka limpah pertolongan ‘al Ilahiyyah’ daripada ‘Hadhrat Ilahiyyah’ kepada hati penghulu kita (Nabi Muhammad s.a.w.).
Dan daripada hati penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w. kepada segala hati masya’ikh daripada satu kepada satu hingga sampai kepada yang berzikir itu.
Maka jadi dapat pertolongan dan mendapat pemberian Allah pada kita jika ada benar hatinya”.
Bagi orang sufi/Tariqat cara mereka menambat hati dengan syeikhnya ialah dengan menggambarkan atau membayang rupa / diri syeikhnya sebelum berzikir (secara perseorangan) dengan tujuan mendapat limpahan ruhaniah dari sekelian syeikhnya yang terdahulu mengikut susur galur salasilah tariqatnya sehinggalah baginda Rasulullah s.a.w. yang senantiasa menerima limpahan rahmat dari Allah Ta’ala.
Sebenarnya membayangkan rupa syeikh adalah salah satu cara dari berbagai cara untuk menambat hati dengan syeikh. Setengah pendapat cukup dengan niat saja bahawa syeikhnya itu hadhir bersama dalam berzikir ketika murid berzikir dengan tujuan mendapat keberkatan dari syeikhnya itu kesemuanya itu adalah tujuan yang sama dan terlingkup dalam makna rabitah juga.
6.0 Rabitah dan Wasilah dalam ilmu dan amal itu terjadi keatas seseorang murid kerana
6.1 Perhubungan silaturrahim dan mesra kasih sayang murid terhadap gurunya selepas murid itu menerima ilmu dan amal daripada gurunya serta beramal dengan ilmu dan amal itu bersungguh-sungguh.
6.2 Hati simurid akan sentiasa teringat akan gurunya di dalam mujahadahnya melalui ilmu dan amal yang diterimanya itu dan guru juga akan sentiasa teringat muridnya di dalam doanya.
6.3 Syeikhnya atau gurunya itu telah sampai kepada maqam iman, islam dan ehsan yang kamilah atau kamilatul kamilah di mana rohani dan jasmani syeikhnya itu ghaib atau ghaibul mutlak di dalam keagungan, kemuliaan, kebesaran ALLAH rabbul jalil di semua tempat waktu dan masa dan nyata pada diri syeikh itu berkat, maunnah, karomah di dalam ilmu dan amalnya.
6.4 Syeikh yang kamil atau kamil mukamil itu sentiasa dapat berhubung dengan rohani dan jasmani muridnya yang tidak putus hubungan silaturrahim dengannya diwaktu aman dan dhorurat sehingga jadilah murid itu sentiasa terbayang akan rupa syeikhnya (gurunya) lebih-lebih lagi dikala apabila bangkit cita-cita dan kehendak hati murid itu untuk melaksanakan kufur dan maksiat.
6.5 Ingatan mesra kasih sayang murid terhadap syeikhnya yang kamil atau kamil mukamil itu akan membuahkan lipat ganda ingatan kasih sayang murid itu kepada Allah didalam ibadahnya dan ubudiahnya.
6.6 Terhindar murid itu daripada rabitah dan wasilah seperti yang dibuat oleh orang kafir, jahil, fasiq, dimana mereka mengiktiqadkan gambar yang terukir atau terupa didalam ingatan itu sebagai tuhan dan mereka dzohirkan dengan menempa gambar itu didalam alam ini dan mereka muliakan gambar yang mereka tempa itu dalam segala rupa bentuk pemujaan mengikut hawa nafsu yang jahat di dalam khayal syak, dzon dan waham. Sebagai ubudiah dan mengenang jasa atau mempamirkan rasa cinta atau ingatan kasih sayang yang mendalam yang ditumpukan kepada gambar yang ditempa itu sahaja.
7.0 Rabitah Haq
Ialah diatas makna Tabarruk dan taqarrub diri kehadrat Allah dengan penuh yakin , haqqul yakin, ‘ala yakin, ‘ala haqqul yakin dengan kemuliaan, kebesaran, ketinggian pangkat iman, islam dan ehsan mereka itu di sisi Allah samada dia seorang ulama’, solihin, nabi-nabi dan rasul-rasul ‘alaihimussolatuwassalam yang masih hidup atau sudah mati sebagai jalan pintas supaya segera dikurniakan baik, paling baik, agung baik, dan maha baik oleh Allah.
Seumpama Allah kurniakan kepada orang yang Allah jadikan sebagai rabitah dan wasilah itu dan diharap supaya benar2 nyata maunnah dan karomah yang hakiki yang tiada sangkut paut atau hubung kait dengan segala rupa bentuk bantuan khadam bersyarat atau yang datang mengikut jalur keturunan atau pemujaan, walaupun karomah atau maunnah itu bukan menjadi tujuan dan matlamat di dalam ilmu dan amalnya. Ia suatu pakaian yang dikurniakan oleh Allah pada ahli-ahlinya sahaja.
Syeikh daud al fathoni menjelaskan di dalam manhalus sufi..
” orang yang tiada karomah umpama anak yang tiada bapa”.
No comments:
Post a Comment