GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday, 2 December 2011

Nabi Musa A.S Dengan Burung Helang.


Kisah Nabi Musa A.S Dengan Seekor Burung Helang



Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.

Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".

Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?"

Jawab burung itu : "Dari burung helang yang mahu memakan aku."

Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata 

Burung helang berkata : "Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."

Nabi Musa berkata : "Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."

Jawab burung helang : "Daging kambing tidak sesuai bagiku."

Selanjutnya burung helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."

Jawab Nabi Musa a.s : "Baiklah kalau demikian."

Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.

Melihat yang demikian ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah, apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini sahaja?"

Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya : "Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak."

Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sabar itu ada tiga:

Sabar terhadap bencana.
Sabar berlaku taat.
Sabar menjauhi perbuatan derhaka.

Barangsiapa sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi.

Barangsiapa sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.

Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi."

Thursday, 1 December 2011

bacaan Fatihah paling ‘sempurna’ tajwidnya


Mencari bacaan Fatihah paling ‘sempurna’ tajwidnya?


Popout

Saya menganggap bacaan Fatihah di atas paling sempurna dari sudut tajwid, fasohah dan makhrajnya. Ia dibaca oleh Syeikh Mahmud Khalil Al Husari. Beliau adalah pakar Al-Quran Mesir, qari yang diiktiraf dan menjadi pakar rujuk Al-Quran pada usianya. (kenali beliau di : http://www.assajda.com/en/coran/mahmoud-khalil-al-hussary-27.html)

Memang kalau nak diukur dari sudut ‘sedap’ suara, rasanya bacaan Syeikh Ghamidi atau Syeikh Muayqili lebih sedap dan mendayu-dayu. Kita mudah sahaja tertidur mendengar bacaan mereka. Tetapi kali ini, bukan ‘sedap’ yang ingin dicari. Yang sedang diteliti ialah ‘perfect’ tajwid atau tidak.

Mengapa saya berpendapat bacaan Fatihah di atas perfect? Sebabnya ialah, ia menepati ciri2 berikut :

1. Tiada kesalahan ‘lahnun jaliy’ berlaku. Dalam konteks ilmu tajwid, lahnun Jaliy adalah jenis kesalahan besar seperti menukar baris, menukar huruf dan sebagainya. Jika kesalahan ini dilakukan dalam solat, peluang untuk ia terbatal amat besar.

Untuk makluman, bahasa arab adalah bahasa yang agak kompleks dan sangat sensitif. Sedikit pertukaran sebutan boleh membawa kepada pertukaran huruf. Apabila huruf bertukar, berkemungkinan besar makna akan berubah kepada makna lain ataupun maksud asal perkataan tersebut tidak sampai.

2. Tiada kesalahan ‘lahnun khofiy’ – kesalahan kecil seperti kurang panjang harakat, bunyi tambahan yang tidak diperlukan serta lain-lain.

Jika ada pun, barangkali haya satu tempat iaitu pada perkataan ‘anamta’ (ayat 7) yang dibunyikan dengan ‘ana-amta’. Tetapi saya rasa puncanya kerana, bacaan ini telah ditambah effect ‘echo’nya, bukan dari bacaan asal beliau.

3. Sebutan huruf sangat-sangat perfect : inilah kelebihan utama Syeikh Husari yang jarang dimiliki Qari lain. Sebutan huruf dan fasohahnya amat jelas dan mantap.

Dari bacaannya, kita akan mudah dapat membezakan bunyi huruf ‘Ha gulung’ dan ‘Ha pedas’, huruf ‘zal’ dan ‘zai’, ‘sin’ dengan ‘sod’ serta beberapa huruf lain.

BANDINGKAN DENGAN BACAAN KITA….


Mendengar bacaan beliau, terasa jaraknya ‘antara langit dengan bumi’ bila dibandingkan dengan bacaan kita. Ini kerana, bacaan kita amat terdedah dengan ‘Lahnun Jaliy’ dan mungkin, berpuluh ‘Lahnun Khofiy’ dikesan sana-sini.


Disebabkan itulah, saya terpanggil untuk berkongsi, bagaimana cara untuk kita ‘upgrade’ bacaan Fatihah ke tahap bacaan Syeikh Mahmud Khalil Al-Husary.

Saya berpendapat, ia akan dapat dicapai jika kita benar-benar mengenalpasti, mengelakkan dan memperbetulkan semua kesalahan ‘besar-kecil’ yang kita lakukan.

InsyaAllah, semua kesalahan paling lazim dan paling kerap dilakukan oleh ‘lidah melayu kita’ dalam bacaan Fatihah akan saya kongsikan dalam projek DVD terbaru – Fatihah terunggul. Ia adalah 1 pakej 3 DVD yang bertujuan khusus untuk ini : bagaimana mencapai bacaan Fatihah yang paling sempurna, paling terunggul.

3 dvdnya akan menerangkan secara praktikal :

DVD 1 : saya akan membongkar 15 jenis kesalahan ‘Lahnun Jaliy’ yang paling kerap kita lakukan dan cara untuk mengelakkannya berlaku lagi dalam bacaan Fatihah kita.

DVD 2 : 14 jenis kesalahan ‘Lahnun Khofiy’ dalam ayat 1-4 Surah Fatihah.

DVD 3 : 16 jenis kesalahan ‘Lahnun Khofiy’ dalam ayat 5-7 Surah Fatihah.


MENGAPA DVD?


Sebelum ini, saya telah berkongsi penerangan semua kesalahan di atas dalam bentuk ebook. Tetapi ternyata, ia tidak mencapai objektif kerana saya banyak menerima emel pertanyaan ‘ustaz, bagaimana cara nak bunyikan sebutan ni?’


Baru saya perasan, ilmu ini berbentuk praktikal. Beza bunyi huruf ‘Ha gulung’ dengan ‘Ha pedas’ tidak dapat difahami hanya berdasarkan penerangan bertulis, biarpun panjang-lebar huraiannya. Ia perlu diterangkan secara praktikal, dapat didengar serta dapat dikesan betul-betul dari mana makhrajnya keluar.

Semua ini hanya dapat dicapai melalui 1 cara sahaja : saya sendiri yang menerangkannya. Saya sendiri menyebut kesalahannya dan saya sendiri yang mendatangkan cara sebutan betulnya. Inilah point besar yang saya tekankan dlm DVD FATIHAH TERUNGGUL.

Doakan, agar proses editingnya bakal siap sebentar lagi. InsyaAllah, bila ia sudah siap, sy akan maklumkan kepada anda.

.
.
p/s : bagi mereka yang ingin saya maklumkannya secara khusus melalui emel, anda boleh menghantar emel kpd sy – fatihahterunggul@yahoo.com . Tidak perlu menulis apa-apa. Cukup letakkan ayat ini pada tajuk emel anda ‘Ustaz Asraff, tolong maklumkan bila DVD dilancarkan’. Nanti sy akan maklumkannya kpd anda.


Tuesday, 29 November 2011

Nabi Isa menjadi Hakim yang Adil


SELASA, NOVEMBER 29, 2011

Nabi Isa menjadi Hakim yang Adil

Nabi Isa menjadi Hakim yang Adil

Tentang kedatangan Nabi Isa ibnu Maryam, Nabi Muhammad s.a.w telah menerangkan dengan sabdanya:

...Demi diriku yang tergenggam didalam kekuasaan-Nya. Sudah dekat pasti akan turun Isa bin Maryam menjadi hakim yang adil. Akan dihancurkan kayu Salib, akan dibunuhnya babi, akan dihapus pajak - pajak dan harta akan melimpah-limpah. Sehingga orang tidak mahu menerima sadakah. Satu kali sujud lebih baik daripada dunia seisinya. Riwayat Bukhori

Di zaman kedatangan Isa nanti keamanan sangat terjamin, berkat karena semua orang telah sedar dan beriman. Dapat diumpamakan, jika anak kambing dicampur dikandang macan, niscaya selamat ridak dimakan macan. Demikian kiranya andaikata anak gadis berjalan ditengah malam, tidak ada seorang laki-laki yang akan mengganggunya apalagi memperkosanya. Demikian pula jika orang kehilangan uang atau barang-barang tidak usah cemas dan khawatir, barang itu akan dikembalikan oleh orang yang menemuinya.

Nabi Isa membawa undang-undang Islam. Dilarang memperjual beli barang yang haram, seperti menjual minuman keras, dilarang menjual daging babi bahkan binatang babi harus dibunuh, tidak boleh dipelihara. Selain itu dihapuskan pemungutan pajak-pajak tapi sebagai gantinya orang diwajibkan berzakat, hasil perusahaan, perdagangan, pertanian, sebanyak dua setengah persen. Pada masa itu harta benda melimpah-limpah aman makmur, gemah ripah loh jinawi.

Dizaman itu digunakan undang-udang Al Quran, tentang kriminalitas. Perampok, pencuri dengan undang-undang dipotong tangan, orang berzina laki-laki dan perempuan harus menjalankan hukum dera (rajam), orang yang membunuh dikenakan hukuman bunuh pula. Dimasa itulah orang merasa seaman-amannya, karena kesadaran dan keinsyafan yang merata, seluruh lapisan masyarakat dan karena semua penduduk dunia masa itu betul-betul beriman dan betul-betul bertakwa kepada Tuhan.

Sebagaimana kata Tuhan:
Jika betul-betul penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pasti kami akan bukakan atas mereka segala keBERKATAN dari langit dan bumi

Firman Tuhan:
Dan andaikata mereka meminta ampun kepada Tuhanmu, kemudian bertobat kepadanya mereka akan diberikan kehidupan yang bagus sampai ajal mereka.

Semua Ulama sependapat, bahawa Nabi Isa a.s tidak membawa sareat baru, hanya membawa syareat Nabi Muhammad s.a.w. Dikatakan pula, sesudah itu Nabi Isa a.s beristeri dan mempunyai anak. Kurang lebih sepuluh tahun lamanya Nabi Isa a.s berada di dunia bersama Imam Mahdi, kemudian beliau wafat sebagaimana biasa.

Sumber: Berita Alam Ghaib Sebelum dan Sesudah Hari Kemudian, Ms134-133

Warta Berita hari muka ini dikhabarkan oleh ulama-ulama nusantara dalam himpunan kitab-kitab yang disusun kembali oleh Ustadz Musannif Effendie, Jakarta 8 Desember 1979.

Antara kitab-kitab tersebut adalah:
1. Al Quranul Karim
2. Tafsir Jalalain
3. Tafsir Tanwirul Miqbas, Abu Thohir Muhammad bin Ya'cub Alfairuz Zabadi
4. Tafsir
5. Bada'i'uz Zuhur Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas Al Hanafi
6. Ihyaa 'Ulumudin - Imam Al Ghozali
7. Kasful Ghoibiyah - Syaikh Zainul Abidin Muhammad Al Fatoni
8. Qishoshul Anbia - Imam Ibnu Ishaq Ahmad bin Muhammad Ibrahim Ats-tsa'labi
9. Dan lain-lain.

Komen TMP:

Kisah ini akan terjadi apabila the Dajjal - False Messiah dibunuh oleh Nabi Isa a.s dalam kisah tentera Mukmin pimpinan Al Mahdi bersama-sama Nabi Isa a.s mengembalikan dunia ini keseluruhannya kepada Islam.

Selagi Dajjal (dan sistemnya) tidak dibunuh oleh Nabi Isa a.s maka selagi itu jangan diharap undang-undang Islam atau sistem pemerintahan Khalifah akan dapat diwujudkan seperti yang akan dilaksanakan oleh pemerintahan Al Mahdi dan Nabi Isa a.s, ini kerana Dajjal dan juak-juaknya akan sentiasa mencantasnya - Devil Eyes, Electric Eye, All Seeing Eye dan lain-lain yang bertindak seumpama Tuhan memerhatikan dan mengawal pergerakan manusia supaya menurut perintah mereka.

Tidak percaya? Suruh sahaja Raja Saud yang istihar diri jadi Khalifah Islam, kenapa tidak? Sedangkan mereka yang mengawal Haramain hari ini?

Oleh itu dewasa ini, secara logiknya, siapa sahaja yang berani mengaku menjadi Khalifah secara terang-terangan malah ditatang pula bagai minyak yang penuh pasti ada yang tidak kena. Kerana Al Mahdi tidak pernah mengangkat dirinya sebagai Khalifah malah Baginda turut menolak apabila hendak di baiah.

Dan menurut ceritanya hanya Al Mahdi yang kenal Nabi Isa a.s. Dengan kehendak Allah taala, hasil daripada pertemuan Al Mahdi dan Nabi Isa diwaktu subuh itu nantilah yang akan menghasilkan tag team yang akan menghancurkan sistem Dajjal dan permainan New World Order buat selama-lamanya. Secara mudah bicaranya, Khalifah Akhirul Zaman Al Mahdi pasti datang bersamanya adalah Nabi Isa a.s. full stop.

Maka disini ada beberapa persoalan untuk para pembaca memikirkannya:

1. Adakah kisah kemenangan Al Mahdi dan Nabi Isa a.s itu berasaskan parti POLITIK samada yang bernama Islam mahupun yang tidak bernama Islam?

2. Adakah Al Mahdi dan Nabi Isa a.s membenarkan orang Kafir menggunakan Kalimah Allah?

3. Adakah Nabi Isa a.s turun untuk bersekongkol dengan Dajjal menegakkan SALIB dan membenarkan agama Kristian menggunakan Kalimah Allah?

4. Adakah Al Mahdi dan Nabi Isa a.s berjuang untuk HAK SAMA RATA semua agama?

5. Oleh itu kerja-kerja yang hendak MENYAMA RATA AGAMA dan membenarkan KALIMAH ALLAH digunakan oleh orang kafir ini kerja siapa sebenarnya?
"... ada pulak yang telah mengaku menjadi Nabi Isa, padahal anak seorang Punjabi" - kata Syeikh Imran Hosein secara sinis.

Saturday, 26 November 2011

ISLAM hanya keluarkan HUKUM???


Apa ERTI saya MENGHUKUM..



Saya masih ingat ketika PERTAMA kali ke-4 di Universiti Mu’tah dua tahun yang lalu. Kedua-dua panel Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Ustaz Maszlee Malik menyarankan agar mahasiswa pengajian islam cuba beralih kepada bidang kemanusian yang lain setelah selesai peringkat ijazah sarjana muda. Antaranya bidang psikologi, kaunseling, sejarah, politik dan pelbagai ilmu kemanusiaan yang lain.

Tujuannya agar graduan-graduan pengajian islam ini memahami bagaimana tabiat manusia itu secara semula jadi. Ia penting bagi keberkesanan kerja-kerja dakwah. Ustaz Maszlee banyak bercakap tentang keterbukaan yang menghasilkan manfaat jangka masa yang panjang buat islam. Ia memberi ruang yang kepada mereka yang tidak faham islam memahaminya. 

Ustaz Hasrizal pula menekankan kepentingan membezakan antara ‘ real problem’ dan ‘presenting problem’. Real problem adalah masalah usul dan asas, presenting problem pula adalah masalah furu’ dan kecil. Apabila menyelesaikan masalah usul secara automatik masalah furu’ akan berjaya diselesaikan. 

Mempertikaikan pengharaman babi, kewajipan menutup aurat dan solat walaupun semua itu adalah perkara yang berkaitan WAJIB dan HARAM.. Ia masih lagi furu’ ( kecil ) jika dibandingkan dengan ketidakfahaman mereka terhadap apa erti hidup sebagai seorang manusia..

Menyelesaikan satu masalah yang utama boleh menyelesaikan 1000 masalah furu’. Menjimatkan masa dan tenaga serta lebih berkesan.

Ketika pulang di Malaysia, saya mencuba bidang motivasi. Bersama dengan AFM dan kadang kala secara solo, sempat juga saya turun berhadapan dengan pelbagai ragam manusia terutamanya pelajar sekolah menengah. Misi untuk mengubah manusia. Baru saya sedar manusia tidak hanya berubah apabila mereka TAHU namun apabila mereka MAHU.

Berhujjah secara intelektual hanya memberi TAHU..

Maka adakalanya kita perlu menjentik emosinya agar melahirkan keMAHUan..

Ia bukannya tugas mudah. Selebihnya terserah kepada Allah.

Sebenarnya ini bukanlah satu perkara yang asing, hatta dalam pengajian fiqh juga apabila ingin mengeluarkan hukum. Ia bukan sekadar anda memberi TAHU tentang HUKUM dan DALIL, namun anda perlu berusaha juga untuk menjadikan mereka MAHU melaksanakan atau meninggalkannya.

Boleh jadi orang itu berhadapan dengan masalah dan ujian daripada Allah yang beliau sendiri tidak inginkan. Maka bantu, bimbing dan dekati, bukannya menghukum apatah lagi membenci. Boleh jadi suatu hari nanti giliran kita yang terperangkap dengan ujian tersebut.

Ini juga method Prof Yusof Al-Qaradhawi dalam menjawab persoalan-persoalan hukum. 

Saya masih ingat dalam fatawa beliau seorang wanita yang telah bercerai talak tiga dengan bekas suaminya, namun setelah menyesal mereka ingin mengikat kembali perkahwinan tersebut. Caranya dengan peranan orang ketiga iaitu ‘cina buta’.

Beliau tidak terus menjawab hukum, walaupun hukum bagi ‘cina buta’ ( orang yang berkahwin dengan janda yang ditalak tiga, kemudian menceraikannya dengan tujuan sekadar ingin menghalalkannya pada bekas suami ) jelas HARAM.

Namun beliau cuba menyelesaikan perempuan tersebut..

Boleh jadi talak tiga itu dalam satu lafaz, ada pendapat yang menyatakan ia hanya jatuh satu.. maka, rujuklah..

Boleh jadi talak itu berlaku dalam keadaan suami yang TERLALU marah, maka ia tidak jatuh..

Boleh jadi talak itu jatuh dalam keadaan anda haid, maka ia juga tidak sah di sisi sebahagian ulama. 

Kemudian beliau menerangkan perkahwinan dan tujuaannya agar manusia bahagia hidup bersama hingga ke akhir ayat, manakala perkahwinan ekspress dengan cina buta bukanlah suatu yang menepati matlamat islam dan ia menjijikkan.

Akhir sekali barulah didatangkan dengan HUKUM dan DALIL.

Rakan-rakan sekalian..
Apabila menyebut tentang hukum, kita bukan berlepas tangan untuk menyebut tentang haram, namun berusaha untuk menjadikan mereka juga menjauhinya.

Sebab itulah bukan setakat belajar dan tahu HUKUM dan DALIL. Banyak lagi yang perlu dinilai dan dipertimbangkan. Antaranya:-
1.Membezakan antara tempat yang khilaf dan yang disepakati. Jika ia masalah perbezaan pendapat ulama, lapangkanlah dada anda. Berikan kebebasan kepada manusia mengikut pendapat yang sesuai dengan mereka.

2.Sebelum menghukum, betulkanlah syakhsiah peribadi anda. Jadikanlah diri anda seorang yang berakhlak dan untuk menghukum anda perlu menampilkan imej ilmiah anda agar dihormati. 

3.Apabila menghukum, mulakan dengan muqaddimah yang baik seperti memberi kesedaran sebagai seorang muslim dan pelajar jika ia berkaitan.

4.Akhir sekali, apabila menghukum, jangan MEMAKSA agar mereka mengikutinya 100%, bagi ruang dan peluang untuk berubah serta berdoalah untuk mereka.

Sifir hukum, jika satu perkara itu HARAM ia membawa kepada KEMURKAAN Allah dan Azab NERAKAlah jawapannya.

Anda rasa sebagai seorang yang mengucup dua kalimah syahadah tidak takut kah?

Lihatlah kisah bagaimana Nabi s.a.w berhadapan dengan seorang badawi yang kencing dalam masjid..

Belajar juga kisah baginda menjawab keinginan seorang pemuda yang ingin berzina.. 

Begitu juga ketika perjanjian Hudaibiyyah..

Pendekatan dan strategi Nabi s.a.w..

Semua itu perlu dikaji di’luar’ kotak hukum itu sendiri.

Bagaimana?

Belajar dahulu..

Faham dahulu tentang hukum..

Faham juga tentang manusia..

Baru bertindak..

Kemudian barulah bertawakkal..

Kalah Psikologi Sebelum Mengubah


Dalam menilai sesuatu isu samada yang berlaku dahulu, kini dan akan datang, sebagai mereka yang mengaku menyembah Allah yang satu dan mengikuti Rasul yang satu seharusnya tidak mengabaikan petunjuk wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Al-Quran dan As-sunnah bukan hanya berkaitan dengan hukum-hakam semata-mata. Ia merangkumi semua aspek. Ketuhanan, sejarah, asal usul manusia, kisah-kisah ummat terdahulu dan jalan kejayaan dunia akhirat. Semua itu membawa tujuan yang satu iaitu sebagai PETUNJUK buat manusia. Bukan hanya PETUNJUK bagi baginda s.a.w dan mereka yang sezaman dengan baginda sahaja, bahkan sepanjang zaman. 

Menilai isu ummat islam diwaktu ini mestilah juga berasaskan kedua-dua sumber ini. Samada ia disebut dengan jelas ataupun memerlukan pentafsiran dan pemerhatian yang teliti.

Fenomena Menyalahkan Yahudi.
Tidak dinafikan Yahudi atau Israel sangat berkuasa sekarang. Mereka mendapat perlindungan daripada Abang Long Amerika. Dengan kecerdikan dan kelicikan, walaupun demgan populasi yang kecil, mereka mampu mengubah dan mengucar kacirkan suasana dunia samada dari sudut politik dan ekonomi. 

Namun jangan lupa mereka juga adalah makhluk ciptakan Allah. Mereka adalah manusia yang mempunyai kelemahan. Jika mereka merancang, Allah juga yang menentukan. Sehebat mana pun perancangan, mereka bukan Tuhan untuk menjadikan segalanya berjaya.

Mereka juga manusia yang diciptakan akal dan tabiat yang berbeza-beza yang tidak mungkin akan sentiasa bersatu dalam semua keadaan. Mereka sendiri berpecah di tanah haram tersebut. Ada yang bangkit menentang kerajaan dan ada yang meninggalkan negara zionis itu. 

Begitu juga kehebatan ketenteraan, akhirnya dimalukan oleh HAMAS dan Hizbullah. Dalam ekonomi, negara mereka juga mengalami kemelesetan ekonomi semenjak intifadha Palestin hingga kini yang akhirnya membawa kepada kebangkitan golongan muda menentang kerajaan sama seperti negara arab.

Tatkala perang Lubnan Israel meletus pada tahun 2006, ada dikalangan mereka yang mendakwa itu semua adalah perancangan licik Yahudi yang berpakat dengan Syiah, maka adalah HARAM menyokong dan menyumbang bantuan kepada rakyat Lubnan. Itu semua adalah lakonan. 

Hebatnya skrip mereka.. Seolah-olah mereka adalah Tuhan.. 

Saya tidak tahu mengapa dan apa untungnya ummat islam mempunyai pemikiran seperti ini.

Lihatlah bagaimana baginda s.a.w bertaamul dengan Yahudi di Madinah. Bukan baginda tidak tahu perancangan mereka. Namun, baginda s.a.w melayan dengan zahir. Yang selebihnya terserah kepada Allah. Akhirnya Allah membuka jalan dengan membawa kepada kemenangan ummat islam terhadap mereka. Ini disebut dalam surah Al-Hasyr. 

Dia lah Yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. kamu (Wahai umat Islam) tidak menyangka Bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya Yang ramai dan pertahanannya Yang kuat), dan mereka pula menyangka Bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah Yang tidak terlintas Dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke Dalam hati mereka, (Lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka Dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang Yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) Wahai orang-orang Yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. ( Al-Hasr : 2 )

Hadith-hadith akhir zaman.
Begitu juga salah faham yang melanda ummat islam terhadap kefahaman hadith-hadith peristiwa akhir zaman. Antaranya akhir zaman digambarkan dengan keadaan ummat islam seperti buih, amanah dan pemerintahan diberikan kepada orang yang khianat, ilmu ditarik balik dengan kematian ulama, maksiat berleluasa dan Islam dilihat sebagai satu yang asing dikalangan ummatnya.

Akhirnya ummat islam ‘tunduk’ dengan Yahudi. Malang yang menimpa ummat islam itu dilihat semuanya perancangan Yahudi seolah-olah ummat islam tidak mampu melawan mereka. Akhirnya mereka hanya menunggu sahaja ketibaan Imam Mahdi. Ntah tiba atau tidak.

Mereka lupa bahawa di sana terdapat hadith-hadith yang mendatangkan berita gembira pada ummat islam di akhir zaman. Antaranya:-
1.Pembukaan Roma setelah Konstantinople ( Istanbul ).
2.Kemenangan ummat islam dipelusuk dunia.
3.Kekuasaan ummat kembali kepada pemerintah yang adil.

Maka, kefahaman terhadap hadith akhir zaman harus difahami bahawa seteruk mana keadaan dan cabaran yang menimpa ummat islam ia mestilah diUBAH oleh mereka sendiri. Jika mereka berusaha mereka akan mencapai kemenangan yang besar seperti yang dijanjikan oleh baginda s.a.w.

Ummat islam diperintah oleh pemerintah yang zalim berdekad-dekad, mereka yang perlu mengubahnya!

Ummat islam dikalahkan oleh Israel, mereka yang perlu bangkit melawan bukannya membuang masa dengan spekulasi-spekulasi kosong.

Sebenarnya kita sudah kalah dari sudut psikologi sebelum berjuang dan mengubah..

Friday, 25 November 2011

Antara Islam Dan ‘Negara Islam’


Macam bank bank gunakan produk berjenama ISLAM di Malaysia lah....cuma kasi tukar nama ajer.....polisi insuran pun sama jugak...menguntungkan syarikat insuran sahaja...yang peserta nih non claim bonus ajer lah sampai mampooos...nak harap dapat CEK macam Takaful Malaysia zaman Dr HALIM dolu dolu....KERA umno nih...tak tahu lah...kiamat DUNIA lah...



Antara Islam Dan ‘Negara Islam’

ANTARA ISLAM DAN ‘NEGARA ISLAM’
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Awal bulan November ini saya hadiri seminar di The Middle East Centre, Oxford bertajuk ‘The Sacking of Syria: Asad as Hulego’. Pembentangnya Rana Kabbani, seorang penulis dan penyiar Syria. Saya kagum dengan keberanian wanita ini. Mungkin jika di Malaysia ada pihak yang tidak mahu hadiri ucapannya sebab beliau ‘free hair’ dan agak bergaya. Letak itu di sebelah dahulu, saya kagum dengan semangatnya mengkritik regim-regim Arab. ‘A very inspiring speech’.

Saya tertarik apabila salah seorang ‘british’ bertanya beliau bahawa tidakkah nanti selepas kejatuhan Asad akan menyebabkan golongan ‘extremist’ yang memperjuangkan ‘Islam State’ akan mengambil alih. Beliau dengan bersemangatnya bertanya balas “kenapa awak kata demikian? Apakah kerana awak mendengar mereka melaungkan ‘Allahu Akbar’?!

Seterusnya beliau berkata bahawa mereka melaungkan Allahu Akhbar adalah kerana Islam agama mereka. Tiada siapa berhak menafikan hal itu. Ia bermaksud Allah itu Maha Besar. Itu adalah slogan muslim apabila berhadapan dengan regim yang sombong dan bongkak. Untuk siapa lagi yang hendak mereka laungkan slogan kebesaran. Tiada kaitan dengan kehendak mengujudkan ‘Islam State’ seperti yang diidamkan oleh sesetengah gerakan.

Salah Sangka

Kenyataan Rana Kabbani ini sebenarnya suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Ramai orang dalam pertubuhan atau parti yang ingin mengujudkan ‘Islamic State’ menyangka bahawa slogan agama, atau kesediaan rakyat berhimpun dengan mereka dalam usaha menjatuhkan sesuatu kuasa atau regim bererti rakyat bersedia untuk menerima acuan ‘Islamic State’ yang mereka perjuangkan. Andaian yang kurang tepat.

Hari ini di Mesir, selepas kejatuhan Mubarak, Ikhwanul Muslimin masih gagal mencari kata sepakat dengan banyak gerakan lain. Kebimbangan sebahagian rakyat terhadap kewujudan ‘Islam State’ menjadi penghalang untuk menerima Ikhwanul Muslimin mengepalai mereka. Sangkaan bahawa rakyat yang bersolat dan bertakbir di Medan Tahrir, Kaherah pada hari revolusi lepas melambangkan persetujuan menerima ‘Islamic State’ adalah andaian yang salah.

Seminar Homophobia. Gambar kabur, lebih kabur hasrat mereka.


Saya baru sahaja menghadiri satu seminar tentang ‘Homophobia’. Seminar yang cuba memperjuangkan hak golongan GLBT ini. Saya ingin mendengar apakah idea mereka ini. Hakikatnya di Barat pun mereka tidak begitu diterima dan terpaksa merintih nasib. Inikan pula di negara muslim seperti Malaysia.

Menariknya, pembentang dalam seminar tersebut juga mendakwa mereka (golongan GLBT) mempunyai sumbangan semasa perjuangan revolusi Mesir di Medan Tahrir baru-baru ini. Saya tidak pasti sejauh manakah benar dakwaannya. Cumanya yang pasti semua pihak bergabung untuk menjatuhkan regim Mubarak.

Saya teringatkan sahabat saya Muhammad Benaissa, bekas Menteri Luar Morocco –saya pernah cerita dalam artikel yang lepas- yang pernah turut menjadi fellow di OCIS, Oxford ini. Beliau telah kembali ke negaranya. Memang liberal pemikirannya.

Beliau berkata bahawa kembalinya manusia ke masjid dan melaungkan seruan agama ketika menghadapi sesuatu regim tidaklah bermaksud mereka mahukan ‘Islamic State’. Hanya tabiat manusia apabila suara dan hak mereka disekat, tiada jalan yang tinggal, maka mereka akan memanggil Tuhan.

Itulah pendapat beliau. Ada kebenarannya, walaupun sebenarnya ada yang benar-benar mahukan ‘Islamic State’. Ada pula yang hanya mengadu kepada Tuhan tanpa mempunyai sebarang hasrat tentang Negara Islam. Mereka hanya mahukan hak dan keadilan. Hanya Tuhan yang sudi mendengar setelah pemerintah begitu‘ketegar’.

Apa Bezanya?

Rakyat muslim secara umumnya mahukan asas Islam dipegang dalam sesebuah negara. Asas itu merujuk kepada perintah-perintah Allah yang wajib diamalkan oleh seorang muslim seperti amanah, berperaturan, berprinsip, menghormati hak orang lain, terurus dan seumpamanya.

Ini kerana kerosakan negara-negara umat Islam adalah disebabkan hilangnya ciri-ciri mulia dalam diri pemimpin. Rasuah, salah urus, tidak maju ke hadapan, tidak berwawasan, tidak menghormati hak rakyat dan seumpamanya adalah racun yang telah memusnahkan negara-negara umat Islam.

Sebagai muslim, kita tahu hal ini bercanggah dengan perintah ajaran Allah dan rasulNya. Maka kewajipan berpegang kepada Islam bagi kepemimpinan sesebuah negara dalam kerangka ini disepakati oleh hampir semua pihak.

Namun, apabila hasrat mengujudkan ‘Islamic State’ atau Negara Islam itu dilaungkan, maka rakyat akan mempunyai tafsiran yang pelbagai. Ini bukan semestinya menunjukkan mereka menentang Islam, tetapi mereka keliru apakah sebenarnya ‘Islamic State’ itu? Sebabnya, wajah ‘Islamic State’ itu telah diconteng oleh banyak pihak. Media Barat dan juga sikap para pejuang Negara Islam itu sendiri.

Taliban umpamanya telah mengujudkan Negara Islam dalam satu tempoh yang telah memberikan kesan yang negative tentang kebebasan rakyat dan hak-hak wanita. Iran sebelum itu sehingga kini telah menakutkan dunia. Ribuan cerdik pandai Iran terpaksa melarikan diri kerana ancaman regim Tehran. Penjara dan pembunuhan adalah perkara biasa di Iran. ‘Brain drain’ menjadi satu masalah kepada negara tersebut. Padahal negara itu mempunyai ramai bijak pandai.
Dua orang rakan saya yang berbangsa Iran. Seorang menetap di US dan masih boleh pulang ke Iran. Sementara seorang lagi diharamkan pulang ke Iran.


Dua orang jiran yang menjadi sahabat saya di Oxford ini merupakan dua cendiakawan Iran. Seorang pakarmysticism dan seorang pula musician. Pakar mysticism ini tinggal di Amerika dan masih dizinkan balik ke Iran. Saya sering berbincang tentang bidang kepakarannya iaitu ‘Ibn Arabi’. Beliau baru sahaja menghasilkan karya‘Method and Mysticism’ yang dihadiahkan senaskah untuk saya.

Sementara seorang lagi, Dr Mirdad yang pada zaman mudanya merupakan seorang pejuang ketika di universiti di Iran. Beliau bersama ratusan ribu yang lain membantu revolusi menumbangkan Shah Iran. Namun, apabila kerajaan baru dibentuk, demokrasi terus dinafikan atas nama agama, beliau dan rakan-rakannya memprotes kerajaan. Hasilnya, ramai yang dibunuh. Beliau sempat menyelamatkan diri lari ke beberapa negara dan akhirnya kini menetap di Sweden. Sudah hampir 30 tahun meninggalkan negaranya dan diharamkan pulang.

Demikian tokoh cendiakawan agamawa Iran seperti Mohsen Kadivar diharamkan pulang. Mohsen Kadivar mempunyai website dan artikel-artikel menarik seperti Wilayat al-Faqih and Democracy.

Negara Islam yang menjadi impian untuk keadilan, hak dan kesaksamaan telah menjadi negara mullah yang turut menafikan hak yang diidami rakyat. Hanya menukar kuasa dari yang ber‘coat’ kepada yang berserban atau berlebai, namun keadilan dan hak terus terabai. Lebih malang lagi, kekerasan dan penafian hak itu atas nama Tuhan dalam perkara yang Tuhan tidak nyatakan pun.

Wajah Negara Islam itu mengelirukan banyak pihak, apatahlagi apabila ada yang cuba menggambarkannya sebagai negara hukum yang memotong tangan, merejam wanita, memancung kepala, mengharamkan itu dan ini, mengharamkan media, mengharamkan internet, mengharamkan pendapat yang tidak sama dengan kerajaan dan ‘mazhab’ kerajaan dan seterusnya. Tanpa terlebih dahulu menggambarkan wajah rahmat Islam yang lebih luas yang mengatasi segala unsur hukuman yang bersifat terpencil itu.

Tuhan dalam sesetengah gambaran pejuang Islamic State adalah tuhan yang penuh bengis dan garang. Sedangkan Tuhan yang dikenali oleh muslim adalah Tuhan yang berfirman tentang diriNYA:
“Sesungguhnya rahmatKU mendahului kemurkaanKU” (Riwayat al-Bukhari).
Rakyat tidak menolak Islam, tetapi mereka mungkin ragu-ragu dengan model Negara Islam yang hendak ditegakkan oleh sesetengah pihak. Mereka tidak ragu dengan Tuhan, tetapi mereka ragu dengan tafsiran kehendak Tuhan yang buat. Apatahlagi apabila kelompok agama itu sering memilih pendapat yang paling sukar untuk dilaksanakan.

Dalam menafsirkan hukum-hukum yang bersifat zanni (mempunyai lebih dari satu tafsiran) ada kecenderungan sesetengah pejuang Negara Islam memilih pendapat yang mungkin menjadi ketakutan kepada sesetengah pihak. Umpamanya, dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain; seorang muslim yang membunuh non-muslim, tidak boleh dihukum qisas (bunuh balas). Ini berbeza dengan Mazhab Hanafi.

Begitu juga dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain pampasan untuk mangsa non-muslim yang dibunuh hendaklah kurang dari kadar yang dibayar kepada muslim. Juga pandangan dalam mazhab bahawa Kristian dan Yahudi yang menukar agama mereka kepada agama selain Islam boleh diambil tindakan dengan dibuang negara dan seumpamanya.

Demikian juga pandangan dalam kalangan sarjana silam bahawa bukan muslim tidak boleh membina rumah lebih besar dari rumah muslim ataupun menaiki kenderaan dalam kawasan muslim. Pandangan-pandangan seperti ini adalah tafsiran kepada politik di zaman tersebut dalam kerangka yang tertentu. Sekalipun ada hadis yang berkaitan, namun teks dan konteks hadis hendaklah disemak.

Disebabkan kecenderungan memilih ‘jalur keras’ dan literal dalam memahami nas-nas politik dalam Islam, maka ada tokoh-tokoh gerakan Islam menampilkan pandangan-pandangan yang dianggap terkeluar konteks politik kerangka hari ini. Ini menyebabkan generasi baru, sekali pun bertudung dan bernasyid, belum tentu bersetuju dengan Negara Islam model tersebut. Menolak Negara Islam yang ditafsirkan oleh sesuatu pihak, bukan semestinya menolak Islam.

Seseorang dikira menolak Islam apabila membantah sesuatu nas yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah. Nas yang tidak mungkin mempunyai lebih dari satu tafsiran seperti haramnya arak, judi, zina, homoseks, riba, rasuah, pecah amanah, bunuh dan seumpamanya. Adapun nas yang terdedah kepada pelbagai tafsiran, jika seseorang menolak salah satu tafsiran ulama, bukanlah bererti menolak Islam.

Hal ini hendaklah difahami. Jika tidak, semua muslim akan terdiri dari kalangan yang menolak Islam. Ini kerana dalam ribuan hukum, yang mempunyai ribuan tafsiran, setiap orang akan memilih tafsiran tertentu. Mereka yang bermazhab Shafie, secara tidak langsung menolak pandangan mazhab-mazhab yang lain. Begitulah sebaliknya.

Maka, menolak sesuatu tafsiran tentang Negara Islam atau Islamic State, bukan semestinya menolak Islam. Namun, jika atas factor benci atau tidak setuju dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri, lalu menolak Negara Islam, maka dia memang menolak Islam.

Hari ini di Barat, Turki nampaknya disanjung. Ramai yang memuji Negara Islam moden yang cuba dibuat oleh Turki. Itupun satu lagi tafsiran Negara Islam. Ya,ramai yang memuji Negara Islam model Turki. Jika seseorang memilih Negara Islam model Turki dan menolak model Iran atau Taliban, itu juga satu tafsiran yang perlukan perincian.

Apa yang penting gerakan Islam hendaklah mewujudkan sebuah negara yang tidak menyanggahi al-Quran dan as-Sunnah dan memenuhi inspirasi rakyat di era ini. Peduli apa pun namanya!