1. NAFSU AMMARAH (JAHAT)
Nafsu ammarah ialah nafsu tingkat yang paling jahat. Ia tidak lain mengajak manusia yang dikuasainya ke jalankejahatan, melakukan maksiat dan seronok melakukannya.
Nafsu ammarah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran, Firman Allah yang bermaksud,
“ Sesungguhnya nafsu (ammarah) itu sangat menyuruh berbuat jahat. “ (Surah Yusuf: 53)
SIFAT SIFAT ORANG YANG BERNAFU AMMARAH:
1. Selalu terdedah kpd godaan nafsu dan syaitan. Nafsu ammarah sentiasa menyuruh seseorang berbuatkejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak.
2. Tidak merasa duka atau sesal di atas perbuatan jahatnya, malah perasaannya lega dan gembira. Contohnya bila tertinggal solat, hatinya tidak runsing dan kesal sedikit pun, bahkan kadang2 merasa gembira dan senang.
3. Terlalu gembira bila mendapat nikmat dan berputus asa bila ditimpa bala dan kesusahan.
“ Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dgn rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa. “ (Ar-Rum: 36)
4. Sifat2 yg timbul dari benih nafsu ammarah ini ialah bakhil, tamak dan haloba akan harta dunia serta terlalu cintakan keduniaan, panjang angan2, sombong, takabbur, sukakan kemegahan, ingin namanya terkenal dan mahsyur, hasad dengki, dendam kesumat, khianat dan niat jahat, lalai terhadap Allah dan lain2.
Barang siapa mendapati di hatinya ada salah satu sifat tersebut, itu tandanya dia termasuk dalam golongan ammarah. Org berilmu atau tidak berilmu boleh terjebak dalam golongan ini.Nafsu ammarah ini adalah serendah2 darjat dan sejahat2 nafsu dalam dunia Tasawwuf. Tempat yg wajar utk golongan ini ialah KAWAH NERAKA yg penuh azab yg maha pedih.
2. NAFSU LAWWAMAH (MENCELA)
Di dalam Al-Quran, Allah berfirman yg bermaksud:
“ Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah (mencela dan pengkritik diri). ” (Al-Qiamah: 2)
Nafsu lawwamah ialah nafsu yg selalu mengkritik atau mencela diri sendiri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa atas dirinya.
Contohnya, apabial tertinggal solat, hatinya menyesal dan segera memohon ampun kepada Allah dan mengqadhakannya. Bila terlajak berbuat dosa, ia segera menyesal. Walaubagaimanapun, utk berbuat kebajikan dan taat, ia masih terasa berat dan dilakukan dalam keadaan terpaksa dan tidak terasa nikmat.
Nafsu lawwamah lebih tinggi sedikit daripada nafsu ammarah kerana org ini melakukan sesuatu dgn ilmu dan kenal kejahatan dgn ilmu. Namun, hatinya masih lemah dan nahsunya masih rakus dan banyak mazmumah. Cuma dia mudah tersedar bila ditegur. Walaupun hatinya boleh dan mudah terdorong kea rah ibadah dan kebaikan tetapi nafsunya masih belum dpt ditundukkan sepenuhnya.
Sabda Rasulullah SAW:
“ Apabila Allah menghendaki kebaikan kpd seseorg, maka Allah akan menjadikan utknya penasihat dari hatinya (sendiri). “ (Riwayat Abu Mansur Ad-Dailami)
SIFAT SIFAT ORANG YANG BERNAFSU LAWWAMAH:
1. Mencela kesalahan diri sendiri.
2. Selalu berfikir (bertafakur) mengenang dosa dan keburukan.
3. Rasa takut bila rasa bersalah.
4. Mengkritik trhadap apa jua yg dikatakan kejahatan.
5. Mudah merasa riya’ ya’ni hendak menunjuk2 kpd org apabila membuat kebaikan.
6. Mudah merasa sum’ah, iaitu ingin mmperdengarkan atau mmberitahu kpd org ssuatu kebajikan yg dibuatnya supaya mndpt pujian org.
7. Mudah jg merasa ujub, iaitu perasaan yg melonjak2 dlm hati, merasakan diri lebih lebih baik drpd org lain, walaupun pada zahirnya ia menunjukkan sifat tawadhu’ atau tidak mahu terkenal atau pemurah.
8. Lain2 sifat mazmumah dlm hati masih tidak mampu dilawan dan sedang menguasai hatinya.
Martabat nafsu lawwamah terletak pada kebanyakan org awam. Syurga utk org martabat ini tidak trjamin, kecuali setelah mndapat kemapunan Tuhan dan rahmat-Nya.
Jalan selamat utk org yg brsifat nafsu lawwamah ialah perlu sntiasa brgaul dgn org baik dan sntiasa berada dlm lingkungan (suasana) baik. Ia hendaklah mnjauhi kwn2 dan suasana jahat, kerana hatinya mudah trgoda dan trikut2 kejahatan.
Selain itu, org yg brsifat atau yg berada pada makam nafsu ini hendaklah:
a) Belajar dan berusaha utk melatih diri brmujahadah bg melawan hawa nafsu dgn cara menanamkan benci kpd maksiat dan menanamkn rasa cinta kpd kebajikan.
b) Dibantu pula dgn zikrullah supaya hati lebih lembut.
c) Setelah itu dibantu lagi dgn berdoa memohon prtolongan Allah utk memudahkn melawan nafsunya itu.
d) Hendaklah juga dipimpin guru mursyid.
3. NAFSU MULHAMAH (ILHAM)
Setelah seseorang melaului mujahadah yang sungguh sungguh untuk meleburkan nafsu ammarah dan lawwamah maka nafsunya akan meningkat kepada nafsu mulhamah. Nafsu peringkat ini sudah menerima proses kesucian hati atau mujahadatunnafs. Tiada lintasan lintasan kotor atau was was syaitan lagi, sebaliknya malaikat atau Allah mengilhamkan kebaikan pada hatinya.
Firman Allah,
“ Demi nafsu (manusia) dan yg mnjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yg buruk dan mana yg baik, sesungguhnya dpt kemenanganlah org yg mnyucikan hatinya dan rugilah (celakalah) org yg mngotorkannya. ” (As-Syam: 8-10)
SIFAT SIFAT ORANG YANG BRNAFSU MULHAMAH:
a) Tidak sayangkan harta, tidak sayangkan dunia.
b) Merasa cukup dgn kurniaan Allah (qanaah).
c) Mendapat ilmu laduni dan ilham.
d) Timbul perasaan merendah diri kepada Allah (tawadhu’).
e) Taubat yg benar2 (hakiki).
f) Tahan menanggung kesusahan dan lain2 sifat trpuji.
Mereka dlm martabat ini mulai masuk ke sempadan makam wali dan mulai mencapai fana yg mnghasilkan makrifat dan hakikat (syuhud).
Walaupun bagaimanapun sifat sifat baik sama ada zahir atau batinnya belum benar berakar umbi dgn teguh dalam diri dan hatinya. Oleh itu ia kena menjaganya dgn mengawal diri dan hatinya serta perlu meningkatkan mujahadah dan meningkatkan amalan solehnya. Kerana ujian ke atasnya sentiasa ada. Sekiranya ia tidak berjaga2 nanti Allah akan mencabut kembali makam itu menjadai lawwamah.
4. NAFSU MUTMAINNAH (TENANG)
Hasil latihan yg berterusan, nafsu mulhamah akan meningkat kepada nafsu mutmainnah. Hati sudah sampai ke peringkat suci dan tenang. Nafsu mutmainnah adalah martabat nafsu pertama yg telah mula mendapat keredhaan Allah dan ia telah layak memasuki syurga.
Firman Allah,
“ Wahai orang yang bernafsu mutmainnah, pulanglah ke pangkuan tuhan-Mu dalam keadaan redha-merdhai dan masuklah ke dalam golongan hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku. “ (Al-Fajr: 27-30)
SIFAT SIFAT ORANG YANG BERNAFSU MUTMAINNAH:
a) Murah hati dan tidak lekat wang di tangan kerana bersedekah.
b) Tawakkal yg benar.
c) Arif dan bijaksana.
d) Kuat beribadah.
e) Syukur yg benar.
f) Redha pada segala hukuman Allah.
g) Takwa yg benar dan lain2 sifat trpuji.
5. NAFSU RADHIAH (REDHO)
Hasil kegigihan melatih diri untuk memakrifatkn diri kepada Allah, org yg brnafsu mutmainnah akan meningkat kepada nafsu radhiah. Orang ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dengan Allah.Orang ini memdapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yang tajam atau dikenali sebagai firasat.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
“ Takutilah akan firasat org mukmin, bahawasanya org2 mukmin itu melihat dgn nur Allah (petunjuk Allah SWT). “ (Riwayat At-Tirmizi)
Tabiat orang peringkat ini luar biasa, ia tidak takut pada bala Allah dan tidak tahu gembira pada nikmat Allah, yang ia tahu hanya keredhaan Allah dan hukuman-Nya.
Firman Allah yg brmaksud:
“ Ssungguhnya wali2 Allah itu tak pernah rasa takut dan bimbang. “ (Surah Yunus: 62)
Nafsu mereka sudah terkikis dari akar umbinya sekali dan mereka disinari oleh nur syuhud kepada makrifat, bertalu2 masuk ke dalam hati nurani yg tetap waja itu.
Alam di sekeliling mereka laksana cermin. Apabila melihat alam ia ‘nampak’ (teringat atau terasa) akan Allah. Hal itu berlaku setiap ketika.Makam ini jg disebut sbg makam musyahadah spt mana Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis ttg sifat ‘al-ihsan’.
Sabda Rasulullah SAW:
“ … maksud ehsan ialah apabila engkau menyembah Allah hendaklah terasa seolah olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya ketahuilah bahawa Allah melihat kamu. “ (Riwayat Muslim)
Sifat sifat mahmudah yang timbul dari nafsu radhiah ialah zuhud, ikhlas, wara’, mninggalkan perkara2 yg bkn urusannya, memelihara hukum-hakam Allah dan lain2 sifat kerohanian yg tinggi.
Makam nafsu ini hanya dapat dicapai oleh para wali Allah. Mereka dpt merasa nikmatmelakukan kebajikandan berbudi luhur. Zikir wiridnya hebat, bukan sekadar di lidah tetapi hatinya penuh khusyu’ dan tawadhu’ mengingati Allah.
Firman Allah SWT:
“ Berzikirlah pada Tuhanmu dalam hatinya dalam keadaan merendah diri dan takut. “ (Al-A’raf:205)
6. NAFSU MARDHIAH
Mereka yang telah sampai ke peringkat nafsu mardhiah kelihatan lebih tenang dan tenteram. Hati dan jiwanya telah benar benar sebati dengan Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yg brmaksud:
“ Apabila kamu sekalian melihat seseorg mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah ia. Ssungguhnya dia akan mengajar kamu ‘hikmat’. “ (Riwayat Ibnu Majah)
Segala gerak-geri org di peringkat nafsu ini diredhai Allah. Sabda Rasulullah SAW dlm hadis Qudsi:
“ Sentiasalah hamba-Ku berdampingan kepada-Ku dengan mengerjakan ibadat sunat hingga aku kasihkan dia maka apbila Aku kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yg ia mendengar dgnnya, penglihatan yg ia melihat dgnnya, pertuturan lidahnya yg ia bertutur dgnnya, penampar tgnnya yg ia menampar dgnnya, brjalan kakinya yg ia brjalan dgnnya dan brfikir hatinya yg ia brfikir dgnnya. “ (Riwayat Imam Bukhari)
Orang yang dapat mncapai martabat nafsu mardiah digelar wali Allah dlm martabat yang istimewa.
SIFAT SIFAT ORANG YANG BERNAFSU MARDHIAH:
a) Elok dan tingginya budi atau kesusilaan org ini umpama nabi2.
b) Lemah-lembut dalam pergaulan masyarakat sbgaimana perangai nabi2.
c) Sentiasa ghairah utk brdamping dan bribadah kepada Allah.
d) Sentiasa brfikir pada kebesaran Allah.
e) Redha dan rela dgn apa2 pemberian Allah dan lain2 sifat trpuji.
7. NAFSU KAMILAH (SEMPURNA)
Orang yang berada di peringkat nafsu kamilah ini, berada di peringkat nafsu tertinggi. Setiap perlakuannya benar2 mengikut garis keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan.
Cintanya tertumpu pada Allah, ingatannya pada Allah tidak pernah putus. Allah SWT membayangkannya dalam hadis Qudsi yang brmaksud:
“ Ssungguhnya telah lama org yg baik2 itu rindu utk brtemu dgn Aku, dan (sebaliknya) Aku lebih rindu utk brtemu dgn mereka. ” (Riwayat Abu Darda’)
Hanya para rasul, para nabi dan wali Allah shj yang boleh sampai ke taraf nafsu kamilah. Orang soleh, pejuang kebenaran boleh menuju ke tingkat nafsu yg tinggi itu dgn proses mujahadah yg brsungguh sungguh.
Apabila kita telah mengenal di mana tahap nafsu kita, maka dapatlah kita brusaha meningkatkannya ke peringkat yg lebih tinggi dan mndorongnya kpd kebaikan. Bahkan tuntutan meningkatkn nafsu ke makam yang tinggi adalah diperintahkan.
Kerana orang yang berada di peringkat nafsu terendah yang brtaraf binatang, bererti ia sentiasa berada dalam suasana maksiat dan berdosa serta menderhakai Allah. Maka wajiblah meninggalkan segala maksiat dan kembali menjadi hamba Allah yang taat.
Info: TINGKATAN TINGKATAN NAFSU: KEMULIAAN MARTABAT INSAN oleh Ustaz Jaafar Salleh.
No comments:
Post a Comment