GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID
AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..
CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.
Saturday, 25 May 2013
SIAPA KAH DIRI KITA?
Tuesday, 21 May 2013
SEJARAH HIDUP IMAM GHAZALI HUJJATULLAH
Friday, 17 May 2013
Martabat Tujuh : TOK KENALI..
Martabat Tujuh, menjawab pertayaan adik kepada Kasih dr Sandakan Sabah
by makrifattokkenali
Kepada sahabat-sahabat yang melihat tajuk ini semalam, saya minta tuan-tuan baca balik hari ini, kerana hari ini saya menghuraikan dengnan panjang lebar! Semalam baru draf, hari ini yang baru diedit yang betul. 16hb Mei jam10.25 pagi
Martabat Tujuh
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sampailah masanya untuk kita sama-sama mempelajari ilmu dalam bidang “martabat tujuh”. Ramai yang bertanyakan ilmu ini, kerana kelihatannya semacam hebat dan tinggi. Untuk mengetahui kehebatan dan ketinggianya, mari kita sama-sama menuntutnya.
Ketahuilah oleh mu duhai saudara-saudara seagamaku, bahawa Allah itu, adalah Allah yang wajibal wujud iaitu Allah yang meliputi sekalian wujudnya alam. Allah itu, adalah Allah yang benar-benar ada (wujud) dan benar-benar nyata!
Wujud atau adanya Allah itu, adalah wujud yang mutlak, iaitu wujud tanpa bentuk, tanpa sempadan, tanpa suara, tanpa huruf, tanpa jirim, tanpa jisim dan wujudnya Allah itu, adalah wujud yang tanpa had. Allah itu, dekat tidak bersentuhan dan jauh tidak berantara.
Pun begitu, Allah telah menzahirkan diriNya dalam bentuk yang berbagai. Iaitu menzahirkan diriNya dalam bentuk seumpama pakaian yang berbagai, bermacam-macam dan berbilang-bilang dalam keEsaan. Seumpama pelangi yang berbagai warna itu, bagi menzahirkan matahari yang satu.
Allah itu berbilang pada namaNya, dalam AfaalNya, dalam asmaNya dan berbilang dalam zatNya, namun satu dalam keEsaanNya! (berbilang yang terhimpun dalam yang satu). Itulah makanya wujud ilmu martabat tujuh!.
Allah itu, adalah Allah, yang tidak boleh didalil-dalilkan oleh pencapaian akal. Allah itu adalah Allah, yang tidak boleh ditanggkap, diungkap, difikir, dilojik, dibayang, dikhayal atau diraba oleh kebijaksanaan pancaindera akal.
Dalam karangan kitab-kitab terdahulu, ramai para ulamak yan mengggunakan perkataann “zat Allah” dengan menyebut perkataan seumpama “Allah bediri dengan zatnnya” atau perkataan “Allah dengan zatnya” dan berbagai-bagaii tafsiran yang disebut dengan perkataan “zat”. Dalam ilmu Tok Kenali Kelantan, perkataan zat Allah, tidak digalakkan. Kebimbangan menjadi khilaf kita mentafsirkannya.
Erti atau makna perkataan “zat” itu, adalah bermaksud “suatu perkara yang tiada iktibar” “ suatu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal”. Bukannya bererti perkataan “zat Allah itu, bermaksud Allah itu ada zat, Allah tidak ada zat.
Perkataan zat Allah yang selalu kita sebut-sebut itu, bukan bererti Allah itu, ada roh, bukan bererti Allah itu, ada sesuatu didalam diriNya dan bukan bererti Allah itu, ada megandungi sesuatu dalam tubuhnya. Dalam diri Allah itu, tidak ada sesuatu, tidak ada sifat, tidak ada nama, tidak ada afaal dan tidak ada zat. Allah itu, adalah Allah.
Adapun pemakaian perkataan “zat” oleh sesetengah ulamak atau oleh sesetengah pengarang-pengarang itu, adalah bagi mengambarkan bahawa Allah itu, tidak ada iktibar, tidak dapat dijangkau oleh akal, tidak dapat difikir oleh otak, tidak dapat dibayagkan oleh kata-kata dan sebagainya, itulah maksud, erti dan makna kepada perkataan “zat Allah” dan bukannya bilamana disebut perkataan “zat Allah”, ianya bererti Allah itu ada zat. Ingat itu……………………………..
Ramai yang tidak faham erti perkataan zat. Kita boleh sebut perkataan zat tetapi jangan pula tersalah tafsir dan jangan pula tersalah erti. Allah itu adalah Allah, tidak ada sesuatu yang berdamping denganNya. Allah berdiri dengan sendirinya, tanpa didatangi, ditumpangi, disertai, diwakili atau dijelmakan oleh bayangan zat!.
Apakah Allah itu masih memerlukan zat untuk Dia hidup atau apakah Allah itu masih berkehendakkan kepada sesuatu yang lain bagi menghidupkanNya. Itu makanya Tok Kenali, jarang menggunakan bahasa zat Allah, kebimbangan tersalah faham dan tersalah erti.
Itulah makanya saya tidak mahu menggunakan bahasa atau perkataan zat Allah (perkara yang tiada iktibar). Ingat pesanan itu, ini adalah pesananan para guru-guru terdahulu!. Selepas kita faham apa itu ertinya zat, baru boleh kita guna perkataan itu!.
Selain dari Allah itu, adalah makhluk yang bersifat baharu, Setiap sifat yang baharu itu, tidak boleh mengenal dan tidak boleh mengetahui sesuatu yang baqa’ (yang kekal). Segala yang baru itu, sifatnya adalah binasa!.
Barang atau perkara yang binasa, tidak boleh mengenal atau mengapai sesuatu hal yang baqa’. Yang baharu itu, hanya dapat mengenal atau hanya dapat menangkap perkara yang baharu. Hanya baqa’ sahaja yang dapat mengenal dan yang dapat menangkap yang baqa’!.
Makhluk adalah suatu yang bersifat baharu, sesuatu perkara yang baru itu, tidak boleh sama sekali mengenal Allah yang kekal (qadim), biarpun Allah itu dekat dan terang. Hanya Allah yang dapat mengenal Allah!. Barang siapa yang membawa dirinya untuk mengenal Allah, sesunguhnya itu, adalah suatu pekerjaan yang sia-sia, bodoh dan suatu perkara yang menghabiskan usia dan menghabiskan waktu!.
Diri yang mutlak (qidam dan baqa’) itu, ingin sekali memperzahir dan memperkenal akan diriNya, agar dapat dikenal oleh sekalian makhukNya, melalui apa yang dikatakan atau lebih dikenali dengan panggilan bahasa “martabat tujuh”.
Pertama : Martabat Ahadiyah.
Martabat ahadiyah itu, adalah alam keEsaan Allah. Allah bersendiri tanpa ada sesuatu atau alam sebelum kejadian, iaitu alam yang dipanggil dengan nama martabat ahadiyah (martabat sebelum martabat).
Martabat yang diberi nama dengan panggilan “la ta’yin” (alam sebelum kejadian). Maksud, atau makna “la at’yin” itu, adalah bererti martabat sebelum kejadian (martabat sebelum adanya martabat) atau (alam sebelum alam). Iaitu martabat Allah semata-mata (alam Allah semata-mata), iaitu alam tanpa bercampur dengan yang lain selain Allah (diketika itu Allah semata-mata atau semata-mata Allah).
Alam atau martabat diwaktu ini, adalah alam yang dipanggil dengan nama “alam la ta’yin atau mertabat ahadiyah!”. Alam atau martabat ahadiyah itu, adalah alam keesaan yang murni (tunggal), iaitu alam yang tidak bercampur dengan ciptaan lain.
Kedua : Martabat Wahdah.
Martabat wahdah itu, adalah kenyataan alam Allah yang awal (kenyataan alam Allah yang pertama), yang diberi nama dengan panggilan alam “ta’yin awal” atau “martabat wahdah” (nyata yang pertama). Iaitu alam “ilmu Allah”. Alam dimana ilmu dengan Allah itu, belum terpisah. Alam dimana seumpama Allah dengan ilmuNya yang belum berpisah. Iaitu dimasa sebelum Allah menzahirkan ilmuNya.
Dengan erti kata lain, Allah belum menzahir keluar ilmuNya! (ilmu Allah belum keluar). Iaitu dimasa Allah menzahirkan ilmu dalam dirinya sendiri (dimana semasa itu, ilmu Allah belum terbit!). Alam ilmu yang belum dapat dibeda-bedakan, belum diasing-asing atau belum dicerai-ceraikan lagi!
Kalau boleh saya sebut dengan perkataan martabat “kunhi zat” (yang ada hanya yang ada). Ada setengahnya mengatakan dengan menyebut martabat “syu’un zatiyah” (pekerjaan yang tidak dapat diiktibar). Ada juga yang memanggil martabat ini dengan pangilan martabat “hakikat muhamadiyah” (Syuhudul wahdah fil wahdah). Iaitu daripada satu kepada yang satu. Iaitu penzahiran ilmu dalam diriNya!.
Dalam martabat atau dalam alam ini, segala-galanya sudah zahir dalam ilmu Allah. Alam martabat “wahdah” ini, sudah ada yang bernama sifat, sudah ada yang bernama afaal, sudah ada yang bernama asma dan sudah ada yang bernama zat.
Iaitu adanya segala itu, dalam ilmu Allah. Segalanya sudah wujud (ada) secara ijmal atau ujud secara terhimpun dalam yang satu. Martabat wahdah itu, adalah alam ilmu Allah yang belum terpisah, terasing atau belum bercerai antara satu dengan yang lain.
Maksud tak terpisah disini, adalah seumpama tidak terpisahnya api dengan panasnya, ibarat madu dengan manisnya, ibarat bunga dengan harumnya, asap dengan apinya, garam dengan masinnya dan seumpama ibarat Allah dengan Muhamad (tak terpisah dan berpisah).
Alam mertabat wahdah ini, adalah alam dimana hakikat sebenar-benar Muhamad yang masih tersimpan dan masih tersembunyi dalam rahsia Allah, dalam ilmu Allah atau dalam sir Allah. Alam atau martabat ini juga, ada digambarkan sebagai “jauhar awal” (cahaya awal). Jauhar itu, ertinya cahaya manakala awal itu, ertinya pertama. Bilamana perkataan itu digabungkan, maka jadilah jauhar awal itu, ertinya cahaya awal.
Jauhar awal atau cahaya awal inilah, yang dikatakan “Hakikat Muhamad” atau muhamad awal (awal Muhamad). Jika tidak keberatan, izinkan saya menyatakan yang keras sikit, sungguhpun keras atau sungguhpun berat, saya terpaksa nyatakan disini, supaya umum boleh tahu duduknya perkara.
Jika itu disembunyi dan ini disembunyi, itu disekat, ini disekat, itu digantung dan ini digantung, sampai bila kita nak tahu?. Ilmu Tok Kenali, tidak ada sembunyi-sembunyi, tidak ada gantung dan tidak ada yang dirahsiakan!.
Segala ilmu Tok Kenali dan Ilmu muridnya Mohd Yusof Cik Wook, telah dan akan dinyatakan dengan terang dan dengan sejelas-jelasnya. Tinggal lagi terpulanglah kepada tuan-tuan untuk megambil faham. Kerana yang memberi faham itu, bukan saya, bukan Mohd Yusof dan bukan Tok kenali, yang memberi faham itu, adalah kerja Allah. Kerja saya adalah meyampaikan (bertabligh), manakala sesungguhnya yang memberi faham itu, adalah kerja Allah.
Yang agak keras bunyinya adalah, perkataan “Muhamad itu, adalah pertamaNya!”. Jika tuan-tuan faham akan maksud perkataan itu, tuan-tuan adalah orang yang mengenal Muhamad (awal Muhamad)!.
Setelah mengenal awal Muhamad, dengan sendirinya kita akan mengenal diri yang sebenar-benar, seterusnya akan mengenal Allah dengan nyata senyata-nyatanya, hanya dengan melalui perkataan “Muhamad itu, adalah pertamaNya!. Perkataan itu, adalah perkataan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi!.
Jauhar ertinya cahaya, manakala cahaya yang pertama atau jauhar yang pertama itu, adalah cahaya Muhamad (nur Muhamad atau jauhar Muhamad). Cahaya atau jauhar atau nur Muhamad itu, adalah cahaya yang paling suci dan cahaya yang Mahasuci!.
Cahaya atau nur muhamad itu, adalah terisinya segala kejadian alam!. Iaitu bermulanya segala kejadian dan terjadinya segala kehidupan yang melata ini. Nur Muhamadlah bermula terjadinya segala sesuatu, termsuklah kejadian Junjungan Besar kita Nabi Muhamad saw.!.
Jika boleh saya umpamakan disini, Allah itu seumpama tangan tuan yang menulis (perumpamaan ini adalah semata-mata bagi mempermudahkan faham, bukannya tangan itu Allah). Harap orang feqah jangan cepat melatah atas apa tulisan saya ini!. Baca dulu, baru buat tuduhan. Sesetengahnya baca satu ayat, sudah menuduh sesat atau salah.
Harap orang feqah, jangan sekali-kali baca tulisan saya, kebimbangan menimbulkan fitnah!. Penulisan saya ini, adalah penulisan yanng berbahasa dengan bahasa makrifat, iaitu dari diri orang yang sudah mati (mati sebelum mati), yang tidak megambil faedah darinya. Bukan sebagaimana orang feqah, yang hanya mencari pahala, takut dosa, perbanyakkan amal, biarpun dikerjakan dengan tidak tahu apa-apa?.
Orang feqah hanya tahu menuduh orang sesat, sedangkan mereka tidak sedar, merekalah yang teramat sesat dan terpaling buta!. Untuk itu, saya tidak izinkan orang feqah membacanya, melainkan mereka baca hanya untuk menimbulkan fitnah!.
Berbalik dan bersambung kepada perkara perumpamaan diatas.
Pertama: Tangan yang menulis (tangan sipenulis) itu, adalah perumpamaannya seumpama Allah iaitu disebut alam “martabat ahadiyah”.
Kedua : Perkara titiknya pula, adalah perumpamaan seumpama Nur Muhamad, iaitu disebut alam “martabat wahdah”. Manakala huruf atau tulisan itu, adalah disebut alam “martabat wahidiyah” yang akan kita belajari selepas ini.
Bermakna alam martabat wahdah itu, adalah alam wujudnya ilmu Allah dan wujudnya Nur Muhamad (cahaya Muhamad). Cahaya yang Mahasuci yang diertikan dengan Ruhhul Quddus.
Alam martabat wahdah itu, adalah alam yang digambarkan sebagai nokhtah (titik). Nokhtah atau titik itulah, asal bagi segala huruf yang hendak disusun menjadi perkataan. Titik nokhtah atau Nur Muhamad itu, adalah berhimpunnya sekalian sifat, terhimpun sekalian asma’, terhimpun sekalian afaal dan terhimpunnya sekalian zat.
Ijmalnya sekalian makhluk (terhimpunnya sekalian makhluk dalam yang satu). Terhimpunnya huruf didalam titik!, inilah maksud, inilah makna dan inilah erti ilmu yang bernaung, berpayung dan yang berselindung dibawah martabat wahdah.
Martabat wahdah itu, adalah seumpama sebiji benih yang belum tumbuh. Setiap benih ada tersimpam akar, batang, dahan, ranting, daun dan pucuk. Dimana semua itu, siap terkumpul dan terhimpun didalam benih yangn belum tumbuh. Benih yang belum tumbuh, belum menzahir atau belum mengeluar tumbuhan.
Seumpama ilmunya Allah itu, masih tersimpan didalam benih. Inilah yang diatakan alam atau martabat “wahdah”. Segala akar, batang, dahan, ranting, daun dan bungga, masih tersimpan dan masih tersembunyi didalam biji benih! (sedangkan bijinya tunggal).
Inilah juga yang dikatan alam martabat “Nur Muhamad”!. Dengan kata lain martabat alam “Nur Muhamad”. Ada juga para ulamak mengatakan yang martabat ini, adalah martabat “hakikat syahadat”. Inilah alam martabat syahadah yang selalu disebut-sebut orang, tetapi kebanyakkan ulamak itu, hanya tahu sebut sahaja, sedangkan tidak tahu apa dan tidak tahu datangnya dari mana!.
Jika tuan-tuan nak tahu, datangnya nama “hakikat syahadah itu, adalah datangnya daripada alam wahdah!.
Sudah dengan panjang lebar, saya membicarakan bab ilmu martabat wahdah, maka habis dan tamatlah sudah perbicaraan kita tentang memperbahaskan ilmu dibawah jajahan takluk martabat wahdah. Selepas ini, mengajilah, dalami dan fahamilah apa yang saya perkatakan itu, yang tidak akan sekali-kali tuan-tuan dapat dari mana-mana kitab-kitab sebelum dan selepas ini!. Inilah kehebatan dan duduknya kekuatan ilmu Tok Kenali!.
Kita sambung kemudian…………………………masih banyak ilmu didalam martabat tujuh, ini baru mukadimah…………………………amin drp hj shaari