GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday, 17 June 2011

Perkatan "ALLAH" : haramkan-buku-anas-zubedy???


Berikut MR petik posting dari blogger http://www.toksenawi.blogspot.com/ memperincikan hujah penulisan anak muda Anas Zubedy yang kalut dan menyimpang dari landasan yang sebenar.

MR mengenali blogger Tok Senawi yang memang mendalam kajian beliau tentang bible dan MR menyokong jika buku ini diharamkan..

Menakutkan! Begitulah kira-kiranya perasaan TS apabila selesai membaca buku yang bertajuk "Allah dalam Bible, boleh atau tidak? - Satu sudut Al-Quran" karya Anas Zubedy. Seorang anak muda Melayu yang cukup liberal fahamannya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menghalalkan penggunaan kalimah Suci Allah untuk orang Kristian didalam Bible.

Kejahilan beliau dalam menjemahkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ketara. Al-Quran sumber rujukan utama umat Islam bukanlah boleh ditafsirkan sesuka hati mengikut logik akal. Pada masa yang sama juga memberikan terjemahan yang salah dari petikan-petikan Bible.

Sebagai contohnya petikan ayat suci Al-Quran dari Surah Ali Imran 3:113, menerangkan bahawa terdapatnya orang-orang Yahudi yang baik yakni yang mempercayai Allah dan Hari Kiamat dan mereka ini beriman dengan ayat-ayat Allah (mengerjakan yang makruf serta melarang kepada perkara yang mungkar). 

Apakah ayat-ayat Allah dalam konteks ini bermaksud "Bible"? Hanya kerana yang membacanya itu adalah orang Yahudi maka kita mengatakan Al-Quran membenarkan kalimah tersebut digunapakai dalam Bible. Ini merupakan kekeliruan yang terang dan nyata TETAPI itulah yang cuba diterangkan oleh penulis!

Begitu pula dengan petikan dari Bible yang diberikan oleh penulis, katanya, " Yesus menjawab, kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, ....." Matius 22:37-40. 

Sedangkan yang tercatit didalam Bible langsung tidak menyebut Allah, "Jesus said to him, You shall love the LORD your God with all your heart, with all your soul and with all your mind." (Matthew 22:37)

Penulis juga meminta agar penganut Kristian meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan hak bagi menggunakan kalimah Allah dan pada masa yang sama akan sedia menyokong mereka untuk sama-sama mendesak agar Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan.

Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kawalan atau sekatan terhadap apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama lain disebarkan kepada orang-orang Islam. Penulis mendesak agar penganut kristian di negara ini bersatu mendesak agar mereka juga boleh berdakwah kepada orang Islam atau orang Melayu!

Sikap penulis yang bertindak menyebarkan pluralisme agama melalui "perpaduan" adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Manakan sama Islam dengan mana-mana kepercayaan lain. 

Sedangkan Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama kepada seluruh umat manusia! Firman Allah SWT didalam Al-Quran, "Hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu bagimu dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atasmu, dan Aku reda agama ISLAM itu menjadi agamamu." Al-Maidah 5:3 

Perpaduan masyarakat tidak sama dengan agama. Agama berkait dengan akidah atau kepercayaan serta amalan. Perpaduan lebih kepada sikap toleransi dan kerjasama. Apakah dalam beragama kita boleh bertoleransi? Meninggalkan suruhan kerana sikap kurang senang orang bukan Islam terhadap amalan kita dan atas dasar prinsip "human-rights", contohnya memakai tudung! 

"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku." Al-Kafirun 109:6

Beginilah keadaan sekiranya kita tidak mempunyai maklumat tentang Bible dan Kristian serta tidak mendalami agama sendiri (Islam)! Beginilah juga keadaannya apabila bertindak dan berfikir hanya dengan logik akal. Mengapakah hanya memetik segelintir sahaja petikan dari Bible untuk diberikan bidalan dan perumpamaan? Mengapa tidak dilihat Bible secara keseluruhannya yakni intipati kandungannya? 

Adalah lebih baik merujuk terlebih dahulu kepada orang yang lebih arif tentang hal-hal agama sebelum memberikan sebarang tafsiran agar tidak terjerumus dalam jurang kehancuran akidah.

 Sekadar membaca sahaja masih belum mencukupi. Sebab itu dalam bab agama kita disuruh berguru! Sebab itu juga ada majlis baca kitab di masjid dan surau tujuannya untuk memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang soal hukum hakam!

Oleh yang demikian juga TS berharap pihak berwajib seperti KDN, agar mengambil langkah sewajarnya bagi membendung buku-buku atau sebarang terbitan yang boleh mengelirukan akidah umat Islam.

"Ilmu tanpa amal itu sesat, amalan tanpa ilmu itu gila".

No comments:

Post a Comment