Elok rasanya...sebelum membaca Suroh يس pada setiap malam Jumaat di surau surau atau masjid...dijelaskan makna, tafsiran dan sejarah...3 atau 4 ayat...supaya tidak mencuri masa untuk membaca Suroh يس itu...oleh ustaz atau guru kepercayaan yang ada ilmu tafsir. InsyAllah...dalam 5 bulan / 20 minggu...khatamlah...dan boleh diulang semula. Maka tiadalah membaca Yaasiiin itu...hanya jadi 'adat atau ikut ikutan sahaja...turun temurun.
Aspek Keimanan Dalam Suroh يس Yaasiiin.
Bukti-bukti adanya hari berbangkit semula / Hari Qiamat; Al Quran itu bukan syair (ciptaan manusia); ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah; syurga dan sifat sifatnya yang disediakan bagi orang mukmin; mensucikan Allah Swt. daripada sifat sifat yang tidak layak bagi Nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari Qiamat atas segala perbuatannya di dunia.
Kali pertama bertugas sebagai guru sekolah menengah di Kelantan....Lepas CUTI Penggal Pertama persekolahan, bulan April tahun 1970an, saya turun dari BAS EKSPRES MARA di KOTA BHARU, Kelantan pada kira kira 8.30 pagi ...naik bas dari Kuala Lumpur pukul 8.00 malam.
Zaman itu lebuhraya melalui Gua Musang belum ada lagi..lebuhraya itu dibuka pada 1983. Jadi bas Ekspres Mara melalui negeri Pahang dan Trengganu untuk sampai ke Kelantan..ambil masa hampir 12 jam...dengan dua kali rehat.
Lepas sarapan pagi di gerai dalam Pasar Kota Bharu tingkat dua..( pasar itu dah tak ada lagi...ganti bangunan baru bertingkat tingkat ) ..saya pun turun mencari "Teksi"...beca roda tiga...yang masih bergelewak/banyak di bandar Kota Bharu...nak pergi ke rumah
sewa kawan kawan saya di belakang Jalan Bayam dekat Stadium
Besar...untuk lepak dan rehat rehat.
Dapatlah saya sebuah BECA..orang Kelantan panggil.. "Teksi"...saya pun duduk...pengayuh / penggateh teksi nih...agak saya berumur bawah 40 tahun...masih kuat dah gagah. Seperti biasalah dia pun bacalah بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...saya ingat beliau akan baca بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ sahaja...tetapi terus sambung baca سورة يس terus menerus.
Saya rasa terkejut...hai dia baca suroh Yasiiiin...sambil kayuh beca...ajer...tak tengok QURAN pun...hebat hebat...kata hatiku...
Aku nih Melayu Islam...cikgu pulak tuh...tak boleh baca..kalau tak tengok Quran...malu malu...kataku dalam hati...
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
يس (1)
Yaa Siin.
وَالۡقُرۡآنِ الۡحَكِيمِ (2)
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
إِنَّكَ لَمِنَ الۡمُرۡسَلِينَ (3)
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
عَلَي صِرَاطٍ مُّسۡتَقِيمٍ (4)
Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).
تَنزِيلَ الۡعَزِيزِ الرَّحِيمِ (5)
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
لِتُنذِرَ قَوۡمًا مَّا أُنذِرَ آبَاؤُهُمۡ فَهُمۡ غَافِلُونَ (6)
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
لَقَدۡ حَقَّ الۡقَوۡلُ عَلَي أَكۡثَرِهِمۡ فَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (7)
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.
إِنَّا جَعَلۡنَا فِي أَعۡنَاقِهِمۡ أَغۡلاَلاً فَهِيَ إِلَي الأَذۡقَانِ فَهُم مُّقۡمَحُونَ (8)
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
وَجَعَلۡنَا مِن بَيۡنِ أَيۡدِيهِمۡ سَدًّا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّا فَأَغۡشَيۡنَاهُمۡ فَهُمۡ لاَ يُبۡصِرُونَ (9)
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
وَسَوَاء عَلَيۡهِمۡ أَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لاَ يُؤۡمِنُونَ (10)
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman.
Yasin bukan untuk dibaca pada malam Jumaat sahaja...bukan untuk bacaan bagi orang nak mati sahaja...atau nak buat kenduri arwah sahaja...patut kita KHATAM QURAN...setiap 4 bulan sekali...bukan hanya KHATAM suroh Yaasiiin sahaja.
Kita patut juga tahu makna tafsiran dan sejarah setiap ayat... yang sebanyak 83 ayat... suroh Yaasiiin itu...bersambung insyAllah.
No comments:
Post a Comment