Kanser Usus dan Dubur
Pengenalan
Faktor Risiko
Penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui. Faktor mendorong kepada kanser kolon dan rektum :- Usia: lebih 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun.
- Polip: polip jenis adenoma boleh menyebabkan kanser
- Penyakit radangan usus : seperti "ulcerative colitis"(luka dan radangan pada usus) dan "Crohn's disease" (radangan pada usus,usus menebal dan luka) membentuk radangan yang berpanjangan.
- Sejarah kanser: wanita yang mendapat kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan mendapat kanser kolon dan rektum.
- Sejarah keluarga kanser: ahli keluarga mendapat kanser kolon dan rektum, terutama sekali bila kanser didapati pada usia sebelum 60 tahun.
- Pemakanan: makanan tinggi lemak dan kurang serat.
- Merokok: kajian menunjukan perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding dengan individu yang tidak merokok.
- Ubat penahan sakit bukan steroid: contoh aspirin boleh kurangkan risiko pembentukan kanser kolon dan rektum hasil dari sesetengah kajian.
- Permakanan dan ubatan: makanan kaya dengan buah-buahan, sayuran dan kurang daging merah mungkin mengurangkan risiko kanser usus dan dubur. Sesetengah kajian mendapati pengambilan ubatan folic acid dan kalcium boleh mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum.
- Berat badan dan aktiviti fizikal: individu dengan cara hidup yang tidak aktif dan individu lebih berat badan atau obesiti meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum.
Gejala
Berikut adalah gejala kanser kolon dan rektum. Jika anda mendapat gejala berikut, sila berjumpa doktor untuk pengesahan.- Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
- Turun berat badan tanpa sebab
- Kerap penat atau letih lesu
- Perubahan habitat pembuangan najis.
- Cirit birit, sembelit atau perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
- Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.
- Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa.
Diagnosa
- CT scan - kesan perebakan kanser ke paru paru, hati dan organ lain.
- Ultrasound - prosedur menggunakan gelombang bunyi untuk hasilkan imej jika kanser telah merebak kehati, atau organ lain.
- X-ray - untuk kesan perebakan ke paru paru.
- Tahap I : Kanser terletak di lapisan dalam usus atau dubur
- Tahap II: Kanser merebak melalui dinding usus atau dubur
- Tahap III : Kanser merebak ke nodus limfa berhampiran
- Tahap IV : Kanser merebak ke bahagian badan yang jauh seperti hati dan paru paru.
Rawatan
Rawatan bergantung kepada lokasi tertentu - PembedahanRawatan yang kerap dilakukan. sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa juga akan dibuang. Sebahagian kecil pesakit perlu kolostomi (sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis) samada sementara atau pun kekal. Kesan sampingan pembedahan adalah rasa sakit, sakit bila disentuh pada kawasan pembedahan, sembelit atau cirit birit tetapi buat sementara waktu sahaja. Individu yang menerima kolostomi mungkin akan alami radangan sekeliling stoma.
- Terapi radiasi
- Terapi kimo
No comments:
Post a Comment