GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Monday, 6 February 2012

Keagungan Islam Hanya Penglipur Lara


Monday, January 30, 2012

Sejarah Keagungan Islam Hanya Penglipur Lara

Putra Jaya, 29 Jan 2070: Sejarah kehebatan Islam mengenai budaya tegur menegur hanya layak ada di dalam lipatan kitab, disyarah di bilik kuliah, sebagai kajian akademik dan penglipurlara sahaja agar sedap telinga mendengar, tidak lebih dari itu ditegaskan oleh Ketua Negara Malaya (KNM), Ashabul Fadilah Triple Tun Double Tan Sri Multi Dato Pujangga Setia Maharaja Maulana Syeikhul Pak Teh Aris Awang, ketika membentang kertas kerja di hadapan himpunan rakyat baru-baru ini. 

"Sejarah Islam yang agung dan hebat itu sudah tidak sesuai lagi di amalkan dalam zaman kepesatan sains dan teknologi masakini, kerana setiap pemimpin sudah mempunyai kemampuan keilmuan yang cukup tinggi untuk menilai baik buruk sesuatu tindakan itu samada boleh atau tidak. Tidak ada siapa yang berhak memberi pendapat dan teguran, lebih-lebih lagi pemuda dan pemuda yang baru berumur belasan tahun." demikian tegas KNM dalam ucapannya menjelaskan tindakan suci beliau yang lebih suci dari undang-undang sedia ada, kerana undang-undang sedia ada mencatatkan ada ruang budibicara.

Tindakan beliau, telah tidak menggunakan ruang budibicara itu, kerana ingin lebih suci dan patriotik kepada negara dan memperli hat kebijaksanaan mentadbir, menurut Jabatan Peguam Malaya

Seterusnya Aris menjelaskan, "Kisah Saidina Umar Al-Khatab telah ditegur dengan pedang, bukan lagi boleh dicontohi kerana sekarang bukan zaman pedang, sebaliknya sekarang adalah zaman facebooker dan tweeter, sementara kisah seorang wanita yang membantah mengenai penetapan mahar oleh Saidina Umar juga sudah tidak releven, kerana sekarang bukan zaman dirham tetapi sudah zaman kad kredit"

Penegasan beliau, telah mendapat tepukan yang gemuruh dari seluruh hadirin.

"Seluruh rakyat harus yakin kepada saya, sebagai pemimpin saya sentiasa akan mengasihi rakyat, namun saya ingatkan seluruh rakyat mestilah menuruti kehendak saya dan pandangan saya. Jika tidak saya terpaksa menggunakan polis untuk demi ketenteraman semua rakyat yang saya kasihi, walaupun dalam perkara selunggok atau dua lunggok tanah.... ingat amaran saya ini! wahai rakyat yang di sayangi" laung Aris dengan penuh patriotik.

Hebat!!!... 7 juta rakyat bangun, mengangguk-nganggukkan kepala mereka secara serentak dan berirama menandakan persetujuan yang tidak berbelah bagi kepada pimpinan yang mereka sayangi dan hormati. 

"Mereka pejuang hak asasi manusia kononnya, ingin kebebasan bersuara?. Nak kebebasan bersuara apa lagi... cukuplah dengan pandangan dari saya kerana saya amat mahir untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk kepada seluruh rakyat. Seluruh rakyat harus faham bahawa pandangan saya adalah pandangan negara, apabila pandangan negara maka ia wajib ditaati oleh rakyat yang disayangi" Lanjut Aris.

Sekali lagi rakyat bangun dan bertempik sekuat hati,

"Hidup Ashabul Fadilah Triple Tun Double Tan Sri Multi Dato Pujangga Setia Maharaja Maulana Syeikhul Pak Teh Aris Awang!

Hidup Ashabul Fadilah Triple Tun Double Tan Sri Multi Dato Pujangga Setia Maharaja Maulana Syeikhul Pak Teh Aris Awang!

Hidup Ashabul Fadilah Triple Tun Double Tan Sri Multi Dato Pujangga Setia Maharaja Maulana Syeikhul Pak Teh Aris Awang!


Tiba-tiba seorang seorang anak kecil yang akhirnya dikenali sebagai Idrus Alor Nan bangun membantah dengan melaung, "Hoi, Areh anak Tok Awang! hang merapu apa!!!!"

Badan anak kecil tersebut telah dikeronyok oleh orang ramai sehingga hancur... kerana cuba membantah pandangan pemimpin mereka yang dikasihi.

Setelah itu, papan kenyataan telah dikeluarkan diberbagai tempat oleh Kementerian Keselamatan Negara berbunyi. "WAJIB TAAT - JIKA TIDAK! MATI KERONYOK" 

Sebagai halua telinga dan bahan renungan elok mendengar pandangan merapu Dr. Aziz Bari, yang perlu belajar lagi undang-undang daripada Ashabul Fadilah Triple Tun Double Tan Sri Multi Dato Pujangga Setia Maharaja Maulana Syeikhul Pak Teh Aris Awang. 

Selamat menonton 


No comments:

Post a Comment