GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Monday, 20 February 2012

Melayu BUTA QURAN..sekolah 2012 bermula



SAJAK


MELAYU DAN QURAN

 
Quran dan Melayu,
Melayu dan Quran,
Quran ajar Melayu,
Melayu nyanyikan Quran,
Ramai Melayu buta Quran.

 

Quran lengkap segala,
Dari ibdah dan undang - undang,
Melayu nyanyi Quran,
Beriman pada Quran,
Melayu tolak banyak hukum Quran.

 

Melayu dan Quran,
Ramai yang baca, menyanyi,
Minta brkat dan azimat,
Laksana baca buku kelasik,
Sebab itu ramai Melayu fasik.

 

Melayu dan Quran,
Quran dan Melayu,
Bangsa darat dan laut,
Tidak akan berpadu,
Selagi Quran dibiar di kepala tiang.

 

Ada Melayu Islam,
Islamnya, hanya pusaka,
Islamnya, jadi dua muka,
Ismlamnya, jadi dia derhaka,
Islam bentuk Melayu bertakwa.

 

Bukit Genting, Pahang ......... Mokhtar Petah



Agama Islam hanya subjek pilihan, bukan ilmu wajib
Posted on Tuesday, January 10 @ 19:00:00 PST by paktam



Oleh MAT ZAIN MAT ISA
PENGGAL baru persekolahan telah pun bermula. Sementara anak-anak yang baru memuhttp://razaklatif.files.wordpress.com/2008/01/mlk_sekolah009.jpglakan alam persekolahan peringkat rendah tidak begitu bermasalah mendapatkan tempat di sekolahsekolah dihasratkan, perkara berbeza berlaku terhadap mereka yang baru melangkah ke alam menengah.

Lazimnya akan ada pelajar yang berjaya menempatkan diri di sekolah-sekolah diidamkan, manakala sebahagian yang lebih besar daripada kalangan mereka gagal berbuat demikian.

Selain sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah ternama, turut menjadi rebutan para pelajar dan ibu bapa kebelakangan ini ialah sekolahsekolah menengah agama.

Minat masyarakat untuk memberikan pendidikan agama terbaik kepada anak-anak semakin menyerlah. Saban tahun dikatakan jumlah permohonan memasuki mana-mana sekolah menengah agama, terutama yang mempunyai rekod prestasi agak membanggakan, sentiasa berkali ganda melebihi jumlah tempat yang ditawarkan.

Kita sedar tidak semua antara kita ada kemampuan atau kesempatan mengajar ABC dan alif-ba-ta kepada anak-anak.

Tidak ramai juga antara kita mampu meluang masa mengajar anak-anak mengaji al-Quran di rumah. Kita juga tidak ada masa sesuai untuk menunjuk ajar anak-anak berhubung tatacara mengerjakan solat dengan betul dan sempurna.

Hakikat itu wajar diakui. Sebab itu kita amat mengharapkan wujudnya tempat yang mencukupi untuk kesemua anak yang berhasrat melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah agama. Malangnya, tempat untuk mereka ini amat terhad, menyebabkan wujudnya persaingan sangat hebat untuk menempatkan anak-anak kita di sekolah-sekolah terbabit.

Lebih malang lagi, pihak berwajib seakan tidak memberikan perhatian lebih serius untuk menangani perkembangan ini. Itulah yang amat mendukacitakan. Nampak sangat kerajaan pimpinan Umno tidak memandang urusan menyediakan ruang pendidikan Islam kepada para pelajar sebagai suatu yang perlu diutamakan.

Sekolah agama tidak difikir untuk ditambah, berbanding sekolah-sekolah yang menekankan pendidikan sains, teknologi dan sebagainya, walau pun kerajaan sedar permintaan terhadap pendidikan agama semakin meningkat. Kerajaan seolaholah tidak menganggap penting kedahagaan ibu bapa memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka.

Memburukkan persepsi itu ialah apabila masa untuk pengajaran dan pembelajaran subjek agama di sekolah-sekolah juga tidak memadai. Agama Islam dilayan tidak lebih hanya sebagai satu subjek pilihan, bukannya sebagai suatu ilmu yang wajib dipelajari anak-anak.

Bahkan, dalam menentukan gred dan pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik para pelajar, prestasi mereka dalam subjek agama kerap tidak diambil kira. Pengkelasan subjeksubjek akademik itu secara jelas meminggirkan subjek agama dan moral. Hakikat ini sudah diamalkan di sekolah sejak sekian lama.

Sebab itu dalam saringan untuk kenaikan kelas, ada sekolah hanya mengambil kira lima subjek teras sebagai asas penilaian prestasi seseorang murid bagi tujuan pemilihan ke tahap seterusnya.

Lima kertas teras itu ialah Bahasa Malaysia Kefahaman, Bahasa Malaysia Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, iaitu subjek-subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Hanya markah lima kertas tersebut yang dijumlahkan sebagai ukuran pencapaian murid. Ertinya, subjek agama Islam tidak ada nilai akademik. Pencapaian cemerlang dalam subjek itu tidak membantu melonjakkan penilaian prestasi seseorang murid.

Justeru, jika pun anakanak kita mendapat markah rendah dalam subjek agama, ia tidak menjadi masalah yang merunsingkan pihak sekolah mahupun ibu bapa. Ia tidak menjejaskan peluang muridmurid untuk naik kelas, selagi mereka cemerlang dalam lima subjek teras itu. Begitu juga dalam UPSR.

Anak-anak dibesarkan dalam jadual pembelajaran yang secara jelas meminggirkan subjek agama Islam. Hal itu secara tidak langsung menanamkan persepsi dalam pemikiran mereka kononnya untuk memastikan kejayaan masa depan mereka, kecemerlangan dalam ilmu agama tidak perlu dipentingkan.

Sudahlah tulisan jawi, yang mempunyai hubungan sangat rapat dengan tulisan Arab yang juga tulisan al-Quran, dihapuskan sewenang-wenangnya sejak lebih empat dekad lalu.

Diikuti kemudiannya dengan penghentian bantuan perkapita kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Kini, biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada pelajar untuk pengajian Islam ke Timur Tengah pula dikurangkan dalam kadar sangat tidak munasabah. 

Bahkan, tumpuan pengkhususan bidang pengajian untuk pelajar tajaan kerajaan juga sengaja ditukar, daripada bidang pengajian Islam kepada perubatan.

Itu belum lagi kita sebut kedurjanaan Umno menutup Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) yang ditubuhkan kerajaan PAS di Terengganu, atas pelbagai alasan dan hujah politik yang remehtemeh.

Kesemua pemerhatian di atas menjurus kepada hanya satu kesimpulan, bahawa Umno memang sengaja meminggirkan pendidikan Islam kepada anakanak bangsanya sendiri!

No comments:

Post a Comment