19 April 2012 - jam 9.00am.
Di antara 3 pintu tersebut, apa yang di beritahu oleh mutawwif kami pintu 1 dan 3 hanyalah wayang jer... wallahuaklam..., pintu 2 adalah pintu sebenar kedudukan Maqam Rasulullah dan sahabat2nya.
Ketika Rasulullah SAW wafat, baginda dimaqamkan di dalam rumahnya. Disebelah maqam Rasulullah SAW adalah Maqam Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA dan disebelahnya pula Maqam Saidina Umar Al-Khathab. Kedudukan Maqam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA dan Saidina Umar Al-Khathab seperti posisi solat antara Imam dan Ma’mum. Abu Bakar menjadi ma’mum kepada Rasulullah, kemudian Umar Al-Khathab menjadi ma’mum kepada Abu Bakar As-Siddiq.
Dalam keadaan bersesak dan berhimpit dapat juga gua menyelitkan diri untuk bersolat sunat di Raudhah, gua buat sebanyak mungkin sampai kena halau dengan Polis Pak Arab yang berkawal di situ... hahahaha... Ramai orang yang ingin mengambil peluang solat dan berdoa di Raudhah, bab jemaah berebut2 nak bersolat dalam Raudhah menjadi perkara biasa, bayangkan masa tengah sujud dengan selamba beruk jer... ada orang langkah kepala lu sampai kopiah pun tercabut, kaki kena pijak tak payah citerrr aaarrr....!!!! Perggghhhh.. betul2 tercabar dan mencabar beb... kalau di Malaysia dah tentu2 kena sekeh beb....!!!
Perkuburan Baqi - Sony Xperia S
Selepas lawatan yang dipandu oleh mutawwif kami pada hari tu..., setiap kali masuk waktu solat fardhu gua akan cilok ke pintu BabusSalam... kononnya nak dapatkan peluang berjemaah dalam Raudhah atau depan Maqam Rasulullah... tapi hampeh beb... pasal kawasan tu sentiasa penuh dan dikepong oleh pak polisi...., walau dalam hati gua sentiasa berdoa supaya diberikan peluang tersebut.
Hinggalah pada Subuh hari Jumaat, gua berjaya menyelitkan diri dalam saf ke 2 betul2 membelakangi Maqam Rasulullah, habis jer solat terus bangun dan pusing belakang dengan mengucapkan salam dan menyampaikan Salam yang dikirimkan oleh member2 sahabat Blogger dan member2 yang lain kepada Baginda Rasulullah dan Sahabat2nya... puashati kerana dapat menunaikan amanah dan kiriman member2 sekalian.., sebabnya sebelum2 itu nak dapat peluang berdiri depan maqam Rasulullah takda peluang langsung... asyik kena halau jer.... hehehehe....
Pada hari Sabtu pula, jam 10.30am gua dah memasuki pintu BabusSalam, selit punya selit dapat iktikaf dalam Raudhah sehingga selesai Zohor, yang ini betul2 puashati beb... , berebut-rebut beb nak solat di Raudhah hinggakan sanggup menolak menyakiti jemaah lain kerana ramai orang ingin mencari jalan ‘short cut’ masuk ke dalam taman syurga tuuu.... hahaha...
Tetapi apabila difikirkan kembali, apakah yang dimaksudkan dengan Taman Syurga...???
Bukankah Taman Syurga itu maksudnya dengan Majlis Ilmu. Pelik ibnu Hairan ibnu Ajaibnya takda pulak dan tak ramai umat Islam berebut masuk ke dalam majlis ilmu...???
Terutamanya majlis2 ilmu di setiap Masjid/Surau di Malaysia, selesai jer solat maghrib pasti ada majlis ilmu.... tapi tak ramai yang nak duduk dalam Raudhah di Masjid2 di Malaysia.... hahahaha...!!!! termasuklah gua... muakakakakaaaa....!!!
Ibn Abdil Barr mengatakan maksud Raudhah sebagai majlis zikir (ilmu) adalah dikuatkan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila kamu melalui salah satu Taman Syurga, hendaklah kamu berhenti". Sahabat lalu bertanya apakah Taman Syurga itu? Rasulullah SAW menjawab: "Majlis zikir (majlis ilmu)” - (Ad-Durrah Ath-Thaminah 134).
Sendiri mau ingat laaaaa.....!!!
Banyak lagi yang nak gua kongsikan sepanjang 2 minggu di Bumi Anbiya... tapi nanti2 aarrr...., kepada pengomen yang mendoakan gua keburukkan di Tanah Haram kerana selalu maki hamun pemimpin umporno dan YB2 yang gila kuasa, mata duitan dan perangai macam cibai tuuuu....!!!!
Bukan kerana takbur dan sombong, tetapi buat pengetahuan lu... gua Alhamdulillah selamat beb... tak di uji dengan apa2 dugaan dan balasan kerana gua yakin sepenuhnya dengan Surah Al-Masad...!!!
No comments:
Post a Comment