GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Wednesday 18 May 2011

Asas Usuluddin 1 Dan Tsunami Kewangan Global.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bahawa kesempurnaan ilmu itu di dalam DUA kalimah sahaja:


Pertama: barang yang dijamin oleh Allah Taala janganlah disungguhi iaitu seperti rezeki kerana selama ada umur kita, adalah rezeki itu yang 4 perkara:


Makanan
Minuman
Pakaian
Apa-apa yang kita sedekahkan.


Kedua: barang yang dituntut oleh Allah Taala hendaklah disungguhi iaitu 2 perkara:
Ilmu
Amal
Ada pun ilmu yang WAJIB kita pelajari 3 perkara:


Pertama: Usuludin ertinya pangkal/pokok agama yang gunannya tahu kita akan Allah Taala dan rasul-rasul yang wajib kita ketahui dan WAJIB diiktikad/disimpulkan dalam hati.
Kedua: Fekah ertinya memahamkan agama yang gunanya tahu kita akan hukum-hukum dari Allah Taala yang WAJIB kita ketahui dan WAJIB diamalkan oleh anggota/tubuh badan.
Ketiga: Tasawuf ertinya menyucikan hati. Gunanya tahu kita akan cara mengadap Allah


Taala yang WAJIB kita ketahui dan WAJIB dikerjakan oleh hati.
Faedah Usuludin DUA bahagi:


Pertama: sah amal ibadat kita.
Kedua: jangan kekal kita di dalam api neraka.


Faedah Fekah DUA bahagi:


Pertama: tahu halal dan haram perbuatan kita.
Kedua: tahu sah dan batal segala amalan kita.


Faedah Tasawuf DUA bahagi:


Pertama: tahu sifat-sifat hati yang dipuji Allah.
Kedua: tahu sifat-sifat hati yang dikeji Allah.


Adapun erti HUKUM itu menetapkan sesuatu pekerjaan kepada sesuatu pekerjaan ATAU menidakkan sesuatu pekerjaan/amalan kepada sesuatu pekerjaan.


HUKUM terbahagi 3 iaitu:
Pertama: hukum Syara’ iaitu dihantarkan kepada zat mukallaf.
Kedua: hukum ‘adi/adat iaitu dihantarkan kepada zat jirim.
Ketiga: ‘akal iaitu dihantarkan kepada Allah Taala.


Adapun erti Syari’e itu tuntutan Allah Taala kepada sekelian amalan/perbuatan mukallaf bersamaan lelaki atau perempuan.
Adapun erti ‘Adi/adat iaitu kebiasaan perbuatan makhluq.
Adapun erti ‘akal itu membezakan antara baik dan jahat.
Adapun erti mukallaf itu yang diberati oleh Allah dan Rasul dari baligh hingga mati.


Adapun erti JIRIM itu memenuhi lapang kadar zat seperti batu, kayu, manusia, binatang dll.


Adapun kesempurnaan HUKUM AKAL itu 3 bahagi:


Pertama: WAJIB ertinya barang yang tiada membenarkan pada akal akan TIADANYA.
Kedua: MUSTAHIL ertinya barang yang tiada membenarkan pada akal akan ADANYA.
Ketiga: HARUS ertinya sah pada akal akan ADANYA dan TIADANYA.


Adapun hakikat WAJIB itu tiada membenarkan ‘akal kita sekali-kali tiada, melainkan ada.
Adapun hakikat MUSTAHIL itu tiada membenarkan ‘akal kita sekali-kali, melainkan tiada.
Adapun hakikat HARUS itu tiada membenarkan ‘akal kita sekali-kali adanya dan tiadanya.


Adapun WAJIB pada AKAL itu 2 bahagi:


Pertama: NAZORI ertinya payah memahamkan dia iaitu mesti berkehendak kepada fikir
dan bicara seperti bersifat Qidam Allah Taala.


Kedua: ZORURI ertinya mudah memahamkan dia iaitu tidak berkehendak kepada fikir dan
bicara seperti JIRIM mengambil lapang kadar zat.


Adapun yang dikatakan fikir itu ialah akal.
Adapun yang dikatakan bicara itu ialah ilmu.


Adapun MUSTAHIL pada akal itu 2 bahagi:


Pertama: NAZORI iaitu menduakan Tuhan kita.
Kedua: ZORURI iaitu suci jirim daripada bergerak dan diam.


Adapun HARUS pada akal itu 2 bahagi:


Pertama: NAZORI iaitu seperti menyiksa Allah Taala akan orang yang berbuat taat.
Kedua: ZORURI iaitu seperti bergerak jirim atau diamnya dan memberi pahala akan orang
yang berbuat maksiat bagi Allah Taala.


Adapun HUKUM ADAT itu 3 bahagi:


Pertama: WAJIB seperti kenyang dengan sebab makan.
Kedua: MUSTAHIL seperti kenyang dengan tiada makan.
Ketiga: HARUS seperti ada makan tidak ada laparnya.


Adapun TAALUK kepada agama itu 7 perkara:


1. Pertama: ertinya agama iaitu berpegang yang teguh atau kukuh.
2. Kedua: agama yang sebenar iaitu agama Islam.
3. Ketiga: tiang agama itu SEMBAHYANG.
4. Keempat: raja agama itu WARAK.
5. Kelima: yang membinasakan agama itu TAMAK-HALOBA.
6. Keenam: kesempurnaan agama iaitu berhimpun 4 perkara:
Pertama: IMAN
Kedua: ISLAM
Ketiga: TAUHID
Keempat: MAKRIFAT
7. Ketujuh: awal agama itu mengenal Allah Taala.
.........................................................................................................
Adapun kita kenal Allah itu 2 perkara:


Pertamanikmat Allah yang 2 perkara:


Pertama: nikmat Al Iijaad iaitu dijadikan oleh Allah Taala daripada TIADA kepada
ADA di dalam rahim ibu kita.
Kedua: nikmat Al Ihdaad iaitu ditolong oleh Allah Taala akan kita keluar daripada
perut/rahim ibu kita dan hidup didunia hingga mati.


Kedua: yang dijadikan Allah Taala iaitu sekelian yang baru.
Adapun hakikat makrifat kita kepada Allah Taala itu mesti berhimpun 3 perkara:


1. Pertama: Al Jizhu iaitu berpegang yang teguh tiada berubah.
2. Kedua: Al Muafiqu lilhaqqo iaitu muafakat yang sebenar 2 perkara:
Pertama: Khobarullahu Taala dan Rasul.
Kedua: khobar mastautir iaitu dari sahabat Rasul.
3. Ketiga:


Adapun Martabat Iman itu 3 perkara:
Pertama: bertambah dan tiada berkurangan iaitu iman sekelian Rasul.
Kedua: tiada bertambah dan tiada berkurangan iaitu iman sekelian Malaikat.
Ketiga: bertambah dan berkurang iaitu iman sekelian baharu.
Keempat: kurang dan tidak bertambah iaitu iman orang fasik.


Adapun keluar Hakikat Makrifat itu 3 perkara:


Pertama: Syak iaitu bersamaan hatinya mengatakan ADA dan TIADA.
Kedua: Zon iaitu banyak kepada ADA, sedikit kepada TIADA.
Ketiga: Waham iaitu banyak kepada TIADA, sedikit kepada ADA.
Jahil itu 2 bahagi:


Pertama: Murakab iaitu TIDAK TAHU tetapi mengaku TAHU.
Kedua: Basit iaitu tiada tahu sekali-kali akan Allah Taala seperti orang
di sebalik bukit.


Adapun nama Islam itu 4 bahagi:


Pertama: Islam Taklifiah ertinya yang diberati oleh Allah Taala iaitu orang Islam yang cukup
3 syarat: Islam Baligh Berakal
Kedua: Islam Tabi’iah ertinya mengikut ibubapa sahaja.
Ketiga: Islam Hukmiah iaitu kanak-kanak yang di dalam perut ibunya.
Keempat: Islam ‘Ardhiah iaitu yang mendatang yakni orang kafir baru masuk Islam (Muaalaf).


Adapun KAFIR itu 4 bahagi:


Pertama: Kitabi iaitu Yahudi dan Nasrani.
Kedua: Wasni iaitu yang menyembah berhala.
Ketiga: Majusi iaitu yang menyembah api, matahari dan bulan.
Keempat: Harbi iaitu yang berperang melawan orang Islam.
Maka WAJIB atas tiap-tiap mukalaf yang diberati oleh syarak mengetahui sifat yang WAJIB bagi Zat TUHAN, yang MUSTAHIL dan yang HARUS.


Adapun iktikad itu 2 bahagi:


Pertama: IJMAL ertinya kumpulan iaitu bahawasanya kita iktikadkan Allah Tala itu bersifat
(Kamalat) iaitu kesempurnaan bagi Allah Taala tiada terhingga banyaknya lawan-
nya sifat kekurangan.


Kedua: Tafsil ertinya bilangan satu-satu iaitu bahawasanya kita iktikadkan Allah Taala itu


Bersifat yang WAJIB 20, MUSTAHIL 20 dan HARUS 1.
Adapun sifat Allah Taala yang WAJIB itu 20 sifat:
  1. Wujud
  2. Qidam
  3. Baqo’
  4. Mukholafatuhu Taala lil hawadis
  5. Qiamuhu binafsihi
  6. Wahdaniah
  7. Qudrat
  8. Irodat
  9. Alim
  10. Hayat
  11. Sama’
  12. Basar
  13. Qolam
  14. Kaunuhu Qodiron
  15. Kaunuhu Muridan
  16. Kaunuhu Aliman
  17. Kaunuhu Haiyan
  18. Kaunuhu Sami’an
  19. Kaunuhu Basiran
  20. Kaunuhu Mutakaliman...bersambung InsyAllah.
Tsunami Kewangan Global.


1. Kita seolah tidak peduli akan tsunami kewangan global yang berkait rapat dengan situasi yang berlaku di Timur Tengah ketika ini. Amaran penganalisis ekonomi dan kewangan yang telah meramalkan sejak 2008 bahawa krisis kewangan dunia akan bertambah buruk, seakan tidak penting kepada kita. Apa yang lebih mereka (pembangkang) sibukkan ialah 'berdoa' agar Malaysia terikut jejak langkah negara-negara timur tengah yang sedang bergolak.


2. Mungkin kita tidak sedar bahawa krisis kewangan yang melanda dunia adalah berkait dengan perbelanjaan peperangan ke atas negara Iraq, Afghanistan, Palestin, Sudan sebelum ini. Terbaru demostrasi yang melanda negara-negara timur tengah juga bakal mencetus polemik kewangan bagi negara yang mempunyai hubungan dagangan dengan kebanyakan negara Asia Barat yang sedang bergolak. Krisis kewangan ini telah dirancang dengan begitu teliti oleh para elit kewangan global yang merupakan sebahagian agenda 'Pesta Perang' yang bakal berlaku.


3. This is a global war – a global financial war. One cannot detach the wars in Iraq and Afghanistan from this financial crisis. War is the racket.


4. . Kita sedang menyaksikan permulaan kepada pengakhiran Empayar Anglo-American Zionist.


5. Apabila sesebuah empayar akan sampai ke penghujung riwayat, maka keadaan akan menjadi lebih bahaya kerana mereka sedaya upaya akan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk melambatkan saat kejatuhan mereka. Penggunaan kuasa ketenteraan atau dictatorships kini tumbuh bak cendawan di seluruh dunia terutama di negara-negara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.


6. Beberapa negara akhir-akhir ini seolah-olah sedang bersedia untuk menghadapi peperangan. Rusia dan China kini seakan diancam dan kedua negara ini telah bertindak meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka. Rusia juga telah mengeluarkan amaran kepada Amerika agar tidak cuba bertindak sebarangan kerana mereka tidak akan teragak-agak untuk melancarkan senjata nuklear.




7. Kapal perang China sedang dalam keadaan bersedia berhadapan dengan aircraft carrier USS Kitty Hawk yang berlabuh di sepanjang selat yang memisahkan Taiwan dengan Tanah Besar China. NATO yang berada dalam keadaan kelam kabut dan kurang stabil di Balkans, khususnya Kosovo, turut memberi ancaman kepada Rusia. Israel pula sedang hebat melakukan provokasi di Timur Tengah sehingga mencetuskan 'pemberontakan domino' di Tunisia, Algeria, Mesir, Yaman, Bahrain dan yang terbaru Libya; demi memastikan petroleum di bawah kekuasaan mereka.


8. Krisis kewangan dunia yang berlaku kini bolehlah dikatakan War of Currencies. Penguasaan dollar semakin lemah. Petro-dollar kini bukan lagi simbol kekayaan sesebuah negara.


9. Rizab Antarabangsa Bank Negara setakat 14 Februari 2011 yang terdiri daripada mata wang dollar (US$99 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$600 juta), Pengeluaran Khas (SDR) US$2.1 bilion, emas (US$1.6 bilion) dan aset-aset rizab lain (US$6.3 bilion); pasti tidak akan memberi sebarang makna pada ekonomi semasa. Rizab dalam matawang Pound Sterling dan Euro yang sebelum ini dianggap sebagai alternatif juga berada dalam keadaan yang tidak stabil. Namun berbeza dengan Russian Ruble dan Chinese Yuan yang kelihatan semakin kukuh di pasaran dunia serta dianggap sebagai ancaman oleh Amerika Syarikat kepada status global dollar yang sebelum ini merupakan rujukan The Global Reserve Currency.


10. Perang nilai matawang antara USD, Ruble dan Yuan ini kelihatan sejajar dengan 'hot wars' yang dijangka akan berlaku oleh ramai penganalisis ekonomi dan politik dunia. Dipercayai bahawa Zionist Anglo-American War Party sudah tiada pilihan melainkan terpaksa menganjurkan peperangan to protect power, intimidate and if need be conquer and occupy any country resisting the dollar hegemony.


11. Inilah pengakhiran kepada 'game' mereka selama ini. Mereka beranggapan sekiranya empayar Zionist Anglo-American tidak berjaya mengekalkan pengaruh dollar bermakna itulah saat kehancuran bagi mereka. Zionist Anglo-American pasti tidak akan berputus asa terhadap kejatuhan ekonomi dan pengaruh dollar.


12. We must prepare for the coming global wars. Please tell your fellow citizens to expose this perfidy and start organizing resistance.

No comments:

Post a Comment