GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Wednesday, 20 July 2011

ISLAM vs SEKULARISME.





ISLAM vs SEKULARISMA
Muslim hari ini telah terperangkap dalam satu sistem pemerintahan yang dirumus oleh pemikir Yahudi Antarabangsa selepas era penjajahan. Sistem yang terpusing jauh dari halacara pemerintahan mengikut apa yang ditetapkan oleh Islam ini sengaja dijadikan prasyarat jika ingin bebas. Ia telah dipaksakan oleh penjajah secara halus, oleh kerana terlalu ingin segera memerintah sendiri, anak negeri tidak sedar bahawa sistem tersebut mempunyai sejenis virus yang akan merosakkan seluruh sistem hidup Islam secara perlahan-lahan. Setelah melalui pelbagai peristiwa getir, baharulah anak negeri mengetahui kedudukan sebenar dan niat jahat penjajah yang bermukim dibawah pengaruh Yahudi Antarabangsa itu.

Negara-negara Islam termasuk Malaysia yang terlepas dari kongkongan penjajah Barat telah mengalami kesukaran untuk melepaskan diri dari sistem yang hanya sesuai untuk Kuffar ini. Sebuah fitnah besar menimpa umat Islam akhir zaman. Sistem yang dipaksakan itu ialah sekularisma.

Sekularisme, satu isu dan fenomena yang tidak pernah berhenti perbincangannya. Agama dan kehidupan bagai ada pembatas antara kedua-duanya. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Sedangkan agama itu sendiri bererti cara hidup. Lalu, jika bukan agama yang dijadikan cara dan sistem hidup, maka sistem manakah yang diambil? Hanya dua sistem yang wujud selain Islam iaitu sistem jahiliyyah yang bodoh dan sistem hawa nafsu yang serakah.

Umat akhir zaman ini, jika dilihat dari pelbagai sudut, pelbagai jugalah jenisnya. Jika dilihat dari segi sekularnya, pelbagai jenis sekular yang ada. Bahkan tidak kurang juga mereka yang merasakan selamat daripada sekularisme sambil merasakan orang lain pula yang sekular, tetapi mereka sendiri pun adalah sekular dalam sudut yang lain. Sangat hairan melihat gejala ini, Islam hanya diterima sebahagian. Ke mana perginya Islam yang masih berbaki? Na'uzubillah..

Sekular yang paling mudah dilihat ialah dalam pemerintahan dan pentadbiran, atau disebut oleh orang sekarang sebagai politik. Bagaimana mereka melihat politik itu sebenarnya? Adakah politik itu hanya urusan berpilihanraya dan urusan buat projek? Adakah politik adalah agenda memenuhkan poket sendiri dengan duit rakyat? Tentu sekali tidak.

Politik sepatutnya membawa manusia kepada Allah. Pemimpin sepatutnya membawa manusia makin hampir dengan Allah, bukan membawa kepadanya atau kumpulannya. Bukan kepada harta mahupun hiburan. Adakalanya wasilah tertukar menjadi matlamat sehingga hilang tujuan dan "asolatud da'wah". Tiada bezanya dengan sang kafir yang jahil dan haloba. "Kami buat bangunan dan kebajikan untuk rakyat." Ini bukanlah pembeza antara politik Islam dan kufur. Bahkan adakalanya sang kafir lebih baik sistemnya dalam urusan material dan kebajikan.

Jika kita terselamat dalam urusan politik, adakah kita selamat dalam urusan pemakanan dan kegunaan seharian? Bukankah Islam turut menetapkan sistem pemakanan halalan toyyiban untuk kita? Sangat hairan rasanya apabila manusia kini bagai binatang dalam soal pemakanan. Tahukah anda bagaimana binatang makan? Tidakkah kita tahu bahawa binatang itu makan apa sahaja yang boleh mengenyangkannya dan memuaskan nafsu serakahnya? Tidakkah kita sedar bahawa binatang itu tidak pernah memilih-milih dalam menentukan kesucian makanan?

E-Kod yang syubhah / haram...

Memang menghairankan. Ulama terdahulu sangat menjaga urusan pemakanan kerana mereka tahu kesan makanan haram dan syubhah terhadap akhlak dan rohaninya. Bahkan inilah antara perkara yang susah dijaga apabila seseorang telah hilang sifat warak yang sepatutnya menghalangnya daripada menurut hawa nafsu semata. "Mari perjuangkan Islam!! Takbir!!!". Seminit kemudian, coca cola, E471, E475, ayam suntik dan lain-lain produk syubhah serta haram mula memasuki mulut "pejuang Islam" tersebut. Pemakanan tidak lagi menjadi ibadah dan pemberi tenaga untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya menjadi wasilah yang bermatlamatkan, ber"hadaf"kan, ber"ghoyah"kan hawa nafsu.

Bagaimana pula dengan pendidikan? Ramai yang melihat ilmu adalah untuk wang. "Kamu belajar tinggi-tinggi ya, nanti boleh kerja hebat dan dapat banyak duit". Ilmu tidak pernah ada tujuan lain melainkan untuk hampir kepada Allah. Akhir zaman ini ilmu mula hilang nilai dan kualitinya apabila ilmu hanya untuk sijil yang akan digunakan untuk cari kerja. Sangat sukar dalam menuntut ilmu apabila ilmu menjadi musuh sehingga berlaku "peperangan" dalam peperiksaan. Peperiksaan tidak lain dan tidak bukan hanyalah pengukur "kekuatan senjata" sebelum berperang dengan jahiliyyah di luar sana. Jika tiada peperiksaan sekalipun kita tetap perlu bersedia dan berilmu.

Mungkin inilah yang dikatakan akhir zaman, ilmu mula diangkat satu persatu. Jahilyyah mula menjelmakan diri. Pengikut-pengikutnya tidak kurang "hebat"nya. Sabar dalam penantian, moga terselamat daripada fitnah akhir zaman. Masih banyak sekular yang lain yang perlu kita perhatikan seperti akhlak Islam dan sunnah Nabi yang banyak ditinggalkan orang sekarang. Moga Allah menyelamatkan kita.

Namun, akhir zaman ini kelihatan pelbagai penemuan mula membuktikan satu persatu kebenaran Islam. Sekular akan berakhir apabila sistem Islam mula menampakkan kerelevenannya dan kesesuaiannya dalam mengurus kehidupan. Bukan sekadar urusan agama yang difahami oleh sebahagian manusia iaitu sistem politik, ekonomi dan sosial, bahkan ilmu berkaitan akal juga akan turut membuktikannya. Yakinlah dengan kemenangan Islam yang pasti akan muncul. Yang perlu kita fikirkan ialah, adakah kita akan menjadi salah seorang tentera Al-Mahdi dan kumpulan "Panji Hitam", atau tentera Dajjal dan sekutunya???

Wallahu'alam.
pilihan anda
kredit untuk DEVOTEE 

No comments:

Post a Comment