GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Wednesday, 6 July 2011

Solat JUMA'AT dengan Solat JEMA'AH apa bezanya???


Menghapuskan Imej ‘Average’ Islam
Posted on Monday, July 04 @ 20:01:58 PDT by paktam
SUMBER : http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=14848


Oleh: Shirzad Lifeboat

Paling ketara tentang imej Islam (di mata masyarakat majmuk Malaysia) https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9naiP3owbzwqnNR3u3_j1V553wkiEfTHzmEwLdqK1bsrURfdMbFdnCrYlaFMYQ5dhwzaLz8koASn6ZS9Z_y8VWuDn3ZcIE_fK4zQR23B8_BfH8Bu5aZ0dj6eZyLxvbIhj3FdIBrnpq4PM/s1600/solat+jumaat.jpgberlaku setiap hari Jumaat apabila umat Islam keluar menunaikan Solat Jumaat.

Bermula dari jam kira-kira 12.30 tengah hari sehinggalah lewat sedikit jam 2.00 petang, terasa semacam wujudnya rasa kejelakatan (sense of cohesiveness) padu di kalangan umat Islam tanpa mengira status sosial, kepercayaan fahaman politik, keturunan malah bangsa, atau apa sahaja yang menjadi pemisah sosial di antara sesame manusia.

Namun setelah ucapara Solat Jumaat berakhir, imej Islam kembali menjadi satu imej yang bersifat purata sahaja. Tidak ada yang ketara tentang Islam dan umatnya.


Benar di mana-mana sekalipun di negara ini terdapat masjid dan surau dan ia kembali dikunjungi pada waktu solat fardhu. Tetapi tidak ramai yang berkunjung ke masjid atau surau untuk berjamaah kecuali untuk Solat Maghrib di mana jumlahnya dalam sebutan saf mungkin melebihi tiga atau empat saf bagi masjid dan barangkali enam atau tujuh saf bagi surau.


Bagi ceramah dan kuliah subuh yang diadakan dari masa ke masa, jumlah hadirin yang menyertainya, lebih lazim dari tidak, boleh sahaja dikira dengan jari. Boleh dikatakan mereka hadirin yang sama setiap kali majlis seumpama itu diadakan.


Majlis serupa ini mungkin gagal menarik minat umat Islam di sekitar surau atau masjid berkenaan kerana beberapa faktor antaranya kerana cara penyampaian ceramah tidak mencerminkan peredaran zaman. Terdapat juga penceramah yang cuba menggunakan perkataan bombastik tetapi sama ada terkeluar konteks sama sekali atau tidak dapat difahami oleh pendengar.


Ayat tradisional seperti “barangsiapa… nescaya…” yang sudah lagi tidak berupaya menarik minat golongan muda dan apatah lagi golongan atau membuatkan mereka takut kepada Allah.


Sejak dulu lagi sudah ada suara yang melahirkan kebimbangan ini. Nampaknya dakwah Islamiyyah bukan sahaja gagal disampaikan kepada orang bukan Islam tetapi turut sama gagal disebarkan kepada umat Islam sendiri.


Namun kesalahan kerana tidak menghadiri majlis ilmu dan agama seperti ini tidak harus diletakkan kepada umat Islam semata-mata, termasuk mereka yang berhasrat untuk menghadirinya tetapi mengalami fenomena hilang minat secara tiba-tiba akibat beberapa perkara yang sepatutnya tidak berlaku.


Pernah di satu ketika dulu, sekitar bulan Ramadan tahun 2007, beberapa orang anak muda yang tinggal di sebuah kawasan perumahan kelas sederhana atasan berkunjung ke sebuah masjid untuk turut bersama hadir dalam majlis Qiyyamulail. Mungkin suasana bulan Ramadan ini telah menyebabkan mereka mahu mengubah cara hidup langsung cuba mendekati Allah. 


Tetapi selepas kedua mereka tidak lagi muncul sehinggalah malam terakhir gara-gara penceramah kerajaan yang ditugaskan untuk memimpin majlis pada malam itu telah sampai lewat. Majlis sepatutnya bermula jam 3.00 pagi tetapi penceramah hanya tiba di masjid jam 4.20 pagi.


Bagi generasi muda ini, sekiranya perkara menepati waktu yang paling asas dan dituntut oleh Islam ini pun gagal untuk orang yang sepatutnya mencapaikan ceramah tentang agama, bagaimanakah mereka harus memberikan kepercayaan kepada apa yang bakal diperkatakan. Ia cuma menepati ungkapan ‘cakap tak serupa bikin’.


Sebagaimana perbandingan, senario berbeza terlihat di masjid dan surau yang diasosiakan dengan PAS terutama sekali di Kelantan dan Terengganu. Tanpa menyentuh soal politik, apabila masjid dan surau ini mengadakan majlis ilmu dan ceramah agama, termasuk kuliah Subuh, kuliah selepas waktu Maghrib, Qiyyamulail dan sebagainya, jumlah yang hadir adakalanya melimpah keluar bangunan.


Mereka yang hadir itu bukan sahaja terdiri dari golongan ahli dan penyokong PAS tetapi termasuk dari ahli dan penyokong UMNO serta mereka yang tidak menyokong mana-mana parti politik. Rata-rata semuanya hadir untuk menimba ilmu dan seterusnya mendapatkan keberkatan.


Walaupun adakalanya pendekatan bahasa penceramah PAS ini masih lagi bernada tradisional, tetapi setiap yang hadir berjaya memperolehi ilmu baru, kesedaran segar dan paling penting keinsafan untuk berusaha mengubah diri agar dapat menjadi insanul kamil dan hamba yang diredai Allah.


Suka atau tidak hari ini, terdapat mereka dari golongan generasi muda yang menyokong politik UMNO tetapi dalam waktu yang sama memiliki pengetahuan agama yang kukuh adalah terdiri mereka yang telah ditarbiyyahkan dan didik oleh PAS menerusi majlis ilmu dan agama anjuran PAS, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.


Ada yang merasa hairan mengapakah kerajaan yang dikuasai UMNO dengan sumber kewangan serta prasarana termasuk masjid yang lengkap dan tidak terhad gagal membudayakan agama kepada golongan muda ini menerusi pelbagai program agama yang tidak semestinya terbatas kepada majlis ceramah seumpama itu.


Sebaliknya kegagalan melahirkan sebarang usaha jitu atau menganalisis prestasi keberkesanan program seumpana itu dan kegagalan mengawasi hala tuju golongan muda sama ada oleh kerajaan, oleh UMNO atau oleh agensi agama di bawah pentadbiran kerajaan memperlihatkan trend negatif dan penyerapan budaya hedonisme yang seolah-olah tidak disemak langsung.


Sekiranya program agama melepaskan batuk ditangga termasuk program seperti Imam Muda yang diselitkan sebagai program TV di celah-celah program Barat yang menghidangkan aksi intim serta program tempatan yang mempamerkan wanita Malaysia dengan pakaian yang mendedahkan sebahagian besar aurat dan cukup mengaibkan berterusan maka kita mungkin akan berjaya melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang dinamik dan progresif tetapi bukan umat Islam yang bertaqwa.


Di kalangan ahli dan penyokong PAS golongan muda, terdapat ramai anggota profesional dan mendapat pendidikan Barat tinggi malah di peringkat sarjana dan juga doktor falsafah. Mereka ini tidaklah begitu berminat dengan politik dalam erti kata politik per se. Mereka bekerja di sektor kerajaan dan swasta dan moden dari segi pendekatan dan cara hidup. Bezanya, mereka adalah merupakan anak-anak muda yang cukup bertaqwa.


Mereka ini tidak keberatan menyertai majlis ilmu dan agama di masjid atau surau kerajaan atas nama menambahkan lagi ilmu agama dan seterusnya ketaqwaan. Tetapi sudah tentu mereka memerlukan lebih dari sekadar, “barangsiapa…nescaya” atau analogi tentang ganjaran pahala Tuhan yang disamakan macam kredit telefon bimbit (sebagaimana yang disampaikan oleh seorang penceramah kerajaan di sebuah masjid Ampang beberapa tahun lalu.)


1. Setiap hari kita melakukan ibadah. Ia adalah kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah Azza wa Jalla. Ada ibadah yang khusus seperti solat, zakat serta puasa, dan ada ibadah yang umum seperti mencari nafkah, berkeluarga dan belajar dengan syarat niatnya kerana Allah SWT. Ini kerana tujuan penciptaan manusia itu sendiri adalah untuk beribadah kepadaNya.

2. Maknanya seluruh kehidupan kita ini boleh menjadi ibadah kepada Allah Azza wa Jalla. Firman Allah SWT dalam surah al-An’aam ayat 162 bermaksud:
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah (pemilik) sekelian alam.
  
3. Terdapat pelbagai tujuan seseorang melakukan ibadah. Ada yang inginkan syurga Allah SWT, ada yang takutkan neraka dan terdapat juga yang beribadah kerana ingin mendapat keredhaanNya. Nabi SAW pula melakukan ibadah sebagai tanda syukur kepada Allah Azza wa Jalla. Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA, dia berkata:

Adalah nabi SAW apabila solat, dia akan berdiri hingga memberi kesan pada kakinya. Aku berkata: Ya Rasulullah, engkau lakukan perkara ini sedangkan engkau telah diampunkan dosa yang terdahulu dan akan datang? Nabi SAW menjawab: Wahai ‘Aisyah, tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur? (Riwayat Muslim)
                  
4. Persoalannya ialah adakah amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT atau tidak? Yang kemudiannya kita beroleh pahala daripada amalan tersebut. Ia juga berkaitan dengan bara’ah dzimmah (tertunai tanggungjawab) dan dianggap telah melaksanakan perintah Allah, lalu selamat daripada dosa. Oleh sebab itu perbincangan tentang rukun dan syarat sah sesuatu ibadah adalah sangat penting, seperti niat, mestilah muslim, dan sebagainya. Umpamanya syarat mestilah muslim dalam ibadah, firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 39 bermaksud:
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah seperti fatamorgana (kilauan sinaran panas di tanah rata) yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila dia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (Demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah daripada amalannya sebagaimana yang disangkanya) dan dia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya dan (ingatlah) Allah amat segera hisabNya.

5. Namun kita mengabaikan sesuatu yang tidak disebut secara khusus dalam pengajian rukun dan syarat, bukan kerana para ulama’ terlupa dan tertinggal, tetapi kerana ia adalah kemestian bagi setiap amal ibadah yang kita kerjakan. Menyebutnya dalam setiap ibadah akan menjadikannya berulang-ulang. Berulang-ulang pada bukan tempatnya adalah sesuatu yang tidak berfaedah, dan perkara yang tidak berfaedah akan ditinggalkan dalam disiplin ilmu feqh. Kerana solat ada rukun dan syarat-syaratnya yang tersendiri yang berbeza dengan zakat, puasa dan haji. Tetapi perkara yang kita abaikan ini mesti ada dalam solat, zakat, dan seluruh ibadat yang kita kerjakan.   

6. Para ulama’ menyebut perkara ini sebagai syarat diterima sesuatu amal ibadah. Jika tiada perkara ini maka tidak akan diterima oleh Allah Azza wa Jalla. Dalam hal ini terdapat dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syara’.

7. Syarat pertama: ikhlas kerana Allah
Maksudnya ialah segala perkataan dan perbuatan dalam ibadah sama ada zahir dan batin adalah semata-mata kerana Allah Azza wa Jalla. Kita solat bukan kerana manusia, kita mengeluarkan zakat bukan untuk menunjuk-nunjuk, kita menunaikan haji bukan untuk dipanggil dengan gelaran tuan haji dan kita membuat kebajikan bukan kerana riya’ dan sum’ah. Datangkanlah keikhlasan dalam setiap amal ibadah yang kita lakukan. Firman Allah SWT dalam surah al-Syura ayat 20 bermaksud:
Barangsiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakiNya; dan barangsiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu, dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa nabi SAW bersabda:
Allah SWT berfirman: Aku paling kaya (tidak memerlukan) perkongsian daripada seseorang yang melakukan sesuatu amalan, yang padanya dikongsikan dengan selain Aku, nescaya Aku akan meninggalkannya dan rakan kongsinya. (Riwayat Muslim)

8. Syarat kedua: menepati syara’:

Setiap amal ibadah yang kita lakukan mesti menepati syara’ sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kaedahnya ialah mesti mengikut sebagaimana yang diajarkan oleh nabi SAW. Maknanya, dalam perkara ibadah kita tidak boleh mengikut cita rasa sendiri, kita juga tidak boleh berhujjah ia telah diamalkan oleh datuk nenek kami. Masih banyak yang perlu kita semak dalam kehidupan seharian kita tentang amal ibadah yang kita kerjakan. Sebahagiannya adalah amalan turun temurun yang bercampur dengan adat setempat. Kita wajib belajar dan bertanya jika tidak mengetahui kerana kesannya adalah amalan kita tidak akan diterima.
Sesiapa melakukan satu amalan yang bukan daripada kami, maka ia ditolak (tidak diterima). (Riwayat Muslim)

Kita tidak boleh solat maghrib lebih atau kurang daripada tiga rakaat. Seorang yang bermusafir untuk melakukan maksiat tidak dibenarkan untuk melakukan jama’ qasar. Ini kerana kita mengikut apa yang diajarkan oleh nabi SAW. Ibn Rejab (795H) berkata:   

Hadith ini (di atas) adalah sumber utama daripada Islam, ia seumpama kayu ukur secara zahirnya bagi setiap amalan. Sebagaimana hadith ‘innama al-a’mal bi al-niyat’ kayu ukur secara batinnya bagi setiap amalan. Sebagaimana semua amalan yang bukan kerana Allah SWT, maka tiada pahala bagi yang melakukannya, begitu juga semua amalan yang tidak menepati perintah Allah dan RasulNya maka ia akan ditolak (tidak diterima). Barangsiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam agama yang Allah dan RasulNya tidak izinkan, maka ia bukan daripada agama sedikit pun. (Ibn Rejab, Jami’ al-Ulum wa al-Hikam)

Nabi SAW menegaskan kepada kita agar sentiasa mengikut sunnahnya dan sunnah para sahabat selepasnya, sabdanya bermaksud:
Ke atas kamu sunnahku dan sunnah al-khulafa’ al-rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, gigitlah dengan gigi geraham (berpegang dengan kuat). (Riwayat Tirmizi)

Ibn al-Qaiyim (751H) berkata:
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan ikhlas dan mengikut (nabi SAW) sebagai sebab kepada diterimanya amalan. Jika tiada, maka tidak akan diterima amalan. (Ibn al-Qaiyim, al-Ruh)  

9. Kesimpulannya, amal ibadah yang tidak cukup syarat-syaratnya adalah sia-sia. Dalam kehidupan yang terbatas dan amalan yang terlalu sedikit, pastikan ia tidak sia-sia dan ditolak oleh Allah SWT. Terimalah amalan kami ya Rabb.


No comments:

Post a Comment