Zaman itu lebuhraya melalui Gua Musang belum ada lagi..lebuhraya itu dibuka pada 1983. Jadi bas Ekspres Mara melalui negeri Pahang dan Trengganu untuk sampai ke Kelantan..makan masa hampir 12 jam...dengan dua kali rehat.
Lepas sarapan pagi di gerai dalam Pasar Kota Bharu tingkat dua..saya pun turun mencari "Teksi"...beca roda tiga...yang masih bergelewak/banyak di bandar Kota Bharu...nak pergi ke rumah sewa kawan kawan saya di belakang Jalan Bayam dekat Stadium Besar...untuk lepak dan rehat rehat.
Dapatlah saya sebuah "Teksi"...saya pun duduk...pengayuh / penggateh teksi nih...agak saya berumur bawah 40 tahun...masih kuat dah gagah. Seperti biasalah dia pun bacalah بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...saya ingat beliau akan baca بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ sahaja...tetapi terus sambung baca سورة يس terus menerus.
Saya rasa terkejut...hai dia baca suroh Yasiiiin...sambil kayuh beca...ajer...tak tengok QURAN pun...hebat hebat...kata hatiku...
Aku nih Melayu Islam...cikgu pulak tuh...tak boleh baca..kalau tak tengok Quran...malu malu...kataku dalam hati...insyAllah bersambung lagi.....
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
يس (1)
Yaa Siin.
وَالۡقُرۡآنِ الۡحَكِيمِ (2)
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
إِنَّكَ لَمِنَ الۡمُرۡسَلِينَ (3)
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
عَلَي صِرَاطٍ مُّسۡتَقِيمٍ (4)
Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).
تَنزِيلَ الۡعَزِيزِ الرَّحِيمِ (5)
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
لِتُنذِرَ قَوۡمًا مَّا أُنذِرَ آبَاؤُهُمۡ فَهُمۡ غَافِلُونَ (6)
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
لَقَدۡ حَقَّ الۡقَوۡلُ عَلَي أَكۡثَرِهِمۡ فَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (7)
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.
إِنَّا جَعَلۡنَا فِي أَعۡنَاقِهِمۡ أَغۡلاَلاً فَهِيَ إِلَي الأَذۡقَانِ فَهُم مُّقۡمَحُونَ (8)
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
وَجَعَلۡنَا مِن بَيۡنِ أَيۡدِيهِمۡ سَدًّا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّا فَأَغۡشَيۡنَاهُمۡ فَهُمۡ لاَ يُبۡصِرُونَ (9)
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
وَسَوَاء عَلَيۡهِمۡ أَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لاَ يُؤۡمِنُونَ (10)
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman.
Yasin bukan untuk dibaca pada malam Jumaat sahaja...bukan untuk bacaan bagi orang nak mati sahaja...atau nak buat kenduri arwah sahaja...patut kita KHATAM QURAN...setiap 4 bulan sekali...bukan hanya KHATAM suroh Yaasiiin sahaja.
Kita patut juga tahu makna tafsiran dan sejarah setiap ayat... yang sebanyak 83 ayat... suroh Yaasiiin itu...bersambung insyAllah.
No comments:
Post a Comment