GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Saturday, 24 September 2011

DR YUSUF AL QARADHAWI TENTANG KHIDIR A.S

FATWA DR YUSUF AL QARADHAWI TENTANG KHIDIR A.S


نص السؤال: من هو الخضر ؟ وهل هو نبي أو ولي ؟ وهل هو حي إلى اليوم - كما يقول كثير من الناس وإن بعض الصالحين قد رآه أو اجتمع به . وإذا كان حيًا فأين يقيم، ولماذا لا يظهر ويفيد الناس بعلمه وخاصة في هذا الزمان ؟ أرجو البيان الشافي.

Soalan:

Siapakah Al-Khidir? Apakah dia seorang Nabi atau wali? Apakah ia hidup hingga ke hari ini - sepertimana yang dikatakan oleh ramai orang? 



(kononnya) Sebahagian orang-orang yang soleh pernah melihat dan berjumpa dengannya. Jika ia (al-Khidir) masih hidup, dimana ia tinggal? 


Mengapa dia tidak menzahirkan diri agar orang ramai dapat mengambil faedah dari ilmunya? terutamanya di zaman sekarang? Saya mengharapkan penjelasan yang memuaskan (dari tuan).


نص الإجابة:

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد:

الخضر هو العبد الصالح الذي ذكره الله تعالى في سورة الكهف حيث رافقه سيدنا موسى عليه السلام وتعلم منه.



Al-Khidir adalah seorang hamba soleh, yang disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam Surat Al-Kahfi, dimana Nabi Musa menjadi teman kepadanya dan Nabi Musa as. belajar daripadanya.


اشترط عليه أن يصبر، فأجابه إلى ذلك، فقال له: وكيف تصبر على ما لم تحط به خبرًا، وظل معه، وهو عبد آتاه الله رحمة من عنده وعلمه من لدنه علمًا، ومشى معه في الطريق ورآه قد خرق السفينة فقال: أخرقتها لتغرق أهلها ؟ ... إلى آخر ما ذكره الله عنه في سورة الكهف.


Al-Khidir mensyaratkan kepada Nabi Musa agar bersabar. Maka Nabi Musa bersetuju dengan syarat tersebut. Lalu Al-Khidir berkata: "Bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?" Al-Khidir tetap bersama Musa. 



(al-Khidir) Ia adalah seorang hamba yang diberi rahmat oleh Allah dan ilmu dari sisi-Nya. Musa terus berjalan bersamanya dan melihat Al-Khidir telah menebuk sebuah kapal. Lalu Nabi Musa berkata,"Apakah engkau menebuknya supaya penumpangnya tenggelam?"... sehinggalah kisah seterusnya yang telah disebut di dalam Surah al-Kahfi.


وكان موسى يتعجب من فعله، حتى فسّر له أسباب هذه الأمور وقال له في آخر الكلام: (وما فعلته عن أمري، ذلك تأويل ما لم تسطع عليه صبرًا) (الكهف: 82) يعني ما فعلت ذلك عن أمري، وإنما عن أمر الله تعالى.

Nabi Musa berasa hairan dengan perbuatan (al-Khidir), hingga Al-Khidir menerangkan kepadanya sebab-musabab dari perbuatan yang dilakukannya itu. Lalu al-Khidiri berkata kepada Nabi Musa di akhir perbualannya: "Bukanlah aku melakukan itu menurut kemahuanku sendiri. perkara itu adalah penjelasan dari perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar atasnya." Maksudnya, semua perbuatan itu hanyalah karena kemahuan Allah Ta'ala.


بعض الناس يقولون عن الخضر: إنه عاش بعد موسى إلى زمن عيسى ثم زمن محمد عليهم صلوات الله وسلامه أجمعين وأنه عائش الآن وسيعيش إلى يوم القيامة . وتنسج حوله القصص والروايات والأساطير بأنه قابل فلانًا، وألبس فلانًا خرقة، وأعطى فلانًا عهدًا ... إلى آخر ما يقصون وينسجون من أقاويل ما أنزل الله بها من سلطان.


Sebagian orang berkata tentang Al-Khidir: Kononnya dia hidup selepas Nabi Musa hingga ke zaman Nabi Isa, kemudian hingga ke zaman Nabi Muhammad saw, dan kononnya dia masih hidup sekarang ini sehinggalah ke hari kiamat. 



Lalu ditulis sekitar tentangnya kisah-kisah, riwayat-riwayat dan dongeng-dongeng kononnya Al-Khidir berjumpa dengan si Fulan, memakaikan sifulan khirqah (pakaian) dan mengikat janji dengan si Fulan... dan lain-lain lagi yang dicerita dan yang disalin daripada dongeng-dongeng yang Allah tidak menurunkannya kepada sesiapapun.


ليس هناك دليل قط على أن الخضر حي أو موجود - كما يزعم الزاعمون - بل على العكس، هناك أدلة من القرآن والسنة والمعقول وإجماع المحققين من الأمة على أن الخضر ليس حيًا.


Tidak ada sama sekali walau satu dalil/bukti yang mengatakan bahawa Al-Khidir masih hidup - sebagaimana anggapan sebahagian orang - akan tetapi bukti yang ada adalah sebaliknya (iaitu al-Khidir telah wafat), Disana banyaknya dalil-dalil dari Al-Qur'an, Sunnah, akal dan ijma para peneliti dikalangan ulama umat Islam bahawa
Al-Khidir tidak lagi hidup.


وأكتفي بأن أنقل فقرات من كتاب " المنار المنيف في الحديث الصحيح والضعيف " للمحقق ابن القيم ، يذكر في هذا الكتاب رحمه الله ضوابط للحديث الموضوع الذي لا يقبل في الدين، ومن هذه الضوابط " الأحاديث التي يذكر فيها الخضر وحياته، وكلها كذب، ولا يصح في حياته حديث واحد . فحديث أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان في المسجد، فسمع كلامًا من ورائه، فذهبوا ينظرون فإذا هو الخضر. وحديث: يلتقي الخضر ولياس كل عام وحديث: يجتمع بعرفة جبريل وميكائيل والخضر.

Memadailah dengan saya menukilkan beberapa perenggan dari kitab Al-Manaar al-Muniif fi al-Hadith al-Sahih wa al-Dha'ief karangan Ibn al-Qayyim. Ibn al-Qayyim R.H. menyebutkan dalam kitab itu ciri-ciri hadis maudhu (palsu), yang tidak diterima dalam agama. Diantara ciri-cirinya ialah "hadis-hadis yang menceritakan tentang Al-Khidir dan kehidupannya." Semuanya itu adalah pembohongan. 



Tidak ada satupun hadis sahih yang menceritakan tentang hayat al-Khidir. Adapun hadith yang menceritakab kononnya Rasulullah S.A.W. suatu ketika sedang berada di masjid, lalu baginda mendengar pembicaraan dari arah belakang baginda. 


Kemudian baginda melihat, ternyata ia adalah Al-Khidir." Demikian juga hadith: "Al-Khidir dan Ilyas berjumpa setiap tahun." Dan hadis, "Jibril, Mikail dan Al-Khidir akan sentiasa bertemu di Arafah."


وسئل إبراهيم الحربي عن تعمير الخضر وأنه باق، فقال: ما ألقى هذا بين الناس إلا شيطان.


Ibrahim Al-Harbi pernah ditanya tentang dipanjangkan umur Al-Khidir dan kononnya dia masih hidup. Maka beliau menjawab "Tidaklah ada yang menyebut perkara ini kepada orang ramai, kecuali syaitan."


وسئل الإمام البخاري عن الخضر والياس هل هما أحياء ؟ فقال: كيف يكون هذا ؟ وقد قال النبي - صلى الله عليه وسلم -: " لا يبقى على رأس مائة سنة ممن هو اليوم على ظهر الأرض أحد " (رواه الشيخان) . وسئل عن ذلك كثير غيرهما من الأئمة فقالوا - مستدلين بالقرآن -: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد، أفإن مت فهم الخالدون) ؟ (الأنبياء: 34).


Imam Bukhari juga oernah ditanya tentang Al-Khidir dan Ilyas, apakah mereka berdua masih hidup? Maka beliau menjawab: "Bagaimana perkara ini terjadi?" Sedangkan Nabi saw. telah bersabda: "Tidaklah akan hidup sampai seratus tahun lagi bagi orang-orang yang berada di muka bumi ini." (H.r. Bukhari-Muslim). Telah ditanya juga ramai di kalangan para ulama dan semua mereka menjawab, dengan berdalilkan ayat al-Quran: "Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Al-Anbiyaa': 34).


وسئل عنه شيخ السلام ابن تيمية ـ رحمه الله ـ ، فقال:"لو كان الخضر حيًا لوجب عليه أن يأتي النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ويجاهد بين يديه ويتعلم منه، وقد كان النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ يوم بدر: "اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض" وكانوا ثلاثمائة وثلاثة عشر رجلا معروفين بأسمائهم وأسماء آبائهم وقبائلهم،فأين كان الخضر حينئذ؟


Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah ditanya tentang perkara ini, maka beliau menjawab: "Sekiranya Al-Khidir masih hidup, tentulah ia wajib berjumpa dengan Nabi saw, dan berjihad bersama baginda, serta belajar daripada baginda." 



Nabi S.A.W. telah bersabda ketika perang Badar, "Ya Allah, jika pasukan ini binasa, pasti Engkau tidak akan disembah di muka bumi ini." Pada waktu itu mereka (yang menyertai peperangan al-Badar) berjumlah 313 orang lelaki yang diketahui nama-nama mereka, nama bapa-bapa mereka dan suku-suku mereka, maka di manakah Al-Khidir pada ketika itu?


فالقرآن ،والسنة، وكلام المحققين من علماء الأمة ينفي حياة الخضر كما يقولون.

Al-Qur'an dan Sunnah serta perkataan para peneliti dari kalangan ulama umat ISlam, menafikan dakwaan Al-Khidir masih hidup sebagaimana yang dianggap oleh sebahagian orang.


القرآن يقول: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد أفئن مت فهم الخالدون)

Allah berfirman di dalam al-Quran: "Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Al-Anbiyaa': 34).


فالخضر إن كان بشرًا فلن يكون خالدًا، حيث ينفي ذلك القرآن الكريم والسنة المطهرة؛فإنه لو كان موجودًا لجاء إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ، فقد قال عليه الصلاة والسلام:"والله لو كان موسى حيًا ما وسعه إلا أن يتبعني" (رواه أحمد عن جابر بن عبد الله)


Maka al-Khidir itu, jika dia seorang manusia, maka ia tidak akan hidup kekal, karena kekalnya ia itu dinafikan oleh Al-Qur'anul Karim dan Sunnah yang suci. Seandainya ia masih hidup (hingga ke zaman Nabi S.A.W), sudah tentu ia datang kepada Nabi S.A.W., dimana Nabi S.A.W. telah bersabda tentang Nabi Musa: "Demi Allah, andaikata Musa masih hidup, tentu ia akan mengikuti aku." (H.R. Ahmad, dari Jabir bin Abdullah)


فإن كان الخضر نبيًا، فليس هو بأفضل من موسى، وإن كان وليًا فليس أفضل من أبي بكر.


Maka jika Al-Khidir itu seorang Nabi, maka ia tidaklah lebih utama daripada Musa as, dan jika dia seorang wali, tidaklah ia lebih utama daripada Abu Bakar r.a.


وما الحكمة في أن يبقى طيلة هذه المدة - كما يزعم الزاعمون - في الفلوات والقفار والجبال ؟ ما الفائدة من هذا ؟ ليس هناك فائدة شرعية ولا عقلية من وراء هذا . إنما يميل الناس دائمًا إلى الغرائب والعجائب والقصص والأساطير، ويصورونها تصويرًا من عند أنفسهم ومن صنع خيالهم، ثم يضفون عليها ثوبًا دينيًا، ويروج هذا بين بعض السذج، ويزعمون هذا من دينهم، ولكن ليس هذا من الدين في شيء ... والحكايات التي تحكي عن الخضر إنما هي مخترعات ما أنزل الله بها من سلطان.


Apakah hikmahnya al-Khidir masih hidup - sepertimana anggapan sebahagian orang - di padang luas, gurun dan gunung-gunung? Apakah faedahnya? Tidak ada faedah dari segi syara' dan akal di sebalik kekalnya al-Khidir di gurun, gunung-ganang ini? Sesungguhnya orang ramai selalu menyukai cerita-cerita yang pelik, ganjil dan dongeng-dongeng. Mereka menggambarkannya menurut gambaran mereka sendiri dan khayalan mereka, kemudiannya, mereka sandarkannya kepadanya pakaian keagamaan. Cerita ini disebarkan dikalangan orang awam dan mereka beranggapan cerita ini berasal dari agama, padahal sama sekali bukan dari agama. Hikayat-hikayat yang diceritakan tentang Al-Khidir hanyalah rekaan manusia dan tidak diturunkan oleh Allah.


أما السؤال حول: هل هو نبي أو ولي ؟ فالعلماء قد اختلفوا في ذلك، ولعل الأظهر أنه نبي كما يبدو من الآية الكريمة التي تلوناها من سورة الكهف ... (وما فعلته عن أمري) فهي دليل على أنه فعل ذلك عن أمر الله، ومن وحيه لا من عند نفسه . فالأرجح أنه نبي وليس مجرد ولي.


Adapun mengenai soalan: Apakah ia seorang Nabi atau wali? Para ulama berbeda pendapat mengenai hal itu. Tampaknya yang lebih zahir (tepat), ialah Al-Khidir adalah seorang Nabi, sebagaimana yang jelas pada ayat yang mulia dari Surat Al-Kahfi, "... dan bukanlah aku melakukannya menurut kemauanku sendiri ..." (Al-Kahfi: 82). Maka perkataan ini adalah dalil/bukti bahawa al-Khidir melakukan perkara-perkara tersebt berdasarkan perintah Allah dan wahyu-Nya, bukan dari dirinya sendiri. maka pendapat yang lebih benar, dia (al-Khidir) adalah seorang Nabi bukan seorang wali.

والله أعلم



Kalau haiwan pun ada pesbook...

Kalaulah binatang pun ada Facebook, agak-agaknya apa status mereka?

NYAMUK: Baru habis ronda rumah Mat Sabun. Darah masih melekit di muka. Esok la basuh. Burrpp...kenyang!

CICAK: Alahai...biniku kena lastik.

KUMAN: Aku boleh tahan hidup 120 hari tau...bukan 113 jam macam dna dia tu.

KUCING BETINA: Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab sebab I sendiri pun lupa siapa bapaknya.

AYAM: Kawan2…kalu esok guwe tak update fb…bererti guwe udah di goreng. I luv u all…dan jangan lupe wat kenduri arwah untuk guwe yaa…

ANJING: Baru add awek sebelah rumah. Spesis china doll tuu...

PENGUIN: Rupanya ramai tak tau spesis wa pun ada jugak yang gay. Kui..kui..kui...

BABI: Bengang tul aku. Tiap kali orang pijak taik kucing, tetap nama aku jugak yang disebutnya. Wei bro! Len kali siasat la dulu sape yang berak kat depan umah kaw tu...

KUTU: Erkk...mah...tolong...bulu lekat di kerongkong.

Add starShareShare with noteKeep unreadSend to

    Ismail Sabri Bapak Ayam Uzbekistan

    Celah-celah pelbagai isu politik yang dibakar oleh Pas dan DAP sebagai Agenda Politik Persepsi rakyat, isu sensasi yang tidak selesai ialah ayam. Perlukah kita import ayam Uzbekistan? Ini AYAM KEPALA HITAM la lobai.

    Pak Sedaro fikir amatlah elok Pak Sedaro ajar Montori-Montori bangang yang masih buto tak tahu "game" cartel-cartel Ayam yang gelangangnya milik Castelo Cina.

    Pak Sedaro dah banyak bahaskan, namun penasihat dan pegawai khas ataupun Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan Malaysia ialah kalangan manusia yang makan gaji bulanan dan kenyang tembolok sahaja. 

    Belajar daripada sejarah selama 30 tahun dalam industri ini dengan pergi ke ladang jadi pemborong ayam, pembekal ayam kepada Fima Rantei (restoran ini dah tutup, dulu sebelah Muzium Negara), peruncit di pasar basah, hinggalah menerima tawaran pasaran ke Jeddah untuk ayam daging seberat 2.5 kilo seekor sebanyak 2 tan setiap minggu penghantaran.

    Siapakah yang kawal harga makanan ini? Perihal anak ayam, mula daripada telur ayam hingga penetasan, makanan ayam (jagung atau dedak atau fillet), bakul ayam, lori ayam, bahan mentah buat kilang ayam, hinggalah ke kilang proses atau sembelihan ayam, semuanya di kuasai secara mutlak oleh CINA.

    Kalau terlebih bekalan dalam sebulan, atau dalam bahasa ekonominya berlaku lambakan ayam, maka bekalan di reban dan kandang akan dibakar mati. Kerana itulah harga ayam sentiasa kekal atau melambung tinggi. 

    Bila bulan puasa, hari raya puasa, raya haji atau musim cuti sekolah, HARGA AYAM PASTI tinggi gila babi. Harga babi pun tak sesuka hati mak bapak dia nak NAIK mencanak-canak.

    Sudah zaman berzaman dikenalpasti peratus yang makan ayam di Malaysia begitu tinggi, TAPI apa usaha FELDA? TH? KFC Holdings? Pusat Zakat? Khazanah Nasional? UDA?


    FAMA tidak boleh kawal harga sebab agensi itu bukan pengeluar. Ayam ialah industri paling untung seandainya dilaksanakan secara tertib, hikmah dan ikhlas. Pak Sedaro sering menempelak isu ini, kerana Menteri atau pun pegawai Menteri bukannya rakyat yang faham maksud kais pagi makan pagi oleh peruncit Melayu penjual ayam. 

    Hari ini di NSK Balakong misalnya, ayam sekilo RM8.20. Di Tesco seluruh Malaysia sekilo ayam ialah RM7.90, Pasar Borong Selayang, Seremban dan Seri Kembangan, sekilo ayam ialah RM8.50. Kedai bukan pasar borong atau peruncit kampung terpaksa jual RM9.00 sekilo.

    Jika BN hendak menang pilihanraya, Ismail Sabri kena jadi bijak bistari, kerana hari ini Ismail Sabri sudah di COP BANGANG oleh rakyat. Harga ayam kena kawal sebaiknya dengan harga syiling RM7.00 sekilo. 

    Langkah berterusan ialah membina pasukan peniaga Melayu yang mempunyai rangkaian cartel ayam bermula dari anak ayam hinggalah ke pemborong utama.

    Pasaran ayam di Malaysia sudah sampai ke Jeddah. Kalau mahu masuk pasaran Jeddah tentukan berat ayam bersih 2.5 kilogram seekor. 5 tan seminggu tak lari pasaran di sana. Kalau kita eksport 5,000 kilo x RM6.00 = RM300,000 sekali penghantaran. Campur kos hantar, senang-senang RM350,000.00 sekali hayun.

    Tentukan wujud penternak Melayu atas tanah seluas 1,000 ekar dengan kapasiti ayam sereban ialah 10,000 ekor setingkat. Reban ayam automatik dan hawa dingin setiap satu 3 tingkat. Siap dengan pusat sembelihan untuk kapasiti 1,000,000 ekor sehari sembelih. 

    Barulah cartel Cina terpaksa tunduk kepada kuasa Melayu dengan harga ayam semasa antara RM4.50 hingga RM5.00 sekilo. Takdo lah rakyat susah dan menyampah dengan BN.

    Kau paham tak Ismail Sabri?! Jangan sampai kau di BAHALOLkan dek Melayu tiap hari!

    No comments:

    Post a Comment