GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday 20 September 2011

Virus Emo Menyerang Remaja


Virus Emo Menyerang Remaja..


ANTARA gambar yang dimuatkan pengikut fanatik kumpulan Emo di Facebook yang memaparkan perlakuan sumbang ahlinya seperti bercium antara lelaki dan wanita.

KL 20 Sept 11: Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.


Kosmo! hari ini difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.


Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.

Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.

Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajukWelcome to the Black Parade nyayian kumpulan My Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya ‘And though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).

Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi. Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.


Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan, inilah trend terbaharu remaja perempuan, pengikut fanatik kumpulan Emo mendakwa mendapat kepuasan apabila mereka melakukan semua ritual tersebut.


Mereka rasa puas terutama ketika mereka mengelar tangan dan menjilat darah sendiri termasuk melakukan semua perbuatan tidak berakhlak membuatkan diri mereka rasa begitu hebat. Nampaknya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil masih bisu dalam tindakan.(IH)
Add starShareShare with noteKeep unreadSend to

    Bergambar Dlm Tandas Pula, Trend Baru Internet


    SALAH satu aksi terbaharu meniarap di dalam tandas.

    LONDON - Terdapat trend terbaharu dalam kalangan pengguna rangkaian sosial seperti Facebook iaitu bergambar dengan kepala berada dalam mangkuk tandas, lapor sebuah akhbar semalam.

    Pengguna-pengguna rangkaian sosial itu yang terdiri daripada lelaki dan wanita juga melakukan aksi seperti meniarap di dalam tandas. Ia merupakan trend terbaharu selepas bergambar dalam keadaan meniarap di pelbagai lokasi, bertenggek seperti burung hantu dan berdiri dalam keadaan terbalik seperti kelawar. - Agensi
    Sebelum ini..

    No comments:

    Post a Comment