GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday, 20 September 2011

Ustaz Azhar – Cara Berkawan, Bertunang Sebelum Kahwin


Ustaz Azhar – Cara Berkawan, Bertunang Sebelum Kahwin



TUESDAY, SEPTEMBER 20, 2011

Pertandingan Ratu Cantik Muslimat - Pertama Seumpamanya !

Pertandingan Miss Universe versi Muslimah yang dinamakan Muslimah Beauty 2011 telah berlansung dengan jayanya di Indonesia pada selasa lalu dengan membariskan 10 peserta akhir yang kesemuanya lengkap menutup aurat. Hanya bahagian muka dan tapak tangan yang tidak ditutup.

Kalau dalam kebiasaan pertandingan ratu cantik, para peserta dikehendaki berjalan dengan penuh glamour sambil mngenakan bikini, dan pakaian malam, Muslimah Beauty 2011 menyaksikan para peserta tampil ke depan dengan penuh anggun memakai tudung lalu duduk bersila dan mula membaca Al-Quran dengan merdu dan baik.

Pertandingan dibuka secara online menyaksikan permohonan sebanyak 1,170 peserta dari serata daerah di Indonesia. Syaratnya adalah berumur antara 18 ke 24 tahun, ketinggian melebihi 165 cm, boleh membaca Quran dengan baik dalam bahasa Arab dan sentiasa menjadikan pakaian menutup aurat sebagai pakaian kebiasaan mereka.

Pertandingan yang pertama kali ini di menangi oleh Dika Restiyani yang merupakan seorang usahawanita patung permainaan kanak-kanak. Dia juga aktif menguruskan sebuah organisasi yang membantu kanak-kanak jalanan mendapat pelajaran. Beliau merupakan seorang bekas pelajar di Nanyang Technological University of Singapore.

Para peserta akhir dikurung selama 2 hari dalam program yang dipanggil 'Manasik Kecantikan Hati' di mana mereka dikehendaki bangun pada pukul 3 pagi untuk bersolat Tahajjud dan seterusnya belajr memahami Al-Quran bersama-sama.

Kalau di negara kita Rosmah giat mempromosikan Fesyen Muslimah yang nampak tak seperti muslimah, nampaknya Indonesia juga tidak ketinggalan untuk mengadakan sesuatu sebagai alternatif kepada kaum hawa yang cenderung kepada aktiviti glamour.

Cuma persoalannya adakah boleh atau perlu atau patut kita menyokong aktiviti seumpama itu dalam dunia Islam. Adakah ia mendatangkan faedah kepada masyarakat Islam umumnya dan adakah ia bertentangan dengan syariak agama Islam. Kita serahkah kepada para cendikiawan Islam untuk membahaskannya.

No comments:

Post a Comment