GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Wednesday, 2 January 2013

Al-Quran mengganti surat khabar setiap hari

Al-Quran mengganti surat khabar setiap hari

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/321109_498534943502636_194369284_n.jpg


Kelebihan Membaca AlQuran: Ust Azmi Rabbani: 4th Jan 2012

Panas: Gara-Gara Berlatar Belakang Agama, Jabatan Pelajaran Pahang Tipu Fakta Kecemerlangan Sebuah Maahad Tahfiz Semasa Umum Keputusan PMR 2012 !

KUANTAN, 31 Dis - Ramai ibubapa pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dekat sini terkilan dengan tindakan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) menafikan hak pusat pengajian terbabit sebagai sekolah paling cemerlang dalamPeperiksaan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR) 2012 yang diumumkan baru-baru ini. 

Mereka keliru kerana kecemerlangan MTNP dinafikan, sebaliknya Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) diumumkan sebagai sekolah terbaik PMR 2012Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Sekolah Menengah Negeri Pahang Tahun 2012 telah diumumkan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Hashim bin Mohd Zayat, Ketua Sektor Penilaian Dan Peperiksaan yang mewakili Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Pahang. 

Analisis keputusan PMR dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Menurut seorang bapa kepada pelajar MTNP, benarkah keputusan itu dibuat secara adil dan saksama?. Sedangkan hakikat yang berlaku adaah sebaliknya. Kenapa JPNP cuba menyembunyikan fakta hanya kerana mahu mengangkat sekolah mereka sebagai yang terbaik berbanding sebuah Maahad Tahfiz? Beliau berkataMaahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)  sering dinafikan hak kecemerlangannya. 

Seolah-olah ada usaha oleh JPNP untuk mengangkat sekolah dibawah kementerian yang terbaik sedangkan MTPN lebih baik dari semua sekolah terbabit.  "Pada tahun 2012, MTNP mendapat pencapaian terbaik dengan kelulusan 87.10% bagi pencapaian semua A. Namun anehnya SMART yang hanya mendapat 63.64% sahaja. Namun anehnya SMART pula yang diumum sebagai sekolah terbaik", katanya. 



Difahamkan, sering kali kejayaan dan kecemerlangan MTNP dinafikan oleh JPNP, mungkin kerana sekolah terbabit berlatar belakangkan agama agaknya. Kecemerlangan MTNP ini sepatutnya diangkat oleh JPNP, namun dek kerana SMART sekolah yang berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan merupakan Sekolah Rancangan Khas (SRK) maka itulah JPNP terpaksa ubah fakta kononnya SMART itu sekolah cemerlang PMR 2012. 

Difahamkan SRK adalah projek Kerajaan Negeri Pahang untuk menempatkan peajar yang gagal ke asrama penuh walau pun mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Di Pahang terdapat 22 buat SRK dan sebelas daripadanya mendapat keputusan lulus 100% pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR 2012) lalu. 

Bukankah ini sesuatu yang memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya."Dari segi Gred Purata Sekolah (GPS), pencapaian MTNP jauh lebih cemerlang dari SMART sebenarnya. Malah pada PMR2011 MTNP berjaya mengatasi SEMENTA bagi keputusan keseluruhan negeri Pahang. MTNP mendapat GPS 1.03 manakala SEMENTA GPS 1.04... 

Anehnya pada tahun ini MTNP mendapat GPS 1.01 iaitu jauh lebih tinggi daripada yang diperolehi oleh SMART (GPS 1.10). Gred Purata Sekolah nii, makin kecil makin bagus.. Tetapi kenapa JPNP umumkan SMART yang terbaik .... Kenapa harus mengkhianati pencapaian pelajar MTPN.. 

Bukankah GPS itu diberikan oleh kementerian sendiri sebenarnya", kata seorang lagi bapa pelajar yang ditemui. Untuk info lanjut, sila klik pada foto dibawah dan klik sini untuk buktinya.


Kecemerlangan MTNP sering dicemburui oleh sekolah lain terutamanya SMART. Dari laporan yang diterima ia adalah kerana bermula pada tahun 2012 pelajar tingkatan 4 dari MTNP tidak lagi menyambung pelajaran di SMART. 

Ini memberi impak besar kepada pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah terbabit mulai tahun 2013 ini. Maknanya pencapaian SPM 2013 sekolah terbabit pasti akan merosot berbanding tahun-tahun sebelumnya. "Dulu pelajar tingkatan 4 MTNP belajar akademik dan mengambil SPM di SMART.. tetapi mulai tahun ini (2012) mereka belajar akademik dan akan mengambil SPM di sekolah mereka sendiri (MTNP). 

Inilah yang merisaukan JPNP kerana pencampain SPM MTNP pasti akan mengatasi lain-lain sekolah dibawah kemeneterian. Tambahan pula pelajar yang cemerlang pula adalah mendapat didikan agama sempurna (tahfiz). Ini memberi gambaran pelajar yang agama dalam diri mereka lebih cemerlang dari sekolah biasa. 

Agama itu akan diangkat akhirnya dan ia menggusarkan pihak terbabit yang selama ini sering memberi gambaran negatif terhadap pendidikan agama Islam itu sendiri", kata beliau lagi. "Dah lama MTNP dipandang sepi oleh JPNP... sepatutnya MTNP diangkat sebagai sekolah cemerlang PMR 2012... kerana majoriti pelajarnya sudah menghafaz 22 juzuk ketika mereka menamatkan PMR baru-baru ini", tambanya.



[Soalnya sekarang kenapa MTNP sering dinafikan kecemerlangannya oleh JPNP?. Kenapa perlu berdengki dengan Maahad Tahfiz?. Difahamkan MTNP adaah Maahad Tahfiz terbaik antara Yayasan Kerajaan Negeri seluruh Malaysia. Malah, pada keputusan PMR 2010 yang lalu MTNP merupakan pemenang tempat kedua selepas Kolej Yayasan Saad. Namun, kecemerlagan itu tidak diwar-warkan oleh JPNP sendiri selaki jabatan pelajaran di negeri Pahang Darul Makmur ini. 

Apa sudah jadi agaknya?. Kecemerlangan MTNP bukan setakat dalam bidang akademik semata-mata. Malah difahamkan ada antara pelajar MTNP yang pernah mewakili Pahang dalam Sukan Malaysia (SUKMA) bagi acara Equestrian. Malah beliau antara athlit terbaik di Malaysia dalam acara tersebut ketika itu. Namun, semua ini tidak dimaklumkan dan tiada siapa pun yang tahu. Persoalannya, sampai bilakah sikap sebegini mahu diteruskan. Kenapa perlu "anak tiri" sekolah yang cemerlang, sebaliknya sekolah lain yang diangkat oleh Jabatan Pelajaran negeri Pahang. 

Jika guru marah murid menipu dalam peperiksaan, sekarang kenapa JPNP mengajar pegawai mereka menipu dalam mengumumkan keputusan peperiksaan. Kenapa sanggup tipu fakta semata-mata mahu jaga imej dan kepentingan pihak tertentu?].

LAGI BERITA PANAS MENYUSUL 

Gara-Gara Tindakan JAIP Melantik Guru Biasa Uruskan Pentadbiran Sekolah Menengah Agama, Seorang Pengetua Sekolah Agama Pahang  Di Tangkap Khalwat Dan Main Judi Siber Baru-Baru ini. 

Banjir Di Bandar Kuantan. Mana Pergi Peruntukan Banjir RM1.5 Juta Yang Sepatutnya Di Gunakan Untuk Atasi Masalah Banjir Di Bandar Ini, Siapa Curi?. Siapa Yang Khianat Dengan Peruntukan Tersebut?.

Nantikan Pendedahan Eksklusif Di Pahang Daily Online Selepas Ini !!!!
http://www.pahangdaily.blogspot.com



No comments:

Post a Comment