by makrifattokkenali
Alam dicipta pada hari Jumaat, kiamatpun akan berlaku pada hari Jumaat, Al-Quraan pun diturunkan pada hari Jumaat dan banyak lagi terjadi pada hari jumaat. Mati hari Jumaat juga dikatakan terlepas dari seksa kubur!.
Apakah itu hari Jumaat dan bagaimanakah, nak kita tentukan yang ianya hari Jumaat?. Muala-mula orang buat kalender, bagaimanakah nak tentukan hari itu adalah hari jumaat?. Apakah dalil atau landasannnya untuk kita katakan yang hari itu, hari Jumaat!.
Kenapa Allah jadikan hari jumaat itu hari kebesaran dan hari kemuliaan atau penghulu sekalian hari?.
Mari kita sama-sama cari jawapannya?………………….ayoh kita sama-sama jawab………………….
10 Jan jam, 1052 waktu Indonesia.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Adapun erti jumaat itu, adalah jamaah.Erti jamaah itu, adalah jamak. Erti jamak itu, adalah berkumpul!.Erti berkumpul itu, adalah dari yang banyak jadikan kepada satu. Erti satu (esa) itu, adalah Allah Taala.
Jumaat itu, ertinya berkumpul. Hari jumaat itu, ertinya hari berkumpul!
Alam terjadi pada hari jumaat (hari berkumpul), ertinya Alam ini terjadi daripada berkumpulnya zat, sifat, afaal dan asma’. Setelah berkumpul 4 sifat itu, maka terjadilah alam.
Berakhirnya alam ini juga, adalah pada hari jumaat (hari berkumpul). Setelah berkumpul zat, sifat, afaal dan asma’ (4 sifat) maka kembalilah semula alam ini kepada Allah. Setelah kembali semua yang berkumpul kepada Allah, maka itulah kiamat!
Dari yang banyak kepada yang satu dan dari yang satu kepada yang banyak. Iaitu datang dari Allah, kembali juga kepada Allah. Dari jumaat kembali kepada jumaat. Itulah kiamat!
Al-Quraan turun pada jumaat (hari berkumpul yang banyak kepada yang satu).Dari berkumpulnya titik yang satu menjadi huruf-huruf yang banyak. Manakala dari huruf yang banyak pula, kembali berkumpul menjadi satu!.
Terjadinya Al-Quraan itu, adalah dari berkumpulnya sekalian huruf, becantumnya sekalian makna dan berhimpunnya sekalan erti, maka jadilah Al-Quraan.. Setelah berkumpul, bercantum dan berhimpunnya titik yang satu menjadi huruf yang banyak, maka terjadilah Al-quraan. Itulah erti jumaat!..
Kiamat terjadi hari jumaat, (hari berkmpul). Bermaknanya disini, berkumpulnya 4 anasir (zat, sifat, afaal dan asma’) dari diri yang banyak berkumpul semula kembali kepada Allah. Itulah jumaat!.
Kenapa orang mati hari jumaat, dikatakan lepas seksa kubur?. Orang yang lepas seksa kubur itu, adalah orang yang mati pada hari berkumpul (jumaat). Apa yang hendak dikumpul?. Yang hendak dikumpul itu, adalah semua sifat anggota 7, setelah kita kumpul semua tubuh dari angggota tujuh itu, dikembalikan semula kepada Allah.
Bermakna itulah hari jumaat (iaitu hari berkumpul). Setelah segalanya dikumpul menjadi satu, dan diserah semula kepada Allah, maka disitu ianya telah bertukar tangan, menjadi milik Allah!. Bilamana segalanya sudah menjadi milik dan hak Allah, malaikat mana lagi yang berani untuk bertanya soalan?. Itulah ertinya mati hari jumaat itu, adalah terlepas dari seksa kubur!
Mati dalam keadaan berkumpul segala sifat (jumaat) dan setelah berkumpul (setelah jumaat)) jadi satu, maka kita serahkannya semula kepada Allah. Jika matinya kita dalam keadaan itu, itulah yang dikatakan mati dalam hari jumaat (hari berkumpul).
Setelah dikumpul segala sifat dkembalikan kepada Allah, bermaknanya disini, diri kita ini sudah tidak ada, kerana semuanya sudah menjadi hak Allah, bilamana semuanya sudah jadi hak Allah, mana lagi diri kita, setelah diri kita tidak ada.
Malaikat mana lagi yang hendak bertanya dan apa lagi yang hendak ditanya oleh mungkar dan nankir, kiranya semua suudah menjadi milik Allah. Bilamana segalanya sudah menjadi milik Allah, Malaikat mana lagi yang berani tanya solan kepada kita!. Itu makanya terlepas kita dari seksa kubur!.
Kubur Nabi Adam 'Alaih Salam
Hari jumaat itu, adalah hari berkumpulnya yang banyak kepada yang satu. Hari penyerahan segala sifat kepada Allah yang satu.
Untuk menukar hari-hari lain kepada hari jumaat itu, hendaklah tuan-tuan kumpulkan segla sifat-sifat yng ada dan kembalikannya kepada Allah.
Setelah dikumpul segala yang banyak kepada yang satu dan dikembalikan kepada Allah, maka itulah hari jumaat (hari berkumpul). Tak kiralah tuan-tuan mati hari apapun samaada tuan-tuan mati hari khamis, selasa, ahad, rabu atau sabtu sekalipun, ianya tetap hari berkumppul (hari jumaat).
Sekiranya tuan-tuan berkebetulan betul-betul mati hari Friday (hari jumaat), sekiranya tuantuan tidak sempat nak kumpulkkan segala 7 angggota, kumpul sekalian nama-nama, siat–siifat, afaal-afaal dan zat untuk dikembalikan kepada Allah, bererti tuan-tun bukan mati hari jumaat (berkumpul) tetapi tuan-tuan mati hari jumaat (friday).
Bukan mati hari jumaat berkumpul, tetapi tuan-tuan matipada hari jumaat friday!.
Sekiranya kita benar-benar pada hari berserah atau hari berkumpul, maka itulah yang dikatakan sebenar-benar jumaat!. Jumaat itu, adalah dikumpul yang banyak dikembalikan kepada yang satu!. Ingat itu…………………….amin drp hj shaari.
No comments:
Post a Comment