GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday, 3 January 2013

FADHILAT DAN KHASIAT SUROH AL BAQOROH


FADHILAT DAN KHASIAT SUROH AL BAQOROH



Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata: 


"Barangsiapa membaca Surat Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga." 

Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan: 

"Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi." 

UNTUK PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN


Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; 

"Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam)." (Riwayat Bukhari & Muslim) 

UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN: 


Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: "Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata: 

"(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: FATIHUL KITAB dan akhir SURAH AL-BAQARAH. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi)." (Riwayat Muslim) 

KEUTAMAAN DUA AYAT AKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH: 


(Maksudnya) "Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Mereka berkata: 

"Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari Rasul-rasulNya, dan mereka mengatakan: Kami patuh dan taat; Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." 

Allah s.w.t. tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdoa "Ya Tuhan kami, jangan Engkau bebankan orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami; dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, tolonglah kami atas orang-orang kafir." (Surah AL-BAQARAH: 285-286) 

Untuk perlindungan dari segala kejahatan: 


Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 

"Barangsiapa yang membaca dua ayat dari akhir surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya." (dari hal-hal yang membencikan dan menurut sebahagian pendapat; sama dengan bersembahyang malam) (Riwayat Bukhari Muslim) 

Untuk memohon agar dikabulkan doa


Ibnu Abbas r.a bercerita: 

Pada suatu ketika Jibrail berada disisi Baginda s.a.w., tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: 

"Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat lalu memberi salam serta berkata: 

(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikab oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu, iaitu: Fatihul kitab dan akhir surah Al-Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi) (Riwayat Muslim)

DIANTARA KHASIAT-KHASIAT DALAM SURAH AL BAQARAH


Khasiat Ayat 1-5 - Penerang hati, menguatkan keyakinan
Khasiat Ayat 25   - Subur tanaman
Khasiat Ayat 70   - Mendapat yang terbaik
Khasiat Ayat 102 - Gila dan Sihir
Khasiat Ayat 125 - Bangun pada waktu yang dikehendaki
Khasiat Ayat 127 - Penawar Buasir dan menghentikan darah
Khasiat Ayat 138 - Bercelak
Khasiat Ayat 144 - Penawar Herot Muka (Stroke)
Khasiat Ayat 148 - Kecurian
Khasiat Ayat 164 - Menghafal
Khasiat Ayat 201 - Menghadapi bala. isteri solehah
Khasiat Ayat 243 - Menjaga makanan
Khasiat Ayat 255 -(Ayatul Kursi)




MP3 SURAH AL-BAQARAH OLEH SHEIKH MISHARY RASHID 

MUQADDIMAH


Surat Al Baqarah yang 286 ayat itu turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Hajji wadaa' (hajji Nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir). Seluruh ayat dari surat Al Baqarah termasuk golongan Madaniyyah, merupakan surat yang terpanjang di antara surat-surat Al Quran yang di dalamnya terdapat pula ayat yang terpancang (ayat 282). Surat ini dinamai Al Baqarah karena di dalamnya disebutkan kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israil (ayat 67 sampai dengan 74), dimana dijelaskan watak orang Yahudi pada umumnya. Dinamai Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) karena memuat beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surat yang lain. Dinamai juga surat alif-laam-miim karena surat ini dimulai dengan Alif-laam-miim. 

Pokok-pokok isinya

1. Keimanan:
Dakwah Islamiyah yang dihadapkan kepada umat Islam, ahli kitab dan para musyrikin. 

2. Hukum-hukum:
Perintah mengerjakan shalat; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qishash; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak menerimanya; wasiyat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merusak mesjid; hukum meubah kitab-kitab Allah; hukum haidh, 'iddah, thalak, khulu', ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar, larangan mengawini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang. 

3. Kisah-kisah:
Kisah penciptaan Nabi Adam a.s.; kisah Nabi Ibrahim a.s.; kisah Nabi Musa a.s. dengan Bani Israil. 

4. Dan lain-lain:
Sifat-sifat orang yang bertakwa; sifat orang-orang munafik; sifat-sifat Allah; perumpamaan-perumpamaan; kiblat, kebangkitan sesudah mati.  


Israel Hancur Dalam Satu Dekad -Ikhwnul Muslimin

SEORANG tokoh terkemuka Ikhwanul Muslimin Mesir mengatakan, Israel akan hancur dalam satu dekad kerana krnah-kerenah yang diadopsinya. Essam al-Erian, wakil ketua sayap politik Ikhwanul Muslimin, Partai Kebebasan dan Keadilan, membuat pernyataan dalam sebuah wawancara. Press TV, Rabu (2/1) semalam..


Erian menyatakan bahawa ideologi Zionisme telah berakhir, dan penjajah Palestin itu perlu meninggalkan wilayah tersebut dan mengizinkan warga Palestin untuk kembali. "Penjajahan Israel atas wilayah Palestin merupakan hambatan bagi hak kepulangan warga Palestina." tegasnya.

Erian menambahkan, "Siapa pun boleh membaca masa depan, dapat melihat dengan jelas bahwa projek tersebut hanya satu dekad atau kurang dari satu dekad lagi akan hancur. Kita yakin rakyat Palestina kemudian dapat kembali ke tanah air mereka."

Pada hari Selasa, Gerakan Non-Blok (GNB) mengecam Israel atas rencana terbaru untuk membangunkan permukiman ilegal di wilayah Palestin pendudukan. Pernyataan GNB menggambarkan tindakan aneksasi Israel sebagai pelanggaran hukum internasional.(IH)



Melayu Sik, Kedah. Mai Sini Sat.


Kerja gua selalu bergerak ke sana kesinun..., masa gua banyak terbuang dalam kereta, kadang2 gua berdengkur, kadang2 gua membaca, kadang2 gua mengelamun sambil berfikir, kadang2 gua mentekedaghah pun dalam kereta... sambil layan radio.... hahahahaha...!!!!


Tapi dalam dua tiga hari nih..., bila dengar radio yang siarannya macam makbapak anak yatim yang punya..., gua terasa meloya nak termuntah beb..., maklumlah dah nak dekat PRU... macam sial laaa... diorang punya bodek ampu dalam radio tu.... hahahahaha...



Walau apa pun... bagi rakyat yang cerdik takan terpedaya dengan semua dakyah ampu bodek kerajaan barisan nasio-anal nih.... wakakakakaaaa...., tapi di bawah nih pun lebih kurang jer.... nada dan iramanya... hehehehe... melayu... melayu... melayu... tapi yang mengadaikan orang melayu pun puak2 yahudi melayu jahiliyah umnoporno jugakkkkk.... !!!!

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 
Tiga minggu sebelum ini saya telah dijemput oleh beberapa pemimpin peniaga di Sik, Kedah untuk membantu mereka di Sik.  Walaupun penduduk di Sik 90 peratus adalah Melayu dan 10 peratus daripadanya ada dari keturunan Cina, Siam dan India.  Namun keseluruhan ekonomi dipegang oleh bukan Melayu.
Walaupun ramai Melayu cuba berniaga di Pekan Sik, namun ramai yang hidup segan mati tak mahu dan tidak kurang daripada mereka terpaksa tutup perniagaan kerana kepayahan untuk mendapat bekalan barangan jualan.
Antara alasan yang diberikan oleh peniaga-peniaga sumber bekalan telah dimonopoli oleh bukan Melayu dan peniaga Melayu terpaksa membeli daripada peniaga bukan Melayu di sana dan menyebabkan mereka terpaksa menjual produk lebih mahal daripada peniaga bukan Melayu.
Ini ditambah pula tidak ada sikap patriotisma dan volunteerism antara orang Melayu sendiri yang tidak cuba untuk menyokong peniaga Melayu sebaliknya memboikot peniaga Melayu di sana yang konon menjual produk lebih mahal dengan peniaga bukan Melayu.
Setelah mendapat sedikit maklumat saya telah mencadangkan beberapa pendekatan dan diantaranya adalah untuk membangunkan Bazar Rakyat 1Malaysia di Sik dan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu peniaga dan usahawan di Sik untuk diberikan suntikan untuk terus bersaing.  Saya juga telah memaklumkan bahawa meraka haruslah mencari lokasi yang strategik selain saya telah memberikan garis panduan untuk mengenalpasti tempat tersebut.
Selang 2 minggu daripada tarikh tersebut, sekumpulan pemimpin peniaga telah datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu saya dengan menunjukkan beberapa lokasi yang strategik.  Daripada beberapa tempat pada dasarnya saya telah memilih sebuah kilang yang tidak lagi beroperasi di atas tanah yang dulunya di miliki oleh KEDA namun telah digadai kepada bank.  Daripada maklumat yang disampaikan bahawa ada pihak (Bukan Melayu) telah hendak membeli kilang tersebut tetapi telah ditolak oleh kerajaan negeri pada ketika itu kerana tanah itu berstatus Bumiputera.
Pada 15 Dis saya telah turun ke Sik untuk melihat sendiri kilang yang dimaksudkan dan pada dasarnya saya sangat bersetuju dan berpuas hati dan bersedia untuk berbincang dengan bank berkenaan untuk tujuan pengambilalihan dan saya juga telah menghantar gambar kepada peguam dan arkitek saya untuk mereka bersedia, oleh kerana hari berkenaan ialah hari Sabtu saya tidak dapat mendapatkan apa-apa maklumat daripada Majlis Daerah dan memohon pemimpin peniaga di sana untuk membantu saya.
Oleh kerana saya sangat berminat untuk menjadikan lokasi berkenaan sebagai Bazar Rakyat, saya telah menangguhkan kepulangan saya ke Kuala Lumpur dan saya berharap pemimpin peniagaan berkenaan akan dapat memberikan saya sedikit maklumat untuk saya berbincang dengan pihak bank.
Namun saya sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh pemimpin peniaga berkenaan, bahawa premis  tersebut telahpun terjual kepada Bukan Melayu di atas kelulusan kerajaan negeri walaupun status tanah tersebut Bumiputera.
Saya rasa sungguh kecewa dengan situasi tersebut, harapan saya dan rakan-rakan untuk membantu usahawan dan peniaga di Sik khasnya dan di seluruh negeri Kedah amnya tidak kesampaian.
Kami terpaksa mencari tapak lain untuk tujuan tersebut.  Saya tidak faham dan tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku.  Sedikit demi sedikit pekan Sik dan pekan-pekan lain telah jatuh ketangan orang lain.  Saya juga dimaklumkan bahawa rumah-rumah di Sik berharga hingga mencecah RM 300,000 yang dibeli oleh bukan Melayu yang datang dari Pulau Pinang dan Singapura.
Jika kerajaan negeri tidak dapat menghalang situasi ini terus berlaku, saya bimbang penularan dan penjajahan dalam bentuk baru ini akan membunuh Bangsa Melayu sedikit demi sedikit dan pada tahun 2020 orang Melayu akan terus tertinggal di belakang dalam erti kata lain Melayu hanya tinggal nama.
Saya menyeru pemimpin-pemimpin Melayu cuba bangun dari tidor, jangan hanya pandai bercakap tetapi tanahair tergadai.  Pemimpin di Sik contohnya cuba buka mata luas-luas dimana peniaga Melayu apakah kekuatan dan kelemahan mereka harus ditangani segera.  Marilah kita berganding tangan jangan mencari kesalahan orang lain tetapi cubalah menyokong antara satu dengan lain.
Jika mahukan Agama Islam terus dipandang tinggi, bukan sahaja kuat sembahyang saja tetapi ekonomi juga wajid diperkukuhkan kerana tanpa ekonomi yang kukuh kita mudah untuk dibeli dan tidak mustahil ada yang bersedia menjadi baruah dan kuda tunggangan.
Sekian, Wassalam
Dalam dok pong pang pong pang pasal melayu... nak selit jugak menghentam Kerajaan Negeri Kedah... ntah benar atau tidak cerita mamat presiden the rights tu.... sendiri mau ingat laaaaaa....., kot mana pun nak di BTN kan jugak orang ramai.... hahahahaha....
Bermula dari hari ini.... berhati-hatilah dengan semua propaganda pihak2 yang menguasai media elektronik dan cetak... selain Presiden The Rights yang selalu dok hantar email kat lu orang dengan tujuan manipulasi pemikiran pembaca demi umno/barisan nasio-anal... makin banyak lagi yang akan timbul dengan tujuan dakyah yang sama... hahahaha...
Seperti apa yang tertera kat atas tuuuuu.... wahai orang2 Sik, Kedah...., hangpa mai sini sat.... tolong habaq mai sini... betui kaaaa... Melayu umno di Sik... dok merempat tak cukup makan... hahahaha.... awat hangpa tak pi katok bagi mampuih buang.... melayu2 subsidi tuuuu.... hahahahaha...!!!!
p/s: The Rights.... lu orang tak payah laaaa... hantaq email kat gua yang berbau umno/bn...., 365 hari, 24 jam... gua tetap menyampah dan benci gileeerrrrr..... selagi ianya bernama umno/bn laknatullah.... !!!!

No comments:

Post a Comment