GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Sunday, 29 May 2011

Kitab Aqidah...KASYFUL GHOIBIYAH


Al Baqoroh :  ayat 1 hingga 3.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
(ٱلٓمٓ   (1
(ذَلِكَ ٱلۡكِتَـٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدي لِلۡمُتَّقِينَ (2
(3)ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُون

1. Alif Laam Miim. 2. Kitab Al Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk/hidayah bagi mereka yang bertaqwa. 3. (ia itu mereka yang berIMAN kepada YANG GHOIB, yang mendirikan Solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahi kepada mereka.

Kitab Kasyful Ghoibiyah ( Menyingkap Hal Hal Ghoib )...kitab lama yang telah dilupakan...dianggap TAK STANDARD...tak ada KELAS...tetapi muslimin hari ini lupa...kitab kitab beginilah...yang menambahkan KEIMANAN...tambah yakin...tambah takut pada ALLAH SWT...kitab seperti inilah yang ditelaah di pengajian PONDOK...

Namun setelah Kepulauan Melayu...Indonesia dan Tanah Melayu...dibahagi dua...antara Belanda dengan Inggeris 1824...negeri negeri Islam Melayu di Utara Tanah Melayu...seperti Ligor dan Pattani, diserahkan pula kepada SIAM tahun 1900...maka hancur leburlah PENGAJIAN PONDOK...saki bakinya ada di KEDAH dan KELANTAN...namun sistem pendidikan SEKULAR kerajaan Tanah Melayu mulai 1955...terus meminggirkan pengajian pondok ini. Kitab seperti ini ...tidak lagi dipelajari di sekolah ...hatta di Institusi berjenama Islam di Malaysia.

Dan aku harapkan akan bahawa menjadikan ia akan pahala yang demikian itu hadiah yang sampai kepada ruh Asaidul 'Azim.....dan atas Allah jua berserah aku dan ialah Tuhan yang memadai akandaku dan sebaik baik tempat berserah dan tiada daya dan tiada upaya melainkan degan tolong Allah yang amat besar.

Dan ku tertib akan dia atas sepuluh bab. Bermula bab yang PERTAMA pada menyatakan kejadian RUH AL'AZAOM. Dan bab yang KEDUA pada menyatakan kejadian NABI ADAM. Dan bab yang KETIGA pada menyatakan segala MALAIKAT dan kejadian MALIKUL MAUT (Raja Kematian). Dan bab yang KEEMPAT pada menyatakan ihwal Malikul Maut betapa mengambil ia akan segala RUH. Dan bab yang KELIMA pada menyatakan ihwal KUBUR dan menyatakan malaikat yang masuk ia di dalam KUBUR dahulu daripada MUNKAR NAKIR. 

Dan bab yang KEENAM pada menyatakan bahawa segala RUH itu kemudian daripada keluar daripada badan itu datang ia kepada KUBURnya dan kepada RUMAHnya. Dan bab yang KETUJUH pada menyatakan alamat QIAMAT dan barang yang bergantung dengan dia. Dan bab yang ke DELAPAN pada menyatakan ihwal HARI QIAMAT. Dan bab yang ke SEMBILAN pada menyatakan SIFAT NERAKA dan segala AHLInya.                                          


Dan bab yang ke SEPULUH pada menyatakan SIFAT SYURGA dan segala AHLInya.

Friday, 27 May 2011

Kitab Hikam 1: PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI.


1: PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI



SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA BERSANDAR KEPADA AMAL (PERBUATAN ZAHIR) ADALAH BERKURANGAN HARAPANNYA (SUASANA HATI) TATKALA BERLAKU PADANYA KESALAHAN.


Imam Ibnu Athoillah memulakan Kalam Hikmat beliau dengan mengajak kita merenung kepada hakikat amal. Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbuatan zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu. Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa. Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir. Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa membawa sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t tanpa sebarang takwil atau tuntutan. Hati yang demikian tidak menjadikan amalnya, zahir dan batin, walau berapa banyak sekalipun, sebagai alat untuk tawar menawar dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu. Amalan tidak menjadi perantaraan di antaranya dengan Tuhannya. Orang  yang seperti ini tidak membataskan kekuasaan dan kemurahan Tuhan untuk tunduk kepada perbuatan manusia. Allah s.w.t Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa dan sesuatu. Apa sahaja yang mengenai Allah s.w.t adalah mutlak, tiada had, sempadan dan perbatasan. Oleh kerana itu orang arif tidak menjadikan amalan sebagai sempadan yang mengongkong ketuhanan Allah s.w.t atau ‘memaksa’ Allah s.w.t berbuat sesuatu menurut perbuatan makhluk. Perbuatan Allah s.w.t berada di hadapan dan perbuatan makhluk di belakang. Tidak pernah terjadi Allah s.w.t mengikuti perkataan dan perbuatan seseorang atau sesuatu.Sebelum menjadi seorang yang arif, hati manusia memang berhubung rapat dengan amalan dirinya, baik yang zahir mahu pun yang batin. Manusia yang kuat bersandar kepada amalan zahir adalah mereka yang mencari faedah keduniaan dan mereka yang kuat bersandar kepada amalan batin adalah yang mencari faedah akhirat. Kedua-dua jenis manusia tersebut berkepercayaan bahawa amalannya menentukan apa yang mereka akan perolehi baik di dunia dan juga di akhirat. Kepercayaan yang demikian kadang-kadang membuat manusia hilang atau kurang pergantungan dengan Tuhan. Pergantungan mereka hanyalah kepada amalan semata-mata ataupun jika mereka  bergantung kepada Allah s.w.t, pergantungan itu bercampur dengan keraguan. Seseorang manusia boleh memeriksa diri sendiri apakah kuat atau lemah pergantungannya kepada Allah s.w.t. Kalam Hikmat 1 yang dikeluarkan oleh Ibnu Athaillah memberi petunjuk mengenainya. Lihatlah kepada hati apabila kita terperosok ke dalam perbuatan maksiat atau dosa. Jika kesalahan yang demikian membuat kita berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah s.w.t itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah. Firman-Nya:

يَا بَنِيَّ اذۡهَبُوا۟ فَتَحَسَّسُوا۟ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلاَ تَيۡأَسُوا۟ مِن رَّوۡحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيۡأَسُ مِن رَّوۡحِ اللّهِ إِلاَّ الۡقَوۡمُ الۡكَافِرُونَ 87
“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf ) 
Ayat di atas menceritakan bahawa orang yang beriman kepada Allah s.w.t meletakkan pergantungan kepada-Nya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun. Pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kadang-kadang apa yang diingini, dirancangkan dan diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kegagalan mendapatkan sesuatu yang diingini bukan bermakna tidak menerima pemberian Allah s.w.t. Selagi seseorang itu beriman dan bergantung kepada-Nya selagi itulah Dia melimpahkan rahmat-Nya. Kegagalan memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak mendapat rahmat Allah s.w.t. Apa juga yang Allah s.w.t lakukan kepada orang yang beriman pasti terdapat rahmat-Nya, walaupun dalam soal tidak menyampaikan hajatnya. Keyakinan terhadap yang demikian menjadikan orang yang beriman tabah menghadapi ujian hidup, tidak sekali-kali berputus asa. Mereka yakin bahawa apabila mereka sandarkan segala perkara kepada Allah s.w.t, maka apa juga amal kebaikan yang mereka lakukan tidak akan menjadi sia-sia.

Orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t berada dalam situasi yang berbeza. Pergantungan mereka hanya tertuju kepada amalan mereka, yang terkandung di dalamnya ilmu dan usaha. Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan kebolehan dan pengetahuan yang mereka ada, mereka mengharapkan akan mendapat hasil yang setimpal. Jika ilmu dan usaha (termasuklah pertolongan orang lain) gagal mendatangkan hasil, mereka tidak mempunyai tempat  bersandar lagi. Jadilah mereka orang yang berputus asa. Mereka tidak dapat melihat hikmat kebijaksanaan Allah s.w.t mengatur perjalanan takdir dan mereka tidak mendapat rahmat dari-Nya.

Jika orang kafir tidak bersandar kepada Allah s.w.t dan mudah berputus asa, di kalangan sebahagian orang Islam juga ada yang demikian, bergantung setakat mana sifatnya menyerupai sifat orang kafir. Orang yang seperti ini melakukan amalan kerana kepentingan diri sendiri, bukan kerana Allah s.w.t. Orang ini mungkin mengharapkan dengan amalannya itu dia dapat mengecapi kemakmuran hidup di dunia.Dia mengharapkan semoga amal kebajikan yang dilakukannya dapat mengeluarkan hasil dalam bentuk bertambah rezekinya, kedudukannya atau pangkatnya, orang lain semakin menghormatinya dan dia juga dihindarkan daripada bala penyakit, kemiskinan dan sebagainya. Bertambah banyak amal kebaikan yang dilakukannya bertambah besarlah harapan dan keyakinannya tentang kesejahteraan hidupnya.

Sebahagian kaum muslimin yang lain mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di akhirat. Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga, juga bagi menjauhkan azab api neraka. Kerohanian  orang yang bersandar kepada amal sangat lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan dengan amal mereka. Mereka tidak tahan menempuh ujian.  Mereka mengharapkan perjalanan hidup mereka sentiasa selesa dan segala-segalanya berjalan menurut apa yang dirancangkan. Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkaan, mereka cepat naik panik dan gelisah. Bala bencana membuat mereka merasakan yang merekalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini. Bila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan, mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka sendiri. Mereka mudah menjadi ego serta suka menyombong.

Apabila rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalan untuknya mendekatkan diri dengan Tuhan. Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah duniawi dan ukhrawi tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah s.w.t seperti terbuka hijab-hijab yang menutupi hatinya. Orang ini merasakan amalnya yang membawanya kepada Tuhan. Dia sering mengaitkan pencapaiannya dalam bidang kerohanian dengan amal yang banyak dilakukannya seperti berzikir, bersembahyang sunat, berpuasa dan lain-lain. Bila dia tertinggal melakukan sesuatu amal yang biasa dilakukannya atau bila dia tergelincir melakukan kesalahan maka dia berasa dijauhkan oleh Tuhan. Inilah orang yang pada peringkat permulaan mendekatkan dirinya dengan Tuhan melalui amalan tarekat tasauf.

Jadi, ada golongan yang bersandar kepada amal semata-mata dan ada pula golongan yang bersandar kepada Tuhan melalui amal. Kedua-dua golongan tersebut berpegang kepada keberkesanan amal dalam mendapatkan sesuatu. Golongan pertama kuat berpegang kepada amal zahir, iaitu perbuatan zahir yang dinamakan usaha atau ikhtiar. Jika mereka tersalah memilih ikhtiar, hilanglah harapan mereka untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan. Ahli tarekat yang masih diperingkat permulaan pula kuat bersandar kepada amalan batin seperti sembahyang dan berzikir. Jika mereka tertinggal melakukan sesuatu amalan yang biasa mereka lakukan, akan berkurangan harapan mereka untuk mendapatkan anugerah dari Allah s.w.t. Sekiranya mereka tergelincir melakukan dosa, akan putuslah harapan mereka untuk mendapatkan anugerah Allah s.w.t.

Dalam perkara bersandar kepada amal ini, termasuklah juga bersandar kepada ilmu, sama ada ilmu zahir atau ilmu batin.  Ilmu zahir adalah ilmu pentadbiran dan pengurusan sesuatu perkara menurut kekuatan akal. Ilmu batin pula adalah ilmu yang menggunakan kekuatan dalaman bagi menyampaikan hajat. Ia termasuklah penggunaan ayat-ayat al-Quran dan jampi. Kebanyakan orang meletakkan keberkesanan kepada ayat, jampi dan usaha, hinggakan mereka lupa kepada Allah s.w.t yang meletakkan keberkesanan kepada tiap sesuatu itu.

Seterusnya, sekiranya Tuhan izinkan, kerohanian seseorang meningkat kepada makam yang lebih tinggi. Nyata di dalam hatinya maksud kalimat:


وَاللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ (96)

“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” ( Ayat 96 : Surah as- Sooffaat )

Orang yang di dalam makam ini tidak lagi melihat kepada amalnya, walaupun banyak amal yang dilakukannya namun, hatinya tetap melihat bahawa semua amalan tersebut adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya. Jika tidak kerana taufik dan hidayat dari Allah s.w.t tentu tidak ada amal kebaikan yang dapat dilakukannya. Allah s.w.t berfirman:

قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلۡمٌ مِّنَ الۡكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبۡلَ أَن يَرۡتَدَّ إِلَيۡكَ طَرۡفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسۡتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَذَا مِن فَضۡلِ رَبِّي لِيَبۡلُوَنِي أَأَشۡكُرُ أَمۡ أَكۡفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (40)

“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.  ( Ayat 40 : Surah an-Naml )

وَمَا تَشَاؤُونَ إِلَّا أَن يَشَاء اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا (30)
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
يُدۡخِلُ مَن يَشَاء فِي رَحۡمَتِهِ وَالظَّالِمِينَ أَعَدَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا (31)
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). Ia memasukkan sesiapa yang kehendaki-Nya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkan-Nya di dalam syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( Ayat 30 & 31 : Surah al-Insaan )

Segala-galanya adalah kurniaan Allah s.w.t dan menjadi milik-Nya. Orang ini melihat kepada takdir yang Allah s.w.t tentukan, tidak terlihat olehnya keberkesanan perbuatan makhluk termasuklah perbuatan dirinya sendiri. Makam ini dinamakan makam ariffin iaitu orang yang mengenal Allah s.w.t. Golongan ini tidak lagi bersandar kepada amal namun, merekalah yang paling kuat mengerjakan amal ibadat.
Orang yang masuk ke dalam lautan takdir, reda dengan segala yang ditentukan Allah s.w.t, akan sentiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau ketiadaan sesuatu. Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau pengeluar kesan.

Di awal perjalanan menuju Allah s.w.t, seseorang itu kuat beramal menurut tuntutan syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kenderaan yang boleh membawanya hampir dengan Allah s.w.t. Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya. Apabila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap amal mula berubah. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab. Pandangannya beralih kepada kurniaan Allah s.w.t. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya dan kehampirannya dengan Allah s.w.t juga kurniaan-Nya. Seterusnya terbuka hijab yang menutupi dirinya dan dia mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya. Dia melihat dirinya sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan faqir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi. Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya, pandangan mata hatinya tertuju kepada Kudrat dan Iradat Allah s.w.t yang menerajui segala sesuatu dalam alam maya ini. Jadilah dia seorang arif yang sentiasa memandang kepada Allah s.w.t, berserah diri kepada-Nya, bergantung dan berhajat kepada-Nya. Dia hanyalah hamba Allah s.w.t yang faqir.

Thursday, 26 May 2011

Tingkatan Zikir Dalam Islam.


http://www.angelfire.com/journal/suluk/AQUA_PULSE_SM_CLR.GIFTingkatan Zikir http://www.angelfire.com/journal/suluk/AQUA_PULSE_SM_CLR.GIF
http://www.angelfire.com/journal/suluk/tangan.gifPetikan dari  Pengajian  Hikmah Sebelum Ini.


Maka segala amal dan segala Hal itu hanya sanya yang menetapkan(meneguhkan) dia di dalam hati oleh wujud Zikir pada Hati dan Lisan.  Dan kesempurnaannya(zikir) itu ialah dengan Hudur 

(hadir hati)  dalamnya (zikir).  

Dan jangan ditinggalkan kerana  ketiadaan Hudur tetapi sebut oleh mu akan Tuhan mu atas tiap-tiap hal seperti yang dikata oleh Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) dalam kalam hikmahnya;


Jangan engkau tinggalkan Zikir kerana ketiadaan Hudur mu serta Allah di dalamnya(zikir)  kerana bahawasanya lalaimu daripada tidak berzikir akan Allah itu telebih sangat jahatmu daripada kelalaianmu dalam berzikir.
http://www.angelfire.com/journal/suluk/tangan.gifKeterangan oleh Tok Pulau Manis;


Jangan engkau tinggalkan Zikir kerana ketiadaan Hudur mu serta Allah di dalamnya(zikir) kerana bahawasanya lalaimu daripada ketiadaan wujud zikir akan Allah itu telebih sangat jahatmu daripada lalaimu dalam wujud zikir akan Dia.  (Ini adalah kerana) kerana bahawasanya lalai daripada zikir itu menjauhkan daripada Allah Taala dan berpaling pada KulliahNya(semua halmu kepada Allah) dan lalai dalam zikir itu Hudur pada Juziyyahnya(sesetengah masa atau waktu) dan kerana bahawasanya dalam zikirnya itu menghiasi anggotanya dengan ibadat dan lalai itu menghilangkan akan dia (anggota daripada berbuat ibadat)


Keterangan Suluk (Zikir secara umum)


Menurut guru suluk,  Zikir secara umumnya ialah apa sahaja amalan dan perbuatan zhohir dan batin yang membawa seseorang itu kepada mengingati Allah.  Amal ibadat dan perbuatan sama ada yang zhohir atau batin yang berlandaskan hukum syarak yang dikerjakan dengan tujuan untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhoan Allah dikatakan ianya sebagai zikir.  Ini adalah kerana zikir itu terbahagi kepada kepada beberapa bahagian dan martabat seperti Zikir Anggota,  Zikir Lisan,  Zikir Qalbi dan Zikir Sir serta Zikir yang tenggelam dalam Mazkurnya yang akan dinyatakan  oleh Tok Pulau Manis  melalui keterangan selanjutnya nanti.


Melalui kalam hikmah dan keterangan Tok Pulau Manis di atas,  seseorang hamba itu dianjurkan supaya sentiasa berzikir dan terus berzikir walaupun hatinya lalai daripada mengingati Allah atau tidak hadir pada hati akan makna-makna dan rahsia zikir(Hudur) semasa melaksanakannya.  Inilah adalah kerana perbuatan/amalan berzikir ini walaupun dikerjakan dalam keadaan lalai,  ianya sudah dianggap sebagai satu ibadat atau amal kebaikan jika dibandingkan dengan hal-ahwal seorang yang langsung tidak berzikir di mana secara terang dan nyata menunjukkan penderhakaan dan kejahatannya terhadap Allah.   Orang yang langsung tidak berzikir adalah mereka yang jauh dari Allah dan kejahatan mereka itu menjauhkan lagi dari Allah kerana dengan kesombongan mereka itu menyebabkan mereka berpaling dari hal-ahwal atau tindak-tanduk  kewajipan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang hamba kepada TuhanNya.


Berbeza dengan orang yang sentiasa mengerjakan ibadat seperti sholat,  puasa, di samping  berzikir serta lain-lainnya;  walaupun mereka lalai sewaktu mengerjakannya,  sekurang-kurangnya ada juga pada waktu atau ketika/saat-saat yang tertentu akan hudur hati mereka dengan Allah atau setidak-tidaknya terhias zhohir anggota dan perbuatannya dengan amal-ibadat yang dituntut oleh syarak.  Bukankah boleh dikatakan satu kebaikan pada orang bersholat atau berpuasa berbanding dengan mereka yang langsung tidak  sembahyang dan berpuasa?.  Demikain juga lidah yang sentiasa basah dengan zikir walaupun hatinya lalai itu terlebih baik dan mulia daripada lidah yang kosong hampa dengan kalimah-kalimah yang suci itu.


Dari kerana inilah,  Tok Pulau Manis meneruskan lagi keterangannya yang seterusnya seperti berikut;
http://www.angelfire.com/journal/suluk/tangan.gifKeterangan oleh Tok Pulau Manis;
Dan kata Wasthi r.a.;
Bermula lalai daripada menyebutnya(zikir) itu terlebih sangat (jahat) daripada lalai dalam zikirnya.

Dan dikata orang bagi Abi Osman An-Nahdi r.a.;
Kami zikir akan Allah dan tiada kami dapat akan manis dan Hudur.
Maka katanya (Abi Osman);

Puji jua oleh kamu akan Allah atas(kerana) menghiasi anggota daripada segala anggota kamu dengan taatnya.

Dan kata setengah mereka itu (kaum sufiah);

Syukurlah engkau akan Allah atas barang yang dikurniakanNya daripada Zikir Lisan dan jikalau melakukan (lidah) kepada tempat mengumpat-ngumpat nescaya tiada ada engkau berbuat dia (zikir).  Dan Allah Taala terlebih memuliakan daripada bahawa diHudurkannya hambanya dengan lisannya (walaupun) tiada mengurniai atasnya dengan Hudur hatinya.   Dan sebut olehmu dengan lisanmu dan bersungguh-sungguh dirimu dalam Hudur hatimu.


Keterangan Suluk (Tingkatan Pertama;  Zikir Lisan)


Ketiga-tiga petikan yang didatangkan oleh Tok Pulau Manis di atas seakan ingin menunjukkan kepada kita bahawa betapa perlunya seorang hamba itu membasahi lisannya dengan berzikir.  Terlebih-lebih  lagi bagi orang-orang Salik yang ingin berjalan kepada TuhanNya,  tuntutan untuk melakukan Zikir ini adalah sangat-sangat ditekankan sebagai senjata dan alat pencuci jiwa semasa dan sepanjang perjalanannya menuju kehampiran.  Walaupun lalai atau merasa pahit dan berat untuk berzikir,  mereka  digalakkan juga untuk mengistiqamahkan Zikir Lisan ini mengikut awarid dan bilangan-bilangan tertentu.


Pandangan di atas juga menegaskan agar para Salik sentiasa bersyukur dengan anugerah dan Kurnia Allah yang sedikit dimana Allah menghiasi anggota zhohir mereka dengan amal taat dan patuh kepada Allah.  Lidah yang digunakan untuk berzikir sekurang-kurangnya dapat mengelakkannya daripada mengumpat-umpat dan mengeji orang lain atau ucapan yang sia-sia atau lagho.  Inilah wajah-wajah kemuliaan yang dikurniakan Allah kepada mereka yang berzikir walaupun hatinya lalai.  Kemampuan untuk berzikir secara lisan tanpa hudur hati ini hendaklah disyukuri agar nanti mendapat kurnia dan anugerah Allah yang lebih lagi sebagaimana firman Allah yang bermaksud;  "Dan sekiranya kamu bersyukur,  nescaya kami(Allah) akan tambah lagi".


Dengan kemuliaan kurnia Allah yang sedikit dan kelebihan yang ada pada orang yang bersyukur inilah,  maka Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) mendatangkan kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana berikut; 


Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir(lisan) serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga
http://www.angelfire.com/journal/suluk/tangan.gifKeterangan oleh Tok Pulau Manis;

Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga(Yaqozhoh) dengan LathifNya dan InayahNya kerana bahawasanya jaga itu ingat hati daripada mengantuk ghoflah dan tidur juhalah kepada Hadirat Al-Wafah(sempurna sebagai seorang hamba) dan Adab Al-Khidmat.  Dia sanalah berpindah ia daripada zikir lisan daripada zikir qalbi yang Hudur daripada melazimkan dia (zikir lisan).


Keterangan Suluk (Tingkatan Kedua;  Zikir Qalbi)


Apabila seorang hamba/Salik mengistiqamahkan dan sentiasa bersyukur dengan Zikir Lisan mereka,  Insya Allah....  Allah Yang Maha Lemah Lembut dengan pertolongan dan limpah kurniaNya akan mengangkatkan  martabat Zikir Lisan mereka kepada Zikir Yaqzhoh.

Dengan Zikir Yaqzhoh ini,  hati hamba yang sebelum ini lalai atau ghoflah dengan gangguan-gangguan keduniaan akan terjaga dan tersedar untuk mula melihat kepada hakikat Zikir Lisan serta segala suatu yang lain.  Mata hati yang sebelum ini tertutup sewaktu berzikir akan terbuka untuk memandang Keesaan dan Keagungan Allah.  Zikir-zikir lisan yang diucapkan akan terlancar dan bergerak selari dengan gerakan hati di samping dapat merasai makna-makna dan rahsia zikir mengikut kadar yang dikurniakan Allah.


Hati yang sebelum ini,  buta dan jahil dengan hakikat dan makrifat mula mengenali dan memahami makna-makna di Alam Malakut yang terpancar pada zhohir sesuatu.  Mereka dapat melihat akan hikmah dan pengajaran di sebalik sesuatu yang zhohir yang mendatangi mereka.  Hiduplah hati atau jiwa mereka menuju ke Hadirat Al-Wafah yang akan menyempurnakan kebersihan hati untuk layak dipanggil sebagai seorang hamba dengan tahu melaksanakan adab-adab kehambaan dan adab-adab Ketuhanan dengan pelbagai hal-ahwal hati yang merujuk kepada kepatuhan dan ketundukkan yang penuh dengan kesedaran batin.

Dengan sebab inilah Zikir serta jaga ini dinamakan juga sebagai Zikir Qalbi kerana hidup hati itu dengan mengingati dan memandang Allah pada setiap kali memandang "ghair" atau sesuatu yang zhohir;  sedar dan terjaga hati itu untuk mengenal dan memahami akan hakikat bagi segala sesuatu.  Dengan Zikir Qalbi inilah,  bermulalah satu perjalanan hati untuk meneroka dan memasuki alam-alam batin atau alam-alam rahsia atau Alam Ketuhanan Yang Maha Tinggi.


Dan dengan kerana inilah diisyaratkan pula Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) sebagai menyambung dalam kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana beriknya;


Dan daripada zikir serta diperolehi jaga (Zikir Yaqozhoh) kepada zikir serta wujud Hudur serta Allah (Zikir Sir). 
http://www.angelfire.com/journal/suluk/tangan.gifKeterangan oleh Tok Pulau Manis;

Dan daripada zikir serta diperolehi jaga pada zikir serta oleh Hudur serta Allah.  Dan adalah Hudur kepada mereka itu iaitu Hudur dengan Haq Taala tatkala ghaibnya daripada sekelian pancaindera dan daripada memandang agyar.  Dan dalam Maqam ini berpindah ia daripada Zikir Qalbi kepada Zikir Sir.  Zikir Sir itu ghaib ia daripada barang yang lain daripada Mazkor.
http://www.angelfire.com/journal/suluk/tangan.gifKeterangan Suluk (Tingkatan Ketiga;   Zikir Sir)

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Dengan kasih-sayangNya Yang Maha Tinggi,  Allah mengangkatkan Maqam Zikir Qalbi seorang hamba pilihanNya kepada tingkat yang seterusnya iaitu Zikir Sir.  Zikir Sir ini sebagaimana keterangan Tok Pulau Manis di atas merupakan Zikir yang telah datang kehadiran hati serta Allah.  Dan Zikir ini juga merujuk kepada kehadiran Rahsia diri yang terpendam sebelum ini.  Hidup Sirnya dengan TuhanNya di mana seluruh ingatan,  seluruh pandangan(syuhud) dan seluruh "rasa" tertumpu kepada Yang Haq.  Ingat dengan Yang Haq;  Syuhud kepada Yang Haq dan "merasa" dengan Yang Haq.  Dengan kata lain,  seluruh anggota badan yang zhohir dan batin sentiasa dalam keadaan Zikir.

Inilah adalah kerana,  jiwa atau hati hamba telah hapus atau hilang atau qhaib daripada pengaruh pancaindera dan memandang kepada Agyar pada pihak tidak diiktibarkan apa yang dilihat, apa yang didengar,  apa yang dirasa,  apa yang diucapkan;  malah setiap hal-ahwal zhohir mereka adalah merupakan Zikir kerana mereka tidak melihat sesuatu itu melainkan dilihatNya Allah dan tidaklah mereka dilakukan sesuatu perbuatan atau amalan melainkan dengan "perintah" yang datang dari Allah.

Sungguhpun demikiannya hal keadaan hati yang sentiasa ingat akan kehadiran Allah dalam tiap-tiap sesuatu itu berzikir dan berzikir dengan Sirnya,  namun ianya belum sampai kepada puncak kesempurnaannya yang Hakiki.  Hati ini masih melihat dan memandang kepada dirinya sendiri,  hati ini masih terpesona dengan keajaiban rahsia dirinya di mana hal ini menunjukkan bahawa masih ada lagi wujud yang lain iaitu dirinya.  Ini merupakan satu kecacatan pada Tauhid yang menjadi intipati dan rahsia Zikir itu.


Dan dengan kerana inilah diisyaratkan pula Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) sebagai menyambung dalam kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana beriknya;


Dan daripada zikir serta diperoleh Hudur (Zikir Sir) kepada Zikir serta diperoleh ghaib daripada barang yang lain daripada Mazkor
http://www.angelfire.com/journal/suluk/tangan.gifKeterangan oleh Tok Pulau Manis;

Dan daripada zikir serta diperoleh Hudur kepada zikir serta diperoleh ghaib daripada barang yang lain daripada Mazkor ia hingga masuklah orang yang zikir itu ke dalam MazkorNya dan ghaib Sirnya takala ZuhurNya (nyata Allah).  Maka adalah ghaib zikirnya dengan zikirnya.

http://www.angelfire.com/journal/suluk/tangan.gifKeterangan Suluk(Tingkatan Keempat;  Maqam Kesempurnaan)
http://www.angelfire.com/journal/suluk/Colorbar.gif
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
http://www.angelfire.com/journal/suluk/aball.gifLAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAHhttp://www.angelfire.com/journal/suluk/aball.gif
http://www.angelfire.com/journal/suluk/laman2.gif

Wednesday, 25 May 2011

Amanah : Sifat Nabi Muhammad..membawa RAHMAT pada MANUSIA.


Selangor - paling banyak terima FDI pada Q1

Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi bagi sektor pembuatannya bagi suku pertama tahun ini, menurut perangkaan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (Mida).

Dalam kenyataan media hari ini, ahli exco Selangor Teresa Kok berkata statistik Mida menunjukkan kelulusan FDI bagi sektor pembuatan berjumlah RM1.01 bilion, bagi tempoh Januari hingga Mac.

Kok juga berkata Mida mencatatkan Selangor sebagai negeri dengan projek industri tertinggi iaitu 59, - kira-kira satu pertiga daripada jumlah projek keseluruhan di negara ini yang diluluskan sepanjang tempoh berkenaan.

“Jumlah FDI dan projek membuktikan bahawa ekonomi Selangor adalah kukuh dan ia adalah destinasi popular pelabur luar negara dan juga tempatan,”
 kata Kok.

Data Mida juga menunjukkan bahawa Johor adalah negeri utama dari segi jumlah pelaburan kapital dengan jumlah RM3.3 bilion dengan RM2.6 bilion datangnya dari pelaburan dalam negara pada tempoh yang sama.

Dari segi pelaburan kapital, Selangor berada di nombor tiga di belakang Sarawak.

Pulau Pinang pula berada di tangga kedua dalam pelaburan langsung asing dan di tangga keempat dari segi jumlah pelaburan kapital. -mk


Selangor Capai Jumlah Pelaburan Asing Tertinggi Bagi Tempoh Januari - Mac 2011

SHAH ALAM 25 MEI : Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok berkata jumlah pelaburan asing dan projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia menunjukkan bahawa ekonomi Selangor terus mantap dan merupakan destinasi pelaburan popular bagi pelabur asing dan tempatan.

Menurut Teresa statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mac 2011 mengikut negeri menunjukkan bahawa Selangor mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 2.5 billion bagi tempoh tersebut.

Selangor juga berjaya mencapai jumlah pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM 1.5 billion. Angka ini merupakan dua kali ganda negeri di tempat kedua iaitu Johor yang memperolehi nilai pelaburan asing sebanyak RM 766 juta.Ia diikuti oleh Sarawak di tempat ketiga dengan pelaburan asing sebanyak RM 656 juta.

Tambah Teresa, Selangor juga mencapai jumlah projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia dengan 59 projek perindustrian. Angka ini merupakan 32 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

"Daripada 59 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 43 merupakan projek baru manakala baki 16 merupakan projek yang diperkembangkan,Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 51 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 20 projek," katanya.

Menurut Teresa lagi, Selangor mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang kedua tertinggi di Malaysia dengan 3,880 pekerjaan.

Sementara itu RM 1.5 billion atau 60 peratus daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala 40 peratus atau RM 1 billion terdiri daripada pelaburan tempatan.

"Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan juga berpuas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor, maka mereka sudi melabur di Selangor.

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Korea Selatan menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM637 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 485 juta, dan Australia dengan RM102 juta." katanya. -tvsnews


Ulasan GB

Tahniah Selangor, tahniah Tan Sri Khalid Ibrahim, tahniah YB-YB PR Selangor. Begitu juga Pulau Pinang. Anda membuktikan PR BOLEH dan menutup terus pintu kritikan para menteri UMNO BN yang selama ini memburuk-buruk pemerintahan PR kononnya PR tidak tahu dan tidak pandai mengurus dan mentadbir kerajaan.

Diharap juga tuan-tuan dapat membantu menggalakkan juga para pelabur untuk melabur di negeri PR yang lain seperti Kedah dan Kelantan dengan bermodalkan "GOOD GOVERNANCE" dan "GOOD GOVERNMENTS" di mana-mana negeri yang diperintah PR.

HAKIKAT DUA KALIMAH SYAHADAH


HAKIKAT DUA KALIMAH SYAHADAH

Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap.  Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.

"Ke mana saja kamu memandang,  di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)

"Ke mana saja kamu memandang",  sama ada dengan deria atau akal atau khayalan,  maka di situ ada Wajah Allah".  Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah "La ilaha illalLah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah).

Dalam "La ilaha illalLah" semua wujud ada terkandung,  iaitu Wujud Semesta Raya dan Wujud secara khusus;  atau Wujud atau apa yang dianggap Wujud;  atau wujud Hakiki dan Wujud makhluk.
Wujud makhluk tertakluk kepada kepada "La ilaha" yang bererti bahawa segala-galanya kecuali Allah adalah kosong(batil),  iaitu dinafikan bukan diisbatkan.  Wujud Hakiki termasuk dalam  "illaLlah".  Oleh itu semua kejahatan tertakluk di bawah "La ilaha" dan semua yang dipuji tertakluk di bawah "illaLlah".

Semua wujud terkandung dalam mengisbatkan Keesaan (La ilaha illaLlah) dan anda mesti memasukkkannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (dalam mengatakan Muhammadun RasuluLlah).

"Muhammadun RasuluLlah"  ini mengandungi tiga alam.
  • Muhammad itu menunjukkan Alam Nyata(Alam Nasut);  iaitu alam yang boleh dipandang dengan deria(senses).
  • Rasul itu  menunjukkan Alam Perintah(Alam Malakut);  iaitu Alam batin berkenaan rahsia-rahsia tanggapan yang mujarad;  dan ini terletak antara yang muhaddas dengan Yang Qadim.
  • Nama Ilahi(Allah) itu menunjukkan Alam Pertuanan(Alam Jabarut).  Lautan darinya terpancar pengertian dan tanggapan.
"Rasul" itu sebenarnya pengantara yang muhaddas dengan Yang Qadim;  kerana tanpa dia tidak akan ada wujud,  kerana jika yang muhaddas bertemu dengan yang Qadim,  maka binasalah yang muhaddas dan tinggallah Yang Qadim.

Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu,  maka barulah alam ini diperintahkan,  kerana pada zhohirnya ia adalah hanyalah seketul tanah liat,  tetapi batinnya ia adalah khalifah Allah.

Pendeknya,  maksud mengisbatkan Tauhid itu tidaklah sempurna dan tidaklah meliputi tanpa diisbatkan Keesaan atau Tauhid Zat,  Sifat dan Lakuan.  Pengisbatan itu difahami dari "Muhammadun RasuluLlah".

Apabila seorang ahli Makrifat berkata "La-ilaha illaLlah"  maka ia ketahui pada hakikatnya  bukan hanya pada majazi sahaja,  iaitu tidak ada jalan lain melainkan Allah.  Oleh itu wahai saudaraku,  janganlah hanya mengucapkan dengan mulut saja syahadah yang mulia ini,  kerana dengan  itu mulut sajalah yang akan mendapat manfaatnya.  Dan ini bukanlah matlamat yang hendak dituju.  Yang pentingnya ialah Mengenal Allah sebagaimana Ia sebenarnya.

"Allah itu dahulu seperti Ia sekarang jua tanpa sekutu,  dan Ia sekarang seperti Ia dahulu jua".

Fahamilah ini,  dan anda tidak akan dibebankan lagi dengan penafian,  dan tidak ada yang tinggal bagi anda lagi melainkan pengisbatan agar apabila anda berkata anda akan berkata;  "Allah,  Allah,  Allah".  Tetapi kini hati anda dibebankan dan pandangannya lemah.  Semenjak anda dijadikan anda hanya berkata; La-ilaha........ tetapi bilakah penafian itu akan berkesan?.  Bahkan ia tidak berkesan kerana penafian itu hanya dengan lidah sahaja.  Jika anda nafikan dengan Akal iaitu dengan Hati anda dan rahsia anda yang paling dalam,  maka seluruh alam ini akan lenyap dari pandangan anda dan anda akan lihat Allah sendiri,  bukannya diri anda sendiri dan juga makhluk-makhluk lain.                                                 
  
Kaum Sufi menafikan wujud yang lain kecuali Allah.  Maka mereka mencapai kedamaian dan kerehatan dan terus memasuki KalamNya.  Mereka tidak akan keluar lagi.  Tetapi penafian anda tidak ada langsung hujungnya............

Ghirullah(selain Allah) tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan "tidak" dengan lidah sahaja;  dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan,  tetapi akan lenyap dengan pandangan secara langsung dan berhadapan muka.

"Sesungguhnya Allah itulah matlamat anda yang terakhir" (Al-Qur'an).

Dialah sumber segala-galanya.  Maka anda tidak perlu lagi nafi dan tidak perlu isbat.  Ini adalah kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum anda isbatkan,  dan yang ghairullah itu sememangnya nafi walaupun sebelum anda nafikan.

Tidakkah anda ingin menemui guru yang dapat mengajar anda bagaimana menafikan ghairullah dan membawa anda kepada kedamaian di mana anda dapati tidak ada yang lain kecuali Allah?.  Maka barulah anda hidup dengan Allah dan dapat menjadi penghuni  "Dalam tempat tinggal orang-orang yang ikhlas di Majlis Tuhan Yang Maha Agung",  dan ini adalah semuanya hasil daripada ingat anda dan makrifat anda bahawa "Tiada Tuhan selain Allah".

Anda tahu kata-kata Syahadah itu sahaja dan yang paling dalam yang anda tahu ialah berkata;  "Tidak ada yang patut disembah melainkan Allah".  Ini adalah pengetahuan orang-orang awam(biasa)  tetapi apakah kaitannya dengan pengetahuan atau ilmu orang-orang Sufi?.

Pengetahuan anda yang sekarang itulah yang menghalang anda memahami pengetahuan orang-orang pilihan(Sufi).  Masihkan anda menafikan pengetahuan yang didapati dari bimbingan guru menuju Hakikat,  padahal mereka yang dipimpin itu memandang tidak yang wujud kecuali Allah?  Mereka bukan sahaja mengenal Allah dengan Iman dan keyakinan saja,  tetapi mereka memandang dengan cara pandangan yang terus tanpa halangan.  Omong kosong tidak sama dengan melihat,  bertemu muka.

Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

Sunday, 22 May 2011

UMAT ISLAM WAJIB WASPADA


UMAT ISLAM WAJIB WASPADA
Oleh: Mokhtar Petah

Mungkin setiap orang Melayu yang usia muda sebelum 31 Ogos 1957, pada hari ini bertanya: “Adakah negara kita pada masa mendatang akan kekal dengan pegangan ideologi nasional - kapitalis, atau berubah kepada sosialis, komunis atau pun Negara Islam?”

Semenjak negara kita mencapai kemerdekaan h
ingga pada masa ini negara kita kekal dengan pegangan atau fahaman - kalau boleh dikatakan ideologi - , nasionalis-kapitalisme (tetapi menerima Islam sebagai agama rasmi negara).

Negara yang berpegang kepada nasional-kapitalisme, kelihatan pada sesuatu perkara tertentu mengikut Islam dan perkara-perkara lain tidak mengikut Islam atau berlawanan dengan Islam.

Contohnya:
* Islam mengharamkan arak, tetapi di negara kita diadakan lesen dan boleh diperdagangkan.* Islam mengharamkan riba, tetapi di negara kita amalan itu telah menjadi perkara biasa seperti dihalalkan.
* Islam mengharamkan judi, tetapi di negara kita ada kasino dan berbagai judi dengan berlesen.

Sebelum saya melanjutkan tulisan ini, elok kita kembali menjenguk atau melihat ke belakang, iaitu kepada sejarah bumi Melayu ini, iaitu sejak tahun 1930-an hingga di ambang kemerdekaan 31 Ogos 1957.

Semua Orang Melayu di Semenanjung telah bernasib baik – dengan pertolongan Allah -, mereka beragama Islam. Pada umumnya iman mereka tegar dan dapat menentang sebarang ideologi ciptaan manusia. Kecuali orang Melayu yang berpendidikan Barat, tidak ada seorang Melayu pun murtad walaupun mereka mengerjakan perkara-perkara berdosa.Penjajah Inggeris - dengan kerjasama Yahudi - telah menggunakan Raja-Raja Melayu, orang besar-besar Melayu, ulama yang digaji, guru sekolah Inggeris dan ketua masyarakat untuk menerapkan secara licin fahaman dan amalan yang berdasarkan kapitalisme.

Beberapa buah sekolah Inggeris, di antaranya Kolej Melayu Kuala Kangsar menjadi ‘industri’ menukar fikiran para putera Raja dan Orang besar-besar Melayu kepada hidup sebagai orang kapitalis Inggeris.

Sebilangan orang pendatang dari Cina menganut komunisme yang dikembangkan oleh Karl Marx (German: 1818-83), melalui dua bukunya, Communist Manifesto (1848), A Contribution of the Critigue of Political Economy (1850) Das Kapital (1867) telahmenyebarkan fahaman komunis di kalangan orang-orang Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo Utara – Sarawak, Sabah dan Brunei.
Karl Mark
Begitu juga orang-orang India yang berpelajaran Inggeris dan cenderung kepada Parti Komunis Great Britain (1920) yang dikatakan ahlinya 33,000 orang dan Parti Komunis India yang terpengaruh dengan.

Pedagang-pedagang Cina zaman silam yang telah menerima pesan-nasihat dari orang tua-tua China di negara mereka mempunyai hasrat menjadikan Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo Utara serta Indonesia sebagai negara baru mereka.Empat pesanan-nasihat orang tua-tua mereka itu seperti yang diceritakan oleh beberapa orang tua Cina di Perak kepada saya pada tahun 1970-an. Di antara mereka itu, Dato Chong Kok Lim, Dato Lew Lay Seng, saudagar getah Joo Seng dan Baba Lim (bekas pegawai Cawangan Khas (Kuala Kangsar) dan Dato Loh Kok Long, Pengkalan Hulu, Hulu Perak, iaitu:

1 - Kamu buat baik dengan ketua setempatan (dari kampung hingga negeri, meliputi menteri, Raja yang memerintah)
2 - Kamu sewa harta tidak bergerak (tanah dan rumah) dengan surat perjanjian, jangan keluar dari rumah itu walaupun dipaksa hingga ke mahkamah.
3 - Kamu beli harta tidak bergerak (tanah dan rumah), walaupun mahal, kalau perlu minta bantuan dari kelab-kelab orang Cina seberang laut.
4 - Kamu tipulah, asalkan mendatangkan untung, tetapi jangan menipu ibu dan bapa mertua.

Para pendatang Cina berharap mereka akan dapat menguasai bumi tempat mereka menumpang pada satu masa nanti melalui kekuatan parti komunis dan penyebaran komunisme kepada semua penduduk asal, iaitu orang Melayu.

Para pemimpin dan komrad Parti Komunis Malaya (PKM) - menjadi anjung Parti Komunis Cina (PKC) yang menganut Marxisme -, amat yakin yang maksud mereka untuk menguasai Tanah Melayu menjadi bumi Cina kedua di bawah Parti Komunis Cina (PKC).Melalui tindakan menentang penjajah Inggeris di Tanah Melayu dengan menggerakkan gerila seperti pergerakan gerila pemimpin Kambodia, Sun Yet Sen (kerjasama dengan komunis:1866- 1925), mempunyai serampang dua mata – menentang penjajah Inggeris dan Jepun dan mengusai Tanah Melayu di bawah Parti Komunis Cina (PKC)
Hikmah atau doktrin dari Parti Komunis Cina (PKC) telah menjadi ikutan orang-orang Cina Singapura khasnya dan di Semenanjung Tanah Melayu amnya.
Kebanyakan pemimpin Cina di Singapura telah berminat menjadikan Pulau Singapura sebagai negara baru Cina di Seberang laut. Tetapi mereka tidak yakin akan mencapai kejayaan, kalau melalui perjuangan komunis, tetapi mereka akan berjaya dengan menggunakan sosio-demokratik.
Pada masa Parti Tindakan Rakyat (PETIR) atau PAP Singapura belum ditubuhkan, ramai orang Cina di sana yang telah menganut komunisme, telah merelakan diri meninggalkan ideologi tersebut dan mengikut Lee Kwan Yew menggunakan sosio-demokratik. Akhirnya mereka – orang Cina telah berjaya memerintah Singapura.
Manakala orang Cina yang terpengaruh dengan Chiang Kai-shek @ Jiang Jie Shi (1887-1975) Guomindang @ Kuomintang (1919 -1949) – nasional – kapitalis, mempunyai tujuan besar untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Cina baru di seberang laut.

Satu golongan orang Cina yang terdiri dari saudagar–saudagar bijih timah di Perak dan Kuala Lumpur, yang diketuai oleh Law Pak Kuan telah mendesak penjajah Inggeris supaya tidak memberi kemerdekaan kepada orang Melayu, tetapi diberikan kepada orang Cina.

Manakala orang-orang India–Ceylon (Sri Lanka) telah menuntut kepada penjajah Inggeris, supaya Tanah Melayu diserahkan kepada orang India–Ceylon (Sri Lanka).

Sebilangan orang Cina, di antaranya, Datuk Cheng Lock Tan, Col. Sir Henry H.S.Lee dan Leong Yew Koh percaya, dengan mengubah Malayan Chinese Associetin (MCA) – dari pertubuhan kebajikan – kepada parti politik dan bekerjasama dengan UMNO akan dapat mencapai kejayaan orang Cina berkuasa di Tanah Melay.u, sekurang-kurangnya memegang jawatan penting dalam kabinet Perikatan UMNO, MCA dan Malayan Indian Congress (MIC).

Walaupun MIC dianggotai oleh orang-orang India berkasta rendah (anak-anak kaum buruh estet getah, jalan raya dan kereta api dan sebagainya) dan sedikit benar berkasta tinggi yakin akan dapat berkongsi kuasa dengan UMNO dan MCA.

Sebilangan kecil orang Melayu. yang berjuang menuntut kemerdekaan telah terpengaruh dengan pergerakan Parti Komunis China (PKC) dan berlindung atau bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM), di antara mereka itu, Rashid Maidin, Abdullah C.D., Awang Ali dan Musa Ahmad (tidak menganut komunisme dan tetap beriman kepada Allah).

Sheikh Abdullah Fahim – ulama yang mempunyai kesedaran politik yang berdasarkan Islam atau Islamisme, telah memberi tunjuk – pandu kepada salah seorang muridnya, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, supaya menubuhkan parti politik Islam, iaitu Hizbul Muslimin (1945) (tidak didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan).Tokoh Parti Komunis Indonesia (PKI) di bawah Tan Melaka, Mokhtaruddin Lassoh telah merangsang pejuang-pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam dan ramai lagi supaya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada Oktober 1945 (Tidak didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan).

Para Penasihat British telah menasihati Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Aziz dan beberapa orang lagi supaya menubuhkan parti politik bercorak nasionalis- kapitalis.

Hasil Kongres Melayu menentang Malayan Union telah menubuhkan UMNO pada tahun 1946, sebuah parti politik orang Melayu tulen. Tetapi kemudian sekumpulan orang Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai Dr. Burhanuddin Helmi dan Ishak Haji Muhammad telah keluar dari UMNO.

Setelah UMNO ditubuhkan, penjajah Inggeris telah mengambil tindakan menangkap ramai ahli Parti Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Mereka di tahan dalam beberapa khemah tahanan di Tanah Melayu.

Dasar parti-parti politik Melayu tersebut seperti berikut:
* Hizbul Muslimin - nasional, Melayu, Ideologi Islam (Islamisme)
* Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) –nasionalis (warga Malaya terdiri dari berbagai keturunan), sosio-nasional. Agama Islam agama negara.
* Pertubuhan Kebangsaan Melayu (PEKEMBAR–UMNO), nasional–kapitalis.
*Persastuan Melayu Semenanjung (PMS), nasional-kapitalis.
* Parti Negara pimpinan Onn Jaafar, nasional-kapitalis.
* Serpihan UMNO ditubuhkan oleh para bekas ahli parti Hizbul Muslimin, berideologi Islam atau Islamisme.

Setelah merdeka dan pada zaman merdeka, hingga pada masa Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie sebilangan penuntut universiti dan sekolah Menengah Cina cenderung kepada komunisme.

Seperti dijelaskan oleh Ghazali Shafie kepada saya, sebilangan mereka telah ditangkap di bawa ISA, tetapi setelah dibebaskan dan tamat universiti, mereka telah menyertai parti-parti politik orang Cina di negara ini.

Ramai daripada mereka fro Singapura dan Lee Kuan Yew. Ada di antara mereka berhasrat menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura, iaitu dikuasai oleh orang Cina. Kini hasrat itu telah tercapai walaupun masih di bawah Kerajaan Pusat.Sekarang, kebanyakan orang-orang Cina dan India dalam parti–parti politik mempunyai harapan yang tinggi, jika amalan sosio-demokratik diamalkan, pada satu masa nanti mereka akan dapat menguasai Malaysia.

Untuk mencapai tujuan itu, mereka terpaksa berjinak atau bekerjasama dengan orang Melayu, di antaranya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Haji Abdul Hadi Awang. Amalan itu telah dilakukan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Selain itu sebagai benteng terpaksa menggunakan PAS, kerana parti itu berideologikan Islam yang akan diterima oleh Raja-Raja Melayu khasnya dan orang Melayu amnya.Selepas Pilihan Raya Ke 12, terdengar cakap-cakap orang politik, bahawa sosialis sama dengan Islam atau Islam sesuai dengan sosialisme. Yang demikian itu adalah bahaya kepada orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan negara ini.

Kalau negara dikuasai oleh parti politik mengamalkan sosio-demokratik, nescaya kuasa Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan, kerana negara sosialis tidak perlukan Raja memerintah, kerana negara bercorak republik. Dan hanya ada rupa bangsa yang tunggal – Malaysia dan orang Malaysia.Islam mengakui ada Allah dan Negara Islam. Kapitalis mengabaikan Tuhan dan boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Sosialis memperjuangkan hak sama rata rakyat dan menolak kekuasaan Tuhan. Manakala Komunis dan Atheis, memperjuangkan hak sama rata rakyat dan tidak mengaku kewujudan Tuhan.

Negara sosialis dan komunis tidak akan mengelak dari menjadi negara diktator dan fasis seperti yang dilaksanakan oleh para pemimpin–pemimpin negara sosialis dan komunis semenjak zaman silam, seperti Karl Marx (1818- 83), Adolf Hitler (Jerman) (1934 – 45), Musulini, Benito, Itali (1922-43).

Benito Mussolini bersama Adolf Hitler
Bagaimana Anwar Ibrahim yang dulunya pada masa memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memperjuangkan Islam, tetapi kini menjadi penasihat parti politik yang bercorak sosio-demokratik?