GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday, 26 August 2011

Ada ker..SURAU AL MUSYRIKIN?


SEBELUM ini media propaganda, TV3 ada menyiarkan berita kononnya ada sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang lama yang menyebarkan agama Kristian kepada pelajarnya.

Tambah melucukan bercampur hairan, TV3 mendakwa sekumpulan Qariah Surau Al-Musyrikin (kafir) telah berhimpun di hadapan kelas tuisyen berkenaan kerana membantah tindakan kelas tuisyen itu yang didakwa kononnya menyebarkan agama Kristian kepada pelajar yang beragama Islam.

Saksikan video laporan media propaganda TV3 di bawah ini.

Popout

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan laporan pelik dan melucukan dari TV3 ini, ReJaM© telah mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kebenarannya.

Selepas kira-kira setengah hari mencari, ReJaM© berjaya menemukan kelas tuisyen yang dilaporkan. Kelas tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh majoriti kaum Cina dan India serta pendatang asing termasuk warga Indonesia.

Di sebelah kelas tuisyen itu, tinggal seorang warga asing yang sudah mendapat taraf penduduk tetap. Beliau mendakwa tiada satu pun surau di kawasan tersebut, kerana ia merupakan kawasan yang didiami oleh Cina dan India. Malah masjid juga terletak jauh dari penempatan itu.

Di bawah ini rakaman perbualan yang sempat dirakamkan.

Popout


Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana TV3 tanpa rasa bersalah mencipta nama surau yang tidak wujud iaitu Surau Al-Musyrikin.

Sifirnya mudah, Jalan Klang Lama terletak di bawah Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Maka TV3 mahu rakyat percaya bahawa Teresa Kok cuba menyebarkan Kristian di kawasannya.

Sila gunakan akal anda sendiri, masuk akal atau tidak pelajar yang beragama Islam pergi ke kelas tuisyen di kawasan setinggan yang didiami oleh Cina, India dan warga asing untuk mempelajari agama Kristian?

Mana-mana ibu bapa beragama Islam yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen Kristian memang nak mampos! Kelas tuisyen itu sudah wujud di situ bertahun-tahun untuk anak orang-orang Cina dan India setempat yang beragama Kristian.

ReJaM© "Nak tipu pun agak-agaklah beb, kesian orang kampung kena kencing..."
AKHIRNYA Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilihat sudah hilang sabarsetelah terlalu lama menjadi "tunggul kayu".

Mana tidaknya, sebelum ini Pengerusi SPR ini bagaikan patung yang tiada fungsi kerana timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang terlalu menonjol berhubung pelbagai isu berbangkit tentang SPR.

Apa yang menariknya, kali ini Pengerusi SPR mengeluarkan kenyataan yang sangat bercanggah dengan timbalannya. Kenyataan beliau dilihat lebih mesra rakyat berbanding timbalannya yang dilihat sangat pro kepada kerajaan Barisan Nasional [M'siakini].


Jelas di sini bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof sudah tidak tahan melihat timbalannya yang sering mencipta pelbagai alasan untuk tetap melaksanakan program biometrik yang menelan belanja dan masa yang besar.

Pengerusi SPR pro dakwat kekal, manakala timbalannya pula pro biometrik. Secara rasionalnya timbalan harus akur kepada pengerusi, takkanlah pengerusi kena dengar kata timbalan, this is very very wrong!

Hal ini juga menimbulkan persoalan mengapakah timbalan SPR terlalu lama duduk di jawatan itu sedangkanpengerusinya sudah berulang kali dan bersilih ganti. Adakah timbalan SPR ini yang selama ini menjadi master mind?

ReJaM© "Beli rumah cash RM400, 000 banyak duit kau?"

SESUNGGUHNYA hidayah itu datangnya mutlak dari Allah SWT. Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam.

Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.

Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam.

Tinjauan ReJaM© di facebook menyaksikan Cheryl sudah menukar namanya kepada Huda Chew Hong Wah [Facebook Cheryl]

Jika tiada aral melintang, ReJaM© akan merakam temubual khas bersama Cheryl dalam masa terdekat untuk dikongsikan bersama anda semua Insya Allah.

Kepada Cheryl, selamat menikmati keindahan Islam.

ReJaM© "Ahlan Wasahlan diucapkan kepada Cheryl, Alhamdulillah, bertambah lagi saudara seagama kita..."

No comments:

Post a Comment