Usaha pertama puak kuffar untuk menghancurkan penyatuan Islam terjadi pada abad ke-11 ketika Pope Urbanus II melancarkan Perang Salib I untuk menduduki Al-Quds. Setelah 200 tahun pendudukan, akhirnya pasukan salib berjaya dikalahkan di tangan Salahudin al-Ayubi. Di abad ke-15, Konstantinopel ditaklukan dan benteng terakhir Kekaisaran Byzantium itupun dikalahkan. Lalu pada abad ke-16, Daulah Islam berjaya membuka seluruh bahagian selatan dan timur Eropah dengan membawa Islam kepada bangsa-bangsa tersebut. Akhirnya, jutaan penduduk Albania, Yugoslavia, Bulgaria dan negara-negara lain memeluk Islam. Setelah pengepungan Viennapada tahun 1529,Eropah membentuk pasukan bersekutu (allies) untuk menyekat perkembangan Khilafah di Eropah. Pada titik itulah bangkitnya permusuhan pasukan Salib terhadap Islam dan Khilafah. Lalu dibuatlah rancangan-rancangan berkaitan dengan “Masalah Ketimuran” seperti yang sudah diketahui.Setelah kekalahan mereka di tangan pasukan Islam, pasukan Salib menyedaribahawa kekuatan Islam adalah kerana ‘akidah Islam’ yang dimiliki oleh umat Islam. Selagi mana kaum Musliminberpegang kuat dengan Islam dan ajaran al-Qur’an, maka Khilafah tidak akan dapat dihancurkan. Lalu mereka merubah fokus peperangan kepada peperangan pemikiran.
Inilah sebabnya di akhir abad ke 16, mereka mendirikan pusat misionaris pertama di Malta dan membuat markasnya untuk melancarkan serangan misionaris terhadap Dunia Islam. Inilah peringkat awal masuknya kebudayaan Barat ke Dunia Islam yang dilakukan para misionaris British, Perancis dan Amerika.Para misionaris itu melakukan usaha tersembunyi ini atas nama lembaga-lembaga pendidikan dan ilmu pengetahuan. Pada awalnya, kesan dari tindakan itu hanya kecil sahaja, tetapi di sepanjang abad ke-18 dan 19 ketika kemunduran melandaDaulah Khilafah, mereka mampu mengeksploitasi kelemahan Khilafah dan menyebarkan konsep-konsep mereka ke dalam masyarakat. Di abad ke-19, Beirut menjadi pusat aktiviti misionaris. Selama masa itu, para misionaris mengeksploitasi perselisihan dalaman diantara orang Kristian dan Druze dan kemudian antara Kristian dan Muslim, dengan British berpihak pada Druze sementara Perancis berpihak pada Kristian Maronite. Selama masa itu, para misionaris itu memiliki dua agenda utama: (1) Memisahkan orang Arab dari Khilafah Utsmaniyah (2) Membuat kaum Muslimin merasa terasing dari ikatan Islam (dengan cara menjauhkan kaum Muslimin dari ajaran Islam).
Pada tahun 1875 “Persekutuan Rahsia” dibentuk di Beirut dalam usaha untuk mendorong nasionalisme Arab di kalangan rakyat. Melalui kenyataan-kenyataan dan selebaran-selebaran, persekutuan itu menyerukan kemerdekaan politik orang Arab, khususnya mereka yang tinggal di Syria dan Lebanon. Dalam literaturnya, mereka berulangkali menuduh Turki merebut Khilafah Islam dari orang Arab, melanggar syariah dan mengkhianati agama Islam.Hal ini memunculkan benih-benih nasionalisme yang akhirnya berbuah pada tahun 1916 ketika British memerintahkan seorang ejennya, Syarif Hussein dari Mekah untuk melancarkan pemberontakan Arab terhadap Khilafah Utsmaniyah. Pemberontakan ini berjaya dalam mengeluarkan tanah Arab dari Khilafah dan kemudian menempatkan tanah itu di bawah mandat British dan Perancis.Di saat yang sama, nasionalisme mulai dikobarkan terhadap orang-orang Turki. Gerakan Turki Muda didirikan tahun 1889 berdasarkan nasionalisme Turki dan dapat berkuasa tahun 1908 setelah mengusir Khalifah Abdul Hamid II. Pengkhianat, Mustafa Kamal yang menghapuskan keKhilafahan adalah anggota Turki Muda. Inilah alasannya mengapa Kamal kemudian berkata, “Bukankah kerana Khilafah, Islam dan ulama yang menyebabkan para petani Turki berperang hingga mati selama lima abad? Sudah waktunya Turki mengurus urusannya sendiri dan mengabaikan orang India dan orang Arab. Turki mesti melepaskan dirinya untuk memimpin kaum Muslimin.”
Disamping aktiviti yang dilakukan oleh misionaris British dan Perancis, mereka bersama dengan Rusia mula melakukan penjajahan langsung di banyak bahagianwilayah Islam. Ini dimulai pada pertengahan abad ke-18 iaitu pada tahun 1768 ketika Catherine II dari Rusia berperang dengan Khilafah dan mereka berjaya menduduki wilayah Islam di Selatan Ukraine, Kaukasus Utara, dan Crimea yang kemudian dijadikan bahagian dari Kekaisaran Rusia. Perancis menyerang Mesir dan British mulai menduduki India. Di Abad ke-19,Perancis menduduki Afrika Utara dan British menduduki Mesir, Sudan, dan India. Sedikit demi sedikit wilayah Khilafah menjadi berkurang hinggalah akhir PD I di mana apa yang tersisa hanyalah Turki, yang diduduki oleh pasukan sekutu dibawah perintah Jeneral British, Charles Harrington.
Pemecahan dan pembahagian tanah Khilafah dilakukan melalui sebuah perjanjian rahsia antara British dan Perancis tahun 1916 iaitu Perjanjian Sykes-Picot. Rancangan jahat ini dibuat diantara diplomat Perancis, François Georges-Picot dan penasihat diplomat British, Mark Sykes. Di bawah perjanjian itu, British mendapat kontrol atas Jordan, Irak dan wilayah kecil di sekitar Haifa. Perancis diberikan kawalanatas Turki wilayah Selatan-Timur, utara Irak, Syria dan Lebanon. Puak kuffar Barat itu dengan begitu bebas melakar garis perbatasan di dalam wilayah Khilafah (Sehinggasekarang kita dapat saksikan bahawa peta Timur Tengah yang wujud,adalah kesan dari garis-garis sempadan yang dilakar oleh Sykes dan Picot).
Pada tahun-tahun berikutnyaproses kehancuran Khilafah, British memainkan perananutama dengan cara memelihara ejennya Mustafa Kamal Attartuk laknatullah. Melalui sejumlah percaturan politik dengan bantuan British, Mustafa Kamal mampu menjadikan dirinya berkuasa di Turki. Tahun 1922, Konferens Lausanne diadakan oleh Menteri Luar British, Lord Curzon untuk membincangkan ‘kemerdekaan’ Turki. Turki pada waktu itu berada di bawah pendudukan pasukan sekutu dengan institusi Khilafah hanya tinggal nama sahaja. Selama konferens itu, Lord Curzon menetapkan empat syarat sebelum mengakui kemerdekaan Turki. Syarat-syaratnya adalah:
(1) Penghapusan Khilafah sepenuhnya
(2) Pengusiran Khalifah ke luar perbatasan
(3) Perampasan aset-aset Khilafah
(4) Pengumuman bahawa Turki menjadi sebuah Negara Sekular.
Walau dengan tekanan asing yang begitu hebat itupun, lebih ramai kaum Muslimin di Turki masih mahu dan mengharapkan Khilafah, yang telah melayani Islam sedemikan baiknya selama beberapa abad sebelum ini dan mereka tidak pernah membayangkan bahawa Khilafah boleh terhapus. Kerana itu, konferens itu berakhir dengan kegagalan. Namun, Lord Curzon tidak menyerah dan terus mengatur langkah-langkahpenyudah dengan lebih licik.
Mustafa Kamal, British Dan Detik-detik Akhir Kejatuhan Khilafah
Walaupun Dunia Islam berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran seperti yang dijelaskan tadi, tetapi umat Islam masih meyakini bahawa syariah Islam adalah sebagai teras kehidupan, Khilafah ialah sistem Negara Islam dan Khalifah sebagai ketua negara. Jadi, mereka masih tetap mempertahankan Khilafah sebagai negara mereka. Dari sudut kerjasama British dan pemimpin umat Islam, kejatuhan Khilafah berpunca daripada konspirasi Barat melalui ejen-ejennya yang beragama Islam tetapi berpegang teguh kepada pemikiran sekular Barat. Pada akhir abad ke-19 (sekitar 1870-an) Midhat Pasha sebagai ’Grand Vazier’ (seperti ketua menteri) telah memperkenalkan perlembagaan sekular yang ditiru dari perlembagaan Belgium. Perlembagaan ini menerangkan adanya Parlimen untuk mewujudkan undang-undang baru dan sistem Demokrasi diterapkan manakala sistem Khilafah mesti diketepikan. Walaupun perlembagaan ini mendapat tentangan daripada Khalifah Abdul Hamid II pada ketika itu, namun akhirnya selepas pemecatan Abdul Hamid pada 1908 melalui sebuah konspirasi politik, ia diterapkan berserta undang-undang Perancis. Para ulama yang lemah pada waktu itu juga telah mengeluarkan fatwa membolehkan penerimaan undang-undang Barat kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan Islam. Ini menyebabkan institusi Khilafah semakintenat, umat Islam semakin jauh daripada Islam kerana kehidupan mereka diatur oleh sistem Barat dan bukannya hukum-hukum Allah.
Nama Mustafa Kamal mula muncul pada tahun 1915. Mustafa Kamal pada mulanya hanyamerupakan seorang pegawai tentera biasa dan tidak terkenal tetapi mempunyai pemikiran sekular. Semasa peperangan di Ana Forta pimpinannya, ketika itu dia merupakan Kolonel yang memimpin satu ketumbukan tentera, Turki sedang berperang dengan British iaitu sebuah kuasa tentera yang sangat besar (sebagai kuasa dunia). Secara diam-diam, Kamal telah berpakat dengan British di mana British kemudian telah mengundurkan tenteranya. Dengan pengunduran British ini, bermakna tentera Kamal telah menang dan nama Kamal pun diangkat sebagai wira negara. Dari situlah pengaruh Kamal dan gerakan pimpinannya (Gerakan Turki Muda) menjadi semakin besar dan penting dalam pentadbiran Turki. Sejak itu, Mustafa Kamal diberi tugas-tugas penting dalam peperangan namun malangnya, bukan peperangan yang berlaku tetapi perjanjian damai dengan musuh Islam yang dibuatnya. Perjanjian-perjanjian tersebut pula hanya berpihak kepada musuh Islam seperti perjanjian untuk mengundurkan tentera di Syria ketika berhadapan dengan British di mana selepas itu British berjaya menguasai Syria.
Selain daripada Kamal Attarturk, pihak yang memainkan peranan secara langsung dalam meruntuhkan sistem Khilafah ialah British. British memang sangat dengki dengan Islam dan mahu menjatuhkan Khilafah sebagai dendam kesumat sejak peperangan Salib lagi. Sebelum kemunculan Kamal lagi, British telah meniupkan semangat patriotisme, nasionalisme Arab dan nasionalisme Turki supaya perpaduan di kalangan umat Islam terpecah. Kemudian, para nasionalis yang mendokong idea ini menuntut kemerdekaan daripada Khilafah Utsmaniyyah iaitu memisahkan wilayahnya daripada kesatuan Khilafah. Dengan kelicikan dan usaha berterusan puak kuffar ini, wilayahKhilafah yang besar itu berjaya dipecahkan oleh Barat menjadi Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Lebanon dan negara-negara kecil lainnya dan Barat kemudian memerintah di negara-negara tersebut melalui mekanisme ’pecah dan perintah’(divide and rule).
Setelah kesatuan umat Islam di wilayah-wilayah lainnya sudah terpecah-belah, target seterusnya ialah Turki yang masih berada di bawah Institusi Khilafah. Selepas PD I iaitu pada tahun 1921 di mana Khilafah Utsmaniyyahtelah nazak, British telah memfokuskan ketenteraannya di Turki demi memusnahkan sisa-sisa Khilafah Islamiyah. Pada masa yang sama, British di bawah pimpinan Jeneral Harrington telah pun mengawal keadaan politik di Istanbul.
Mustafa Kamal Attartuk dan Gerakan Turki Muda dengan bantuan British telah mengadakan beberapa siri pemberontakan untuk memerdekakan Turki daripada Khilafah. Jeneral Harrington bekerjasama dengan Mustafa Kamal untuk menggulingkan Khalifah. Pada bulan November 1922, Perhimpunan Kebangsaan (National Assembly) di bawah pengaruh Mustafa Kamal mulamengorak langkah untuk meruntuhkan Khilafah. Mustafa Kamal memberi cadangan supaya memisahkan Sultan/Khalifah daripada keKhilafahan dan kemudian memecat Khalifah. Perhimpunan Kebangsaan(PK) tidak bertindak sendiri tetapi merujuk cadangan tersebut kepada sebuah suruhanjaya yang antaranya terdiri daripada ulama’. Setelah suruhanjaya berbincang dan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, mereka mendapati Khilafah tidak boleh diruntuhkan kerana ia merupakan pusat kehidupan umat Islam. Maka, suruhanjaya itu tidak setuju dengan cadangan Kamal dan menolaknya.
Ketika itu, Kamal yang turut hadir dalam perbincangan antara suruhanjaya dan Perhimpunan Kebangsaan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan terus berdiri di atas kerusi seraya menjerit “….Sultan mesti dipisahkan daripada Khilafah dan dipecat. Ini pasti akan berlaku pada kamu sama ada kamu suka atau tidak. Kepala sebahagian dari kamu akan jatuh dalam proses ini”. Kenyataan ini menggemparkan dewan, ditambah lagi semua pengawal-pengawal yang mengiringi Kamal membawa senjata. Akhirnya PK perlu membuat keputusan melalui pengundian tetapi hasil pengundian tetap tidak berpihak kepada Kamal. Namun Kamal telah menggunakan taktik kotor dan memutuskan bahawa PK telah bersetuju untuk memecat Khalifah, membubarkan sistem Khilafah, menjadikan Turki negara Republik dan dia sebagai Presidennya. Ahli-ahli PK tidak berpuas hati dengan keputusan itu tetapi Kamal tidak mempedulikannya. British telah membekalkan senjata kepada pengikut-pengikut Kamal untuk menentang sesiapa sahaja yang masih setia kepada Khilafah. Semua ahli politik dan ulama’ diberi amaran akan dibunuh jika cuba menyokong Khilafah.
Dengan dukungan dan kekuatan dari British, akhirnya pada pagi 3 Mac 1924, Mustafa Kamal laknatullahtelah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada Negara. Kamal lalu memerintahkan Khalifah terakhir, Khalifah Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland. Dua hari selepas itu, Kamal Attartuk mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar negara. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah-sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya. Akhirnya impian British untuk meruntuhkan Khilafah Utsmaniyahsebagai Daulah Islam yang terakhir,telah tercapai, melalui tangan Mustafa Kamal laknatullah.
Perjanjian Lausane yang diketuai oleh British mengiktiraf kemerdekaan Turki dan pada tahun yang sama, British membawa keluar semua tenteranya dari Turki setelah meletakkan dan menyakini ejennya, Mustafa Kamal sebagai penguasa di Turki, akan memerintah Turki mengikut kehendak British. Lord Curzondengan bangga dan angkuhnya berkata, “Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (yakni) Khilafah dan Islam.”Tidak berakhir di situ, dalam memastikan bahawa Khilafah tidak akan bangkit lagi, Lord Curzon berkata, “Kita mesti hapuskan sebarang usaha yang boleh membawa kepada penyatuan dikalangan anak-anak kaum Muslimin. Sebagaimana yang kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, maka kita mesti memastikan bahawaumat Islam tidak akan bersatu kembali, baik secara intelektual mahupun budaya.”
Wahai kaum Muslimin! Persoalannya, adakah kalian sepakat dan yakin dengan kata-kata musuh Allah,si kafir Lord Curzon ini bahawa Khilafah tidak akan bangkit lagi.....atau kalian yakin dengan janji Allah dan RasulNya bahawa “akan kembali Khilafah atas jalan kenabian” [HR Ahmad]?
Bersambung...
KEBANGKITAN KHILAFAH |
[SN266] Sejak kehancuran Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), seluruh sistem Islam turut musnah. Sistem pemerintahan Islam yang selama ini telah menguasai dan memerintah hampir dua per tiga dunia kini telah pun lenyap. Sistem Khilafah yang telah menaungi manusia selama lebih dari 13 abad dan yang telah membawa rahmat ke seluruh alam, kini telah berkubur dengan runtuhnya Daulah Khilafah lebih kurang 90 tahun yang lalu,. Justeru, generasi yang hidup selepas itu, hinggalah ke hari ini, sudah tidak lagi dapat merasai hidup di dalam Daulah Islam. Mereka sudah tidak dapat merasakan hidup di dalam sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan sistem pemerintahan Islam. Oleh yang demikian, di antara pelbagai kesulitan yang wujud di tengah-tengah umat Islam saat ini adalah bagaimana untuk mendekatkan gambaran sistem pemerintahan Islam di dalam benak mereka. Ini kerana, gambaran yang ada sekarang di dalam pemikiran umat Islam sudah tidak dapat lari dari sistem demokrasi kufur ciptaan Barat. Fikiran umat Islam sudah tidak mampu menggambarkan bentuk sistem pemerintahan Islam yang sebenar sebagaimana yang ada pada zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Rasyidun. Jika ada dalam gambaran mereka sekalipun tentang sistem pemerintahan Islam, mereka tidak dapat lari dari menggambarkannya dalam acuan sistem demokrasi yang ada sekarang. Dengan kata lain, mereka cuba menggambarkan atau menyesuaikan sistem Islam mengikut kehendak/acuan demokrasi yang sedia ada, tanpa dapat keluar darinya. Kesulitannya tidak hanya berhenti di situ. Terdapat pula kesulitan-kesulitan lain iaitu untuk mengubah pemikiran umat Islam yang telah teracuni oleh tsaqafah Barat. Tsaqafah ini benar-benar telah menjadi senjata utama Barat dalam menghadapi umat Islam. Tsaqafah inilah yang telah Barat hunjamkan ke dalam tubuh Daulah Islam sehingga melahirkan kesakitan yang amat mendalam di dalam kehidupan umat Islam. Barat kemudian membawa senjata ini (tsaqafah) dan memberikannya kepada anak cucu Daulah, di saat senjata tersebut masih menitiskan darah ‘ibunya’ (Daulah Islam) yang baru sahaja di bunuhnya. Tatkala Barat membawa senjata ini, mereka berkata kepada anak-cucu Daulah dengan angkuh dan sombong, “Sungguh aku telah membunuh ibu kalian yang memang patut dibunuh kerana penjagaannya yang buruk terhadap kalian. Sekarang aku menjanjikan penjagaan yang lebih baik yang akan membuatkan kalian merasakan kebahagiaan hidup dan kenikmatan yang nyata.” Kemudian, anak-anak itu pun menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan sang pembunuh yang mana senjatanya masih terhunus dan berlumuran dengan darah ibu mereka! Semenjak kematian ibu mereka, umat Islam sesungguhnya telah kehilangan orang yang selama ini mengasuh dan membesarkan mereka. Umat Islam sudah mula lupa akan orang yang selama ini menjaga dan menyayangi mereka. Racun tsaqafah yang dicucuk oleh Barat telah membiuskan mereka dari semua ini, sehingga mereka terus alpa dan tenggelam dalam tsaqafah yang menyesatkan ini. Apabila berlaku sesuatu yang mengetuk dan menghantuk mereka, maka sekali-sekala umat Islam tersentak lalu bangkit untuk menyatakan kemarahannya kepada Barat. Tetapi sayangnya pada masa yang sama mereka masih tetap mengambil tsaqafah Barat. Tatkala mereka bangkit untuk menentang Barat, dalam masa yang sama mereka masih berpegang erat dengan sistem yang dibawa oleh Barat. Padahal dengan tsaqafah dan sistem itulah yang telah mengakibatkan mereka selama ini terjajah dan berada di dalam kehinaan. Dengan kejahatan yang dilakukan Barat dari masa ke semasa, umat Islam terus terhantuk lagi, lalu mereka bangkit sekali lagi untuk memerangi Barat, namun dalam masa yang sama mereka masih menghulurkan tangan kepada Barat dari arah belakang dengan mengambil racun-racun yang mematikan itu, lalu meminumnya. Hal ini berlaku berulang-ulang kali. Lantaran itu, umat Islam terus tersungkur di dalam kelemahan, kekalahan dan kehinaan di hadapan Barat. Justeru, pokok persoalannya sekarang adalah umat Islam itu wajib kembali kepada ajaran Islam, bukannya kepada ajaran Barat dan seterusnya menegakkan semula Daulah Islam yang akan menerapkan segala hukum-hakam Islam secara kaffah (menyeluruh). Umat Islam wajib kembali menerapkan sistem Islam di bawah naungan Daulah Khilafah kerana hanya dengan adanya Negara Islam ini, barulah hukum Allah dapat diterapkan dan umat Islam dapat dipersatukan kembali dengan sebuah kekuatan yang luarbiasa. Kita tidak mahu negeri-negeri umat Islam yang ada sekarang terus-menerus berada dalam keadaan lemah dan terpecah-belah dan menerapkan sistem demokrasi, kerana inilah sebenarnya yang dimahukan oleh Barat. Kita mahukan penyatuan semua negeri umat Islam di bawah seorang Khalifah yang menerapkan sistem yang berasal dari langit. Oleh itu, kita mesti bersatu membangun Daulah Islam yang satu untuk keseluruhan umat Islam. Dalam hal ini, kita bukannya mahu mendirikan sebuah negara yang hanya ‘dikenali’ dengan Negara Islam, namun menerapkan sistem demokrasi, yang nyata-nyata sebuah sistem pemerintahan kufur. Apa yang kita mahukan adalah sebuah Negara Islam (Daulah Khilafah) yang menerapkan sistem-sistem pemerintahan Islam semata-mata. Sesungguhnya orang-orang yang meniti jalan dakwah untuk mewujudkan Daulah Islam mestilah mempunyai pemikiran dan pengetahuan yang jernih akan segala sistem yang bakal diterapkan di dalam Daulah Islam nanti. Sebagaimana kita meyakini firman Allah bahawa deen Islam ini sempurna, maka kita juga meyakini bahawa sistem pemerintahan Islam adalah sempurna. Justeru, kesempurnaan sistem Islam itu bermaksud sistem itu ‘berdiri sendiri’ tanpa memerlukan ‘pelengkap’ dari sistem yang lain. Dengan kata lain, umat Islam tidak memerlukan sistem demokrasi, baik sebagai ‘pelengkap’, ‘penghias’, ‘penumpang’, apatah lagi sebagai ‘asas’ untuk kita melaksanakan sistem pemerintahan Islam! Kerana itu, Hizbut Tahrir telah memperjelas dan merincikan segala bentuk sistem pemerintahan Islam di dalam kitab-kitabnya, yang kesemuanya disertakan dengan nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunah dan Hizbut Tahrir menawarkan kepada setiap Muslim untuk mengkaji kitab-kitab ini di dalam usaha kita untuk mendirikan sebuah Negara Islam. Kitab-kitab keluaran Hizbut Tahrir seperti Ajhizah Daulah Al-Khilafah Fi Al-Hukm Wa Al-Idarah (Struktur Negara Khilafah Dari Segi Pemerintahan dan Administrasi), Nidzamul Hukmi Fil Islam (Sistem Pemerintahan Di Dalam Islam), Al-Amwal Fi Daulah Al-Khilafah (Harta-Harta Dalam Daulah Khilafah), Nizamul Iqtisadi Fil Islam (Sistem Ekonomi Dalam Islam) dan lain-lain, membahaskan hal-hal ini dengan terperinci. Kemenangan Adalah Janji Allah Dan Ia Pasti Datang Sejak Barat berjaya menghancurkan sistem pemerintahan Islam dengan menghancurkan Daulah Khilafah, golongan kuffar Imperialis ini telah ‘menghadiahkan’ sistem pemerintahan demokrasi kepada umat Islam dan menghiaskannya dengan solekan yang begitu indah agar umat Islam terus terpukau dengan kecantikannya. Dalam masa yang sama, kuffar Barat ini melakukan serangan yang bertubi-tubi terhadap usaha untuk menegakkan semula Khilafah. Mereka akan sokong dan redha dengan perjuangan umat Islam yang menginginkan demokrasi, namun mereka akan benci dan menghalang segala usaha umat Islam yang menginginkan Khilafah. Mereka melontarkan pelbagai kata-kata dan propaganda jahat bagi menggambarkan kepada dunia bahawa gerakan yang ingin menegakkan Khilafah adalah gerakan yang ekstrem, radikal, teroris dan pelbagai macam tohmahan lagi. Mereka berusaha untuk menakutkan dunia, khususnya dunia Islam sendiri bahawa Khilafah merupakan sebuah kekuasaan yang penuh dengan kejahatan dan kekolotan. Namun, dengan usaha yang bersungguh-sungguh dari setiap golongan yang ikhlas untuk menolong agama Allah, semua propaganda jahat kuffar itu dapat di atasi sedikit demi sedikit. Seruan menegakkan Khilafah yang diseru oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia telah membuka mata umat Islam dari masa ke semasa. Hal ini sesungguhnya semakin menakutkan kuffar Barat (akan kemunculan semula Khilafah). Kaum Muslimin di seluruh dunia mulai sedar dan mengambil perjuangan ini sebagai agenda utama (vital) dan semakin sedar akan kewajipan mengembalikan Khilafah ini. Kaum Muslimin juga mula sedar bahawa Khilafah merupakan satu-satunya alternatif bagi segala kerosakan, kezaliman, penjajahan, perpecahan, kekacauan, pembunuhan dan sebagainya yang kini sedang melanda dunia Islam, yang diakibatkan oleh sistem yang buruk dan penguasa yang buruk. Kita telah menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri dari masa ke semasa dan sejak beberapa bulan yang lalu di beberapa negeri kaum Muslimin seperti Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Libya, Syria dan lainnya, terjadi pergerakan besar-besaran umat Islam menentang para penguasa mereka yang zalim yang sekaligus adalah ejen Barat. Para penguasa ini memerintah dengan kuku besi dan menzalimi rakyat selama puluhan tahun lamanya. Mereka menghisap darah umat dan menerapkan undang-undang kufur mengikut arahan tuan-tuan mereka yang kafir. Mereka merompak kekayaan umat bersama tuan-tuan mereka, melanggar kehormatan umat dan menelantarkan umat, malah sampai ke tahap membunuh umat Islam walaupun rakyatnya sendiri. Ringkasnya, para diktator firaun masa kini telah sampai kepada puncak kejahatan dan melampaui semua batasan, sehingga tahap kesabaran umat telah hilang. Umat lalu keluar ke jalan-jalan di mana tidak ada seorang pun atau sesuatu pun yang akan dapat memalingkan mereka dari jalannya. Umat yang dizalimi ini telah melupakan rasa takut dan sampai kepada tekad bulat bahawa mereka tidak akan meninggalkan medan dan tidak akan kembali ke rumah-rumah mereka sehingga para penguasa zalim itu jatuh. Berdirinya umat ini telah merealisasikan berakhirnya usia para penguasa dengan membenarkan sabda Rasulullah SAW “kemudian akan ada mulkan jabariyyan (kekuasaan diktator) dan akan tetap ada atas izin Allah kemudian Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya” [HR Ahmad]. Para penguasa zalim seperti Ben Ali, Husni Mubarak dan orang-orang lain sebelum mereka, satu demi satu telah dicampakkan ke gaung sejarah yang busuk. Tuan-tuan kafir mereka tidak memperlihatkan belas kasihan sedikitpun terhadap mereka dan membiarkan mereka di akhir hidup mereka yang hitam! Manakala rakan-rakan sejawat mereka di beberapa negeri yang lain, ada yang masih belum sedar dan ada yang masih berusaha mempertahankan diri mereka dari dicampak ke gaung yang sama. Sama ada mereka mahu atau tidak, sesungguhnya sekejap lagi akan tiba hari-hari hitam mereka di mana penduduk langit dan bumi tidak akan menangisi pemergian mereka. Dengan izin Allah SWT, zaman kekuasaan mereka yang penuh kejahatan ini akan segera berakhir dan akan diganti dengan sebuah kekuasaan yang penuh berkat dan rahmat, yang mana kita kini sedang berjalan ke arahnya. Inilah jalan penyudah yang baik untuk kita semua yang diberitakan oleh Rasulullah SAW “Kemudian akan kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian” [HR Ahmad]. Sesungguhnya kaum Muslimin di belahan mana sahaja dunia ini, adalah sebahagian dari umat yang satu. Maka mereka dengan izin Allah tidak akan ketinggalan dari arus kebangkitan saudara-saudara mereka. Ibarat tubuh yang satu, mereka bersama-sama bangkit dan bersatu untuk menumbangkan rejim yang opresif dan ingin menggantikannya dengan Islam. Para penguasa dan kakitangan mereka yang zalim ini sudah semakin sedar bahawa masa-masa untuk mereka berkuasa dengan kejahatan mereka, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pintu sampah sejarah sedang terbuka luas menunggu mereka. Lebih dari itu, azab yang pedih di sisi Allah sedang menunggu mereka di akhirat yang masanya bukanlah lama sangat dari sekarang! Wahai kaum Muslimin! Sungguh telah tiba waktunya di mana tembok ketakutan sudah sepatutnya roboh dari diri-diri kalian. Demi menegakkan agama Allah, kalian wajib berusaha menempuh jalan jihad yang lebih afdhal (utama). Rasul SAW bersabda, “Ketahuilah, sesungguhnya jihad yang paling afdhal adalah kalimat (mengatakan) yang hak dihadapan penguasa yang jahat”. Maka, berjihadlah kalian dengan kalimah yang hak ini dan janganlah kalian takut kecuali kepada Allah. Usahlah kalian gentar kepada pasukan keselamatan negara yang mematai kalian, kerana mereka itu tidak akan mampu untuk menghalang orang Mukmin dari berjuang menegakkan agama Allah dan amat hinalah mereka yang bersungguh-sungguh menghalang orang Mukmin dari menegakkan kebenaran. FirmanNya, “Maka janganlah kalian takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu” [TMQ al-Baqarah (2):150]. Wahai kaum Muslimin! Hizbut Tahrir menyeru kalian dan menyeru golongan yang mempunyai pengaruh dan kekuatan (ahlul quwwah) untuk bergabung dengan barisannya mulai hari ini, sebelum tibanya hari yang mana kalian diminta persaksian. Oleh kerana keinginan dan kecintaan Hizbut Tahrir untuk mendapatkan kebaikan buat kalian, maka Hizbut Tahrir menyeru kalian, untuk memperlihatkan, mengingatkan dan memberikan khabar gembira. Pertama: Untuk memperlihatkan kepada kalian kemuliaan yang kalian miliki pada suatu masa dahulu ketika Khilafah masih berdiri dan kehinaan yang sekarang ini menimpa kalian setelah lenyapnya Khilafah. Kedua: Untuk mengingatkan kalian bahawa kalian berupaya untuk mengalahkan kaum kuffar penjajah dan negara asuhan mereka yakni Yahudi. Bahkan kalian dengan izin Allah akan menjadi umat yang terkuat dan terbaik di dunia ini, dengan mendirikan Khilafah dan seterusnya kalian akan mendapat keredhaan Allah serta kembali kepada kemuliaan. Ketiga: Berita gembira yang kami serukan adalah bahawa sesungguhnya Hizbut Tahrir telah berjanji kepada Allah dan RasulNya serta kaum Mukmin bahawa ia akan terus berusaha untuk mendirikan Khilafah melalui thariqah (jalan) yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Walau betapa besar badai yang melanda sehingga ruh terpisah dari jasad sekalipun, namun Hizbut Tahrir akan tetap berusaha untuk merealisasikan janji Allah dan RasulNya untuk meraih kemenangan. Semoga Allah memberi kekuatan dan melindungi pejuang-pejuang di jalanNya. Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya dunia ini akan terus berputar, sebagaimana pada zaman pengutusan Nabi SAW, Rom dan Parsi telah dikelilingi oleh orang-orang kuat yang terpedaya dengan kekuatan serta ke-egoan mereka. Mereka tidak memperhitungkan negara lain kecuali negara mereka sebagai negara yang besar dan kuat. Mereka langsung tidak mempertimbangkan kekuatan Islam yang ketika itu telah mula meresapi jiwa umat Islam, bahkan mereka memandang orang Islam seperti sama di zaman Jahiliyyah. Mereka hinakan risalah Islam ke tahap di mana Kisra mengutuskan kepada wakilnya di Yaman dengan berkata kepadanya, “Aku mendengar bahawa ada seorang lelaki di Mekah menganggap dirinya Nabi, pergilah kepadanya dan bawakannya kepadaku!”. Kemudian beberapa tahun selepas itu, setelah berdirinya Daulah Islam, Rasulullah SAW telah mengutus para utusan kepada Raja-Raja dan apabila ia sampai kepada Kisra, Kisra telah mengoyak-ngoyak surat Rasulullah. Selepas itu kerajaan Kisra pun hancur terkoyak-rabak, membenarkan sabda baginda SAW “Allah mengoyak-ngoyakkan kerajaannya”. Khatimah Wahai kaum Muslimin! Kembalinya Negara Islam bukanlah sebuah mimpi. Bukan pula sebuah khayalan atau imaginasi. Daulah Khilafah ini dahulunya pernah wujud dalam bentuk yang nyata. Ia benar-benar wujud dan telah memenuhi relung-relung sejarah selama lebih 13 abad. Apatah lagi kebangkitannya yang akan datang untuk kali yang kedua telah pun dikhabarkan oleh Junjungan yang mulia, Muhammad SAW. Maka dari itu, Daulah Islam yang akan kita dirikan ini juga akan pasti wujud secara nyata dengan izin Allah, sebagaimana wujudnya di masa lampau. Siapa sahaja yang berjuang ke arahnya sudah mulai nampak dan terasa akan kehadirannya. Hari demi hari yang berlalu, ia semakin hampir dan hampir. Keharumannya sudah mulai tercium dan sinaran cahayanya sudah mulai kelihatan. Betapa panjang dan gelap gelitanya malam, namun dengan kehendak Allah Azza wa Jalla, sinar fajar akan pasti muncul jua. Begitulah kekuasaan Islam, ia pasti akan menjelma dan apabila ia telah muncul, tidak ada satu kekuatan pun yang dapat menghalangnya atas kehendak Allah. Islam telah berkuasa di muka bumi lebih dari 13 abad dengan segala kemuliaan yang Allah berikan kepada penganutnya dan Insya Allah, putaran dunia akan berulang lagi di mana kekuasaan Islam akan kembali semula...dan kali ini, kembalinya kekuasaan Islam bukan sahaja tidak dapat dihalang oleh mana-mana manusia, namun ia akan kembali menguasai seluruh penjuru dunia tanpa kecuali. Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah telah menampakkan (seluruh) bumi di hadapanku, sehingga aku (dapat) menyaksikan bahagian-bahagian timur dan baratnya. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan menjangkau bahagian-bahagian bumi yang ditampakkan kepadaku” [HR Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Tsauban ra]. |
No comments:
Post a Comment