- Ahad atau Rabu - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan.
- Isnin - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadan.
- Selasa atau Jumaat - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan.
- Khamis - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan.
- Sabtu - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadan.
- Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
- Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
- Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Itu pandangan Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Kenya, Wolfgang Fengler .
Harga barang makanan itu, katanya mengalami kenaikan sehingga mencecah 70 peratus berbanding negara lain di dunia susulan kawalan terhadap makanan tempatan.
Menurutnya, walaupun kemarau menghantui penduduk di Somalia namun pengurusan dan polisi negara yang teruk telah memberikan kesan besar ke atas krisis tersebut.
Bank Dunia pada Isnin mengeluarkan statistik indek harga makanan di Afrika Timur meningkat sehingga 33 peratus dalam bulan Julai berbanding setahun lalu dengan jagung dan gula mencatatkan kenaikan paling tinggi.
Fengler berkata, biarpun harga makanan dan tenaga menyumbang kepada kenaikan inflasi di seluruh dunia, namun ia bertambah teruk di negara membangun.
“Harga jagung lebih murah di Amerika Syarikat dan Jerman berbanding di Afrika Timur,” katanya.
Dalam pada itu, terdapat laporan bantuan asing di Somalia telah diseleweng oleh pihak terbabit dengan menjualnya di pasaran gelap dan kedai-kedai runcit.
Barang-barang tersebut dijual dengan harga yang tinggi.
Bagaimanapun Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menegaskan ia tidak akan menghentikan bantuan tersebut di sebalik dakwaan berlaku penipuan.
Malah WFP memaklumkan akan membawa masuk 5,000 tan makanan sebulan ke Mogadishu bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat kebuluran.
No comments:
Post a Comment