GURU FEQAH...untuk ibadah ZOHIR...mudah ditemui...NAMUN...GURU MURSYID...untuk ibadah BATIN...sulit dan jarang diTEMUi...Selagi jasad masih berNYAWA...guru MURSYID..ARIF BILLAH..afdhol di CARI..kerana Nabi MUHAMMAD SAW itu...GURU kepada orang MUKMIN bagi...zohir dan BATIN..berSALASILAH seperti..ilmu FEQAH juga...menggunakan HADIS berSANAD...Namun TUAN PUNYA blog ini pun BUKAN GURU MURSYID

AMARAN : jika tuan puan TAK FAHAM semasa membaca perkara yang TERTULIS di bawah ini...tolong jangan katakan ini AJARAN SESAT..kerana setiap ILMU itu...ALLAH SWT...tetap menjadikan AHLInya kepada ILMU itu. Jika kita TAK PAHAM..ilmu sains atau matematik...jangan kita..katakan pakar sains dan matematik...itu SESAT pulak.. SIAPA yang faham...berSYUKURlah kepada Allah SWT..

CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday, 19 August 2011

Sejarah Saidina UMAR..dimanipulasi?



KISAH Syaidina Umar Al-Khatab masuk melawat sebuah gereja besar di Juruselam merupakan satu kisah yang sangat popular di dalam Sejarah Islam.

Peristiwa ini menjadi tauladan kepada seluruh umat Islam apabila sahabat nabi itu menolak untuk bersolat di dalam gereja walaupun dipelawa oleh paderi besar Baitulmuqadis, Sophronius.

Merujuk kepada buku novel sejarah Islam, UMAR AL-KHATTAB Reformis Dunia Islam, muka surat 265, tulisan Abdul Latip Talib, diceritakan secara jelas bahawa Syaidina Umar telah mengunjungi sebuah gereja besar di Baitulmuqaddis namun menolak untuk bersolat di dalamnya.


Namun begitu, demi mempolitikkan isu gereja untuk menunjukkan kononnya dia pejuang Islam, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin, sanggup memutar belitkan Sirah Sahabat dan menipu di khalayak ramai.

Ahli Parlimen bebas itu menipu dengan mengatakan bahawa Syaidina Umar telah dijemput ke gereja tetapi beliau tidak mahu masuk ke dalam gereja.

Fakta sebenar, Syaidina Umar tidak mahu bersolat di dalam gereja, bukan tidak mahu masuk. Lihat penipuan terang-terangan Zulkifli dalam video di bawah.


Dengan lagak Zulkifli Nordin yang konon-konon pejuang Islam sebenar, ramai orang yang tertipu danmenyangka masuk ke gereja adalah berdosa kerana terpengaruh dengan fatwa baru Zulkifli Nordin.

Apa beza dengan "mengharamkan yang halal" ?
ReJaM© "Zulkifli Nordin buat Sirah sendiri..."

No comments:

Post a Comment